Home Novel Cinta DEWI CINTAKU
DEWI CINTAKU
NURY IRFAN
3/6/2017 15:56:10
7,184
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Dewi Cintaku


"Panggil putra dan kawan kawanya kemari." Arahan dari kementerian pertahanan segera dipatuhi. Berkejaranlah staff dikementerian pertahanan itu melaksanakan arahan yang diberi.


"Ya.. kolonel sekejap saya sampai." Putra segera memanggil rakan rakannya selepas talian diputuskan. Tidak lama kemudian kelihatan kelibat tujuh pemuda berkot hitam berlari lari menuju kebumbung hotel Qaseh itu.

Sebaik sahaja mereka tiba disana, mereka terus melompat masuk kedalam helikopter yg belum pun sempat mendarat lagi.


"Apa yg sebenarnya terjadi ni?" Tanya kolonel sebaik sahaja mereka masuk kedalam bilik yg dikhaskan dikementerian.


"Entah..

"Entah? Kamu dah gila ka Syed. Kamu dari jabatan interpol takkan tiba tiba jadi bodo kot.

"Tak tau la" jawab syed. Yg sedang mencium cium genggaman tangannya sendiri.

Kolonel yg baru saja hendak menyinga itu tiba tiba terdiam. Melihat akan gelagat pelik beberapa pemuda itu.

"Leong kamu dah gila ka.? Jerkah kolonel yg terkejut melihat leong yg sedang asyik tersengih sengih itu.

"Oooo.. bee ku sayang." Termelatah leong mendengar jerkahan itu.

"Usah ditepuk tepuk dahi itu. Mengapa kau terburu buru. Bukankah kita masih punya banyak waktu. Lagipun pada perkiraanku, orang itu mungkin sudah sampai keperairan negara. Jika mengikut lima belas jam yg berlalu dari tragedi itu. Rasanya tak perlulah kita mencarinya lagi. Adakah engkau mengerti wahai lelaki tua berkepala botak ?" Kata indra yg tiba tiba bermadah pujangga.

Terhenti tangan kolonel yg sedang mengetuk dikepala botaknya.

"Kurang ajaaar.." kata kolonel lalu berlalu pergi. Nak diapa apakanya takut dia pula yg dipecat bonda ratu. Terpaksalah dia beralah.


"Dominov ! Periksa bahagian imigresen jika ada yg boleh dicurigai melintasi sempadan.

"James ! Periksa disemua hospital dijajahan ini jika ada yg tidak mempunyai waris. Jika ada dapatkan mereka segera.

"Khan ! Siasat dibahagian kemasukan pekerja asing dan dapatkan semua identiti mereka.

Putra memberi arahan sebelum dia sendiri pergi kebahagian screen yg memenuhi dinding dihadapannya. Setiap hidden camera yg terpasang dibandar itu semuanya dihubungkan kebilik khas ini.


Bekerjalah mereka berempat tanpa mempedulikan mereka yg lain yg semakin parah angaunya.


"Putra..! Ada seorang yg tidak mempunyai waris dihospital ini."

"Siapa ?"

"DANIA

"Dania..?


"Dominov ! cari dimana imigresen yg dilintasi dania dan dapatkan maklumatnya.

"Ok.. tapi macammana dengan bonda ratu disana ?" Tanya Syafiq Dominov kepada Shah Putra yg benar benar bagaikan cacing yg sedang kepanasan itu.

"Tak apa, nanti aku hantar Nazeer Khan kesana. Kata Shah putra sambil memandang Syed Iqbal yg sedang mencium cium hacks didalam genggamannya. Arif Leong yg sekejap memandang keatas dan sekejap memandang kebawah sambil tersengih sengih itu. Dan juga Indra Shukri yg sedang merenung geometri diatas meja sambil dahinya berkerut kerut seolah olah memikirkan sesuatu.

"James Nawawi ! Awasi Dania dan tunggu kami tiba sebentar lagi. Kata Shah Putra sambil dahinya berkerut memikirkan bagaimana caranya untuk dia membawa bersama manusia yg tidak serupa manusia dihadapanya itu.


Sekali lagi sepasang mata yg terintai dari tepi jendela kaca ditarik kembali. Tidak dia melompat terbang melayang seperti sebelum ini. Namun diseludup nya masuk kedalam bilik khas itu setelah Shah dan kawan kawanya beredar dari situ.

APAKAH YANG DICARINYA DISITU

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NURY IRFAN