Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,192
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4



"Takkan kut?"

"Apa yang takkannya? Yang hang sampai terbeliak ni pasaipa?"

"Mak...aaaiii...! Biaq betul, silap la hang tak buat kek coklat hati adinda. Ketawa Jamie sambil berlalu meneruskan kerjanya..

"Banyak la hang punya adinda. Kalau aku tau tadi, Aku buat kek coklat anaconda. Ni hang la punya pasal Pica. Kan dah makbul. Agak agak la sikit bila bercakap tu."

"Wooii Beeb..! Sorry la , mana aku nak tau." Meletus ketawa kecil dari bibir Pica. Segera dia menuju ke dapur. Sebelum menoleh sebentar melihat acara memotong kek yang sedang berlangsung itu. Kelihatan pisau berada ditangan seorang lelaki tua yang sedang terketar ketar menuju kearah kek. Namun sebaik sahaja Pica berpaling. Muncul tujuh tangan sado menggenggam erat tangan lelaki itu,memotong kek bersama sama.

"Cepat cepat, bawa keluar kek lagi. Puan pesan jangan sampai meja kosong." Laung El dimuka pintu sambil melemparkan dua dulang kosong kepada Teen dan menyambut dua lagi dulang berisi kek yang dilemparkan Wawa kepadanya, Terus tergesa gesa melangkah ke dewan majlis dengan diikuti Beeb dibelakangnya.

"Meja dah separuh kosong."bisik Jamie semasa berselisih dengan mereka. Dia yang memegang dua dulang kosong,terus berlari anak menuju kedapur yang telah dikhususkan untuk mereka. Sejak dari pagi tadi lagi, mereka tak berhenti henti bekerja. Selepas sarapan dan kemudiannya bertemu dengan Puan. Terus mereka berkubang didapur. Berhenti sekejap ntuk solat dan makan sahaja.

"Saya nak rak rak ni sentiasa penuh dengan kek. Tak ada walau satu tempat kosong.

Ingat malam ni ada majlis yang amat penting.

Jadi tolong pastikan bilik ni sentiasa penuh dengan kek,sebab kamu semua kena pastikan meja yang dikhaskan ntuk kek ni,sekali kali tak akan kosong."

"Maafkan saya Puan, bagaimana kalau kek ni tak habis dimakan."

" jangan risau,pasti habis. Kalau tak hari ini, esok. Lagi pun bukan kah kek product kamu ni, lebih sedap dimakan selepas beberapa hari. Dan satu lagi, jangan berhenti buat kek selagi rak rak ni tidak penuh."

" dan untuk hari ini, saya bayar seratus ribu. Macammana setuju?"

"Setuju in sya Allah, kami tak akan hampakan Puan." Jawab El setelah melihat Mar meminum seteguk air dihadapannya.

Bergerak mereka bagaikan lipas kudung mulai saat itu.Membahagikan tugas sesama mereka memudahkan lagi kerja mereka. Cuma kasihan kan Mar yang telah pun berdiri hampir sepuluh jam mengacau krim coklat diatas api. itu lah bezanya kek coklat mereka. Tiada double boil,tiada cooking chocolat. Yang digunakan adalah resipi turun temurun warisan bonda.

"Alhamdulillah...selesai sudah." Mereka mengucapkan syukur kepada Allah. Jam menunjukkan hampir pukul dua belas malam,apabila mereka menutup pintu dapur dan kembali ke kamar mereka. Ya...memang bukan senang ntuk mencari rezki, tetapi bila kita redha dan bertawakkal pada Allah,maka yang sulit kan terasa mudah..


* * * *

Beep....beep......berkelip kelip telefon bimbit El.

Jumpa dimeja makan. Laung El membaca s.m.s.

"Bukan semalam Puan kata hari ni kita rest ka? Pasaipa nak jumpa pulak?

"Tak apa kita jumpa dulu, tengok apa yang dia nak." jawab Pica sambil tersenyum ke arah Jamie.

"Jom la...aku pun dah lapaq ni."

"Weeeiii..Beeb..!" Hang kalau tak lapaq tak sah kan.

"Banyak la hang punya sah. Aku mana dan nak makan semalam,buat kerja tak berhenti henti.

"Ya...ka buat kerja? Ka kenyang tengok anak raja semalam."

"Haaanngg..! Jerit Beeb terus

mengejar Wawa..

Berdesup Wawa memecut. Berlari kearah lift. Melambai lambai kepada Teen yang sedang menunggu dipintu lift. Namun belum sempat dia sampai kepada Teen, Beeb telah pun melompat dan melayang kearahnya. Lekas lekas dia mengunci mati leher Wawa yang telah pun selamat mendarat diatas Teen.

Ting.... pintu lift tiba-tiba terbuka. Terdengar sesuatu jatuh diatas lantai lift. Lekas lekas mereka bertiga mendongak kearah lift. Ternganga nganga mereka dan terbeliak beliak mata Beeb bila melihat beberapa pemuda didalam lift yang juga tercengang cengang melihat mereka tergolek bagaikan kek lapis dilantai.

Dengan pantas mereka berdiri, lalu menunduk hormat kepada pemuda pemuda tersebut dan terus berlari kearah tangga.


Ting...pintu lift terbuka menyedarkan mereka yang berjeda seketika...lekas lekas Shah menunduk,mengambil telefon bimbitnya di lantai lift. Baru saja mereka ingin melangkah keluar. Terdengar deruan tapak kaki dari arah tangga. Berlalu melintasi mereka, tiga orang gadis yang baru saja mereka lihat ditingkat sepuluh. Atau lebih tepat tiga orang gadis yang telah bergusti diatas lantai dihadapan lift. Dan sekarang mereka sama sama berada di aras 2 diwaktu yang sama.

Pintu lift tertutup. Bergerak kembali ke atas, dengan beberapa pemuda didalamnya.


"La....kata nak tunggu kat bawah pasaipa naik balik ni." Tanya Syafiq sebaik sahaja pintu lift terbuka.

" Nak simpan buku ni. Terbawa pula tadi. Kata Arif lantas terus keluar dari lift. Menonong Iqbal dan Shah mengikut Arif. Selesai membasuh muka,mereka berpandangan sesama sendiri. Tertanya tanya dihati mereka. Gadis gadis itu, manusia atau pun hantu.

"Amboii.. hampa ni gay ka, yang pi masuk bilik ayaq tiga orang sekali tu pasaipa."


Buuk....Shah menumbuk Shuk. Tertunduk tunduk Shukri memegang perutnya menahan kesakitan.

" Aku doa hang kawin ngan minah senget tu. Biaq padan muka hang. Tak pasai ja dok tumbuk orang. Sikit sikit tumbuk."

" sapa minah senget tu? Yang dok wrestling kat ataih tu ka yang dok kat lantai tu? Tanya Iqbal lurus.

"Wooii..! Yang dok kat lantai tu aku punya. Sian dia. Hang jaga sikit bini hang tu." terus Arif merimbuk perut Shah tanpa belas kasihan.

"Wow...wow...! Apa cita ni bai. Popcorn mana popcorn."

"Popcorn cekadak hang. Bila masa aku kawin. Tak hingin la aku nak kawin ngan minah tu. Aku tengok pun takut, tambah nak kawin. Memang tak la."

"Dah...dah....jom cepat kita turun. Bonda dah bising tu. Semua orang dok tunggu kita nak sarapan." Nawawi menepuk dan memeluk bahu Shah membawanya turun.

"Nah..popcorn...." hulur Nazeer kepada Syafiq. Hai...ntah hapa hapa la budak budak ni. Macammana la nak perintah negara. Keluh hatinya.

* * * *


Baru saja Shah ingin melangkah kedalam dewan makan,tiba tiba terasa rambutnya dicekak dari belakang. Terdongak kepalanya lalu terdengar bisikan ditelinganya. " ingat sekali lagi aku nampak bini hang buat naya hacks aku. Siap hang." Iqbal melangkah dengan senyuman kedalam dewan. Shah yang bengang juga turut tersenyum sebaik melangkah masuk kedewan. Namun termati senyumannya bila melihat siapakah yang berada bertentangan dengan tempat duduknya. Beeb a.k.a minah senget, selamba melihatnya tanpa perasaan. Seolah olah kejadian tadi tidak pernah berlaku. Tiba tiba hati Shah membara. Oooo...hang senang senang kat sini. Aku pulak yang tak pasai menanggung dosa hang. Eh..! Bukan memang laki ka yang tanggung dosa bini. isshh...apa yang aku merepek ni.

Wayaq putuih ka apa...?dari tadi dok terkumat kamit pastu tergeleng geleng.

Harap muka ja encem tapi macam tak betui ja. Mintak simpang la jadi laki aku. Ehh...sapa nak jadi bini dia aaaa.. Memang malang la sapa yang kawin ngan dia......siannya....la....hai.. bisik hati Beeb mengutuk pemuda yang duduk bertentangan dengannya.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN