Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,183
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2



Selesai mengecop passport,mereka semua menaiki train menuju ke tempat menunggu flight.Dengan abaya dan selendang,kelihatan mereka bagaikan sebuah kumpulan nasyid yang sedang menunggu untuk membuat persembahan.Namun dengan jeans dan beg kulit yang diselempangkan dibahu,dah macam minah koboi la pula. Tambah tambah Beeb dengan topi besar dan spec mata hitamnya. Membuatkan banyak mata yang melirik padanya.Beeb yang tinggi lampai dan berkulit putih bagaikan model yang sedang bercatwalk diatas pentas.

"Wow..! Voguenya..." terdengar bisikan dari satu sudut.

"Vogue otak hang. Macam minah senget adalah. Tak pernah lagi aku tengok orang pakai lagu tu. Ni separuh western separuh arab ada la..."

"Amboii..! Cakap kat orang tak ingat dunia. Tak berlapik langsung,yang hang tu lelaki ka pondan? Ada ka bawa handphone hello kitty.Buat malu aku ja..."

"La...berapa kali aku nak cakap, ni handphone adik aku. Mesti dia yang ambil handphone aku. Aku seluk poket ja, tengok tengok dah ada."

"Nakal adik hang naa..I like..

Buuk...terdengar sayup bunyi tumbukan ditelinga Jamie. Lanntas dia berpaling mencari arah bunyi itu. Kelihatan seorang lelaki berkot kelabu tertunduk memegang perut. Lelaki yang berkot coklat pula tergesa gesa berlalu keluar dari train.Merasa dirinya diperhatikan, terus dia mendongak dan terlihat Jamie yang memandang ke arahnya. Spontan dia berdiri dan terus keluar dari train. Sempat juga dia mengerling ke arah Jamie semasa melintasinya. Aduuhh...macammana awek abaya kelabu ni bole perasan pulak. Omel hatinya.

Mereka turun dari train setelah semua penumpang turun.kelihatan sekumpulan pemuda berkot dihadapan mereka. Dengan kot pelbagai warna dah macam boria pula. Tapi muka handsome buat apa kalau semedang ketat dua puluh empat jam. Bagaikan hati yang tak punya jiwa. Alam tanpa cahaya.

Kelihatan salah seorang pemuda itu meraba koceknya. Dikeluarkan handphone lalu diletakkan ditelinga. Namun baru saja dia mahu membuka mulutnya. Terdengar letusan ketawa kecil disebelahnya. Terus semua pemuda itu berpaling kesisi. Tidak tahu siapa yang ketawa. Cuma ada sekumpulan gadis melintasi mereka. Namun mereka semua tunduk berjalan terus kehadapan.

"Weh..! Cepat simpan handphone tu, Shah.."

"Ya ALLAH..! macammana bole terlupa ni.."bergegas Shah menyimpan handphonenya.

Berderai ketawa mereka semua sebaik terlihat handphone hello kitty berwarna pink ditangan Shah..

"Tu la hang, kata orang tak ingat dunia. Kan dah kena gelak dengan minah senget tu.."

"Minah senget mana pulak ni Shuk? Aku tak nampak pun sapa yang gelak tadi."

"Tu...yang pakai topi dalam budak nasyid tadi."

"Budak nasyid mana pula ni,Shuk."

" Budak budak pakai abaya yang lalu sebelah kita tadi."

Terangguk angguk Arif mendengar kata kata Shuk "tapi macammana hang bole tau. Bukan depa jalan terus ja kan, tak pandang kiri kanan."

"Aku tau la,aku yang.. eh aku nak pi toilet sat la." Mampus la aku. Tak kan aku nak bagitau yang aku dok usha depa dari tadi. Tapi awek abaya kelabu tu,apasal dia tak tengok aku langsung. Lepas dia ternampak aku kena tumbuk dengan Shah tadi. Terus dia berpaling. Sampai la ni dia buat buat tak nampak aku. Macam tak pernah jadi apa apa. Pelik la budak budak tu.

"Apa yang peliknya Arif..?" Tanya Iqbal memandang Shukri yang sedang berjalan kearah mereka sambil membetulkan kot kelabunya.

"Budak budak nasyid tu la. Ada ka patut kita yang handsome ni depa tak pandang." Gumam Arif tak puas hati.

"Aku pun hairan jugak la. Ni la first time awek tak pandang kita kan. Selalunya ramai yang terjerit jerit bila nampak kita. Takkan depa tak kenal sapa kita?

"Banyak la hampa punya hairan. Punya pelik. Dah... dah...jalan...jalan..flight nak terlepas dah tu."tergeleng geleng kepala Syafiq melihat tingkah mereka. Perlahan lahan dia berjalan sambil menoleh kebelakang. Kelihatan dua pemuda berkot hitam bangun mengikuti jejaknya.

Nazeer dan Nawawi, saling memandang dan tersenyum sendiri.


Setelah menunjukkan tiket,pramugari menunjukkan arah tempat duduk mereka. Setelah mengambil tempat duduk masing masing. Pica berbisik pada El "biar betul El,class vvip ni."

"Ntah la,aku pun terkejut jugak ni. Hang tau dak sapa customer kita ni.?"

"La...mana la aku nak tau, kan hang yang ambil tawaran ni, adaka tanya aku pula."

"La ila ha illallah..! Aku ka yang ambil tawaran tu."ish..macam mana bole lupa ni.

"Biaq betul El ,hang tak tau sapa customer kita tu?"

"Aku tau nama dia la, cuma aku tak tau la dia kerja apa."

"Tak apa, nanti kita sampai kita tau la."

Bisik Mar perlahan, memandang mereka sambil tersenyum. Namun jauh disudut hatinya terbit sedikit kegusaran, siapa yang tidak cuak, yang ditempah cuma kek coklat. Tetapi, yang disiapkan untuk mereka... five star you. Agaknya bagaimana tempat penginapan mereka nanti. Hotel lima bintang? Atau villa? Di lihatnya Wawa dan Teen yang duduk selang sebaris dihadapan,Pica dan El dihadapannya. Kelihatan Jamie keseorangan selang dua baris darinya.Terasa tangannya digenggam, lantas Mar berpaling kearah Beeb,melihat anggukan Beeb. Terasa sedikit lega dihatinya. Macam biasa Beeb,dihadapan umum. Automatik bertukar menjadi mak orang.


"Hello puan...ya....mereka dah naik flight...baik puan..."

Seorang wanita berkot hitam melabuhkan punggungnya disisi Jamie. Serentak dengan itu dua lelaki berkot hitam dengan earphone ditelinga duduk dibaris hadapan Jamie, dan dua lagi dibelakang Mar dan Beeb.

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN