Home Puisi Cinta Permata Di Hati
Permata Di Hati
SHALIHA BT NASARUDDIN SHALIHA BT NASARUDDIN
2/8/2016 11:48:32
1,061
Kategori: Puisi
Genre: Cinta

Kau ibarat sebuah permata

Kehadiranmu menyerikan ketandusan di hati

Kehadiranmu menyempurnakan sebuah senyuman

Kehadiranmu menggamatkan sebuah keriuhan

Kehadiranmu menghilangkan sebuah keresahan

Yang sekian lama bersarang di sanubari


Sang ibu

Tersenyum sayu

Setelah sekian lama

Menantikan kelahiran seorang insan

Bergelar sang anak


Sang ayah

Tersenyum bangga

Kehadiranmu membahagiakan

Segalur harapan terpikul

Di bahumu

Membelanya di hari tua


Hari demi hari

Kau meniti hari

Kasih sayang dan belaian manja

Dicurahkan tanpa jemu

Segala impian, kehendak dan harapan

Tidak pernah dikecewakan

Walaupun kadangkala impian, kehendak dan harapan itu

Dimakbulkan dari titisan-titisan air mata

Yang mengalir di kelopak mata kuyu mereka

Yang pastinya kebahagiaanmu

Akan pasti dilunaskan demi sebuah kegembiraan

Demi melihat sebuah senyuman dari ulas bibirmu


Sang anak

Hari ini kau berjaya

Sang ibu tersenyum gembira

Sang ayah tersenyum bangga

Kau menjadi insan berguna

Mencurah bakti, membalas jasa

Dan sebuah pengorbanan suci

Seorang ibu dan seorang bapa

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SHALIHA BT NASARUDDIN SHALIHA BT NASARUDDIN