Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,648
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

BAB 10

            Kawasanparkir kereta di Restoran Teratai yang terkenal dengan masakan Melaayu yangenak itu penuh dengan kereta para pekerja syarikat tempat Dilla bekerja danjuga tetamu yang dijemput mereka. Di ruang makan  telah penuh dengan tetamu. Rangkaian lagu-lagupengantin kedengaran rancak dimainkan oleh pemuzik yang diupah oleh merekauntuk memeriahkan majlis tersebut. Dilla serta Irina pula sedang mengiringimajikan mereka yang baru tiba bersama-sama dengan kedua-dua orang tuanya danseorang kanak-kanak perempuan yang comel cantik bergaun warna putih.

            Sebaikmajikan serta keluarga mereka duduk di meja yang dikhaskan untuk merekasekeluarga, lampu di dalam ruang makan yang berhawa dingin itu dimalapkansedikit. Hanya lampu sorotan saja dihalakan ke arah sepasang pengantin yang sedangmelangkah masuk ke ruang makan. Pasangan pengantin mengenakan busanatradisional yang diperbuat daripada songket berwarna putih. Pengantin lelakinyasiap bertanjak manakala pengantin perempuannya pula mengenakan selendang yangberwarna putih sebelum diletakkan layah juga berwarna putih di atas tudung itupula.

            Merekaberdua dibawa ke meja makan pengantin yang terletak di hadapan. Atas permintaanpengantin perempuan, Alia yang pemalu acara bersanding dibatalkan. Dilla danRina kemudiannya menjemput dan mengiringi boss mereka serta seorang lelaki lainyang mengenakan kopiah duduk untuk makan semeja dengan pengantin.

            Sebaiksaja bos mereka, Aryan Haqim yang mengenakan baju melayu warna biru mudamengambil tempat duduknya di sebelah pengantin lelaki dan doa selamat selesaidibaca oleh seorang ustaz yang dijemput mereka , majlis makan pun dimulakan.Aryan Haqim mengucap selamat pengantin baru kepada pengantin lelaki dan  Alia, pekerjanya. Dia kemudiannya berbualsedikit dengan ustaz yang duduk di sebelahnya untuk beramah mesra.

            Sementaraitu, seorang wanita muda yang mengenakan kurung moden warna merah jambu munculdi tepi hujung meja sebelah pengantin perempuan. Sambil mencapai mikrofon dihadapannya, wanita muda itu membuat sedikit ucapan.

            "Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Semoga Allah swt melimpahkanrahmat pada kehidupan rumahtangga kalian dan kalian sentiasa dilimpahi dengan rezeki  yang murah, kesihatan yang baik serta kebahagiaandan jodoh kalian berkekalan hingga ke jannah. Lagu yang akan saya nyanyi nikhas untuk kalian. Selamat Pengantin Baru," ucap Ayu Raihanna.

            Ayumemberi isyarat kepada si pemuzik sebelum memulakan nyanyiannya. Berkumandanglahsuara lunak Ayu Raihanna menyanyikan lagu Vina Panduwinata, iaitu  'Aku makin cinta'.

            AryanHaqim memandang ke arah Ayu Raihanna yang sedang menyanyi sambil tersenyum kearah Alia, si pengantin perempuan. Wajah gadis ini saling tak tumph sepertigadis si penjual lontong yang dia jumpa setahun yang lepas? Pelanduk dua serupaatau orang yang sama?, soal hati kecilnya.

            Matanyaterus terarah ke wajah si penyanyi. Bibirnya tanpa dirancang, terus mengukirsenyum. Tak tahu kenapa bibirnya tak boleh berhenti tersenyum. Padahal si gadisyang sedang menyanyi itu langsung tidak memandang ke arahnya. Dan, dia pula begitusayang sekali hendak mengalih pandangannya ke arah lain. Hanya apabila ustaz disebelahnya menanyakan sesuatu kepadanya, baru dia mengalihkan pandangannya.

            Namundia tidak betah mengalihkan pandangannya lama-lama dari si gadis yang sedangmenyanyi itu. Sesekali matanya mencuri-curi memandang ke arah Ayu Raihanna.

            Sesuatuyang tidak diduganya berlaku sebaik saja gadis itu habis menyanyi. Dia rasa diatak salah dengar dan salah nampak. Anak perempuannya berlari mendapatkan gadisitu sambil memanggil gadis itu 'mama'. Dia salah dengar ke?

            Padamasa yang sama dia melihat bondanya berjalan di belakang anak perempuannya.Sebaik menghampiri gadis itu, bondanya memeluk gadis itu, sementara anaknyapula tak henti-henti memanggil gadis itu 'mama' dan mengawang-gawangkantangannya minta didukung. Gadis itu dengan senang hati mendukung anakperempuannya dan berjalan beriringan dengan bondanya ke meja makan mereka.

            Adeganyang tidak disangka-sangka itu, bukan saja mengejutkan Tunku Aryan Haqim,tetapi semua di situ. Terutamanya Dilla. Bila masa pula Ayu kenal keluarga dananak majikannya? Pelik, bisik hati kecil.

            Sebaikselesai majlis makan bersama pengantin dan mengucapkan selamat pengantin baru,Tunku Aryan Haqim meminta diri untuk beredar ke meja. Bukan apa. Dia memang taksabar-sabar hendak mengetahui bagaimana bonda dan anaknya mengenali gadis tadi.Dan, yang paling utama sekali sebenarnya ... hatinya yang sedari tadi takhenti-henti meronta-ronta ingin bersua muka dengan gadis itu. Inginkankepastian. Apakah gadis itu si penjual lontong yang ditemuinya setahun yanglepas atau sekadar pelanduk dua serupa.

            Gadis itu sedang duduk, berbual mesra denganorang tuanya sambil memangku anaknya. Anaknya pula sekejap-sekejap mencium pipigadis itu. Ayahandanya yang terkenal dengan sikap kurang mesra dengan orangyang tak dikenali juga nampak selesa berbual dengan gadis itu.

            "Ellie ... sini dengan papa. Jangan susahkan kakak ni," kata Tunku AryanHaqim.

            AyuRaihanna segera menoleh ke arah lelaki yang memanggil anak kecil yaang sedangdipangkunya itu. Terus bibirnya tersenyum lebar.

            "Eh ...ni encik yang pernah singgah kat warung saya dulu ke?" tanya Ayuinginkan kepastian.

            "Ya. Tak sangka jumpa Ayu kat sini. Ayu kan nama awak?," tanya Tunku AryanHaqim.

            "Ya. Tak sangka encik ingat nama saya," kata Ayu sambil tersenyum.

            "Haq kenal Ayu?" soal Tengku Kalsom pula.

            "Kenal bonda. Haq pernah singgah nak makan lontong kat warung Ayu," terangAryan Haqim.

            "Oh ya! Mesti sedap lontong kat warung Ayu tu. Ayu yang masak ke?" tanyaTengku Kalsom.

            "Sedap sangat bonda," puji Tunku Aryan Haqim.

            "Hahaha ... encik janganlah buat saya malu. Nak kata sedap tu tak tahulah. Tapi, bolehlah nak buat cari rezeki. Nanti saya cakap lebih-lebih nanti, orang katasaya isi bakul, angkat sendiri pula," balas Ayu. Terus disambut dengangelak ketawa Tengku Kalsom, suaminya dan Tunku Aryan Haqim.

            "Ayu ni memang kelakarlah," kata Tengku Kalsom.

            "Tak sangka jumpa Ayu kat sini. Ayu menyanyi pula ke sekarang? Dah tak juallontong?," soal Tunku Aryan Haqim.

            "Tak. Warung lontong tu dah tutup. Mak cuma jual sikit-sikit jea depan rumah sekarangni," terang Ayu.

            "Ayu kerja menyanyi kat mana?" soal Tunku Aryan Haqim dengan nada sedikittegas dan kurang senang. Hatinya terasa kurang senang bila mendengarkan gadisitu sudah bekerja lain dan tidak lagi menjual lontong. Kalau gadis ini bekerjamenyanyi di mana-mana kelab malam , dia akan pastikan gadis itu berhenti kerjaserta-merta.

            "Eh! Tak. Saya bukan kerja sebagai penyanyi. Jangan salah faham. Saya menyanyikat majlis ni sebab kawan serumah saya minta tolong saya memeriahkan majliskawan sepejabat dia. Kebetulan masa dia tanya tu saya free, so saya setujulahdengan permintaannya. Tapi ... tiba-tiba syarikat tempat saya kerja call pagitadi. Malam nanti saya kerja. Nasib baik malam ... kalau tak, terpaksalah sayamungkir janji," terang Ayu sambil tersenyum matanya melirik ke arah jamtangannya.

            "Kerja malam? Kerja apa malam-malam," soal Tunku Aryan Haqim lebih serius.Tengku Kalsom dan suaminya hanya mendengar sahaja.

            "Saya kerja stewardess. Flight saya ke Auckland dalam pukul sebelas malamni," terang Ayu.

            "Oh ... I see. Mmm ... susahlah saya nak makan lontong yang sedap tu lagi,"kata Aryan Haqim dengan wajah lega.

            "Sedap ke lontong yang mama masak papa? Mama ... Ellie nak lontong. Tapi yangmama masak," pinta Ellie manja.

            AyuRaihanna mengelus rambut Ellie yang masih dipangkunya lembut.

            "Nanti mama masakkan bila mama cuti yea," kata Ayu Raihanna.

            "Ellie ... panggil cik ni 'kakak'," Tungku Aryan Haqim membetulkan anaknya.

            "No ... mama. She's my mama. Why everybody want me to I call her 'kakak'?"soal Ellie dengan nada hendak menangis.

            "Erghh ... takpe... takpe, encik. Ellie jangan nangis."

            "Erggh ... maafkan anak saya yea, Ayu."

            "Takpe. Benda kecil jea."

            "By the way, macam mana bonda kenal Ayu?" soal Tunku Aryan Haqim memandangke arah bondanya, Tengku Kalsom.

            "Bonda kenal Ayu ni masa kat London hari tu. Si Ellie ni tiba-tiba saja berlarike arah Ayu dan memanggil Ayu ni 'mama' sambil nangis-nangis. Nasib baik Ayu nisporting. Kalau tidak puas jugalah bonda nak pujuk dia hari tu."

            "Alah ... budak kecil biasalah aunty. Semua orang dia nampak sama. Cuma itulah... harap tolong terangkan hal yang sebenar pada sesiapa saja yang rapat denganencik. Takut nanti buah hati encik ke ... tunang encik ke salah faham ... takpasal-pasal pula ada aksi tarik-tarik rambut pula nanti," kata AyuRaihanna panjang lebar sambil matanya sekali lagi mengerling ke arah jamtangannya.

            Arghh... dah pukul empat dah. Sekejap jea masa berjalan. Macam mana ni? Sepatutnya,selepas nyanyi tadi dia balik terus ke rumah dan berehat sekejap sebelumbersiap-siap ke airport. Siapa sangka dia akan berjumpa dengan si kecil yangmanja dan licik ni pula. Fikirannya berfikir ligat mencari jalan supaya sikecil ini tidak menangis sebab dia perlu balik sekarang.

            "Hahaha ... bagitahu saya kalau ada sesiapa tarik rambut awak, Ayu. Ni ...janganlah panggil saya encik. Call me Haq, please. Erggh ... asyik tengok jamjea. Kenapa?"

            "Maafkan saya. Tapi ... saya kena beredar sekarang sebenarnya, Encik Haq, uncledan aunty. Takut nanti saya terlambat nak bersiap ke tempat kerja.Tapi ...erghh ... macam mana saya nak cakap dengan si comel ni supaya dia taknangis," kata Ayu serba-salah sambil mengusap perlahan rambut Ellie yangpanjang dan berwarna hitam pekat.

            "Oh ... erghh ... maaf yea Ayu. Menyusahkan Ayu pula. Ellie, sini katnenda," pujuk         Tengku Kalsom.Si kecil mengeleng-gelengkan kepalanya tanda enggan.

            "Ellie ... come kat papa."

            Elliemenggelengkan kepalanya juga tanda enggan.

            "Ellie .. mmm ... Ellie sayang mama tak?"

            "Sayang sangat," kata si kecil.

            "Mama kena pergi kerja sekarang. Kalau mama lambat, nanti boss mama marah mama. Elliesuka ke kalau orang marah mama?"

            "Tak suka. Mama jangan takut. Papa boleh pukul siapa marah mama. Papa kuat macamSuperman. Betulkan papa?" kata si kecil petah.

            Meletusketawa semua di situ sehingga menarik perhatian yang lain.

            Ayutersengih mendengarkan jawapan Ellie.

            "Mama tahu papa kuat. Tapi ... tadikan Ellie kata sayang mama. Kalau Elliesayang mama,  Ellie mesti dengar cakapmama. Ellie budak baik, kan?"

pujuk Ayu lagi. Si kecil mengangguk-angguk kepalanya.

            "Okay macam ni. Hari ni mama pergi kerja. Nanti Ellie kira lima hari mulai hariini  ... sebab mama akan balik pada harike lima. Bila mama balik, mama janji bawa Ellie jalan-jalan . Okay tak?," sambungAyu lagi.

            Sikecil diam sejenak sebelum mengangguk tanda setuju.

            "Promise, mama."

            "Mama janji."

            "Kita jalan-jalan sama dengan papa sekali yea," kata Ellie dengan matabercahaya-cahaya. Comel sekali.

            Ayuterdiam sekejap. Dia memandang ke arah Tunku Aryan Haqim.

            "No problem. Papa will be free all day long on that day. Papa janji," janjiTunku Aryan Haqim.

                        Barulah si Ellie bangun daripangkuan Ayu. Sebelum itu, sempat dia mencium pipi Ayu Raihanna. Ayucepat-cepat berdiri dan bersalam dengan Tengku Kalsom dan tunduk hormat kepadaTunku Imran, bapa Tunku Aryan. Kemudian dia menunduk sedikit tanda hormatkepada Tunku Aryan Haqim. Baru dia menarik nafas lega dan hendak melangkahpergi dari situ, si kecil memegang tangan pula. Ah ... sudah. Adoi ... susahnyahendak melepaskan diri dari si kecil ni, bisik hati kecil Ayu.

            "Mama lupa sesuatu," kata si kecil petah.

            "Lupa apa, sayang?" tanya Ayu pelik.

            "Kenapa mama tak cium tangan papa atau cium pipi papa?," tanya si kecilpolos.

            Ayutersengih sedikit sambil matanya melirik ke arah Tunku Aryan Haqim sekeluarga. Adoi!Budak kecil ni memang pandai sungguh buat orang rasa serba-salah, komen hatikecil Ayu.

            "Errrghh ... tak perlu sebab ... erghh .. sebab ada ramai orang. Ini tempatpublic. tak so[an," Ayu memberi alasan. Dia memandang ke arah Tunku AryanHaqim meminta bantuan. Tetapi, lelaki hanya tersenyum saja.

            "Tapi ... aunty Atilia selalu kiss papa in public. Mama patut tarik rambut auntyAtilia tau. Ellie tak suka dia buat macam tu kat papa. Papa is yours,mama."

            Wow!Pandainya si kecil ni berkata. Sayang sekali si kecil ini bukan anaknya danpapa dia bukan suami ku. Jikalau tidak boleh jadi BFF sampai mati, puji AyuRaihanna di dalam hati.

            Sementaraitu, Dilla pula sedari tadi tekun memerhati dari jauh. Melihatkan wajah kawanserumahnya itu, Dilla sudah tersenyum kerana dapat merasakan ada sesuatu sedangberlaku. Kasihan melihat Ayu yang nampak serba salah, Dilla terus melangkah kearah sahabatnya itu. Tambahan pula, pemandu teksi tadi ada menelefonnya memberitahuyang dia hampir sampai ke restoran itu untuk mengambil Ayu. Kawannya itu perluberedar sekarang kerana perlu bersiap untuk bekerja pula.

            "Ergghh ... maaf semua. Pengantin nak jumpa Ayu sekejap. Nak ambil gambarbersama," celah Dilla tiba-tiba sambil menarik lengan Ayu.

            "Ohh ... okay. Eerggh ... Ellie ... mama pergi jumpa pengantin yea. Lepas tumama terus pergi kerja yea. Jangan nangis tau. "

            "Okay," kata si kecil pendek sebelum mendapatkan papanya.

            "Terima kasih Ayu ... sebab layankan kerenah Ellie. Jangan kecil hati yea,"kata Tengku Kalsom.

            "No problem,aunty. Saya minta diri semua. Ellie, bye yea," kata Ayu sebelumcepat-cepat beredar dari situ.

            "Terima kasih Dilla sebab selamatkan aku dari si kecil yang licik tu."

            "Sama-sama. Nanti jangan lupa story. Aku rasa teksi kau dah sampai kat luar tu.Bye," kata Dilla. Terus Ayu cepat melangkah keluar dari situ atau dia akanterlambat ke tempat kerjanya.

            Sementara itu, di meja makan Tunku AryanHaqim lain pula halnya.

            "Apa pendapat Haq?" tanya Tunku Imran tiba-tiba.

            "Tentang apa?" Tunku Aryan menyoal bapanya pula.

            "Tentang Ayu," kata Tengku Kalsom pula tersenyum penuh makna.

            Tiada kata-kata yang keluar dari mulut TunkuAryan Haqim. Hanya senyuman saja yang terukir di bibirnya.

 

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma