Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,645
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

BAB 4

Beberapa bulan kemudian.

            Ayumenarik nafasnya panjang. Matanya memandang ke dada langit yang mulai kelihatanmendung. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah jam tangannya. Takkan takdeteksi kot hari ini. Selalunya Pak Abu yang akan datang dengan teksinya untukmembawa dia dan tupperware-tupperware serta dua tong besar nasi lemak yangtelah kosong ini balik ke rumahnya selepas selesai meniaga. Tapi, hari ni PakAbu hanya dapat hantar dia ke gerainya pagi tadi saja. Balik dia kena naikteksi lain sebab teksi Pak Abu kena servis. Semoga hujan lambat lagi turun, doahati kecil  Ayu.

            PuasAyu berkeluh-kesah di dalam hati sebelum tiba-tiba sebuah kereta berwarna merahberhenti di hadapannya. Namun, Ayu tidak mengambil pusing pun kewujudan keretayang berhenti betul-betul di hadapannya itu sehinggalah tingkap bahagianpenumpang diturunkan dan kedengaran suara yang amat dikenalinya menyapanya.

            "Wei! Ayu. Kau nak balik rumah ke? Jom aku hantarkan. Nak hujan dah ni,"kata Amir sambil tersengeh-sengeh.

            "Eh! Kau Amir. Ingatkan siapa tadi. Lawa kereta. Kereta baru ek?"

            "Haah ... jomlah aku hantar kau balik."

            "Betul ke kau boleh tumpangkan aku ni? Aiii ... kaulah kawan sejati aku. Lamatau dah aku tunggu teksi. Tapi, takde satu pun yang lalu. Agaknya, itulah hikmahnyakot aku tunggu teksi tak sampai-sampai. Rupa-rupanya supaya aku boleh rasa naikkereta baru kau ni kan," kata Ayu panjang-lebar sambil tersenyum-senyumsenang hati. Iyalah ... penat tau tunggu teksi yang tak kunjung-kunjungmenjelma ni! Lagipun dia risaukan emaknya di rumah. Emaknya nampak sepertikurang sihat saja sehari dua ni.

            "Iyalah tu. Cepatlah masuk. Nak hujan ni," kata Amir sambil keluar daribahagian penumpang kereta berwarna merah itu.

            Ayutersengih-sengih sambil memerhatikan Amir yang sibuk memasukkanbarang-barangnya ke bonet kereta. Namun dahinya berkerut sedikit apabiladilihat Amir membuka pintu di bahagian belakang dan duduk di bahagian belakangselepas siap meletakkan semua tupperware dan tong nasi lemaknya yang telahkosong ke dalam bonet kereta.

            "Wei! Cepat masuk kereta. Tunggu apa lagi. Aku duduk belakang. Aku boss. Kau dudukdepan. Jadi macam bodyguard aku sekejap. kiranya macam kau bayar tambang katakulah sebab dah tumpang kereta aku," kata Amir kepada Ayu apabila dilihatkawannya itu masih tercegat lagi.

            Ayu berdecitsedikit sebelum menjelirkan lidahnya kepada Amir yang sedang berlakon sepertiseorang boss memerintah pekerjanya.

            "Eeeii ... berkira?! memang sah kau ni ada genetik Haji Bakhil cerita P. Ramleetu."

            "Hahaha ... nothing is free, okay. Janganlah sentap. Aku gurau jea. Cepatlahmasuk kereta. nampak tu. Awan makin gelap tu," arah Amir sambiltergelak-gelak kecil.

            Sambil menjeling geram pada Amir, Ayusegera membuka pintu kereta bahagian tempat duduk sebelah pemandu dan terusmeloloskan dirinya masuk ke dalam kereta tersebut. Fikirnya pasti Pak Husin, pemandukeluarga Amir yang memandu. Makanya sebaik kedengaran bunyi 'tik' tanda pintutelah terkunci secara automatik, sambil tersenyum manis Ayu memandang ke arah tempatduduk pemandu dan ... encik pemandu sedang tersenyum nakal ke arahnya.

            "Awak? Eeii ... menyampahnya. Amir ... apa pasal kau tak cakap kau dengan abangpupu kau ni. Menyampah betullah kau ni. Geram aku. Dah ... dah. Aku tak jaditumpang kereta kau ni Amir," kata Ayu cuba hendak membuka pintu keretatapi tidak berjaya.

            "Hahaha... sorry. Saya dah 'lock', okay. Dan, saya yang awak menyampah sangat niakan bawa awak pulang ke rumah awak dengan selamatnya. Janganlah takut,"kata lelaki itu.

            "Eh ... eh... siapa yang takut? Saya ni ada tali pinggang hitam taekwando tau.Jadi ... awak jangan berani-berani nak gatal atau rancang apa-apa rancanganjahat dalam otak awak tu tau! Kalau awak cuba nak buat macam-macam ... sayapukul awak sampai koma nanti. Jangan kata saya tak bagi amaran kat awak. Dengartak?" soal Ayu sambil mengepal penumbuk, bersedia untuk menumbuk.

            Lelakiitu tidak menjawab. Sebaliknya, lelaki itu hanya tesenyum sambil mengangkatkeningnya sedikit.

             Ayu mulai diserang ketakutan. Lelaki ni macamtak takut jea dengan amaran dia tadi. Siap senyum macam ala-ala lelaki miang jea.Bermacam-macam perkara buruk mula 'menyerang' fikiran Ayu. Menerusi cerminpandang belakang, Ayu dapat melihat Amir yang tersengih-sengih memandang kearahnya. Melihatkan reaksi Amir, hati kecil Ayu semakin terasa kecut! Iyalah. Bukannyadia tak pernah membaca berita macam mana kawan makan kawan.

            Dan,dia bertambah kecut bila lelaki itu mula mengerakkan sedikit badannya kearahnya. Eeeiii ... apa lelaki ni buat ni? Menyesal pula dia menerima pelawaansi Amir tadi. Kenapalah dia tak fikir semua benda ni tadi. Cepat-cepat diaberdoa di dalam hati memohon perlindunganNYA dari segala perkara yang buruk.

            NamunAyu akhirnya menarik nafas lega setelah memahami tindakan lelaki yang bernamaAris itu tadi. Nafasnya dihela panjang. Tanda lega. Rupa-rupanya lelaki ituhendak membuka compartment di depannya sebab hendak mengambil cermin matahitamnya yang tersimpan di situ.

            "Apa yang ada di dalam fikiran awak tadi ni Cik Ayu? Takkan Cik Ayu fikir sayanak ci ...," Aris tidak sempat menghabiskaan ayatnya kerana Ayu telahmenekup mulutnya kuat. Hissh ... ganas betullah kawan si Amir ni. Perangai takseayu nama langsung!

            "Baik awak jangan habiskan ayat awak tu. Atau ... saya sumbat mulut awak tudengan selipar buruk saya ni karang," ugut Ayu dengan wajah merona kemerahanmenahan malu kerana dia tahu apa yang lelaki itu hendak cakapkan tadi. Malulah.Terasa macam dia perempuan kuat perasan jea.

            Amiryang duduk di belakang sudah tergelak melihatkan drama sebabak di hadapannya.Seronok dia melihatkan kegabrahan Ayu tadi. Abang pupunya ini memang hebatlahpart-part menyakat orang! Kena berguru ni, puji Amir di dalam hatinya.

            "Apa kau ketawa-ketawa ni Amir? Kau nak kena ek?," marah Ayu sambil berpalingke tempat duduk belakang sebelum berpaling semula ke arah Faris Hakimi.

            "Angguk kepala tu kalau awak setuju tak akan habiskan ayat awak tadi. Kalau taksaya betul-betul sumbat selipar buruk saya ni kat mulut awak tu karang!"ugut Ayu serius. Faris Hakimi menganggukkan kepalanya tanda setuju menurutkehendak Ayu. Ayu kemudiannya melepaskan tekupan tangannya di mulut FarisHakimi. Faris Hakimi menarik nafas lega. Namun di dalam hati sempat lagi diamengutuk Ayu. Hissh ... gangster betul perempuan ni!       

            "Lain kali jangan gatal sangat boleh tak? Awak boleh jea minta tolong ambilkancermin mata awak kat dalam tu," bebel Ayu.

            FarisHakimi tergelak kecil. Ayu telah mencerlung memandang ke arah lelaki disebelahnya. Nak kena lagi lelaki ni!

            "Apa yang gelak-gelak?"

            "Takkanlah gelak pun tak boleh? Saya rasa gembira. Jadi saya gelaklah. Tak salahkan?"

            Ayumemandang tajam dan tepat ke anak mata lelaki yang sedang memandang ke arahnyaitu.

            "Janganlah pandang saya macam itu Cik Ayu. Saya ni bukannya penjenayah. Saya nilelaki budiman dan berakhlak mulia. Lagipun, takkanlah saya nak buat benda takbaik depan kawan baik Cik Ayu, yang juga merangkap adik pupu saya ni. Cuba baiksangka sikit. Jangan mudah menghakimi orang Cik Ayu. Tak baik. Dosa tu," kataFaris Hakimi.

            Ayuberdengus sikit sebelum berpaling memandang ke tempat duduk di bahagianbelakang sekali lagi. Jelingan tajamnya tepat dihalakan pula ke arah Amir yangsedang  tergelak di tempat duduk belakang.Kecut Amir melihatkan jelingan sahabat baiknya itu.

            "Eerrgh ... Abang Ris, boleh tak pandu kereta tu laju sikit. Takut Amir asyikkena tenung, kena jeling jea dengan si Ayu ni. Jelingan dia mengalahkanjelingan Cik Pontianak dah ni."

            "Bukan menakutkan. Tapi, jelingan paling mengoda yang pernah abang nampak tau,Amir. Tu yang buat abang tergoda dan buat abang nak mengoda tu," usikFaris Hakimi sambil hujung matanya mengerling sedikit ke arah Ayu yang masammencuka.

            Terburaiketawa Amir mendengarkan kata-kata abang pupunya.

            Ayu memekakakantelinganya saja. Malas nak melayan. Karang semakin menjadi-jadi pula dia dijadikanbahan lawak. Dia mendiamkan diri dan terus memandang ke depan jalan raya. Rasakesal bertubi-tubi menyerang dirinya kerana menumpang kereta yang dipandu oleh lelakingok-ngek ni!

            Tatkalakereta yang dipandu oleh Aris berhenti kerana lampu isyarat telah bertukarmerah, Ayu mengalih pandangan ke arah kanannya. Sebuah kereta berwarna hitamjuga berhenti di sebelah mereka. Pada masa yang sama, si pemandu keretatersebut turut menoleh ke arahnya. Mata mereka bertembung buat seketika sebelumAyu cepat-cepat mengalihkan pandangan ke hadapan semula sebelum membuangpandang ke arah Aris yang fokus memandang ke arah hadapan. Namun pada masa yangsama, hati kecilnya sempat mengomel mengutuk pemandu kereta hitam di sebelahmereka. Hisshh ... pandang orang macam tak pernah nampak orang! rungut hatikecil Ayu.

            Arisyang menyedari dirinya di pandang Ayu, mengalihkan  pandangannya  ke arah Ayu sambil tersenyum nakal.

            "Kenapa Cik Ayu tak kalih-kalih pandangan tu dari menatap muka saya? Dah jatuhhati dengan kehenseman saya?" tanya Aris menyakat Ayu sambil mengenyitkanmatanya sedikit. Ayu hanya berdengus dan mencemikkan mukanya sedikitmendengarkan kata-kata Aris tadi.

            Diakemudiannya memandang semula ke arah kereta hitam itu semula sambil berharapyang lelaki kereta hitam itu telah mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dan,sebaik dia menoleh ke arah kanannya, matanya dan mata si pemandu kereta hitamitu bertaut buat seketika sebelum sekali lagi Ayu mengalihkan pandangannya kearah hadapan. Tiba-tiba saja jantungnya berdegup kencang, berdebar-debar. Hisshh... kenapa dia rasa berdebar-debar ni? Apakah hatinya sedang menghantar isyaratkepadanya yang lelaki itu seorang yang berbahaya? Ahli geng mafia ke? Hishh ...takkanlah kot, komen hati kecil Ayu lagi. Tapi, dia rimas kerana dia dapatmerasakan yang lelaki di kereta sebelah masih tidak lagi mengalihkan pandangandarinya.

            "Lambatnya lampu ni nak jadi hijau," tiba-tiba sahaja sebaris ayat itumeluncur dari mulutnya.

            Aristergelak kecil mendengarkan kata-kata Ayu tadi.

            "Hishh ... girlfriend saya ni tak sabar orangnya rupa-rupanya. Tak jadilah nakbuat dia jadi girlfriend kita", usik Aris.

            "Saya pun tak inginlah nak jadi girlfriend awak," balas Ayu sambilmelayangkan sebuah penumbuk di bahu Aris.

            "Adoi! Amir ... kenapa tak cakap kat abang yang kawan Amir ni ahli gusti juga!Sakit tau dia tumbuk," rungut Aris lagi sambil mengaduh sakit, sedang Amirgalak mengetawakannya.

            Ayubuat tidak tahu saja apa yang Aris cakap. Sebaliknya, dia mengalihkanpandangannya ke arah kereta hitam itu lagi dengan harapan orang itu telahmengalihkan pandangannya ke arah lain. Tetapi, tidak! Pemandu kereta itu masihmemandang ke arahnya lagi. Hanya setelah lampu isyarat bertukar hijau, barulelaki kereta hitam itu mengalihkan pandangannya ke hadapan dan terus memandukeretanya laju.

            Sebaiktiba di hadapan rumahnya, Amir segera keluar dari tempat duduknya danmengeluarkan tupperware-tupperware Ayu yang diletakkan di bonet belakang keretatadi.

            Ayumembuka tali pinggang keledarnya. Baru tangannya hendak membuka pintu kereta,hujung lengan baju kurunganya di pegang Aris. Dia memandang ke wajah lelaki itudengan dahi yang berkerut sedikit.

            "Ni apa hal tarik lengan baju orang ni? Karang mak saya nampak, mak saya akantersalah faham. Saya juga yang kena leter tau," marah Ayu

            "Siapa lelaki dalam kereta hitam tadi Cik Ayu? Kekasih atau bekas kekasih awak ?Mmm ... skandal awak ke?" tanya Faris Hakimi bertalu-talu. Bukannya diatak perasan apa yang berlaku semasa berhenti di lampu isyarat tadi sebenarnya.Sengajadia buat-buat tak nampak saja tadi.

            "Bukanlah. Manalah saya kenal. Mafia kot. Kan kat negara kita ni ada macam-macamorang," jawab Ayu cepat sambil matanya tercari-cari kelibat emaknya. Nyayadia kalau mak dia ternampak lelaki ini memegang hujung lengan bajunya.

            "Iya ke? Tak percayalah. Skandal Cik Ayu yea?" soal Faris Hakimi.

            "Eeiii ... manalah saya tahu. Mungkin dia terpandang saya dan terus terjatuhcinta kot. Takkan cemburu kot?"

            "Memang saya cemburu. Tak percaya?" soal Faris Hakimi pula. Wajah gadis di depannyayang sedang tersenyum sinis dipandangnya dengan pandangan serius.

            "Saya percaya ... sebab saya tahu bukannya susah nak jatuh cinta kat saya yangmanis ni kan, Encik Aris?" jawab Ayu selamba sambil mengenyitkan matanyasedikit dan tergelak-gelak jahat sebelum keluar dari kereta itu.

            WalaupunAyu tergelak-gelak, namun jauh di dalam hati Ayu mengutuk dirinya sendiri.Perasanlah kau, Ayu! Buat ayat bajet bagus jea! Eh! Tapi ... okay apa. Biarlelaki itu pula tergigit bibir dengar ayat-ayat 'bajet bagus' dia pula. Habistu bila lagi kan. Asyik dia jea yang terkena. Hahaha ..., hati kecilnya membeladirinya sendiri.

            FarisHakimi memandang ke arah Ayu menerusi cermin pandang belakang. Lama matanyamemerhatikan Ayu yang sedang bercakap sesuatu dengan Amir dengan wajah yangsedikit serius. Ah! Boleh tahan juga kawan si Amir ni menggenakan orang. Nantikau 'budak kecik'!          

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma