Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,648
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

            LamaAyu Raihanna merenung syiling rumah sewanya yang berwarna putih. Sesekaliterdengar dia mengeluh sendirian. Memanglah betul kata Faris Hakimi, perkarayang baik tak perlu ditangguh-tangguhkan. Tetapi, dia ada alasannya sendiri,mengapa dia dia tidak bersetuju dengan cadangan lelaki itu.

            Inike yang orang selalu kata bila bertunang ni banyak dugaannya? Macam manalahorang-orang yang bertunang boleh 'terselamat' melalui dugaan bertunang nisampai ke jinjang pelamin? Hissh ... dia yang baru diduga dengan soalan cepuemas encik tunangnya beberapa jam yang lalu pun telah membuatkan kepalanyapening.

            Palingtak boleh blah tu, pandai pulalah encik tunangnya itu nak merajuk-rajuk danterus pergi meninggalkan dia tanpa sebarang kata apabila cadangan 'bijak'lelaki yang bergelar tunangnya itu ditolak mentah-mentah olehnya tadi. Bukanrasa merajuk tu 'eksklusif ' untuk perempuan jea ke?

            Lagipun,takkanlah dia hendak bersetuju bulat-bulat dengan cadangan Faris Hakimi. Belumsebulan pun mereka bertunang. Mestilah terkejut emaknya nanti. Okay ... katalahemaknya bersetuju dengan cadangan Faris Hakimi. Tetapi, mesti orang sekelilingakan fikir yang bukan-bukan! Atau, katalah dia pun bersetuju dan biar sajalahapa orang sekeliling nak bergossip, tetapi manalah sempat dia hendak membuatpersiapan kahwin.

            Malahandirinya sendiri pun masih belum bersedia hendak memikul title dan tanggungjawabsebagai seorang isteri. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah.Ada tanggungjawab besar sedang menanti untuk dipikul. Hishh ... dia tak naklahmendirikan 'masjid' dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam keadaan yang tidakbersedia. Padanya, kalau boleh ... perkahwinannya kelak biarlah sekali danberkekalan sehingga ke akhir hayatnya.

            Bunyitelefonnya yang berdering tiba-tiba, membawa Ayu Raihanna kembali ke alamnyata. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefonnya sebelum meletaktelefonnya yang  'menjerit-jerit' mintadiangkat di atas meja kopi yang terletak di hadapannya. Dia menyandarkanbadannya ke belakang sofanya sebelum menghelakan nafasnya panjang. Akhirnyabunyi telefon itu berhenti sendiri.

            Namuntak sampai lima minit, telefonnya berdering lagi. Ayu Raihanna hanya memandangsaja nama yang tertera di skrin telefonnya. Panggilan itu juga dibiarkan diamsendiri. Malas nak jawab. Takut kepalanya lagi 'pusing'!

            BaruAyu Raihanna tersenyum sendiri memikirkan pasti orang yang membuat panggilanitu pasti telah berputus asa kerana panggilan yang dibuat tidak berjawab,sekali lagi telefonnya berdering. Kali ini Ayu Raihanna mengambil telefonnyayang terletak di atas meja kopi di hadapannya sebelum menekan butang 'jawab'. Agaknya,di dalam kamus hidup lelaki yang bergelar tunangnya itu memang tiada istilahputus asa kot!

            "Hello," katanya pendek.

            "Assalammualaikum, sayang," ucap Faris Hakimi di hujung talian.

            Terdiamseketika Ayu Raihanna mendengar ucapan salam Faris Hakimi. Tahap geramnya sertarasa bengang yang bersarang dalam hatinya pada lelaki itu juga terus menjunamjatuh dan terus hilang ibarat dijirus air batu. Besar sungguh kuasa memberisalam!

            "Tak jawab salam dosa tau, sayang," kata Faris Hakimi lembut.

            "Waalaikumsalam," jawab Ayu perlahan.

            "Macam itulah tunang saya. Kenapa tak jawab call saya?"

            "Sebab tak tahu nak cakap apa. Nabi pesan kalau tak tahu nak cakap apa, baiklahdiam jea," jawab Ayu bernas. Tapi, memang betul. Dia bukannya berdalih. Diasememangnya benar-benar tidak tahu nak cakap apa. Itu yang dia malas nakangkat. Nanti kalau salah cakap nanti, bergaduh besarlah pula.

            "Tak tahu nak cakap apa?" Faris Hakimi mengulang semula ayat Ayu Raihannasebelum mengeluh panjang.

            "Iya," kata Ayu pendek dan perlahan.

            "Mmm ... awak tahu kan yang saya tengah merajuk dengan awak sebab awak taksetuju dengan cadangan saya tadi, kan?"

            "Tahu," jawab Ayu pendek.

            "Habis tu ... awak tak nak pujuk saya ke?" tanya Faris Hakimi perlahan.

            "Kena pujuk awak ke?"

            "Iyalah. Saya tengah tunggu tunang saya ni pujuk sayalah ni," ujar FarisHakimi sedang pada masa yang sama dia menahan gelak.

            "Tapi ... saya tak tahulah nak pujuk-pujuk orang ni. Kalau marah orang sayapandailah," jawab Ayu berterus-terang.

            "Kelebihan awak yang satu tu memang saya tahu sangat. Pujuklah saya sekarang.Saya tengah tunggu ni," kata Faris Hakimi sedang bibirnya semakin lebar tersenyum  membayangkan reaksi Ayu di hujung talian.

            "  Tak pandailah nak pujuk-pujuk orang ni,"balas Ayu.

            "Cubalah. Saya dengar."

            "Malaslah."

            "Malas yea. Mmm ... okay. Kalau awak tak nak pujuk saya, saya akan terus callawak sampai awak rasa nak pitam. Saya tak peduli. Bakal suami awak ni seorangyang degil tau," ugut Faris Hakimi.

            "Eeiii ... dasar Hitler awak ni tau. Mmm ... kalau saya cakap macam ni boleh ke?"

            "Cubalah cakap. Saya dengar." Faris Hakimi menahan gelak sebab rasanya diaboleh membayangkan muka tak puas hati Ayu Raihanna tatkala ini.

            "Mmm ... awak janganlah merajuk. Saya tak pandai nak pujuk. Tapi ... saya nakawak tahu satu benda. "

            "Apa dianya?" Faris Hakimi laju.

            "Saya harap apa yang saya nak cakap nanti ni dapatlah memujuk rajuk awak tu. Sayasebenar ... erghh ... saya sebenarnya dah mula belajar sayangkan awak. Dan,saya suka bila awak menunjukkan kesungguhan awak untuk mengakhiri pertunangankita ni dengan sebuah perkahwinan. Tapi ... bagilah saya masa yang mencukupisupaya saya bersedia dari segi pengetahuan, emosi dan mental, untuk memegangtitle seorang isteri. Sebab, bila saya sah jadi isteri awak kelak, saya nakjadi isteri yang terbaik untuk awak. Ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak. Sayaharap awak faham."

            Tersenyumlebar Faris Hakimi mendengar kata-kata yang Ayu Raihanna. Cukupberterus-terang. Takde pusing-pusing. Tak berpura-pura. Dan, inilah yangmembezakan Ayu dengan kebanyakkan gadis-gadis lain.

            "Awak ... awak... kenapa diam ni? Tak okay, yea? Itulah. Saya dah cakap tadisaya tak pandai pujuk orang. Kan awak dah lagi sakit hati kat saya. Sebab tusaya tak angkat panggilan awak tadi. Takut awak makin kecil hati dengan sayadan nanti gaduh besarlah pula," kata Ayu Raihanna.

            "Jauhnya awak berfikir. Sayang ... saya tak marah atau kecil hatilah dengan awaksebab saya ni sebenarnya dah terpujuk pun saat awak jawab panggilan saya nitadi. Cuma ... saya terdiam tadi ni sebab saya terharu mendengar kata-kata awakyang nak berusaha sebaik mungkin agar awak boleh jadi isteri yang baik untuksaya dan ibu yang baik untuk anak-anak kita kelak. Awak buat saya rasa yangsaya ni tak layaklah pula berpasangan dengan awak. Tiba-tiba pula saya rasayang saya ni tak sepadan dengan tunang kesayangan saya ni."

            "Kenapa macam tu pula?" Dahi Ayu Raihanna berkerut sedikit.

            "Hurmm ... takde apa-apalah. Erghh ... saya rasa ... saya pun salah juga sebabmendadak jea ajak awak kahwin. Mmm ... betul awak dah belajar sayangkansaya?" soal Faris Hakimi dengan nada ceria, cepat-cepat mengalihkan topikperbualan.

            "Iyalah. Kenalah belajar sayangkan awak. Kan awak bakal suami saya. Hissh ...sajalah tu, kan. Suka buat saya rasa macam muka tak malu, ek?""

            "Hahaha ... mana ada. Saja jea nak dengar pengakuan eksklusif awak tu. Seronoktau bila kita tahu yang orang yang kita sayang dan cinta pun ada perasaan yangsama kat kita. Kalau macam tu pergilah siap. Mama dan papa ajak lunch katrumah. Mama masak."

            "Hah!? Apa?! Saya tak naklah pergi. Saya rasa mesti keluarga awak dah baca suratkhabar yang ada cerita tak betul tu. Mesti keluarga awak nak soal siasat saya,kan? Takutlah. Saya tak tahulah nak terangkan macam mana kat mama awak nantikalau tiba-tiba keluarga awak bagi saya soalan cepu mas tulah."

            TergelakFaris Hakimi. 

            "Sayang ... mama dan papa okaylah. Lagipun, apa yang awak nak takut. Berita tukan tak tepat. Tapi, kalau nanti mama soal sayang, let me do the talking danawak senyum jealah."

            "Betul ke? Boleh ke macam tu?"

            "Saya kan hero awak. Apa saja masalah awak mestilah hero awak ni bolehselesaikan. "

            "Macam iya-iya jea awak ni tau. Mmm ... kalau macam tu, awak nak datang pukulberapa?"

            "Saya ni sebenarnya sedari tadi dah ada kat depan rumah awak, sayang."

            "Hah!? Kenapa tak cakap awal-awal?"

            "Kalau saya cakap pun, bukannya awak nak pelawa saya masuk rumah awak pun.Dahlah. Pergilah siap. Saya tunggu."

            "Hehehe ... bijak pun awak yea. Macam tu ... saya nak pergi bersiaplah. So, giveme twenty minutes, yea."

            "Lamanya. Tak boleh cepat lagi ke?"

            Kaliini Ayu Raihanna pula tergelak-gelak di hujung talian.

            "Kata dah tak sabar nak bergelar seorang suami. Nak jadi suami orang ni kenalahbelajar bersabar. Sebab, orang perempuan ni kalau part bersiap memanglahlambat. Itu belum ada anak lagi tu. Actually, dua puluh minit tu kira cepatlahtu," kata Ayu Raihanna.

            "Pandai jawab yea. Cepatlah siap. Bye," kata Faris Hakimi sebelummenamatkan panggilan.

            Tersenyumsendiri Ayu Raihanna. Telefonnya segera diletak di atas meja kopi itu semula.Kakinya yang pada mulanya melangkah ke arah biliknya, diubah haluannya ke arahtingkap. Di sebalik langsir, dia dapat melihat Faris Hakimi menyandarkan badannyake kereta sambil membaca sesuatu di telefonnya. Untuk pertama kali hatinyaberdetik, betapa bertuahnya dia dapat tunang yang baik, bertimbang rasa sertakacak itu. Itu maknanya apa? maknanya cinta telah bersemi di dalam hati. Mulalahsemuanya nampak indah belaka!

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma