Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,187
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

Dewi Cintaku


"Hello,Bonda katering. Ya Puan,baik Puan,terima kasih ya, in sya Allah,esok kami pergi".El berpaling kepada Mar setelah meletakkan telefon.

"Mar,ada pelanggan nak kek coklat.Tapi depa nak kita siapkan kek tu kat rumah depa, sebab rumah depa jauh takut nanti cair pulak krim coklat tu"

"Kalau nak kek coklat,kenapa tak call House of Bonda,kenapa call Bonda katering".tanya Pica tidak puas hati lalu membelek handfonnya jika ada misscall dari sesiapa.Tertera berderet misscall dari nombor yang tidak dikenali.Namun yang menghairankannya nombor itu rasanya bukan dari dalam negara,tapi dari mana pula?

"El,tempahan tu dari mana?"tanya Pica yang sedang membelek handfon El pula.Dibukanya log panggilan la private nombor la pula.

"Dari Pulau Mutiara"jawab El selamba.

"Gila baq hang!..awat yang hang pi ambil".jerit jamie yang baru ja sampai dari

dapur. Diletakkannya sepiring kek coklat diatas meja.Baru saja dia ingin melabuhkan punggungnya diatas kerusi,tiba tiba terdengar desiran angin dibelakangnya.Dengan pantas dia berpaling dan menghayunkan tangannya.

"Uhuk..uhuk.." terbatuk batuk Beeb memegang tangan jamie yang mencekak leher bajunya.Terlepaslah kerusi ditangan Beeb yang ingin ditariknya supaya jamie jatuh gedebuk bagaikan nangka busuk.Baru saja Beeb ingin menghayunkan kakinya ke arah Jamie,tiba tiba Mar bersuara "dah..dah..dia menyakat ja tu.Beeb kalau pintu dah kunci,semua dah siap kemas panggil wawa dan teen kesini,kita nak mesyuarat sikit."terangkat angkat kening Beeb mengejek Jamie yang terpaksa melepaskannya begitu sahaja.Terus Beeb berlari dan melompat keatas pemegang tangga dan meluncur ke bawah.

"Wawa...Teen...dah siap kemas belum? Kalau dah siap Mar panggil kita nak mesyuarat sikit."

"Sat nak siap dah ni,sikit ja lagi ni".ujar Wawa sambil melemparkan tray tray yang dibasuhnya kepada Teen yang berdiri dibelakangnya.Terus Teen menyambut,mengelap dan menyusunnya didalam kabinet.Setelah memastikan pintu selamat dikunci,menukar open kepada closed,menandakan tamatnya operasi House of Bonda pada hari ini,mereka semua terus naik ketingkat atas.

"Ok...semua dah ada ni,boleh la kita mula sekarang." Mar memandang mereka dengan senyuman.

"Boleh Mar." Ucap mereka serentak.

"Ok macam ni,tadi kita terima tempahan dari Pulau Mutiara.

Apa..!! Pulau Mutiara..! Jajahan Mutiara..!

Giliran Beeb,Wawa dan Teen pula menjerit. Ternganga nganga mulut mereka dan terbeliak beliak mata Beeb yang bulat itu.Biasa lah Beeb over acting tak pernah miss.

"Tenang tenang semua,dengar dulu apa yang aku nak cakap ni.Bagi aku cakap dulu sampai habis. Ok aku tau la Jajahan Mutiara tu tempat orang terhormat,orang ternama.sampai penduduk kat situ pun kalau tak kaya tapi berilmu,berbakat,berkemahiran."El berhenti sejenak meneguk air sebentar sebelum menyambung semula."kita semua tau kat sana petani dan pembantu rumah pun ada ijazah."

"tu la...El, aku s.p.m ja ni.."keluh Jamie

"Aku lagi la darjah enam ja..."suara Beeb bernada sayu.mengenang masa lalu yang menyedihkan,sememangnya menyiksakan.Perlahan Mar mengusap lembut bahu Beeb memberikan kekuatan.

"Kan tadi aku ada kata, ada yang berkemahiran." Tekan El lama.

"Tapi masaalahnya kita ada kemahiran apa? Setakat bakery dan katering tu,kat sana lagi hebat."celah Pica tiba tiba.

" KEK COKLAT"sahut Mar perlahan.

"Kek coklat ?" Terkejut mereka semua disitu.Biar betul,takkan kut. Bisik hati mereka.

"Cop cop bukan kat sana lagi hebat ka makanan mereka,tak kira la kek ka apa ka?" Soal wawa.

"Betul betul hari tu aku pernah tengok kek coklat depa dasyat baq hang, meleleh leleh coklat cadbury atas kek. Pastu penuh ngan strawberry pulak tu.pasai apa pulak depa nak kek coklat kita yang cuma pakai minyak masak ja ni. Macam tak masuk akal ja,macam ada ketam balik kayu ja."tingkah Teen,berkerut kerut dahinya memikir benda yang sememangnya tak masuk diakal.

"Ok...ok...sebenarnya macam ni, pelanggan kita ni dia nak buat majlis harijadi anak dia.Dulu anak dia pernah makan kek coklat kita dekat rumah kawan dia,kiranya anak dia ni suka gila la kek tu,depa cari satu jajahan tak jumpa. Last last dia pi tanya la mak kawan anak dia tu, tu yang dia dapat contact kita tu."jelas El panjang lebar.

"Oooo.... patut la ,nama pun budak,mana la dia tahu nak beza minyak masak dengan cheese kan.ok la kalau macam tu.So siapa yang kita nak hantar ke sana ?" Soal jamie.

"Aku ngan Wawa tak bole la, kalau kami pi sapa nak jaga kedai kan Wawa."

"Betul kata Teen tu,kedai kita ni baru ja bukak, baru nak merangkak. Tak apa ,hampa pi ja la." balas wawa.

" Tapi masaalah nya kita kena pi semua. Sebab depa takut kalau sapa yang pi tu bukan orang yang buat kek masa hari anak dia makan tu,maksudnya depa nak air tangan yang sama."jelas El lagi.

"Kacang ja tu, hantar ja la sapa yg buat kek masa dia makan tu. Bukan nya susah."ujar Beeb dengan senang hati.

Tersembur air yang sedang diminum Teen.

Terbatuk batuk Wawa tercekik air. Tercekik ayaq? Pica menjeling sekilas pada Wawa dan Teen sebelum bertemu pandangan dengan El. Kemudian mereka melihat Mar yang cuma tersenyum memandang mereka.

Jamie yang menyedari reaksi kimia itu terus meningkah"banyak la hang punya kacang, berapa ramai customer yang mai kedai kita. Mana la kita tau air tangan sapa yang dia makan masa tu,kan kita bergilir buat kek tu ikut hari."

"Memang aku banyak kacang apa, tak tengok ka kat bawah tu ada kacang botak,kacang pedas,kacang kari. Hang lupa ka aku yang incas bahagian kacang mengacang ni." Balas beeb tak puas hati.

"Dah...dah... keputusannya semua kena pergi esok.depa akan siapkan semua urusan. Kita cuma bawa beg saja. Pasal kedai dan katering ni pula keluarga saya akan uruskan."putus Mar dan terus berlalu ke bilik tidur.

"Malam ni tidur awal,esok boleh kemas beg. Baju tu agak agak la ntuk sebulan. Yang lain lain tak payah bawa. Semua mereka siapkan. Bye...assalamualaikum."seperti Mar ,El pun berlalu. Tetapi bukan ke bilik tidur,sebalik nya ke balkoni, macam biasa mengambil udara segar dan mencari ketenangan didalam kepekatan malam yang gelap gelita.

"Waalaikumsalam.."jawab mereka serentak. Teen dan Mar terus menuju ke dapur membasuh cawan sebelum masuk tidur.Jamie,Pica dan Beeb saling memandang kehairanan, sambut hari lahir sampai sebulan. Kalau hari mati agaknya berapa hari la pulak.

Tiba tiba Beeb menjerit" wow..! Ni anak manja ka anak raja?"

"Kalau anak manja apasal?" Tanya Jamie

"Aku buatkan dia kek coklat upin Ipin"

"Habis tu kalau anak raja.?"

"Aku buatkan dia kek coklat hati adinda." Tersenyum senyum Beeb dengan mata terkelip kelip.

"Adinda ka anaconda." Jerit Pica.

Terus berlari Beeb ke bilik Mar, sebelum sempat Pica menyambung amarahnya. Tergeleng geleng pica dan jamie, macammana la Beeb yang senget tu bole sebilik dengan Mar yang cool dua puluh empat jam.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN