Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
27,626
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

BAB 2

            Jikalaubukan kerana emaknya juga berada di gerai, mahu juga dia mencampurkan garam ke,'Pak Aji'  ke ataupun 'Secukup Rasa' yangSheila Rusly guna dalam satu iklan tu ke dalam gelas yang berisi teh panas ini.Macam dalam cerita P. Ramlee tu. Biar padan muka lelaki seekor ni, rungut hati kecilAyu sambil memegang dua gelas minuman panas berjalan ke arah meja yang didudukisekumpulan lelaki.

            Masihterngiang-ngiang di telinga kanannya ini, kata-kata lelaki itu di telefonsemalam,' Saya tahu Amir bukan boyfriend ataupun bakal tunang Cik Ayu.Sebenarnya Cik Ayu masih belum berpunya kan?' Eeeiii ... rasanya macam nakpelakung jea si Amir yang suka-suka jea bagi nombor telefonnya kepada lelakiyang bernama Aris ni!

            Gelasyang berisi teh panas dan berasap nipis itu diletak kasar di hadapan lelakiyang bernama Aris itu. Sengaja menunjukkan rasa menyampahnya dia melihatkankehadiran lelaki itu di gerai kecilnya. Semoga lelaki itu akan berkecil hati atau sakit hati dengan layanan kasarnyadan cepat beredar dari gerainya. Biar dia sedar diri sedikit yang kedatangannyalangsung tidak dialu-alukan.

            Namun,lain yang diharap, lain pula yang berlaku. Segaris senyuman pula yang dihadiahkanoleh lelaki untuknya. Memang lelaki ni dasar tak faham bahasa kiasan betullah!kutuk Ayu  dalam hati sebelumpandangannya dihalakan ke arah Amir dan Farid yang tersengih-sengih macamkerang busuk! Nanti korang. Tahulah aku nak kenakan korang berdua nanti,"getus hati kecil Ayu sedang otak kecilnya mulai merangka rancangan hendakmengenakan kedua-dua sahabat baiknya itu.

            Rencanaakalnya terganggu sebaik terdengar suara Mak Timah memanggilnya untukmenghantar minuman kepada pelanggan yang lain pula. Dia segera bergegasmendapatkan emaknya.

            Setelahmenghantar pesanan minuman pelanggan yang duduk di salah sebuah meja di geraikecilnya itu, pantas tangannya mengangkat pinggan dan cawan-cawan yang terletakdi atas meja sebaik seorang demi seorang pelanggannya beredar. Sesekali matanyamenjeling ke arah meja yang sebuah itu. Meja di mana Amir, Farid dan lelakiyang bernama Aris itu sedang minum. Hissh! tak tahu nak balik-balik ke diaorang ni. Dia nak tutup gerai dah ni, rungut Ayu sendirian.

            Selesaisaja dia menyarap pinggan dan cawan yang dibasuhnya, Mak Timah memanggilnya.

            "Ayu, mak balik dulu. Mak rasa tak sedap badan jealah. Ni ... lepas si Farid dankawan-kawan dia balik, Ayu tutuplah gerai dan terus balik rumah," pesan MakTimah.

            "Mmm ... baiklah mak. Tapi ...ni mak boleh ke balik seorang ni? Tunggulah kejap.Biar Ayu bagi tahu Farid yang kita nak tutup gerai dah ni ... nak balik rumahsebab mak tak sihat. Nanti Farid dan kawan-kawan dia tu baliklah."

            MakTimah memandang tepat ke wajah anak tunggal. Kurang senang dengan kata-kataanaknya tadi.

            "Ayu, sekalipun dia orang tu kawan-kawan Ayu, kita kena hormatkan dia orang. Diaorang tu pelanggan kita. Bukan selalu pun kawan-kawan Ayu datang makan minumkat sini. Biar jea. Belajarlah bersabar sikit dengan orang.  Faham tu? Jangan suka-suka nak buat benda ikutkepala kamu tu jea! Dah. Mak balik dulu," panjang lebar Mak Timahberleter. Ayu hanya mengangguk kepalanya tanda faham, enggan terus bertingkah..Nanti bertambah panjanglah pula syarahan emak kesayangannya itu.

            Ayu terusmelipat semua meja-meja kosong dan diletakkan di bahagian dalam gerai kecilnya.Begitu dengan kerusi-kerusi plastik yang berwarna merah yang disusun bertingkatdi dalam gerainnya. Kerjanya terganggu mendengarkan panggilan Farid. Diaberpaling ke belakang.

            "Ayu ... kira berapa semua ni? Kita orang dah siap minum ni," jerit Farid.

            Ayuberpaling ke arah Farid yang masih tersengeh-sengeh macam tadi. Huh! Tahu punbalik, dengus hati kecil Ayu sambil pantas berjalan ke arah mereka bertiga.

            "Semuanya dua belas ringgit," kata Ayu pendek.

            "Takpe. Abang bayar," kata Aris sambil menghulurkan note lima puluh ringgitkepada Ayu sebaik dia melihat Amir hendak mengeluarkan dompetnya.

            " Kalau camtu .. thanks abang Aris. Kitaorang tunggu abang kat kereta jealah yea," kata Amir dan Farid sambilmengenyitkan matanya mereka pada Aris.

            "Encik Aris ... ini bakinya. Terima kasih," kata Ayu cuba berbudi bahasa.

            "Hahaha ... cepatnya awak nak serahkan kasih awak pada saya. Nantilah sayafikirkan," balas Aris menyakat gadis di hadapannya ini.

            Ayumengetap giginya menahan geram. Nafasnya ditarik panjang, sebelum dihela laju.Ikutkan hatinya, mahu saja dia ketuk-ketuk mamat di hadapannya ini dengan kualiyang belum berbasuh kat sinki tu. Tapi, mengingatkan pesanan emaknya dan diasendiri pun malas hendak memanjangkan perbualan dengan lelaki itu, hanyajelingan mata yang tajam  dihadiahkanolehnya buat lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu tergelak perlahan.

            "Dear ... be careful with that look you give to me ...  because its started to steal my heart beat tau!"bisik lelaki itu di telinga kanannya sebelum beredar meninggalkan Ayu yang takterkata apa mendengarkan bisikan lelaki tadi. Hanya mampu mengetap bibirkannyamenahan geram. Choiii!!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma