Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,181
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3



Kedengaran deretan bunyi tapak kaki dibelakang. Mar menyentuh hujung hidungnya tiga kali , melihat isyarat dari Mar. Bersiap siaga lah tujuh sahabat itu andai ada geruh yang menanti.Dipancarkan panca indera yang keenam untuk mengesan mara bahaya. Namun bertingkah biasa seolah olah tiada apa.

Jamie berpaling meminta hacks dari Wawa. Sementara Wawa mengambil hacks didalam beg tangannya, Jamie mengawasi persekitaran dengan ekor matanya. Setelah menyambut hacks dari Wawa,Jamie menyandarkan badannya pada kerusi, sambil mengulum hacks. Kemudian melentukkan kepalanya ditepi tingkap, seolah olah ingin tidur.Melihat isyarat aman dari Jamie,terasa lega dihati mereka. Namun tetap berwaspada kerana bahaya kan datang tanpa diduga.

Sekonyong konyong muncul tapak tangan dihadapan Wawa. "Ada hacks tak?nak satu boleh." Wawa yang berpaling ntuk melihat siapakah tuan punya tapak tangan itu tergamam. Betul-betul beberapa inci dihadapan mukanya terletak elok sebuah wajah yang sedang menunduk kearahnya ,lekas lekas Wawa berpaling kearah Teen. Beristighfar sambil meraup wajahnya menahan kemarahan.

"Terima kasih. Kerana tolong bukakan ntuk saya." Terus Iqbal mengambil hacks dijari Wawa yang sedang meraup wajahnya itu. Dengan cepat dia memasukkan hacks kedalam mulutnya dan berlalu begitu sahaja.Terpinga pinga Wawa tanpa mampu berkata walau sepatah kata. Sedangkan didalam hatinya dia hampir meraung kerana itulah hacksnya yang terakhir.

"Nak hacks ka?"

"Hacks hotak hang. Yang hang pi kacau depa tu buat apa?"

"Sapa suruh depa jalan tak tengok kita yang handsome ni, betul dak Arif?"

"Betul tu , memang patut la hang ajar depa. Jatuh maruah tau dak? Macam la kita ni tak handsome kan Iqbal."

"Banyak la hang punya maruah. Ni satgi kalau depa meroyan macammana? Aku nak jawab apa dengan Nenda? Keluh Syafiq, bernada kesal.

"Tu yang aku tunggu tunggu tu. Satgi mesti depa mai marah kita ka.. jerit ka.."

"Bagi penampaq ka...nak sangat ka? Mai aku yang bagi kat hang." ujar Shafiq seraya mengangkat tangannya..

"Allah..."terdengar suara menjerit perlahan. Terkejut Syafiq melihat gadis abaya merah sedang terduduk memegang pipinya di pertengahan lorong.

"Kita nak jawab apa dengan Nenda aaa..?"

Arif dan Iqbal mentertawakan Shafiq.

Lekas lekas Shafiq cuba memohon maaf dan membantu , namun gadis itu telah pun berdiri dan menunduk hormat kepadanya.

"Maafkan saya, Tuan." Dan dia terus berlalu dari situ.

"Nanti dulu , saudari." Panggil Nazeer setelah melihat Syafiq tergamam dengan permohonan maaf gadis itu.

"Tidak mengapa Tuan. Dia cuma ingin ketandas. Maaf sekali lagi ya Tuan." Mar menunduk hormat dan terus berlalu mengikuti Pica.


Terduduk Nazeer mendengar kata kata Mar.

Tercengang cengang Arif dan Iqbal.


Sehingga roda kapal terbang mencecah landasan,tidak ada seorang pun gadis abaya yang datang memarahi mereka , menjerit atau sebagainya. Sepertimana yang diharapkan Iqbal dan Arif. Sebagaimana kelaziman pemudi apabila diusik pemuda. Seolah-olah mereka bagaikan gadis luar biasa. Yang menunggu masa untuk mempamerkan kehebatan mereka. Maka tercuitlah hati dan rasa.


* * * *


Karavan bergerak perlahan menuruni bukit.Riuh rendah didalamnya mula beransur sepi. Sayup sayup kedengaran Al-quran dilagukan.Surah AL-MULK,SAJDAH,ARRAHMAN,HADID dan WAQI'AH menjadi amalan diwaktu malam.Cukup untuk keperluan hidup didunia dan akhirat. Memandangkan mereka berada didalam kenderaan,mereka memilih ntuk membaca secara hafazan. Akhirnya karavan pun berhenti seiring dengan ayat terakhir surah Al-Waqi'ah.

Pintu karavan dibuka. Dengan bismillah mereka melangkah. Membawa bagasi masing masing. Masuk kedalam rumah dengan penuh keletihan. Mereka dibawa ketingkat atas. Setelah membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Mereka mula mengambil tempat tidur usai mengibasnya terlebih dahulu.

Dengan duduk berlunjur mereka mula membaca ayat kursi,empat kul dan al-fatihah.. dihembuskan ditapak tangan,lalu diraupkan keseluruh tubuh.Kemudian berbaring kekanan,dengan tapak tangan kanan dipipi kanan. Tangan kiri diatas lambung kiri,kedua kaki dibengkokkan sedikit dengan keting kiri dicelah ibu jari kanan. Setelah membaca tasbih Fatimah,mereka membaca doa tidur dan membaharui iman mereka dengan mengucapkan kalimah syahadah...terlihat dihujung mata mereka sedikit basah...menandakan betapa rindunya mereka kepada ALLAH dan RASULULLAH.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN