Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,631
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

BAB 5

            SELESAI mengemas dapur dan memastikan ibunyamemakan ubat darah tinggi, Ayu duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.Dia cuba menumpukan perhatiannya pada cerita yang sedang ditontonnya, tetapidia masih teringatkan peristiwa siang tadi. Hatinya tertanya-tanya siapakahlelaki di dalam kereta hitam itu? Seingatnya, dia tiada kawan yang memakaikereta jenis itu. Ah! Apa-apa sajalah. Agak-agaknya lelaki itu memang terpegunmelihatkan kecomelannya kot. Hahaha .. seronok juga sesekali perasan comel danlawa ni. Takde orang nak puji kita, kita pujilah diri sendiri, monolog Ayusendirian sambil tergelak-gelak kecil.

            "Ayu! Kenapa gelak-gelak sorang-sorang tu? " suara emaknya a.k.a Mak Timahtiba-tiba menegurnya.

            Terkejutsekejap Ayu. Alamak! Emaknya belum tidur lagi. Adoi! Nak jawab apa ni, bisikhati kecil Ayu sambil tersengih-sengih.

            "Ergh ... cerita kat tv ni mak. Kelakar," jawab Ayu.

            MakTimah mengecil-ngecilkan matanya. Jaraknya dengan tv bukannya jauh sangat.Rasa-rasanya penglihatannya masih jelas lagi. Bukan pelakon kat dalam tv tutengah menangis ke? soal hati kecil Mak Timah. Wajah anak tunggalnya itudipandangnya lama sebelum bersuara.

            "Banyaklah kamu punya temberang, Ayu. Emak ni memang dah tua, Ayu. Tapi, matamak ni belum rabun lagi. Bukan pelakon tu tengah menangis ke? Dah. Pergi tidur.Besok nak bangun awal, nak masak. Seram pula mak dengar kamu ketawa seorang-seorangtakde punca ni," arah Mak Timah tegas.

            Ayuhanya tersengih saja mendengarkan kata-kata Mak Timah. Tangannya terus mencapaialat kawalan televisyen di hadapannya sebelum menekan butang 'off'' di alatkawalan jauh televisyennya dan melangkah ke bilik tidurnya yang terletak disebelah bilik emaknya.

            HARImasih pagi. Dan, seperti selalu gerai lontong kering dan nasi lemak sotong MakTimah telah dipenuhi ramai pelanggan. Walaupun hari ini hanya Ayu seorangsahaja yang meniaga kerana Mak Timah masih kurang sihat, Ayu cekap melayanipara pelanggannya. Setelah jam menganjak ke angka sembilan, barulah Ayu dapatmenarik nafas lega kerana gerainya telah kosong tiada pelanggan. Dia tersenyumsendiri kerana nasi lemaknya pun telah habis dijual. Tinggal lontong saja adalagi sikit. Bolehlah untuk dua atau tiga orang pelanggan lagi.

            Sibukdia mengemas-ngemas tupperware-tupperware dan dua tong nasi lemak yang bersaizbesar itu, sebelum dia dikejutkan dengan bunyi deheman seseorang. Ayu segeraberpaling. Ah! Ini lagi seorang lelaki yang melecehkan hidup dia. Waktu emakaku takdelah dia pun datang ... erghh!, dengus hati kecil Ayu.

            "Ayu ... abang nak lontong kering satu," kata lelaki itu sebelum duduk disebuah meja di gerai itu.

            Erk!'Ngeri' pula rasa di hati Ayu mendengarkan lelaki itu berkata. Bukan sebab kataganti nama 'abang' yang digunakan, tetapi cara dan nada lelaki itu bercakap.Macam miang semacam jea nadanya! Namun, dengan muka yang dimaniskan, Ayumembawakan sepinggan lontong kering dan segelas air nescafe panas. Baru Ayuhendak beredar, lelaki itu memanggilnya.

            "Duduklah. Abang nak cakap sesuatu. Bukannya ada pelanggan pun," pintalelaki itu lembut.

            Malashendak bercakap banyak, Ayu menurut permintaan lelaki itu. Tetapi, di meja yanglain. Lelaki itu tersenyum sedikit. Gembira permintaannya dipenuhi.

            "Nak cakap apa? ", tanya Ayu acuh tak acuh. Malas dia hendak melayansebenarnya, tetapi nanti orang kata dia tidak menghormati pelanggan dan orangyang lebih tua daripadanya pula.

            Lelakiitu tergelak kecil sementara Ayu pula mengerutkan dahinya sedikit.

            Apalahyang kelakarnya sampai lelaki ini yang juga merangkap suami dan bapa orang niketawa! Ketawa pun gaya-gaya nak mengurat jea. Eeiii ... rimas!, rungut hatikecil Ayu.

            "Takde apa-apa. Saja jea singgah nak makan lontong kering Ayu yang sedap ni.Selain itu, rindu nak tengok Ayu yang lawa ni," jawab lelaki itu itusambil tersenyum mengoda.

            "Abang Mukri ... saya ni bukannya apa. Tapi, sebelum cakap macam ala-ala nakmengurat saya ni, lebih baiklah ingat-ingat anak isteri kat rumah tu. Dengarcerita abang Mukri selalu tak balik rumah. Kesian saya tengok Kak Ina tu.Dahlah tengah sarat mengandung macam tu, terkejar-kejar menghantar anak kesekolah, menguruskan rumah tangga. Lepas tu ambil upah basuh pinggan kat warungLebai Ali tu. Abang Mukri ini pula sibuk mengurat."

            "Itulah. Abang kesian tengok Kak Ina kau tu. Ni yang abang cadang nak carikan'kawan' untuk kak Ina tu. Bolehlah tolong-tolong Kak Ina kau tu sikit."

            Ayumengerutkan dahinya sedikit. Tak faham apa yang lelaki itu repekkan. Namun darinada dan cara lelaki itu bercakap macam ada double meaning jea. Tapi, Ayu diamsaja. Hanya kepalanya dianggukkan, sebagai tanda kononnya dia faham apa yangdikatakan lelaki di hadapannya ini. Manakala lelaki di hadapannya tersenyumlebar melihatkan aksinya.

            "Abang suka cakap dengan Ayu ni sebab Ayu faham semua yang abang cakap. Jadi ...abang rasa tak payahlah abang bercerita panjang sangat. Mmm ... apa kata Ayukahwin dengan abang. Abang sebenarnya dah lama suka kan Ayu. Ayu pun bolehlahtolong Kak Ina. Ayu kan kesian tengok Kak Ina buat kerja semua sendiri Abangpula akan buat Ayu bahagia sepanjang hayat Ayu. Tak payah dah Ayu kenabersusah-payah nak jual lontong dan nasi lemak ni, sambung lelaki yang bernamaMukhri itu.

            Ayu mengetapgiginya menahan geram. Ceh! Isteri yang seorang pun tak tertanggung dan takterurus, ada hati nak tambah isteri. Ada hati nak berjanji bulan dan bintangkat aku. Hendak saja aku ketuk ketuk dahi lelaki dengan senduk biar bertukarjadi monyet! Tapi, disabarkan juga hatinya. Namun, di dalam kepalanya telahterbayang lelaki itu berubah menjadi monyet. Tersungging senyuman sinis dibibirnya.

            "Kenapa Ayu tersenyum sinis? Ayu tak percaya? Atau Ayu tak nak bermadu. kalaumacam tu ... abang sanggup ceraikan si Ina tu. Asalkan Ayu setuju kahwin denganabang."

            Tanpasedar Ayu, tiba-tiba saja tangan kanannya yang dikepal sedari tadi ditumbuk keatas meja. Memang dia tak boleh berpura-pura bersopan dan bersantun lagi denganlelaki gatal tak sedar diri di hadapannya ini lagi. Kalau lelaki ini nak katadia kurang ajar pun, suka hati lelaki itulah. Lelaki ni memang nak kena basuhcukup-cukup dengan dia ni!

            "Amboi! Berjanji bulan dan bintang dengan saya. Tapi kan ... macam mana saya nakpercaya kalau Kak Ina, isteri abang yang kat rumah tu sampai kena kerja basuhpinggan kat warung orang! Abang tak kesian ke? Kak Ina tu tengah mengandungkananak abang. Kalau betullah abang tu banyak duit, lebih baiklah berkongsi rezekiyang abang dapat tu dengan isteri dan anak-anak abang daripada mengunakannyauntuk mengumpan saya atau mana-mana anak dara lain jadi isteri nombor duaabang. Abang kena ingat dalam rezeki abang tu ada rezeki isteri dan anak-anakabang tau. Bukan untuk abang seorang jea!," bidas Ayu siap menjuling-julingkanmatanya lagi sebab terlalu geram dengan lelaki itu.

            "Tapi ... dalam rezeki abang tu pun ada rezeki untuk abang buat Ayu sebagaiisteri abang," balas lelaki itu tidak mahu mengalah.

                        Eeeiii .... lelaki ni memang takfaham bahasa. Cakap pun mengalahkan tuan loyar! Nak jea aku ketuk dengan sendukni kang! jerit Ayu di dalam hatinya.

            "Baiklah. Sebab saya cakap elok-elok tak faham juga, biar saya berterus-terangjea. Saya dah ada boyfriend," jawab Ayu tegas  dan selamba sebelum bingkas bangun dariduduknya.

            "Ayu dah ada boyfriend?  Abang macam takpercaya jea.Tak pernah pun nampak Ayu dating dengan sesiapa pun. Alah! Jangantipulah, Ayu. Ayu jangan seksa abang macam ni," kata Mukri.

            "Tak percaya sudahlah. Bukan masalah saya," kata Ayu dengan wajah yang yakin.

            "Baiklah. Tapi ... siapa orang tu, Ayu? Abang tak percaya sehingga abang tahusiapa orang itu. Sekurang-kurangnya Ayu mestilah ada simpan gambar diakan?"

            "Gambar? Ergh..." Ayu menelan liurnya perlahan. Banyak soal betullah lelakini. Dia ingat dia polis ke, siap nak bukti bagai! Ayu mengigit bibirnya sedikitsedang otaknya ligat berfikir mencari idea sebelum tiba-tiba menjawab.

            "Hah! Gambar dia ada saya simpan dalam beg duit saya. Tapi ... beg duit tu sayatinggalkan kat rumah. Iyalahkan ... nanti kalau kena ragut, bukan duit jeahilang, gambar buah hati saya tu nanti pun hilangkan. Bukan senang saya nakminta gambar baru dari dia nanti. "

            TerusMukri ketawa berdekah-dekah.

            "Hahaha ... macam-macam alasan Ayu yea. Okaylah. Tapi ... sekurang-kurangnyaberitahu abang siapa nama dia."

            "Nama dia yea? Mmm ...," Ayu berfikir untuk mereka satu nama sebabtakkanlah nama si Amir atau si Farid pula yang dia nak guna. Memang tak'real'lah penipuan dia ni nanti sebab lelaki itu kenal kedua-dua sahabat baikdia tu dan keluarga mereka sekali. Karang kalau ditanya kat keluarga si Amiratau Si Farid, mahu tak naya jea nanti. Adehhh ...!, kata hati kecil Ayu sambilmengaru-garu dahinya yang tidak gatal.

             Mukri ketawa lagi. Kali ini lebih kuat lagi.

            "Jangan nak cakap Ayu terlupa nama boyfriend pula. Sebab, Ayu sayang ... orangtak pernah lupa nama boyfriend tahu tak? Ayu tipu jea kan? Abang dah agak mestiAyu tipu. Sebab abang tak pernah pun nampak Ayu dating dengan sesiapapun," kata Mukri semula.

            Merahmerona pipi Ayu menahan geram mendengarkan kata-kata Mukri tadi. Tiba-tibakedengaran seseorang bersuara di belakangnya.

            "Kenapa ni?" tanya satu suara dari belakang Ayu tiba-tiba sementara mata sipemilik suara itu memandang tepat ke arah Mukri dengan wajah yang serius.

            Sementaraitu, walaupun Ayu juga terkejut mendengar suara lelaki yang tidak dikenalinyadari arah belakangnya, dia berusaha menyorok rasa terkejut dan rasa ingin tahusiapa si pemilik suara. Sebaliknya, otaknya yang kecil dan licik itu tanpamemberi sebarang isyarat terus mengerakkan tangan kanannya pantas memaut lenganlelaki tersebut sebaik lelaki itu berdiri di sebelahnya. Lelaki yang kemasberkemeja lengan panjang warna biru air itu pula seakan memahami tindakan Ayuterus memandang tepat ke arah anak mata Mukri dengan wajah yang serius sehinggamembuatkan Mukri berdengus sakit hati.

            Betulke lelaki ini bakal tunang Ayu? bisik hati kecil Mukri sendirian. Mukrimemandang lelaki itu dari atas ke bawah, dan kemudian dari bawah ke atassemula. Lelaki di hadapannya ini bukan sekadar ada rupa, tetapi begitu bergayasekali untuk perempuan kampung seperti Ayu. Nampak macam orang luar saja. Entah-entahini semua hanya lakonan saja. Lelaki asing ini sengaja hendak berlagak menjadiherolah tu, getus hati kecilnya lagi.

            "Kau boyfriend dia? Aku tak percaya. Tapi ... kalau iya pun, kau bukannya sesiapapun dengan dia. Bukannya suami dia pun!," marah si Mukri.

            Terjegilmata Ayu mendengarkan kata-kata Si Mukri. Eeii ... degil betullah lelaki ni,kutuk Ayu di dalam hatinya. Pautannya di lengan lelaki itu diperkemaskannyalagi. Hissh ... tak kisahlah siapa pun lelaki ni. Yang penting, lelaki inilahheronya hari ini!

            "Ada saya suruh percaya ke?" soal 'hero' Ayu pula dengan wajah yang serius.

            Mukrimengetap bibirnya geram mendengarkan sebaris ayat yang keluar dari mulut lelakiyang bergaya di hadapannya itu. Mukri kemudiannya mengeluarkan telefonnya dantanpa diduga Ayu, lelaki itu mengambil gambarnya yang memegang erat lenganlelaki di sebelahnya. Terkaku seketika Ayu dengan tindakan Mukri itu. Erk ...apa lelaki tu nak buat dengan gambarnya?

            Selepasmengeluarkan duit not sepuluh ringgit dan meletaknya dengan kasar di atas meja,Mukri terus beredar dari situ dengan rasa marah yang meluap-luap.

            Ayumenarik nafas lega. Sebaik kelibat Mukri hilang dari pandangan matanya, buatpertama kali Ayu mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke wajah lelaki disebelahnya. Mata mereka bertentangan buat seketika. Gulp! Ayu menelan liurnya.Errkk ... ini lelaki kereta hitam semalam.

            "Mmm ... erghh ... terima kasih tolong saya tadi. Dia tu memang suka sangatmenganggu saya. Sibuk jea nak ajak saya kahwin, sedangkan isteri dan anak-anaknyayang kat rumah pun dia tak mampu nak tanggung. Kesian isteri dia," terangAyu panjang lebar.          Sebenarnya,dia tak niat pun hendak bercerita panjang, tetapi kerana rasa malu dia melalutbercerita panjang takut lelaki itu salah faham dengan tindakan spontannyamemaut lengan lelaki itu tadi..

            Lelakiitu tidak menjawab. Sebaliknya, dia hanya  menganggukkan kepalanya sedikit. Mata merekabertentangan sekali lagi.

            "Errg ... apa kata saya belanja encik ni makan lontong kering. Lontong keringsaya sedap tau. Yang tersedap kat sini. Kat tempat lain tak boleh tandinglontong kering saya ni," kata Ayu tersenyum manis. Cewah! Dalam malu-malutu, sempat lagi puji diri sendiri.

            "Iya? Boleh bungkuskan?"

            "Oh! Boleh jea. Kejap yea," kata Ayu sebelum bergegas membungkuskan lontongkering buat heronya itu.

            "Ini lontongnya, encik. Selamat menjamu selera. Terima kasih sekali lagi."

            Lelakiitu mencapai bungkusan yang berisi lontong kering itu. Sekeping not berwarnamerah dihulurkan kepada Ayu. Ayu menggelengkan kepalanya tanda menolakpemberian lelaki itu.

            "Ehh ... takpe. Saya belanja. Tanda terima kasih saya kerana pertolongan enciktadi  yea."

            "Thank you and take care," kata lelaki itu sebelum berlalu dari situ.

            BibirAyu mengulum senyum mendengarkan kata-kata lelaki tadi sambil matanya terusmemerhatikan kereta hitam besar yang ada simbol beberapa bulatan itu sehinggahilang dari pandangannya. Ah! Kacak, bergaya. Berbudi bahasa. Cakap punbersopan gila. Mesti dah ada buah hati pengarang jantung. Mmm ... untungnyalahgirlfriend mamat tu.       

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma