Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,640
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

BAB 13

            LamaAyu membelek-belek blaus sutera warna biru cair lembut yang menarikperhatiannya itu. Tangannya kemudiannya melihat tag harga blaus sutera itu.Sesekali dia meletakkan bahagian lengan blaus tersebut ke lengannya. Saja untukmelihat keserasian warna tersebut dengan warna kulitnya yang sedikit hitammanis. Cantik, puji dirinya sendiri. Elok sangatlah perangai tu, kan. Sendiripilih, sendiri tengok ... lepas tu sendiri puji diri sendiri.           

            Setelahbeberapa ketika membelek-belek blaus tersebut dan berpuas hati dengankeserasian warna blaus sutera berwarna biru cair lembut dengan dirinya, Ayusegera bergerak ke kaunter pembayaran. Sedang dia tercari beg duitnya di dalambeg tangannya, terdengar satu suara  yangseakan dikenalinya.

            "Saya bayarkan," kata suara itu  sambil menghulurkan kreadit kadnya pada  si gadis yang bekerja sebagai juruwang.

            Ayumengerutkan dahinya sedikit sambil berpaling ke arah lelaki yang tanpa hujungpangkal menawarkan diri untuk membayar harga blausnya. Pada masa yang sama diatelah mengeluarkan tiga keping not lima puluh ringgit dari beg duitnya..

            "Awak? Awak tak kerja ke hari ni?"

            "Kerja. Flight saya malam," kata Faris Hakimi mesra.

            "Ohhh ... mmm ... nah. Ambillah duit ni. Harga blaus saya tu seratus lima puluhringgit. Lain kali janganlah buat macam ni. Saya tak suka orang bayarkan barangyang saya beli," kata Ayu sambil menghulurkan tiga keping not lima puluhringgit kepada Faris Hakimi.

            "Tak payahlah. Saya belanja awak."

            "Tak naklah macam tu. Ambillah duit ni. Awak janganlah buat saya rasa tak selesapula," kata Ayu sambil mengunjuk not-not lima puluh ringgitnya kepadaFaris Hakimi.

            FarisHakimi mengeluh pendek. Matanya memandang tepat ke wajah Ayu yang sedangmemandang ke arahnya dengan wajah serius.

            "Apa kata kita buat macam ni. Awak belanja saya makan. Okay, kan?" cadangFaris Hakimi.

            Jauhdi dalam hatinya dia berdoa agar gadis di hadapannya ini bersetuju dengancadangannya. Sebenarnya memang itulah rancangannya sedari awal lagi sebaik diaterpandangkan kewujudan gadis itu di butik itu tadi. Jikalau gadis itubersetuju, kiranya tercapailah hajatnya nak 'lunch date' dengan gadis dihadapannya ini. Kalau tak, memang kempunanlah dia nak 'lunch date' dengan gadisyang mulai mencuri hatinya di dalam diam itu.

            Ayumemandang Faris Hakimi dengan wajah yang tidak berpuas hati.

            "Awak ni memang licikkan. Memang itulah rancangan awak sedari awal lagi, kan?Awak bayarkan blaus saya dan bila saya berkeras nak bayar semula duit harga blaussaya yang awak bayar tadi, awak bagi saya pilihan untuk belanja awak lunch.Right?" tanya Ayu.

            Tersenyumlebar Faris Hakimi mendengarkan kata-kata Ayu tadi.

            "Awak ni macam boleh baca jea fikiran saya, yea. Mmm ... betullah tu apa yangawak cakap. Tapi .... kalau saya tak buat macam tu, manalah saya ada peluangnak 'lunch date' dengan awak," jawab Faris Hakimi.

            "Awak ni memang sama licik jea dengan ada seorang budak kecil ni tau. Nama diaEllie."

            "Hahaha ... apa dia dah buat kat awak?" soal Faris Hakimi sambilmenghulurkan beg kertas yang berisi blaus yang dibayar olehnya  tadi kepada Ayu.

            "  Awak tanya saya apa dia dah buat? Kalau awaknak tahu, umur dia baru empat tahun kot. Tapi ... ada jea idea dia nakpasangkan saya dengan papa dia," cerita Ayu sambil melangkah keluar daributik itu. Namun langkahnya terhenti sebaik mendengar sebaris ayat yang keluardari mulut lelaki yang berjalan di sebelahnya.

            "Are you try to make me jealous?" tanya Faris Hakimi memandang tepat keanak mata Ayu Raihanna.

            " Saya cuba buat awak cemburu?Eeeiii ... takde maknanya tau. Takde sebab pun saya nak buat macam tu. Bukanawak ke yang bertanya tadi?"

            "Memanglah saya yang tanya. Tapi ... saya tak percayalah ada budak yang berusiaempat tahun selicik saya. Entah-entah  awaksengaja buat cerita pasal budak kecil yang licik yang sebenarnya tak wujud punsebab awak tengah testing nak tengok isi hati saya,tak? Awak suka kat saya,kan? Macam awak kata tempoh hari. Bukan susah pun nak jatuh cinta katsaya," ujar Faris Hakimi.

            "Ha alah! Apa awak merepek ni? Dahlah. Malaslah saya nak cakap dengan awak ni.Ni ... tadi awak kata nak saya belanja awak makan. Awak nak makan kat mana?Saya nak cepat selesaikan hutang blaus saya kat awak ni supaya saya tak payahberlama-lama dengan awak kat sini. Lagi lama saya dengan awak, makin sakit hatisaya. Ada jea idea awak nak buat saya naik angin," dengus Ayu Raihanna.Bibirnya dicemik sedikit tanda tidak berpuas hati.

            "Hahaha ... awak ni cepat sentaplah. Usik pun tak boleh. Sebab awak dah taksabar-sabar nak balik rumah, apa kata kita makan kat restoran masakan Padangkat depan tu. Saya suka ayam masak kuning dia. Sedap," cerita FarisHakimi.

            "Iya? Tak tanya pun," balas Ayu. Bibirnya dicemikkan sedikit tandamenyampah pada Faris Hakimi sambil melangkah laju ke arah restoran yangdimaksudkan dan meninggalkan Faris Hakimi yang sedang tersenyum lebar mengekorinyadari belakang.

            SedangAyu dan Faris Hakimi membelek-belek buku menu yan diberikan oleh seorangpelayan restoran itu, terdengar suara seseorang menyapanya dari belakang.

            "Ayu?" kata suara yang sedikit garau itu.

            DahiAyu berkerut  sedikit sebaik mendengarseseorang memanggil namanya dari arah belakang. Sambil memusingkan kepalanya kebelakang, sempat lagi hati kecilnya tertanya-tanya siapakah gerangannya yangmenyebut namanya. Terdengar romantik sekali cara suara garau itu menyebut namanya. Auww ... bergetar sekejap hatiperempuannya.  Hahaha ... nasib baikemaknya, Mak Timah takde kat sini. Kalau tidak memang selamat kepalanya kenaketuk dengan senduk! Tapi ... suara ni macam familiar jea. Takkanlah mamat tukot?, soal hati kecil Ayu.

            Sebaikmatanya bertentang mata dengan si empunya suara yang garau yang berjayamengetarkan sedikit hati perempuannya tadi, spontan Ayu mengigit sedikit bibirbawahnya. Rasa bersalah menyerang dirinya. Apatah lagi bila melihat segarissenyuman manis yang dihadiahkan oleh lelaki yang mengenakan kemeja hitam danbersuit hitam itu untuknya .

            "Lunch?" tanya lelaki itu lagi.

            "Haah. Mmm ... Haq lunch juga ke?"

            "Mmm." jawab lelaki itu pendek sambil matanya memandang ke arah FarisHakimi yang nampak kurang selesa dengan drama sebabak yang sedang berlaku dihadapannya.

            "Apa kata Haq  join kita orang. Kita orangpun baru nak order makanan ni," pelawa Ayu. Dia benar-benar rasa serbasalah sekarang. Mana dia tak rasa serba salah. Semalam dia menipu lelakibersuit hitam itu yang dia bekerja hari ini. Ahhh ... tertangkap sudah diamenipu lelaki bergaya di hadapannya ini.

            "Thanks, Ayu.  Maybe next time. Flightmalam ke? "

            "Flight!?  Ohh ... flight ... haah ...malam," jawab Ayu tergagap-gagap.

            "Mmm ... so I call you later?"

            "Hah!? Errghh ... okay," kata Ayu gugup. Rasa bersalahnya masih belumhilang lagi.

            "Bye and take care, please," kata Tunku Aryyan Haqim sambil menghadiahkansegaris senyuman buat Ayu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah FarisHakimi dan menganggukkan sedikit kepalanya tanda menyapa tanpa suara. FarisHakimi juga menganggukkan kepalanya sedikit tanda menjawab sapaan Tunku AryanHaqim tanpa suara. Dah macam tengok cerita Charlie Chaplinlah pula!

            "Siapa tu?" tanya Faris Hakimi.

            "Oh! Itu bos kawan serumah saya. Tunku Aryyan Haqim. Dialah bapa si kecik yangsaya kata licik tu," terang Ayu Raihanna.

            "Jadi ... itulah lelaki yang  anaknya cubajodohkan dengan you.  Now ... I'mjealous."

            "Erkk ... apahal pula awak nak jealous?" tanya Ayu tak faham.

            Kinimata Faris Hakimi pula memandang tepat ke arah Ayu Raihanna. Walaupun Ayu cubaberlagak tenang, namun nampaknya Ayu tidak dapat menyorok rasa serba salahdaripada dia.

            "Takdelah. Saya saja jea cakap macam tu. Saja usik awak. Tapi betul ke awaktakde apa-apa dengan dia?  Atau ... awak nakcerita kat saya. Biasalah benda peribadi, kan? Mmm ... kalau awak takut diasalah faham, saya boleh terangkan hal yang sebenarnya." Faris Hakimi menawarkan pertolongan untuk menjelaskan hal yangsebenarnya seandainya  lelaki yangbersuit hitam itu itu adalah kekasih Ayu dan lelaki itu telah salah sangka padamereka  walaupun hatinya terasa seperti dihiris-hirispisau semasa menuturkannya.

             Ikhlas atau tak ikhlas pertolongan yangdirtawarkannya itu tak penting buat masa ini. Dia cuma tidak mahu Ayubertelagah dengan kekasihnya kerana salah faham tentang dirinya.

            Ayumencemikkan bibirnya sedikit.

            "Taklah. Dia bukan boyfriend saya."

            "Habis tu yang awak tergagap-gagap, lepas tu muka macam serba salah jea ,kenapa?" soal Faris Hakimi tak faham. Namun, pada masa yang sama hatinyalega bila gadis didepannya itu mengatakan lelaki itu bukan boyfriendnya.

            "Awak nampak saya macam resah semacam ni sebab 'penipuan' saya dah terbongkar. Sebenarnyasemalam dia ajak saya keluar. Tapi ... saya tipu dia. Saya kata hari ini sayakerja. Itu yang buat saya rasa serba salah tu. Sebab ... dah terang-teranglahdia tahu saya menipu dia. "

            FarisHakimi tersenyum lebar.

            "Weiii! Yang awak tersenyum bukan main lebar lagi tu kenapa? Seronok yea orang katasaya ni penipu?" marah Ayu Raihanna. Geram pulalah dia tengok lelaki itutersenyum.

            "Saya senyum sebab saya senang hati. Mesti sekarang ni, lelaki yang kacakbergaya tadi tu ingat saya ni kekasih awak, kan?  Lepas ni mesti dia tak nak ajak awak keluardah. Sebab, dia ingat awak tu kekasih saya. Alhamdulillah ... tuhan mudahkanurusan cinta saya dan awak. Awak tahu tak tadi betapa cemburunya saya dengarcara dia sebut nama awak. "

            "Eeeiii ... apa yang awak merepek ni? Awak jangan nak peningkan kepala saya lagiboleh, tak? Kita cuma kawan sekerja saja, okay ... yang kebetulan bertembungkat mall ni. Dan, sekarang ni saya makan tengah hari dengan awak sebab saya nakbayar hutang baju blaus saya yang awak bayarkan tadi. Bukannya sebab saya nak suka-sukanak belanja awak. Jadinya, jangan nak fikir kreatif sangat yea," AyuRaihanna mengingatkan Faris Hakimi. Lelaki itu hanya tersengih sajamendengarkan kata-kata Ayu.

            "Haiii ... apalah nasib saya jatuh hati kat perempuan garang macam awakni," Faris Hakimi berpura-pura berkeluh-kesah dengan suara antara dengartak dengar.

            "Apa awak kata?"

            "Takde apa-apa. Cuma ..."

            "Cuma apa?"

            "Mmm ... takde apa-apalah. So ... you offlah hari ni kan?"

            "Haah. Awak kata awak kerja hari ni, kan. Sempat ke ni?"

            "Sempat sangat. Flight saya tengah malam nanti," jawab Faris Hakimi sambilmatanya mengerling ke arah jam tangan Breitlingnya.

            "Ke mana?"

            "Istanbul."

            "Bestlah. Boleh cuci mata. Girls kat sana lawa-lawa, kan?" kata Ayu sebelum kembali membaca buku menu restoranmasakan Padang itu.

            FarisHakimi tersenyum sedikit mendengarkan komen Ayu tadi. Sedang Ayu sibuk membacabuku menu,  Faris Hakimi mengambilkesempatan itu untuk merenung lama wajah gadis di hadapannya. Buat 'bekal'sehingga dia bertemu semula dengan gadis itu semula. Lawa-lawa orang sana, lawalagi awak kat mata saya, Ayu. Awak jea yang tak tahu, kata hati kecil FarisHakimi.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma