Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,181
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6



"Bayya..........!"

Seorang anak gadis menginjak remaja berlari keriangan memeluk Nazeer. Terpusing pusing Nazeer yang baru sahaja melangkah naik kedalam keretapi.

" Tengku Hanan khan !" Kan bonda dah pesan jaga kelakuan ditempat umum. Ni kalau umie tahu, bonda nak jawab apa?." Marah bonda kepada anak susuannya itu.

"Alaa....umie mana tahu kalau bonda tak beritahu. Bonda sayang Hanan kan.Hanan pun sayang bonda. Alalala....cantiknya bonda hari ni, bonda nak cari pakwe baru aaaa...."

"Hanan kenapa cakap macam tu pada bonda. Bonda la... ni.. bagi manja sangat."

"Aaaiiikk...! Bonda pula yang salah. Nazeer...! Nak buat apa kat adik tu."

"Tak buat apa bonda. Nak bagi penumbuk sebijik dengan penampar sekeping ja bonda.."

Berjalan Nazeer kearah adiknya yang entah dimana. Dalam beberapa saat sahaja Hanan hilang dari pandangan. Terpaksalah dia mencari dari satu gerabak kesatu gerabak.

Hanan yang melarikan diri dari abangnya. menoleh-noleh kebelakang. Mencari cari kelibat abangnya. Tanpa disedari sekujur tubuh sedang berjalan kearahnya. Hanan yang baru saja memandang kehadapan kembali. Terus terlanggar tubuh itu.

"Adooiii..! Sakitnya.

"Hanan..! Berapa kali nak cakap, sebut Allah. Bukan Adoii.."

"Ya...la...ya...la...ni hanan sebut la...Allahuakbar....! Kak Ada dengar tak?"

"Dengar, Kak Ada dengar. Boleh bangun tak ni? Ka nak Kak Ada dukung?"

"Isshh..Kak Ada ni, ingat hanan kecik macam dulu ka? Hanan dah besar la Kak Ada..."

"Hanan kenapa ni?"terkejut Nazeer melihat Hanan yang sedang bersusah payah bangun sambil berpaut di kerusi.

"Jatuh ja Bayya. Hanan terlanggar Kak Ada, ada ka Kak Ada nak dukung hanan macam dulu. Hanan dah besar la. Tu yang hanan tak bagi Kak Ada bantu hanan bangun ni. Biar terbeliak mata Kak Ada yang bulat tu. Tengok adik dia ni dah jadi Srikandi."

"Takat jatuh bangun sendiri tu bukan srikandi la Hanan. Tengok istri Abang Shah, siap terbang menjunam lagi, tu baru srikandi."

"Mana mai nak tengok. Takat terbang menjunam tu biasa la Abang Shah. Kak Ada lagi terer la. Dia boleh berdiri atas pokok pisang lagi. Bukan dok tengah pokok tau. Tapi atas daun."

"Tak percayalah mana ada orang boleh berdiri atas daun pisang. Mengarutlah Hanan ni." celah Nawawi yang baru sampai.

"Tak percaya eeeaa, tak apa, nanti Hanan suruh Kak Ada tunjukkan...kejap Hanan cari dia,tadi dia ada kat sini."


"Nazeer..."lembut bonda memanggil, lalu mengusap perlahan bahu Nazeer yang berdiri kaku disitu.

"Bonda." bergenang airmata Nazeer melihat bonda.

"Tak apa, nanti bonda tengokkan Hanan. Sekarang kita mesyuarat dulu. Semua dah tunggu tu." perlahan Nazeer melangkah. Bersama bonda disisinya. Melihat dari kejauhan akan adiknya Hanan, yang mencari cari Kak Ada nya, mengundang pilu dihati Nazeer.


"Semua dengar baik baik, kita semua akan turun di stesyen yang pertama. Bila berhadapan dengan rakyat nanti, pastikan semua kamu tidak berpisah.Hanan akan bersama Bonda. Kebetulan dia sedang cuti sekolah. Jadi dia akan ikut jelajah ni.

Kamu semua akan berjalan kaki dari stesyen ni beberapa kilometer. Bonda dan Hanan akan ikut dibelakang kamu dengan beca.

"El....kamu dan Mar jalan didepan. Jamie di sebelah kanan dan pica disebelah kiri.Wawa dan Teen duduk di tengah, Beeb kamu dibelakang beca saya."

"Bonda." tingkah Shah.

"Kenapa ada masaalah ka. Beeb nak tukar tempat kah?"

"Tidak Tengku Ratu. Saya tak ada masaalah."

"Bonda panggil bonda saja, faham tak kamu semua."

"Faham...Tengku Ratu."

"La...kamu ni, dan satu lagi jangan lupa perhatikan semua orang disekeliling kita lihat apa yang mereka mahu lakukan. Pastikan betul betul wajah mereka. Kot kot la ada yang nak jadi menantu bonda. Boleh la kita nilaikan awal awal. Kita akan bermalam di hotel Qasseh hari ini. Dan esok sehari lagi kita akan jumpa rakyat dihotel. Untuk mendengar masaalah mereka.

Setiap dari kamu akan diletakkan didewan yang berasingan. Supaya kita dapat selesaikan lebih banyak masaalah rakyat dengan lebih cepat. Kamu boleh pilih dewan yang mana satu kamu mahu kecuali Shah.

"Mar...kamu dewan dua...

El.....dewan tiga....

Pica...dewan empat..

Jamie...dewan lima...

Wawa....dewan enam...

Teen.....dewan tujuh.."


" Yes....! Beeb dengan Syah dewan lapan..."

"Tak....Beeb dewan satu dengan bonda dan Hanan."

"Habis tu, takkan Syah sorang sorang. Siapa yang nak bantu Syah cari calon menantu bonda."

"Tak, Syah bukan sorang sorang,tetapi dengan Nenda dan Tok wan. Lagipun tak perlu

Cari calon menantu bonda disitu. Sebab yang hadir disitu mestilah veteran veteran yang nak jumpa Nenda. Kalau Shah nak cari jugak. Bonda tak kisah, kalau dah itu yang Shah mahu."

"Bonda....!" Jerit Shah.

"Bonda....!" Jerit Hanan termengah mengah berlari memeluk Bonda.

"Kenapa Hanan?" Lembut Bonda mengusap kepala Hanan yang sudah tersengguk sengguk dibahu Bonda.


"Kak Ada.. Kak Ada dah hilang.

Hanan baru ja jumpa Kak Ada. Dia dah hilang lagi."

"Mana ada hilang, dia pergi jumpa kawan kot. Kan dulu Hanan selalu kata Kak Ada tu macam biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada."

"Betul la Bonda. Hanan terlupa pula. Bonda nanti kita beli hadiah ntuk Kak Ada boleh tak. Dulu Kak Ada suka belikan hadiah ntuk Hanan."

"Boleh, tapi... macammana rupa Kak Ada. Kalau bonda tahu,

nanti bolehla kita semua cari sama sama."

"Itulah masaalahnya Bonda. Hanan pun tak sempat tengok muka Kak Ada,Hanan baru ja bangun nak tengok muka Kak Ada. Tengok tengok Kak Ada dah hilang. Mungkin dia malu kut. Sebab tadi Abang Syah datang. Kak Ada memang pemalu orangnya.

"Habis tu, macammana Hanan cari Kak Ada."tanya bonda hairan..

"Ooooohhhh...! Hanan tegur semua orang dalam keretapi n, sebab Hanan kenal sangat suara Kak Ada."


"Bai apa cita ni ? Sapa Kak Ada yang sebenarnya? Kenapa kami tak pernah tahu pun? Bertalu talu semua anak muda itu menyoal Nazeer. Setelah Bonda membawa Hanan pergi dari situ, mereka mula mengelilingi Nazeer memohon penjelasan.

"Kak Ada tu sebenarnya sepupu kami. Dulu semasa di Jajahan Delima, dia memang rapat dengan Hanan.

"Kalau macam tu, kenapa Hanan tak balik ja, ke Jajahan Delima. Kalau dia rindu sangat dekat Kak Ada. Kan tengah cuti sekolah ni. Semua kita tahu mana ada orang nama Ada dalam keretapi ni."

"Sebab Kak Ada tiada di Jajahan Delima."

Perlahan Nazeer menjawab. Sayu memandang kearah Shuk.

"Habis tu.. dia ada dimana?" tanya Arif dan Iqbal serentak.

"Dia.....tiada.....tiada dimana...mana.."

Tersekat sekat Nazeer bersuara.

"La kalau dah mati, ziarah ja lah kuburnya."

"Ssshh.. Shafiq memberi isyarat kepada Pica, memohonnya supaya tidak bersuara.

"Dia hilang, Tidak kembali lagi ke Jajahan Delima selepas kematian ibunya.

"Adakah kemungkinan yang dia menghilangkan diri kerana dia yang telah membunuh ibunya." Jamie mula menjadi detektif conan.

"Dan kemudian membunuh dirinya kerana menyesali perbuatannya."sinis Shuk menyindir Jamie. Menjeling jeling Jamie kepada Shuk.

"Ibunya mati ditali gantung."

Suasana hening tiba tiba....

"Kerana didapati bersalah di atas pertuduhan membunuh bapanya..."

Praaaannggg.....!!!!


Kesemua mereka menoleh. Kelihatan deraian kaca gelas. Padat didalam genggaman Beeb. Berjurai jurai darah mengalir dari celah celah jarinya.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN