Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan
Isteriku Kakak Kawasan
AyDa
4/3/2020 06:32:38
993
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

"Duit belanja mama dah bagi kan?" Tanya Yana kepada anaknya. Matanya melirik ke arah cermin pandang belakang.


"Dah, ma." Jawab mereka serentak.


Yana menganggukan kepalanya. Matanya kembali terfokus ke arah jalan raya. Dia meneruskan pemanduannya dengan penuh berhemah.


Nasib baik sekolah anak-anaknya ni tidak jauh dari kawasan rumah. Dalam masa lima belas minit sahaja, mereka dah pun sampai di perkarangan sekolah.


Sebelum mereka keluar dari perut kereta, mereka bersalaman dengan ibunya. Dikucup tangan ibunya ni penuh hormat. Yana pulak tak ketinggalan. Pipi kanan anak dara dan anak bujangnya dikucup dengan penuh rasa sayang. "Belajar rajin-rajin..." pesan Yana, sambil tersenyum.


Mereka menganggukan kepala tanda mengerti.


Yana menunggu di dalam kereta sehingga kelibat anaknya hilang disebalik pagar sekolah. Fuh! Nasib baik anak-anaknya tak lambat masuk sekolah. Yang lambat, encik suaminya yang hensem lagi bergaya tu.


Sekarang, kita pergi hantar budak kecik ni pulak. Roda empat pacuan itu bergerak dengan perlahan. Seterusnya, mereka segera bergerak menuju ke tabika kemas.


"Kenapa dengan anak mama ni? Senyap jer." Soal Yana sambil matanya melirik ke arah sebelah.


"Maa..." tiak Sofea, perlahan.


"Iya, sayang." Sahut Yana. Matanya masih tertumpu ke arah jalan raya.


"Adik tak nak gi cekolah, boleh tak ma?" Tanya Sofea sambil meramas jari-jemarinya.


Berkerut dahi Yana mendengarnya.


"Kenapa pulak?"

"Adik tak nak."

"Adik nak pandai macam kakak dengan abang tak?"

"Nak. Nak. Nak."

"Kalau macam tu, adik kena pergi sekolah. Kena belajar rajin-rajin. Nanti adik boleh kalahkan kakak dengan abang tu."


Sofea berfikir sekejap.


"Maa..." tiaknya lagi.


"Iya, sayang." Sahut Yana sekali lagi.


"Adik nak gi cekolah." Katanya, penuh semangat.


Yana mengulum senyuman. Senang hatinya.


"Macam tu lah. Sayang anak mama ni tau." Ucap Yana sambil membelai pipi gebus anaknya itu.


"Adik pun cayang mama." Ucapnya, sambil tersenyum.


Semakin meleret senyuman yang terukir di bibir. Anak-anak adalah permata hatinya. Merekalah pengarang jantung hatinya ni. Kalau mereka tak ada, tak tahulah apa yang akan jadi padanya. Mereka ni lah nyawanya. Hilang mereka, hilanglah nyawanya. Selagi dia bernyawa, selagi itulah dia akan mempertahankan keluarganya daripada segala anasir jahat yang berada di luar sana.


Dalam perjalanan ke tabika kemas, tiba-tiba Yana perasan akan sesuatu. Matanya asyik melirik ke cermin pandang belakang sahaja.


Hah! Sudah...


Ada orang follow keretanya dari belakang pulak daa...


Ish! Menyusahkan betullah. Pagi-pagi lagi nak buat kacau. Huh! Ini mesti budak-budak Rozy punya kerja. Yana dah mula buat serkap jarang tapi hatinya yakin orang yang follownya ini adalah budak-budak Rozy.


Matanya silih berganti memandang jalan raya dan juga cermin pandang belakang. Kereta hitam di belakang masih follow mereka. Ya Allah... Nak tak nak, dia terpaksa mengambil risiko.


Nasib baik keretanya jenis auto. Memudahkan kerjanya. Jalan raya pun tak jem. Kenderaan pun tak banyak. Tanpa berlengah lagi, Yana terus menekan minyak. Keretanya laju meluncur pergi meninggalkan kereta hitam yang berada di belakangnya tadi. Penuh berhati-hati dia memandu manakala anaknya, Sofea sudah terjerit kecil. Takut agaknya...


Yana memandang cermin pandang belakang.


Grrr...

Dia orang masih ada dekat belakang lagi. Huh! Yana merengus kecil. Dia memandang ke hadapan. Ada traffic light. Lampu hijau masih menyala. Otaknya ligat berfikir. Macam mana ni? Lampu hijau sudah nak bertukar ke kuning pulak. Yana terpaksa melakukannya. Dia menekan minyak semaksimum yang boleh agar kelajuannya berlipat ganda.


"Bismillah..." ucapnya di dalam hati. Lampu kuning ingin bertukar ke merah tetapi Yana masih meneruskan pecutannya. Akhirnya, dia dapat juga melepasi traffic light tersebut. Matanya melirik ke arah cermin pandang belakang sekali lagi. Kereta hitam itu sudah berhenti di traffic light tadi. Alhamdulillah... Dia kembali mengurangkan kelajuannya. Dia memandang anaknya di sisi.


"Hukk hukkk..."


Yana kaget. Dia ingin berhentikan keretanya di tepi tetapi musuhnya akan muncul bila-bila masa sahaja. Dia terpaksa meneruskan perjalanan. Alahai! Kesiannya anak mama ni...


Akhirnya, mereka sampai juga di tabika kemas. Disepanjang perjalanannya tadi, anak bongsunya ini asyik menangis aja. Mungkin terkejut dengan cara pemanduannya. Yana membuka seat beatnya lalu dia mendekati anak bongsunya itu.


"Sayang, meh sini." Panggil Yana sambil menarik tubuh kecil anaknya itu ke dalam pelukan.


Sofea teresak-esak menangis di dalam pelukan ibunya.


"Syyy... Mama ada kat sini sayang." Pujuknya agar anaknya berhenti menangis.


Sofea masih menangis.


Pelukan semakin dieratkan. Tak guna kau, Rozy. Kau hantar budak-budak kau follow aku, ya. Siap kau nanti..., monolognya di dalam hati.


"Dah-dah. Tak nak nangis lagi. Anak mama kuat kan? Anak mama tak cengeng kan?" Pujuknya, lagi.


Tangisan semakin perlahan.


Yana melepaskan pelukannya.


"Ma, janganlah bawak kereta laju-laju. Adik takut cangat." Katanya sambil teresak-esak.


Yana mengesat airmata anaknya yang deras mengalir ke pipi itu.


"Iya, sayangku. Mama takkan bawak laju-laju lagi. Tak mau nangis lagi, ya." Yana berterusan memujuk anaknya.


Sofea berhenti menangis. Airmatanya diseka oleh ibunya.


"Siannya sayang mama ni." Pipi gebus anaknya itu dikucup penuh sayang. "Sayang, tengok tu. Kawan-kawan sayang dah sampailah. Jom.." ajaknya sambil melangkah keluar dari perut kereta. Diikuti anaknya itu.


Yana menanti di hadapan kereta. Dia menghulurkan tangannya. Sofea terkedek-kedek mendapatkan ibunya. Tangan ibunya di pegang. Mereka berpimpinan tangan menuju ke dalam kawasan sekolah.


Sofea membuka kasut sekolahnya.


"Belajar rajin-rajin, ya sayang." Pesan Yana, lembut.


Sofea hanya menganggukan kepalanya.


"Good girl." Ucap Yana sambil mengucup kedua belah pipi anaknya untuk kesekian kalinya. "Mama pergi dulu, ya." Katanya sebelum beredar pergi.


Sofea mengangguk lagi. "Hati-hati, ma..." pesannya sambil melambaikan tangannya.


"Iya, sayang." Jawab Yana sambil tersenyum. Dia turut membalas lambaian anaknya. Kemudian, dia sempat membuat flying kiss buat anak bongsunya itu.


Sofea melangkah masuk ke dalam kelasnya. Hilang sudah rasa takutnya. Sebelum kelas bermula, dia mengajak kawan-kawannya bermain.


Huh! Yana merengus kasar. Kini, dia sudah pun berada di dalam perut kereta kesayangannya itu. "Tak guna kau Rozy..." marah Yana sambil menghempaskan tangannya ke stereng. Geram betul dia dengan si Rozy ni. Rasa macam nak hempuk jer kepala dia kat dinding. Tak menyempat. Siaplah...


Dengan hati yang panas, Yana beredar pergi meninggalkan kawasan tabika kemas itu. Dia menuju ke destinasi seterusnya iaitu tempat mereka selalu berkumpul. Riak wajah Yana ketat semacam jer. Hilang mood dia pagi-pagi ni. Semuanya gara-gara si Rozy tu. Huh!


"Wei, bro. Kita dah hilang jejak dia. Macam mana ni?" Tanya Zack sambil matanya meliar memandang sekeliling.


"Kita cari dulu. Aku rasa dia mesti ikut jalan ni." Kata Joe cuba menyedapkan hatinya.


"Nak cari dekat mana, bro? Laju gila minah tu bawak kereta, doh." Zack tidak menyangka bahawa perempuan itu bisa memandu seperti pelumba formula one.


"Kita carilah dekat sini dulu. Mesti jumpa punyalah." Balas Joe dengan mata yang melilau mencari bayangan kereta Myvi yang berwarna biru itu.


Dalam mereka leka mencari, tiba-tiba nada dering telefon bimbit Zack berbunyi dengan nyaringnya. Kalut Zack mengeluarkan telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluar jeans yang sedang dipakainya itu.


Alamak!


"Bos..."

"Bos? Jawab ler..."


Butang hijau ditekan. Dia meneguk air liurnya sambil menekan butang load speaker. "Hello, bos." Sapanya, dahulu.


"Hello. Macam mana?" Rozy terus ke persoalannya.


"Err... Err..."


Rozy merengus kecil dihujung talian. Dia dah agak. Perempuan tu mesti berjaya lepaskan diri. Huh!


"Bodoh. Takkan perempuan tu boleh terlepas. Kau bawa kereta macam mana? Macam kura-kura? Lembab..." marah Rozy, lantang.


Joe merengus kecil manakala Zack hanya mampu berdiam diri.


"Benda simple pun kau tak boleh nak buat. Aku suruh follow jer pun. Tu pun kau boleh terlepas. Bodoh betullah..." marahnya lagi sambil mematikan talian.


Zack dan Joe terpinga-pinga.


"Jomlah balik. Dah puas kita mencarinya." Ajak Zack.


Joe menganggukan kepalanya. Nak tak nak, mereka kena balik juga. Lagipun, dia dah bosan mencarinya. Memang perempuan itu dah hilang dari radar matanya. Huh! 


Kereta Myvinya diparkingkan di tempat biasa. Kini, dia sudah pun berada di tempat yang jauh daripada orang ramai. Bangunan lama yang sudah terbengkalai projeknya itu dijadikan markas buat mereka. Di sinilah tempat mereka berlatih. Yana sendiri yang akan mengajarkan budak-budaknya seni mempertahankan diri agar mereka tidak mudah ditumpaskan oleh musuh-musuhnya. Mereka yang menyertainya adalah dengan suka rela tanpa sebarang paksaan.


Yana mendekati punching bag yang tergantung di situ lalu dia menghayunkan tumbukannya tepat dan padu ke arah punching bag tersebut. Geram betul tu...


Bukan tumbukan sahaja tetapi dia turut memberi tendangannya yang padu itu juga. Dia ingin berlatih sekejap sebelum berjumpa dengan musuhnya. 


Tutt Tuttt...


Whatsappnya berbunyi. Dengan serta-merta Yana berhenti daripada membuat latihannya. Telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluar tracksuitnya dikeluarkan. Jari-jemarinya laju membuka aplikasi whatsapp itu. Pesanan yang diterimanya datang daripada nombor yang tidak dikenali. Dia menekan nombor tersebut untuk membaca pesanan yang dihantarkan kepadanya.


Nombor tak dikenali

Kenapa lari? Takut?


Aku tak takutlah, bodoh. Huh! Yana merengus, geram. Walaupun pesanan itu ringkas sahaja tetapi sangat menyakitkan hati. Dia lari bukan bererti dia takut. Dia larikan diri sebab anaknya ada bersama dengannya. Pantas Yana membalas pesanan tersebut.


Mrs. Yana

Aku nak takut dengan kau? Silap besarlah, oi...

Setahu aku, orang yang hantar budak-budak supaya kacau orang lain, tu yang PENAKUT nya...


Padan muka. Kan dah kena sedas. Nak main whatsapp-whatsapp pulak.


Tutt Tuttt...


Lajunya minah ni balas. Yana membuka pesanan yang diterimanya itu.


Nombor tak dikenali

Aku tak penakutlah, bodoh.


Yana tersenyum sinis. Dia balas lagi.


Mrs. Yana

Aik? Panas? Ha ha ha...

Cakap banyak tak guna. Jumpa aku kat tempat biasa nanti. Pukul 9.00 tepat. Jangan lambat.


Tak sampai seminit, whatsappnya berbunyi lagi.


Nombor tak dikenali

OK. Datang seorang jer. Jangan bawak konco-konco kau yang keding tu.


Yana tergelak kecil. Jari-jemarinya ligat bermenari di lantai keypad.


Mrs. Yana

OK. Aku berani datang seorang. Tapi, kau tu... berani ke?


Telefon bimbitnya sepi tanpa bunyi. Sah! Si Rozy panas hati. Tulah, nak main-main dengan kita lagi. Telefon bimbitnya diletakkan di atas lantai di satu sudut agar telefonnya itu tidak jatuh daripada kocek seluarnya. Dia ingin menyambung latihannya itu.


"Kurang ajar punya perempuan. Kau perli aku, ya. Tak guna, kau." Marah Rozy sambil membaling telefon bimbitnya ke atas sofa yang sedang dia duduki ni. Riak wajahnya jangan cakaplah. Bengis sentiasa.


"Bos..." sapa Bad yang baru muncul.


Rozy merasa terganggu.


"Keluar." Sergah Rozy, lantang.


Bad terkejut lalu tanpa banyak bunyi, dia terus beredar pergi. Dibatalkan hajatnya untuk berbicara dengan bosnya itu.


Rozy merengus kasar. Dia tak sabar nak berjumpa dengan Yana. Dia ingin membuat perhitungan dan dia juga ingin membalas di atas kekalahan budak-budaknya.


Haiya... Wacha... Haiya... Wacha...


Perkataan itulah yang keluar daripada mulutnya silih berganti. Apabila dia sudah kepenatan, barulah dia berhenti berlatih. Seluruh mukanya sudah basah dek peluh dan degupan jantungnya bagaikan kompang yang sedang di palu. Dia menarik nafas sebelum menghembusnya dengan perlahan.


Dia mengulangi perbuatan tersebut sekali lagi. Tiba-tiba...


Ada seseorang memegang bahunya dari belakang. Itu membuatkan Yana terkejut lalu dengan gerakkan yang pantas, dia memegang tangan orang itu dan direntapnya dengan kasar. Orang itu tidak bersedia maka badannya dengan mudah terdorong ke hadapan dan Yana sudah pun bersiap sedia untuk menghayunkan penumbuknya. 


"Akakkk..." tiaknya sambil menutup mukanya dengan kedua belah telapak tangannya.


Yana terkejut.


"Nani?" Yana menurunkan tangannya. Tak jadi nak belasahnya sebab orang itu adalah budak-budaknya. Segera dia melepaskannya. "Kamu buat apa dekat sini?" tanyanya, ingin tahu.


"Saya dari pasar tadi. Lepas tu, nampak pulak kereta akak masuk kawasan ni. Tu yang saya ikut sampai ke sini. Akak cari kami ke?" Soalnya, pulak.


"Tak adalah. Akak saja datang sini. Nak berlatih." Jawab Yana bersahaja.


Berkerut dahi Nani, pelik.


"Awal lagi akak berlatih? Ada apa-apa ke?" Tanya Nani.


Yana mengeluh lemah. Tiada sebarang jawapan yang keluar daripada mulutnya.


"Kamu free tak?" Soalan tu yang keluar daripada mulutnya.


"Yup. Untuk akak, saya free aja." Jawab Nani sambil tersenyum manis.


"Kalau macam tu, jom..." ajak Yana, turut membalas senyumannya.


"Jom..." Nani sudah berundur dua langkah ke belakang. Dia tahu sangat apa yang bosnya maksudkan. Langkah kekuda sudah di buka dan dia hanya menunggu bosnya itu memulakan serangan.


Pantas Yana menyerang Nani. Namun, Nani berjaya mengelakkan diri. Setiap serangan yang diberikan oleh bosnya, dapat dipatahkan dengan begitu mudah. Segala yang diajarkan kepadanya segera dikeluarkan dan itulah yang membuatkan Yana berbangga dengan prestasi budak-budaknya.


Setelah berapa minit Yana menyerang, kini tiba giliran Nani pula.


Mereka berdua sudah pun bersiap siaga. Mata bertentang mata. Kemudian, mereka saling berbalas senyuman sebelum Nani memulakan serangannya.


Pertarungan ini tersangatlah hebat kerana masing-masing tak mahu mengaku kalah. Setiap serangan yang di buat oleh Nani dipatahkan dengan begitu bersahaja. Pergerakkan Yana lebih tangkas berbanding Nani. Yana tidak teragak-agak menyerang musuhnya manakala Nani pula lebih banyak berhati-hati dalam mengatur serangan. Disebabkan terlalu berhati-hati itulah, pihak lawan bisa membaca pergerakkannya dan itu juga membuatkannya dengan mudah ditumpaskan oleh pihak lawan. Sikap berhati-hati itu bisa diubahkan.


Nani cuba melepaskan tendangan di bahagian betis kaki kanan Yana tetapi Yana pantas mengelak. Kali kedua dia cuba tetap sama juga. Dan akhirnya dia tewas dengan sekelip mata apabila Yana berjaya menjatuhkannya dengan gerakkan yang pantas.


"Bagus. Ada kemajuan sedikit." Puji Yana sambil menghulurkan tangan untuk membantu Nani.


"Terima kasih, kak." Ucap Nani, menyambut huluran tersebut. Dia bangun sambil mengibas seluar tracksuitnya yang sudah kotor itu. Begitu juga dengan Yana.


"Sama-sama. Berlatih lagi and akak nak kamu ubah sikap berhati-hati kamu tu. Kalau rasa nak serang, terus jer serang. Jangan teragak-agak. Sebab kalau kamu teragak-agak, pihak lawan dengan mudah boleh baca pergerakkan kamu tu. Nanti kamu senang ditewaskan. Faham?" Nasihatnya dengan panjang lebar.


Nani menganggukan kepalanya. Dia akan ubahkan sikapnya itu. Nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman harus didengari. Tak boleh buat endah tak endah sahaja. Nanti dia juga yang rugi.


"Okaylah. Sekarang kamu dah boleh balik."


Nani menganggukan kepalanya sekali lagi. Dia memohon pamit untuk pulang ke rumah. Sebelum dia beredar dia sempat bersalaman dengan bosnya itu. "Terima kasih atas nasihatnya, kak." Ucapnya, ikhlas.


"Sama-sama." Jawab Yana, sepatah.


Mereka beriringan menuju ke kenderaan masing-masing. Nani melangkah masuk ke dalam perut kereta kancilnya manakala Yana masih berdiri disamping keretanya.


"Hati-hati drive tu..." pesan Yana.


"Iya. Saya balik dulu. Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Yana melihat kereta kancil itu sudah pun meluncur pergi meninggalkannya sendirian di situ. Tak lama kemudian, dia pun turut berlalu pergi. Destinasinya selepas ini adalah tempat biasa di mana dia dan Rozy akan bersua muka. Dah tak sabar rasanya nak bertemu dengan musuhnya itu. Kalau Rozy berani datanglah. Dia tu berlagak jer lebih tapi haprak pun takrak... Huh!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AyDa