Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,638
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

BAB 16

            Jamdi dinding kedai makan yang diberi nama Warung Mak Uda yang terletakberhampiran rumah sewanya menunjukkan pukul sembilan pagi. Kebanyakan kerusi dan meja di dalam kedai makan ini mulaidipenuhi pelanggan. Kelihatan juga beberapa orang pelanggan yang sedang beraturuntuk membayar bil masing-masing. Tak kurang juga kelihatan beberapa orangpelanggan yang telah melangkah keluar dari situ dengan bungkusan makanan ditangan masing-masing.

            Sementaramenunggu pesanannya sampai, Ayu melihat gambar-gambar dia dan si kecil yanglicik semasa di London. Kemudian matanya berhenti lama pada sekeping gambaryang diambil oleh pembantu Tunku Aryyan. Bibirnya tersenyum secara spontan.Kalau orang yang tak mengenali dirinya, pasti akan menyangka ini adalah'keluarga kecil'nya. Hahh ... ini semua gara-gara si kecil Ellie yang licik!

            Lamunannyaterhenti tatkala seorang pekerja kedai makan itu menghantar pesanannya. Secawanteh 'o' panas, telur separuh masak dan roti bakar. Sebenarnya bukan susah punhendak membuat sendiri sarapan yang ringkas itu di rumah, tetapi hari ini diatiada mood hendak memasak. Lagipun, hanya dia seorang saja di rumah. Dillabalik bercuti di kampung selama seminggu. Habiskan cuti tahun menurut katakawan baik merangkap rakan serumahnya itu.

            "Ouuchh ... panasnya. Jahatlah kau ni telur," marah Ayu pada telur separuhmasak di piring kecil itu bila dia jari-jemarinya kepanasan semasa hendak memegangdan memecahkan telur separuh masak. Terus telur itu diletak semula ke dalampiring, tak jadi memecahkannya.

            "Biar saya pecahkan untuk awak," kata seseorang separuh berbisik sesuara ditelinganya.

            AyuRaihanna yang terkejut mendengar suara lelaki yang separuh berbisik di telingakanannya segera memalingkan wajahnya ke arah datangnya suara itu. Kini matanyadan mata si lelaki saling bertentangan dengan jarak yang begitu dekat sekalisebelum Ayu segera berpaling ke hadapan. Jantungnya berdegup kencang. Palingakhir jantungnya berdegup sekencang ini semasa menyertai Hari Sukan sekolahmasa tingkatan lima dulu sebab teruja sangat hendak mendapat tempat pertama.

            "Erghh ... awak off hari ni?"

            "Haahlah, sayang," jawab Faris Hakimi sambil mengenyitkan matanya sedikit.

            "Mana awak tahu saya kat sini?" tanya Ayu lagi.

            "Itulah namanya gerak hati. Tunang kesayangan saya ni sihat?" tanya FarisHakimi sambil tangannya mengambil mangkuk kecil yang terletak di hadapan Ayu sebelummemecahkan telur separuh masak itu ke dalam mangkuk kecil. Kemudian dia mencapaipula bekas kicap dan lada putih sebelum diletakkan di dalam telur separuh masakyang telah dipecahnya tadi sebelum menolak mangkuk kecil itu di hadapan Ayuyang masih lagi terkejut dengan kemunculannya.

            "Cukup?' tanya Faris Hakimi tersenyum memandang ke arah Ayu yang masih nampakblur.

            "Ergh ... apa yang cukup?" soal Ayu semula.

            "Kicap dan lada sulahnya. Cukup ke atau awak nak saya tambah lagi?'

            "Mmm ... cukup. Terima kasih."

            "Anything for you, sayang. Mmm ... makanlah. Tunggu apa lagi. Sejuk nanti taksedap," kata Faris Hakimi masih lagi dengan senyuman menawannya.

            "Awak tak sarapan sekali ke?"

            FarisHakimi sudah tersenyum nakal. Sebenarnya dia telah pun bersarapan dengan mamadan papanya tadi.

            "Saya tengok awak pun saya dah kenyang."             SengajaFaris Hakimi mengusik Cik Tunangnya. Bukannya dia tak nampak Cik Tunangnya itumencemik tatkala mendengar kata-katanya tadi.

            "Untungnyalah saya dapat bakal suami yang tengok muka saya pun dah kenyang. Takpayah besok bila dah kahwin saya susah-susah nak masak untuk awak, kan?"

            Tergelakkecil terus Faris Hakimi mendengarkan omelan Ayu tadi.

            "Hahaha ... janganlah macam tu. Saya suka air tangan awaklah, wahai Cik Tunangtersayang saya ni. Lagi-lagi lontong kering awak tu. Lama dah saya tak makan.Bila nak masakkan untuk saya?," tanya Faris Hakimi sementara tangannyamencapai cawan yang berisi teh 'o' panas Ayu Raihanna seblum menyisipnyasedikit.

            "Awakkk ... tu air saya lah. Awak orderlah lain," kata Ayu dengan nadageram dan tanpa dirancang jari-jemarinya pantas mencubit kuat Faris Hakimisehingga menyebabkan muka lelaki itu berkeriut menahan sakit. Pertanyaan FarisHakimi dibiarkan tidak berjawab.

            "Adoi! Sakitlah awak. Awak ni ada genetik ketam ke?" tanya Faris Hakimisambil mengusap-ngusap kesan cubitan Ayu tadi. Mukanya kemerah-merahan menahansakit.

            Ayuternganga sedikit melihatkan kesan merah menyala angkara cubitannya tadi dilengan Faris Hakimi yang berkulit kuning langsat itu. Erghh ... mesti sakit.Kejap lagi lebamlah tu, kata hati kecil Ayu diserang rasa bersalah. Tanpaberfikir panjang, terus tangannya mengusap kesan cubitan di lengan Faris Hakimibeberapa kali sambil mulutnya tidak henti-henti memohon maaf.

            FarisHakimi menyorok senyum. Tak sangka yang Ayu akan bertindak begitu. Siapa yangtidak seronok bila tunang yang selalunya dingin dan garang tiba-tibamenunjukkan rasa prihatin. Sayang juga rupanya tunangnya  yang garang ini padanya.

            "Apa yang awak senyum-senyum tu?" tanya Ayu tiba-tiba. Pelik kerana sebaiksaja dia mengalihkan pandangannya ke arah encik tunangnya itu, lelaki itutengah tersenyum-senyum seorang.

            "Huh! Erghh .. takde apa-apa. Saya ... sa ... saya cu ...," tak sempatFaris Hakimi menghabiskan kata-katanya, telefonnya telah berbunyi minta diangkat.

            "Saya jawab telefon ni dulu yea, Cik Tunang tersayang," kata Faris Hakimipada Ayu Raihanna. Hanya anggukkan tanda faham saja respon yang diberi olehAyu.

            Setelahbeberapa ketika, Faris Hakimi menamatkan perbualannya di telefonnya. Moodnyaterus berubah tiga ratus enam puluh darjah sebaik menamatkan perbualan ditelefon tadi. Dia keudiannya memandang ke arah Ayu Raihanna yang sedangmenyisip teh 'o' panasnya tanpa sebarang kata.

            Setelahbeberapa saat, kedengaran ada bunyi bip, bip tanda ada mesej masuk ditelefonnya. Sekali lagi dia mengeluarkan telefonnya dan menekan sesuatu ditelefonnya. Lama matanya terpaku pada mesej yang masuk tadi. Dia menariknafasnya panjang dan dalam. Pandangannya kemudiannya dihalakan ke arah AyuRaihanna semula  yang masih menyisipminumannya. Faris Hakimi mengeluh sedikit sebelum menyimpan telefonnya ke poketseluar jeannya semula.

            "Macam mana London? " soal Faris Hakimi tiba-tiba.

            Ayumengangkat keningnya sedikit. Pelik dengan pertanyaan tunangnya.

            "Macam itulah. Peliklah cara awak tanya saya ni?"

            "London memanglah macam tu jea. Maksud saya ada apa-apa yang menarik ke berlakudi sana?" tanya Faris Hakimi.

            "Takde apa-apa yang menarik pun. Sale pun takde," balas Ayu sambil membuatmuka sedih.

            TersenyumFaris Hakimi mendengarkan  jawapan AyuRaihanna.

            "Awak dah tengok surat khabar hari ini?" tanya Faris Hakimi.

            "Tak. Saya tak beli surat khabar. Saya baca online jea. Kan dah ada versidigital. Awak ni ketinggalan zamanlah."

            "Iyalah. Saya memang ketinggalan zaman. Mmm ... betul awak takde apa yangmenarik nak cerita pada saya sepanjang awak kat London," Faris Hakimibertanya lagi pada Ayu Raihanna sambil mengeluarkan telefonnya yang berderingpada masa yang sama. Faris Hakimi memberi isyarat tangan pada Ayu yang dia hendakmenjawab panggilan telefon itu dulu.

            Ayuhanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memerhatikan wajah Faris Hakimiyang sekejap berkerut-kerut, sekejap lagi memicit-micit dahi dan sekejap-kejapmengeluh panjang. Setelah beberapa ketika, Faris Hakimi menamatkan perbualannyadi telefon bimbitnya.

            FarisHakimi memandang seketika ke arah Ayu Raihanna buat seketika sebelum diamenekan sesuatu di telefonnya dan menyerahkan telefonnya kepada  Ayu yang nampak terpinga-pinga, namun hulurantelefon itu tetap diambil juga oleh Cik Tunangnya.

            Airmuka Ayu Raihanna berubah sebaik matanya membaca dan melihat apa yang terpapardi skrin telefon I-phone 6 itu. Macam mana boleh jadi macam ini pula. Hissh ...fitnah ni, bisik hati kecilnya.

            "Ada apa-apa yang awak nak jelaskan kat saya?" tanya Faris Hakimi lembut.

            Ayumemandang tepat ke anak mata Faris Hakimi.

            "Ceritalah pada saya apa sebenarnya yang berlaku supaya saya boleh terangkanpada keluarga terutamanya mama saya. Please," kata Faris Hakimi lagi.

            AyuRaihanna menarik nafasnya panjang. Sekali lagi matanya memandang ke arah tajuk berita yang ditebalkanhuruf-hurufnya " TUNKU ARYYAN & BAKAL ISTERI DI KOTA LONDON"sebelum matanya beralih pada gambar yang menunjukkan dia yang sedang memandangke arah Tunku Aryyan sambil tersenyum sementara lelaki itu pula sedangmengujukkan sekalung rantai emas ke arahnya. Kemudian matanya beralih ke arahgambar yang menunjukkan Tunku Aryyan Harraz memberinya sejambak besar bunga ros.

            AyuRaihana memulangkan telefon di tanganya kepada Faris Hakimi semula. Diakemudiannya memandang tepat ke anak mata tunangnya itu.

            "Awak percaya dengan berita tu?" soal Ayu dengan nada mendatar kepada FarisHakimi.

            "Secara peribadi ... saya tak percaya. Tapi, saya perlu dengar cerita yangsebenarnya dari mulut awak sendiri supaya saya boleh terangkan hal yangsebenarnya kepada keluarga saya.Saya tak nak orang tua saya salah faham. Sayanak awak ... bila jadi isteri saya kelak, mempunyai hubungan yang baik denganmama saya. Saya tak nak benda-benda macam ni ... dibiarkan tanpapenjelasan  kerana ia boleh menyebabkansalah faham dan akhirnya merosakkan hubungan menantu-mak mertua yang bakalterjalin anatara awak dengan mama saya. Saya sayangkan mama saya. Dan, sayacintakan awak. Saya tak nak berada di dalam posisi yang memerlukan saya membuatpilihan kelak."

            "Saya pun inginkan hubungan yang baik dengan bakal mertua. Kalau memang dahtertulislah kat takdir saya ni yang awaklah jodoh saya, pastilah saya pun taknak orang tua awak salah faham dengan berita ni.. Mmm ... pertama sekali sayanak awak tahu yang berita tu memang tak betul langsung. Kedua, Tunku Aryyan dansaya takde apa-apa hubungan pun. Dia hanya kenalan saya. Dia pun tahu yang sayani sudah pun bertunang. Ketiganya ... mesti awak nak tahu macam mana saya bolehterjumpa dengan dia kat sana, kan?"

            FarisHakimi menganggukkan kepalanya, tanda mengiyakan pertanyaan Ayu tadi.

            "Dia dan anaknya ada dalam penerbangan yang sama dengan saya. Saya memang kenaldia, anak dia dan keluarga dia. Anak dia buat hal dalam flight. Saya berjayapujuk si kecil tu. Bila sampai sana, si kecil ajak saya raikan birthday dia.Saya setuju sebab saya kesian si kecil tu yang menganggap saya ni mama dia.Saya ni jenis tak sampai hati. Jadi saya kata ok. Tunku Aryyan ada suruh sayainform awak sebab tak naklah nanti awak salah faham. Tapi ... saya yang buatkeputusan untuk tak inform awak sebab saya fikir ..mmm ... alah benda kecil jeapun. So, tak payahlah nak inform awak. Untuk pengetahuan awak, dia pun tak tahuyang saya tak inform awak."

            FarisHakimi mendiamkan dirinya saja dan mendengarkan dengan sepenuh perhatian setiapbait kata yang dikatakan Ayu.

            "Awak masih nak dengar penerangan yang seterusnya ke?" tanya Ayu Raihannabila dilihatnya lelaki itu hanya mendiamkan diri saja tanpa sebarang respon.

            "Teruskan. Saya dengar," kata Faris Hakimi.

            "Keempat ... pasal gambar yang ada rantai tu ...mmm ... rantai tu bukan untuksaya, tetapi untuk anak perempuan dia. Hadiah hari jadi untuk si kecil Ellieyang licik tu. Awak boleh tanya anak-anak kapal yang satu flight dengan sayahari tu, betul tak kata saya ni yang si kecil tu licik," kata AyuRaihanna.

            "Tunku Aryyan dah ada anak? Tapi, setahu saya dia tu kahwin pun belum. "

            "Manalah saya tahu dia betul dah kahwin atau belum. Dah dia kata si Ellie tuanak dia ... so, anak dialah. Lagipun, takkanlah lelaki yang belum kahwin nak mengakuada anak. Jatuhlah saham dia. Lainlah lelaki yang dah kahwin. Dah ada anakberderet, tapi mengaku takde anak. Takde isteri. Masih bujang trang tang-tang!"

            TersenyumFaris Hakimi mendengar kutukan Ayu Raihanna.

            "Habis bunga ros yang sejambak besar tu takkanlah untuk Ellie si budak kecilyang licik tu juga?" usik Faris Hakimi dengan nada separa menyindir punada. Keningnya sengaja dijongket-jongketkan.

            Ayumemandang ke arah Faris Hakimi .

            "Are you jealous?"

            "Yea ... saya jealous. Seronok dengar saya jealous?"

            "Hahaha ... mestilah seronoklah. Tapikan awak ... bunga tu bukan untuk sayalah. Sebaliknya,untuk Mrs Smith, salah seorang orang kanan dia kat sana. Pekerja dia tu wardedkat hospital sebab sakit. Saya pun dah tak ingatlah sakit apa. Since Mrs Smithtu suka bunga ros, itu yang Tunku Aryyan belikan bunga untuk dia tu."

            "Itu jea?"

            "Iye. Itu jea. Awak tak percaya ke? Saya boleh jea call Tunku Aryyan. Biar diaterangkan pada awak hal yang sebenarnya."

            "Awak ada nombor office dia?" soal Faris Hakimi.

            "Taklah. Saya takde nombor pejabat dia. Nombor yang dia bagi saya ni nomborhandphone dia. Saya tak minta. Dia yang bagi," terang Ayu jujur.

            "Dia bagi nombor handphone dia kat awak sedangkan awak tak minta pun?"Ulang Faris Hakimi. Hatinya semakin dihimpit dengan rasa cemburu.

            "Iya. Apa yang peliknya? Nombor telefon jea pun," balas Ayu Raihanna lurus.

            "Ayu ... orang lelaki ni ... lagi-lagi yang sangat-sangat berjaya dan terkenalmacam Tunku Aryyan Haqim tu, tak bagi nombor handphone dia pada sebaranganorang, apatah lagi perempuan sesuka hati dia jea. Hanya orang-orang yang tertentusaja yang ada nombor handphone mereka. Dia ada hati kat awak tak?"

            "Awak ni ... macam-macamlah. Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan. Tak baiktau buruk sangka kat orang. Awak dengan orang yang tulis berita tak betul nipun sama jea. Tapi ... saya tak fahamlah. Popular sangat ke Tunku Aryyan tusampai cerita peribadi dia pun nak tulis kat surat khabar. Bukannya dia artispopular pun," komen Ayu Raihanna.

            "Ayu ... awak tahu tak siapa Tunku Aryyan Haqim tu kat negara kita ni?"

            "Rakyat Malaysialah. Takkan pendatang tanpa izin pula! Hisshh ... saya nakbaliklah. Awak ni makin dilayan, makin menjadi-jadi repekannya." BingkasAyu bangun dari duduknya. Namun dia terasa seseorang menarik beg tangannya.Spontan dia berpaling ke arah Faris Hakimi.

            "Apa lagi?"

            "Kita cepatkan tarikh nikah kita."

            "Huh !?" Kali ini Ayu Raihana memandang tepat ke anak mata Faris Hakimiterkejut dengan cadangan tiba-tiba tunangnya itu.

           

           

P/S: Terima kasih kepada pembaca yang sudimembaca tulisan saya yang tak seberapa ini. Jikalau sudi, jemputlah bacatulisan saya sebelum ini yang bertajuk " Dia Cintaku" ...         

            

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma