Home Cerpen Umum ILUSI KASIH
ILUSI KASIH
SHALIHA BT NASARUDDIN SHALIHA BT NASARUDDIN
27/5/2015 10:31:44
1,155
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Malam itu Alia sendirian. Sepi dan sunyi menguasai alam dan seterusnya keadaan itu menguasai dirinya. Alia masih lagi tega menghadap meja belajarnya sambil menelaah buku semantik yang terbentang dihadapannya. Tajuk ‘Teori Segitiga Semiotik’ tulisan Abdullah Hassan itu dibacanya dengan tekun. Ketekunannya pada malam itu pun hanyalah disebabkan oleh kata-kata pensyarah semantiknya iaitu Prof. Musanif yang mengatakan ujian pertengahan semester akan berlangsung pada minggu hadapan.

Mahu tidak mahu, malas atau rajin Alia tahu yang dia mesti menelaah malam itu. Kalau Alia tidak mengulangkaji malam itu, musibah akan menimpa dirinya. Alia tidak mahu gagal dalam pelajarannya hanya kerana kemalasannya. Lagipun dia sedar dia harapan keluarga. Tidak sampai hatinya untuk mengecewakan insan-insan tersayang yang berada disekelilingnya yang begitu mengharapkannya kini.

Alia kebosanan. Seketika dia menggeliat menghilangkan lenguh-lenguh yang meraja ditubuhnya. Alia benar-benar kesunyian. Buku semantik dihadapannya ditutup. Alia bangun dan memandang sekeliling biliknya. Kosong. Hanya ada dia dan kesepian yang bersarang dihatinya. Kedua-dua roommatenya hilang entah kemana. Hari ini hari Rabu. Ooohh…. baru dia teringat yang hari ini Nani berlatih silat dan Eni bertugas di IT Lab kolej. Patutlah kedua-dua roommatenya itu tiada. Desis hati kecilnya. Alia kemudiannya tersenyum sendirian.

Alia mencapai mug yang berada di bucu mejanya. Kakinya melangkah keluar dari biliknya menuju ke water cooler. Hajat hatinya mahu membasahkan tekaknya yang dahaga. Alia kembali semula ke meja studynya dan menyambung kembali ulangkajinya. Kini Alia beralih pula ke tajuk yang baru. Tajuk ‘Teori Analisis Komponen’ masih lagi hasil tulisan Abdullah Hassan. Alia terus tekun mengulangkaji dan dengan sebaik mungkin dia cuba untuk memahami satu per satu penerangan yang diberikan didalam buku yang dibacanya.

Dia masih lagi sendirian. Jam di dinding menunjukkan waktu sembilan setengah malam. Malam masih awal dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan kedua-dua roommatenya akan pulang. Kebiasaannya mereka akan pulang dalam jam sebelas malam. Sehingga itu Alia akan terus keseorangan. Alia mengeluh. Kuat. Kali ini kebosanan dan kesepian yang dirasakan benar-benar seakan-akan mahu membunuh dirinya. Sekali lagi buku semantik yang berada dihadapannya ditutup.

Alia bangun.Ke hulu ke hilir dia berlegar-legar di dalam biliknya. Akhirnya dia merebahkan tubuh lesunya ke katil. Cuba dipejamkannya matanya. Namun matanya itu tidak mahu tertutup seolah-olah ada suatu kuasa magnet yang melarangnya berbuat demikian. Dia sedar yang dia masih belum mengantuk. Alia bangun semula dan kembali duduk di meja studynya. Alia termenung seketika. Dia sedar jiwanya kini keresahan. Keresahan yang tiba-tiba menjelma dalam dirinya malam itu. Dia terasa seolah-olah merindui seseorang. Siapa?. Persoalan itu berlegar-legar dibenaknya. Adakah lelaki itu?. Hatinya berdetik lagi. Mungkin!!!!. Tapi yang pastinya Alia sendiri tidak pasti apakah perasaannya itu.

Alia memasang radio kecil yang terletak di sudut meja.Siaran Hitz. Fm kegemarannya berkumandang. Namun malam itu lagu-lagu yang berkumandang semuanya menambahkan kebosanan di hati Alia.Alia menarik laci mejanya. Membelek satu per satu kaset-kaset yang dimilikinya. Masih berkira-kira untuk memilih mana satu kaset yang mahu dipasangnya dan berharap kebosanan yang dialaminya akan lenyap seketika.

Akhirnya Alia memilih untuk mendengar suara emas milik penyanyi kesayangannya Daniel Bedingfield. Dengan pantas Alia memasang kaset pilihannya dan seketika suasana biliknya yang sedari tadi sunyi kini ceria dengan alunan gemersik lagu ‘Never Gonna Leave Your Side’. Hati Alia yang tadinya sepi kini agak ceria. Pantas sahaja dia ikut sama menyanyi. Bait demi bait lagu kegemarannya itu dinyanyikannya. Seketika fikirannya melayang. Alia merasakan dia teringat akan seseorang. Lelaki itu?!!. Ya Alia teringatkan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan secret admirernya Muhamad Roni Pasla.

Alia terus menyanyikan lagu kegemarannya itu. Satu demi satu bait lagu itu dinyanyikannya. Fikirannya terus melayang. Seketika dia lenyap dari dunia realiti. Alia benar-benar buntu dan jiwanya dilanda kehairanan. Selama hari ini dia tidak pernah merasakan perasaan yang sebegitu. Tapi semenjak akhir-akhir ini dia rasakan perasaan ganjil itu menghantui diri dan jiwanya. Seringkali dia mencuba untuk membunuh perasaan itu, namun semakin dia mencuba semakin sukar untuk dia melakukannya. Akhirnya dengan rela Alia membiarkan perasaan itu meraja dihatinya.

Alia menarik laci mejanya sekali lagi. Diari biru pemberian ayahnya pada hari lahirnya yang ke-21 diambil. Diari biru itu diambil dan diletakkan dihadapannya. Satu demi satu helaian diari itu diselak. Alia merasakan ada sesuatu yang ingin dia coretkan pada malam itu. Yang pastinya ianya berkaitan dengan soal hati dan perasaan ganjil yang dialaminya akhir-akhir ini.

25 Ogos 2003

Aku mula merasakan sesuatu telah terjadi.Terjadi pada diri ini.Saban malam, saban detik. Aku mengingatimu, merinduimu. Malah berharap agar aku akan segera ketemu denganmu. Walaupun ianya hanya dari kejauhan.Tapi. Ianya tak mungkin, mustahil, tak logik dan tak masuk akal. Aku ini siapa?, siapa aku ini?. Bukannya sesiapa. Hanya seorang perempuan yang hina dan lemah.Dan tiada apa yang mampu diberi. Sebagai tanda kasih, cinta sejati. Yang aku ada hanyalah. Sekeping hati yang suci yang akan aku bawa. Kemana sahaja diriku ini melangkah pergi.

Aku tidak pasti apakah yang telah terjadi pada diriku ini. Mengapa ya, perasaan ini seolah-olah tidak mahu lekang dari hati dan jiwaku ini. Sudah puas aku mengajar dan memberitahu diri ini supaya jangan bertindak bodoh seperti itu. Ya tindakan bodoh, teringat dan merindukan seseorang yang tidak pernah aku kenali, yang aku tahu hanya namanya. Tapi dengan hanya mengetahui namanya sahaja tidak membawa apa-apa makna. Tidak mampu mengubah suatu apa pun. Tapi itulah yang melanda diriku akhir-akhir ini. Sudah puas aku mencuba namun aku masih lagi gagal melakukannya. Apa yang harus aku lakukan?. Bertemu dan memberitahunya rasa hati ini?. Oh tidak!!!. Sama sekali aku tidak akan memberitahunya rahsia yang tersirat di dalam hatiku ini. Nanti mesti dia ingat aku ni gila. Dah tak betul. Lagipun aku ni perempuan. Tentulah kurang sopan berbuat demikian. Bak kata pepatah ‘takkan perigi yang pergi mencari timba’. Ishh………aku takkan buat tindakan bodoh tu. Aku masih lagi waras. Memang malu giler jadinya kalau aku buat begitu. Taknaklah………. Jalan terbaik?. Adakah jalan terbaik bagiku untuk keluar dari persoalan ini.

Entahlah, aku rasa buat masa ini ada baiknya jika aku lupakan dia seketika. Lebih baik tumpukan perhatianku pada pelajaran terlebih dahulu. Lagipun lebih kurang sebulan dari sekarang aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Dan semester ini adalah semester yang penghabisan bagiku. Takkan kerana gilakan dia, aku lupa pada alam sekelilingku. Tak!!!. Aku tak boleh jadi begitu. Masa depan lebih penting. Cita-cita itu yang lebih utama. Dia?. Entahlah. Hadirnya secara tiba-tiba, tanpa dirancang dan membuat aku jadi keliru. Aku punyai tujuan hidup dan dia bukanlah destinasi utamaku. Well Aliah sayang, lupakan dia dulu. Tumpukan perhatian pada pelajaran. Itu yang paling penting ok. Lagipun ini adalah semester akhir bagimu. Jangan sekali-kali engkau sia-siakannya.

Mak maafkan Lia kerana buat seketika anakmu ini menghanyutkan dirinya dalam satu alam yang diciptakannya sendiri. Ayah janganlah risau. Anakmu ini masih lagi mampu memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk untuk hidupnya. Percayalah ayah dan mak yang Lia sama sekali tidak akan mengecewakan dan menmghampakan mak dan ayah. Mak dan ayah, Lia ingin nyatakan sesuatu. Sesuatu yang lahir dari hati kecil anakmu ini. Kalau mak dan ayah nak tahu Lia sekarang ni dah jatuh cinta. Jatuh cinta kali kedua selepas kecewa lima tahun dahulu. Maknanya anakmu kini dah dewasa, dah besar. Walaupun Lia dah dewasa namun sama sekali Lia tidak akan membelakangi mak dan ayah seperti mana yang pernah Lia lakukan lima tahun dulu. Menerima cinta Norman dengan mekulu tanpa pernah memberitahunya pada mak dan ayah sampailah ke hari ini, ianya menjadi rahsia dan sejarah hidup Lia yang paling pahit untuk Lia lupakan. Percayalah pada Lia. Sama sekali Lia tidak akan menghancurkan harapan yang mak dan ayah sandarkan pada Lia. Insyaallah. Apa yang Lia harapkan ialah mak dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan Lia.

Coretan rasa hati seorang insan sepi

Aliah Yasmin Sofia Bt. Abdul Haris

10.30 P.M.

“Hnsss………….”. Sebuah keluhan panjang dilepaskannya. Seketika Alia merasakan apa yang terbuku di hatinya telah berjaya diluahkannya. Walaupun luahan hatinya itu tidak berjawab namun hatinya puas kerana segala bebanan yang bersarang di hatinya itu terluah jua akhirnya walaupun ianya hanyalah sebuah coretan dakwat hitam yang ditumpahkan ke atas sehelai kertas dari helaian diari birunya itu.

Alia memangku kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya. Kepalanya didongakkan ke atas dan bebola matanya tertancap ke syiling biliknya yang putih. Fikirannya kembali melayang dan hayalannya memulakan pelayaran yang dia sendiri tidak tahu ke mana. Kadangkala Alia pernah terfikir, adakah semua remaja yang sebaya dengannya pernah mengalami apa yang dialaminya kini. Entahlah, kadangkala dia jadi buntu memikirkan perasaan ganjilnya itu. Tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya selain daripada membiarkan sahaja dirinya dihanyutkan oleh perasaannya itu.

“Assalammualaikun………”. Terdengar suara dari luar biliknya. Alia terkejut dari dunia hayalannya. Seketika kemudian pintu biliknya di ketuk bertalu-talu. Mungkin kerana kelambatannya membuka pintu menyebabkan insan yang memberi salam tadi terus mengetuk pintu biliknya bertalu-talu. Mulanya perlahan kini bunyi ketukan itu semakin kuat. Alia arif benar dengan kelakuan si pemberi salam itu. Pastinya si Umi Kalthom satu-satunya sahabat yang akrab dengannya. Dalam sehari pasti ada sahaja halnya bertemu Alia. Memang tidak sah hidupnya jika tidak menganggu Alia. Alia bangun dan dengan langkah pantas menuju ke pintu dan membuka pintu biliknya. Seketika Alia tersenyum dan menampakkan barisan giginya yang putih bersih. Umi Kalthom mencuka sambil bercekak pinggang memandang Alia yang tersenyum simpul.

“Dah lah tu Umi, tak payah nak mencuka macam ni. Apa lagi yang kau tercegat tu. Masuklah. Ke kau tak nak masuk. Kalau tak nak lagi bagus. Aku tutup pintu ni”. Alia berpaling dan mengacah sahabatnya itu dengan lakonannya yang mahu menutup pintu biliknya dan sambil itu dia terus tersenyum. Umi Kalthom makin tambah mencuka.

“Alah Lia kau ni selalu macam tu.Asal aku datang je mesti kau lambat bukak pintu. Kau ni macam tak nak kawan dengan aku je”. Umi Kalthom seolah-olah merajuk dengan Alia.Tapi Alia tahu itu hanyalah sekadar kata-kata. Antara mereka begitu memahami antara satu sama lain. Kalau pun mereka bersengketa, sengketa antara mereka itu tidak lama. Akhirnya mereka saling berbaik, bermaafan dan kembali bersahabat. Bagi Alia, Umi Kalthomlah sahabat yang paling memahaminya. Sahabat yang paling baik yang ditemuinya setelah meneroka alam mahasiswa selama tiga tahun di bumi UPM ini. Tiada yang lain sebaiknya. Kerana itulah Alia terlalu menyayangi Umi Kalthom kerana hanya Umi Kalthom seorang yang amat memahaminya.

“Takdelah….kau ni kan dalam sehari tak mengganggu aku tak bolehkah?. At least bagilah aku peluang nak hidup aman sikit. Jauh dari gangguan kau tu, wahai cik Umi the menace”. Alia membebel perlahan sambil melangkah menuju meja studynya. Diari biru yang terbentang di atas mejanya itu dicapai dan ditutup. Alia mengeluh lagi. Kali ini agak perlahan. Kemudian tangannya menarik laci mejanya dan diari biru yang menjadi temannya itu disimpan rapi. Radio yang bersuara nyaring di bucu mejanya diperlahankannya. Kemudian dia berpaling memandang Umi Kalthom yang sedang memandangnya.

“Kau ada problem ke Lia. Lain macam aje aku nampak kau malam ni. Selalunya kau tak macam ni. Kau ada masalah ye?”. Umi Kalthom memandang Alia. Legat bebola matanya menikam wajah Alia yang kegelisahan. Meminta kepastian.

“Aku tak tahulah Umi samada nak cakap atau tak dengan kau masalah aku ni. Alia menundukkan kepalanya. Berat hatinya untuk meluahkan perasaannya. Bimbang ditertawakan oleh sahabatnya itu walaupun dia tahu apa yang dirasakannya kini adalah sesuatu yang normal. Yang lumrah dialami oleh setiap remaja yang akan melangkah ke alam dewasa sepertinya itu.

“Kenapa?. Kau tak percaya dekat aku dah ke?”. Seolah-olah merajuk sahaja kedengarannya Umi Kalthom bersuara.

“Bukan soal tak percaya, tapi ianya masalah kecil.Masalah bodoh-bodoh je. Takde benda pun hal aku ni”. Alia masih enggan bercerita. Bukan dia tidak percayakan sahabatnya itu, tapi dia malu dengan perasaannya itu.

“Aku rasa aku tahu apa masalah kau Lia. Aku boleh teka. Lagipun kau lain sejak kebelakangan ni”.Umi Kalthom memasang serkap jarang.

“Kau jangan nak serkap jarang je Umi. Kau ni kalau aku cakap aje pasal ape-ape semua kau tahu. Kau ni nujum ke ha?”. Alia masih lagi enggan berbicara mengenai perasaannya itu kepada sahabatnya itu.

“Nujum?!. Maybe. Ok kau tak caya ye.Biar aku teka apa masalah kau”. Umi Kalthom seolah-olah menyahut cabaran Alia. Sambil itu Umi Kalthom terus tersenyum. Senyumannya itu menambahkan kegusaran di hati Alia.

“OK…… kalau kau terer apa dia perkara yang menghantui aku sekarang ni?”. Alia berpura-pura tenang dan meminta sahabatnya itu membuktikan kebenaran tentang apa yang diperkatakannya itu. Apalagi jika bukan mengenai apa yang dialaminya kini.

“Baiklah……… masalah kau sekarang ni ialah kau in love dengan budak tu. Sape ke namanya pun?. Umi Kalthom berkerut wajahnya tanda cuba mengingati sesuatu. Terdiam seketika dia dan kemudian menyambung kembali apa yang ingin dikatakannya kepada Alia. Alah…….lupa pulak aku. Budak yang nama pelik tu lah. Sape tu?. Ehmm……….. si Pasla tu kan?”. Umi Kalthom tersengih. Tersengih macam kerang busuk memandang Alia yang legat memandangnya tajam.

“Macammana kau tahu ni Umi?. Tapi ada pembetulan sikit.Bukan in love tapi admirer aje.Tak lebih dari itu. Kau ni kan, hairan betul aku. Pandai kau meneka”. Alia terperanjat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu. Seketika kemudian jantungnya berdetak hebat. Mukanya merah merona. Malu benar dia dengan sahabatnya itu.

“Kau pernah cerita dengan aku masa kita semester empat dulu kan, yang kau ada admirer satu budak sama kelas dengan kita. Masa tu kita ambik subjek ngan Prof. Jo. Kelas apa tu?”. Umi Kalthom memandang Aliah meminta kepastian.

“Sejarah Rumpun Bahasa Melayu”. Jawab Alia dengan selamba.

“A….ye kelas Sejarah Rumpun. And than, kebetulannya semester ni dia kelas semantik sekali dengan kita. Aku nampak yang kau selalu perhatikan dia tiap kali dia masuk kelas. Kau betul-betul interested dengan dia ke?”. Umi Kalthom memandang tepat ke wajah Alia. Pandangannya itu membawa pengertian yang besar. Alia mengeluh dan membuangkan pandangannya ke luar jendela. Seketika Alia terdiam.Tidak tahu apa yang hendak dikatakannya kini.

“Entahlah Umi. Tak tahu nak kata apa.Interested sangat tu takdelah jugak. Tapi kadang-kadang dia tu buat aku jadi macam dah tak betul aje.Tak tahulah apa aku nak buat dengan perasaan aku ni. Aku betul-betul bingung sekarang”. Dalam kepayahan Alia bersuara, setelah agak lama menyepikan diri.

“Itu maknanya yang kau betul-betul falling in love dengan si Pasla tu. Tapi aku hairanlah, apa yang menarik sangat tentang dia tu.Aku rasa dia tu takde benda le Lia. Nak kata hensem tak lah hensem. Apa ye……yang menarik tentang dia tu sampai kau gila sangat kat dia?”. Umi Kalthom menggelengkan kepalanya berkali-kali. Hairan benar dia dengan sikap yang ditunjukkan oleh Alia terhadap lelaki yang bernama Muhamad Roni Pasla itu.

“Aku taklah sampai gila pulak sebab dia. Aku just admirer ok”.Alia cuba membetulkan tanggapan Umi Kalthom mengenai perasaannya terhadap lelaki itu.

“Tak payah soroklah Lia. Aku tahu kau memang dah jatuh cinta dengan si Pasla tu. Tak payah nak tipu aku. Mata kau tu je dah membuktikan yang kau memang betul-betul in love dengan si Pasla tu.Kau belum jawab lagi soalan aku. Kenapa kau interested sangat dengan dia tu ha?”. Umi kalthom menghampiri Alia yang berdiri di tepi jendela dan dengan perlahan dia memegang bahu Alia, lembut.Angin malam menerpa masuk. Kedinginan terasa. Umi Kalthom memeluk tubuhnya. Kemudian dia beredar dari tingkap dan merebahkan tubuhnya ke katil Alia. Alia masih tega membuang pandang ke luar jendela biliknya walaupun angin malam yang menerpa benar-benar mendinginkan tubuhnya.

“Entahlah Umi. Aku tak tahu apa yang menarik dengan dia tu. Betul kata kau yang dia tu memang tak boleh dikatogerikan dalam katogeri hensem.Walaupun tak hensem tapi bagi aku dia tu sweet. Sweet like chocolate.Lagipun kan cinta tu buta. Tak mengenal sesiapa. Tak mengenal usia”. Alia bersuara perlahan. Meluahkan rasa hatinya.

“Amboi Lia, dasyat hujah kau ni. Yelah orang kalau dah dilamun cinta ni memang gila. Kau sekarang ni dah tahap gila. Jadi apa yang kau nak buat sekarang ni. Pergilah jumpa dan bagitau dia apa yang kau rasa”. Umi Kaltom memberikan cadangan. Alia tersentak. Tidak disangkanya yang Umi Kalthom akan memberikan cadangan yang sebegitu rupa.

“Gila kau Umi. Kau ingat aku ni apa. Aku bukan macam tu tau. Aku takkan bagitau dia apa yang aku rasa ni. Tak mungkin sama sekali”. Alia bersuara keras. Sama sekali dia tidak akan memberitahu lelaki itu rahsia hatinya. Itu tak mungkin akan dilakukannya untuk seumur hidupnya walaupun dia benar-benar menyukai lelaki itu.

“Kenapa macam tu pulak Lia?. Apa salahnya kalau kau bagitau dia. Takkan kau nak terus macamni. Menyiksa diri kau je”. Umi Kalthom kehairanan mendengar hujah sahabatnya itu.

“Tak Umi. Biarlah aku terus simpan perasaan aku tu dulu. Lagipun ini baru perasaan je. Aku pun tak pasti lagi perasaan aku tu yang sebenarnya”. Alia bersuara perlahan. Bukan dia tidak mahu meluahkan perasaannya itu, tapi dia bimbang ‘pisang akan berbuah dua kali’. Dia tidak mahu kecewa lagi. Dia benar-benar serik dengan kekecewaan silam.

“Terpulanglah pada kau Lia. Kalau aku jadi kau aku terus aje bagitau. Aku dulu pun macam kau jugak. Mula-mula rasa suka lepas tu aku terus jumpa dan bagitau budak yang aku suka tu perasaan aku dan akhirnya aku dan budak tu dah pun jadi loving couple sekarang. Kau buatlah macam aku ni. Tak rugi apa pun kalau kita mencuba”. Umi Kalthom memberi semangat kepada Alia.

“Kau dan aku lain Umi. Kau punyai kekuatan dan keberanian untuk hadapi itu semua, tapi aku tak. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Lagipun kita sekarang ni dah sampai ke penghujung. Kau jangan lupa yang tak lama lagi kita akan exam.So better concerntrait pada study kita terlebih dahulu”. Alia tekad dengan pendiriannya. Perasaannya itu tak seharusnya dipamerkan. Lagipun yang sebenarnya Alia sendiri tidak pasti dengan apa yang dirasakannya kini.

Well suka hati kau lah Lia. Aku bagi cadangan je. Kau tak nak ikut takpe. Baik bagitau je perasaan tu dari simpan dalam hati. Aku mintak diri dululah. Dah lewat ni. Besok ada kelas. Aku balik bilik aku dululah Lia”. Umi kalthom meminta diri dan menuju ke pintu. Daun pintu dikuak dan dia melangkah pergi. Beberapa langkah dia melangkah dia berhenti dan menoleh ke arah Alia yang masih lagi tercegat di pintu.

“Lia fikirkan semula apa yang aku cakapkan tadi.Selamat malam Lia. Have a nice dream”. Terus sahaja Umi Kalthom melangkah pergi dan Alia terus menghantarnya pulang dengan ekor matanya hinggalah sahabatnya itu lenyap dari pandangan matanya.

Alia menutup daun pintu biliknya. Dia melangkah menuju katilnya dan menghempaskan tubuhnya. Fikirannya terus melayang pada apa yang dicadangkan oleh sahabatnya tadi. Alia tahu yang Umi Kalthom benar-benar ikhlas mahu membantunya. Dan Alia juga tahu yang Umi Kalthom serius. Alia terkedu. Seketika dia teringat pada peristiwa lampau. Pada peristiwa yang berlaku padanya lima tahun dahulu. Ketika dia masih lagi di bangku sekolah. Tingkatan lima dia saat itu. Saat itu dialah insan yang paling bahagia di maya pada ini. Tapi kebahagiaannya itu hanya sementara. Hatinya hancur luluh kerana cinta. Dia didustai dan dikhianati juga kerana cinta. Kerana peristiwa itulah dia menjadi serik dan seringkali mengajar dirinya supaya jangan jatuh cinta lagi. Tapi kali ini perasaannya tidak dapat dikawalnya. Emosi menguasai dirinya. Alia keliru dan buntu dengan perasaannya itu.

“Ah…….. lupakan aje dia. Jangan terperdaya lagi. Nanti kau juga yang kecewa di kemudian hari. Lupakan dia. Itu yang terbaik untuk kau”. Alia membuat keputusan muktamad untuk dirinya.

Dia takkan jatuh cinta lagi. Cukuplah sekali dalam hidupnya dia kecewa kerana cinta. Kerana seorang insan yang bernama lelaki. Seorang lelaki yang hadir dan menyerikan hidupnya dan dengan tiba-tiba lelaki itu lenyap dari halaman hidupnya tanpa sebarang perutusan dan petanda dan kehilangan lelaki itu benar-benar menghancurluluhkan hatinya dan kepercayaannya terhadap insan yang bernama lelaki benar-benar lenyap. Cuma ianya agak berubah akhir-akhir ini setelah dia mengenali seorang lelaki yang bernama Muhamad Roni Pasla. Dia akan membiarkan sahaja masa yang menentukan segalanya. Dia tidak mahu berharap atau menaruh harapan lagi pada cinta. Baginya itu semua hanyalah sebuah hayalan. Cinta itu hanyalah sebuah ilusi. Malam makin larut. Bayu malam makin berpuput lembut. Perlahan-lahan mata kuyunya itu terpejam rapat dan akhirnya dia hanyut dalam alam mimpi yang lebih membahagiakannya.

Cinta itu suatu ilusi. Ilusi Kasih yang adakalanya membahagiakan dan adakalanya mengecewakan. Buat insan pilihan Ilahi syukurilah nikmat cinta itu dan janganlah sesekali mencemari kesuciannya.

Aku Tanpa CintaMu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh SHALIHA BT NASARUDDIN SHALIHA BT NASARUDDIN