Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 28

Setelah keretanya selamat diparkingkan di garaj, Yana segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam handbag. Nombor telefon budaknya di dail dan telefonnya terus dilekapkan di cuping telinga. Lama dia menunggu tetapi tiada langsung  yang berjawab. Ish! Jawablah... Di dail sekali lagi. Hasilnya tetap sama. Huh! Nak kena budak-budak ni tau. Orang kalau dah call tu, jawablah cepat. Grrr... Tali pinggang keledar di buka dan telefon bimbitnya tu segera disimpankan di dalam handbag. Baru saja dia ingin mengangkat punggung, tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Cepat-cepat dia keluarkan telefon bimbitnya tu dan panggilan segera dijawab. "Hello!" Sapanya dahulu.


"Ada apa kak?" Tanya Ema, ingin tahu.


"Akak nak kau dengar ni baik-baik. Akak rasa ada budak follow akak tadi. Mungkin tu budak-budak Tiger. So, kau orang kena hati-hati lepas ni. Tiger mesti dah plan sesuatu tuk kita. Kalau tak akak, dia orang akan carik kau orang semua. Sekarang akak nak kau call budak-budak lain, suruh dia orang datang tempat biasa. Akak nak kau orang berlatih. Fikir jugak strategik tuk hadap budak-budak Tiger tu nanti. Faham?" Kata Yana penuh tegas.


"Faham, kak." Akur Ema tanpa banyak tanya.


"Okay. Apa-apa hal kau roger jer akak nanti. Assalamualaikum." Pesan Yana sebelum memutuskan talian. Telefonnya disimpankan kembali di dalam handbag. Otaknya ligat memikirkan siapa budak yang ikut dia tadi? Memang dia rasa ada budak ikut dia tapi... Hmm... Mungkin firasat dia jer kut. Apa-apa pun, dia kena berwaspada. Tiger takkan menyerah begitu saja selagi dia tak dapat apa  yang dia nak kan. Huh! Menyusahkan betullah. Sakit kepala Yana dibuatnya...


Dia merengus kecil sebelum mengambil handbagnya dan melangkah keluar dari perut kereta kesayangannya tu. Dahinya berkerut seribu apabila terpandangkan kereta encik suami yang masih elok terparking tu. Aik? Laki aku tak pergi kerja ke apa ni? Hmm... Kaki segera melangkah menuju ke arah rumah mewah tersergam indah milik mereka sekeluarga ni. Tangannya baru nak memegang tombol pintu tapi pintu sudah pun terbuka dari arah dalam.


"Sayanggg..." sapa Imran meleret. Senyuman manis tak lekang daripada bibirnya tu.


Amboi! Segaknya laki aku ni. Bau badannya wangi gilerr... Rambut yang masih basah tu di sikat penuh rapi tau. Haish! Bikin hati adik gila bayang encik abang sayang oiii... Eeiii, rasa nak peluk tak mahu lepas lagi da. Biar semua orang tau yang Encik Imran ni hanya milik Puan Liyana seorang sahaja.


"Sayang..." panggil Imran sambil menepuk manja pipi gebu milik isterinya tu.


Yana tersentak.


Imran tertawa kecil melihat gelagat si isteri. "Sempat lagi sayang mengelamun kan."


"Mana ada. Memandai jer abang ni tau." Dalih Yana sambil melangkah masuk ke dalam rumah.


"Eleh! Iyalah tu? Macamlah abang tak tahu isteri abang ni macam mana, kan. Mesti sayang cakap hensemnya suami aku ni. Betul tak?" Tekaan Imran tepat mengena tapi macam biasa, Yana takkan mengaku sama sekali. Buat malu jer nanti. HAHAHA...


"Abang ponteng kerja hari ni eh?" Tanyanya sekadar ingin tahu.


Imran tersenyum sumbing. Dia mengiringi langkah kaki si isteri sehingga ke tangga. "Tak payah nak tukar topik sangat sayang oii..." usiknya.


Yana mencebikkan bibirnya. Dia malas nak layan usikkan encik suaminya tu lalu dia terus ingin meniti anak tangga tapi tangannya pantas ditarik oleh encik suami membuatkan dia berpusing ke belakang secara mendadak dan tubuhnya tak dapat diimbangi, maka terjatuhlah ke dalam dakapan encik suami tercinta.


Imran memejamkan matanya seketika, sambil mencium aroma tubuh badan isterinya tu. Harumnya...


Yana mengeliat kecil apabila mulut manis encik suaminya tu sudah merayap ke tempat lain. Ish! Laki aku ni... Tak mengagak tau. "Abang, janganlah. Nanti bibik nampak lah..." rayunya sambil cuba menolak tubuh sasa milik encik suaminya tu.


"Bibik ada dekat dapurlah, sayang. Takkan nampaknya." Jawab Imran.


Yana sudah mengetap bibir. Otaknya ligat berfikir macam mana cara mahu melepaskan diri daripada cengkaman penyamun miang ni? Hmm... "Abanggg..." panggilnya.


"Iya sayangku." Sahut Imran dengan penuh bergelora.


"Bibik datanglah, bang." beritahu Yana sambil meronta minta dilepaskan.


Imran merengus kecil. Dia menoleh ke sisi kiri dan kanan mencari bayangan pembantu rumahnya tu.


Yana yang melihat encik suaminya sedikit leka, terus dia menolak tubuh sasa encik suaminya dengan kuat sehingga dia berjaya melepaskan diri. Tak payah tunggu lama, dia terus melarikan diri ke tingkat atas.


Imran terkejut dan apabila dia tersedar akan taktik si isteri, dia segera mengejar langkah si isterinya tu. Bertuah punya bini... Dia klentong kita yea. Bibik datang konon. Eeeiii...


Berdesup Yana lari menuju ke kamar tidurnya. Sebelum encik suaminya sampai, dia cepat-cepat menutup pintu kamar mereka tu. Siap kunci lagi. Fuh! Lega...


"Sayang, bukalah pintu ni." Suruh Imran sambil mengetuk pintu kamarnya tu.


"No!"


"Sayanggg..." panggil Imran dengan nada meleret.


"No! Nanti abang terkam." Jawab Yana sambil bersandar di belakang pintu.


"Macamlah sayang tak suka kena terkam kan?" Imran sengaja ingin mengusik si isteri.


"Abang ni kan. Ish! Dahlah. Yana nak pergi mandi dulu. Abang tunggulah dekat bawah tu. Nanti Yana datang tau." Suruhnya.


"Iyalah. Sayang pergilah mandi cepat. Lepas tu pakai lawa-lawa tau." Suruh Imran pulak.


Dahi Yana sudah berkerut seribu. "Kenapa pulak?"


"Abang nak bawak sayang jalan-jalan hari ni. Dah-dah. Pergi mandi cepat. Abang tunggu sayang dekat bawah."


"Okay."


Imran segera berlalu pergi dengan senyuman yang tak lekang terukir di bibirnya tu.


Jari jemari Ema ligat mencari nombor telefon budak-budak lain dalam list contact-nya. Satu-satu nombor di dailnya. Ada yang berjawab dan ada jugak yang tak berjawab panggilannya. Ish! Yang tak berjawab tu, dia terpaksa whatsApp.


Hoi! Tak datang kerja ke? Bos dah menanti ni 😝


SEND.

Pandai-pandailah dia orang fikir kan.  Kalau berterus terang kang, takut terkantoi pulak. Haish! Setelah selesai kerjanya, dia terus beredar pergi. Mereka kena berkumpul hari ni jugak. Kalau rasa nak kena marah dengan bos, silalah tak datang yea...


30 minit kemudian...


"Kita nak pergi mana ni bang?" Tanya Yana sekadar ingin tahu.


"Jalan-jalanlah sayang." Jawab Imran bersahaja.


"Iyalah. Ke mana? Mall? Tasik? Taman permainan?" Yana tertawa kecil di hujung ayatnya tu.


"Taman permainan pun okay jugak. Boleh kita main papan jongket sayang." Imran melayankan aje.


Yana melirik ke arah orang sebelah. "Kita lepak kat tasik nak tak bang?" Ajaknya. Lagipun, dah lama dia tak pergi ke situ. Rindulah pulak.


"Nak mengamit kenangan masa bercinta ke sayang?" Usik Imran.


Pantas Yana mencubit lengan encik suami. Ada jer idea nak mengusik kita ni kan. Eeiii, geramnya...


"Auwwww... Sakitlah, yang." Imran mengaduh sambil menggosok lengannya tu.


"Padan muka." Yana menjelir.


Imran geram. "Nak kena sayang ni tau."


Yana buat dengar tak dengar saja. "Kita ke tasik yea?" Ajaknya lagi.


"Iyalah tapi sekarang ni kita pergi cari makan dulu. Abang laparlah,  yang." Ngadu Imran sambil buat muka kasihan.


Aik? Bukan tadi cakap dah kenyang gara-gara sarapan malam tadi? Lah ni, baru terasa lapar balik. Ish! Laki aku ni... Monolog Yana.


"Apa? Sayang cakap apa tadi? Abang tak dengar?" Tanya Imran yang seakan mendengarkan sesuatu.


Yana tergamam. "Eh! Mana ada cakap apa-apa abang oii... Cepatlah. Tadi kata lapar, kan?" Dalihnya.


Imran tersenyum. "Kita pergi makan. Lepas tu pergi mall sekejap and then baru pergi tasik, okay?"


Yana mengangguk.


"Bos, aku tengah follow kereta dia orang ni." Beritahu Malik dengan matanya yang masih tajam merenung kereta di hadapannya ni.


"Bagus. Aku nak kau follow dia orang tu. Jangan sampai kantoi. Faham?" Tiger sudah mengeluarkan arahan.


"Faham, bos." Talian segera diputuskan.


Tiger tersenyum sinis sebelum mendail nombor budaknya yang lain. Tak sampai beberapa saat, panggilannya berjawab. "Macam mana?" Tanyanya.


"Dekat sini clear, bos. Aku tengah tunggu masa jer ni." Jawab Taha sambil tersenyum sinis.


"Bagus. Kau nampak jer, terus kau buat apa yang kita dah rancangkan. Jangan lepaskan peluang singkat ni. Aku nak Yana merana. Kau faham tak ni?" Kata Tiger penuh tegas.


"Faham, bos." Jawab Taha sebwlum memutuskan talian.


"Bos kata apa?" Tanya Jeff ingin tahu.


"Bos nak kita selesaikan hari ni jugak. Ikut plan aku tadi. Jangan sampai orang syak. Tu jer." Beritahunya sambil matanya melirik ke arah bangunan di hadapannya ni.


Jeff menganggukan kepala tanda mengerti akan tugasnya itu.


Budak-budak Yana sudah berkumpul di tempat biasa. Ada di antara mereka terpaksa meninggalkan anak dengan keluarga masing-masing. Nak  tak nak, mereka kena berlatih jugak untuk menghadapi budak-budak Tiger kelak.


Mona, Nani, Ai Lin, Lashmi dan Lynn satu kumpulan. Mereka sedang berlatih menumbuk tepat ke sasaran. Punching bag yang menjadi mangsa keadaan. Practice be perfect. Mereka berlatih bergilir-gilir. Kalau ada langkah yang salah, mereka akan saling menegur dan saling memperbetulkan manakala Lisa, Thia, Ema, Rita dan Sherry adalah satu kumpulan. Mereka beradu domba di dalam gelanggang untuk melihat sejauh mana perhatian mereka terhadap perlawanan. Kalau ada yang silap, mereka akan segera perbetulkan.


Mereka berlatih tanpa menghiraukan cuaca yang semakin panas. Mereka juga sudah bertekad untuk hapuskan kumpulan Tiger yang berlagak hebat tu. Jangan ingat mereka ni perempuan, mereka ni lemah. Memang silap besarlah... Ini perempuan bukan sebarang perempuan, kalau dah kena baru tahu erti penyesalan. Huh! Jangan berani cabar kemampuan mereka ni.


"Sayang pilihlah." Suruh Imran sambil memeluk bahu isteri tercinta.


Yana terkejut. "Serius? Tapi Yana tak naklah, bang. Mahal sangat ni." Tolaknya.


"Alaa, abang dah berniat nak belikan tuk sayang. Sayang pilih jer lah. Nak cincin ke? Rantai ke? Gelang ke? Sayang pilihlah. Abang tukang bayar jer..."


Yana terharu. Tak sangka pulak yang encik suaminya ni sudah berniat begitu. Aduh! Sakit mata tengok sinaran emas yang berkilauan di hadapan matanya ni. Rambang mata dia dibuatnya. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Lagipun, dia bukannya berminat sangat dengan emas-emas ni tapi dah encik suami nak belikan. Dia terima jer lah dengan senang hati.


Sedang Yana menilik cincin, tiba-tiba encik suami memanggilnya. Yana menoleh dan dia melihat encik suami sedang memegang seutus gelang tangan.


"Yang, gelang ni cantik kan?" Tanya Imran sambil menunjukkan gelang yang dipegangnya tu.


Yana menghampiri encik suami dan gelang tersebut sudah pun beralih tangan. Dia menilik gelang tu bagai tak mahu. "Cantiknya, bang tapi mahal sangat ni. Yana tak nak lah." Tolaknya.


Dahi Imran berkerut tapi hanya sebentar sahaja. Senyuman manis terukir di bibirnya tu. "Untuk isteri tercinta abang, apa salahnya kan? Betul tak?" Dengan penuh selamba dia terus mengucup dahi si isteri.


Yana terkedu. Ish! Laki aku ni... Dekat sini pun sempat nak tunjuk romantisnya tu. Eeeiii, malunya... Dia semakin malu apabila terperasankan pekerja kedai emas tu sudah tersenyum simpul disebalik cermin yang memisahkan mereka ni.


"Abang belikan sayang yang ni yea." Imran seakan meminta izin pulak.


"Iyalah. Yang keluar duit abang, kan?"  Jawab Yana bersahaja.


"Tahu tak apa." Balas Imran sambil tergelak kecil.


Pembayaran segera dilakukan. Yana hanya mampu mengelengkan kepala sahaja. Orang nak belanja, kita terima saja lah. Tak baik menolak pemberian encik suami, kan.


Selesai sahaja urusan di kedai emas, mereka segera beredar pergi. Tiba-tiba telefon bimbit encik suami berbunyi.


"Jawablah. Mungkin budak office abang call ke, kan?" Suruh Yana.


Mereka berhenti melangkah. Imran merengus kecil. Tak bolehlah aku ni nak cuti satu hari, kan. Ada jer yang nak mengacau. Telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya dan panggilan tu serta-merta mati tanpa sempat dijawab. Baru dia nak simpan telefon, bunyi whatsApp masuk kedengaran pulak. Haish! Dia melihat nama si penghantar di skrin. Cik Katy???


"Siapa hantar whatsApp tu? Bacalah. Kut ada hal penting ke kan?" Suruh Yana tanpa mengesyaki sesuatu.


"Malaslah. Bukan ada hal penting pun." Imran jawab acuh tak acuh sahaja.


"Mana abang tahu? Baca jer lah." Gesa Yana lagi.


"Malaslah, sayang. Si Katy yang whatsApp. Bukan penting pun. Huh!" Rengus Imran sambil ingin menyimpan kembali telefonnya tu.


Terbeliak mata Yana mendengarkan nama Katy tu. Grrr... Apa lagi yang dia nak ni? Bukan aku dah suruh dia jauhkan diri daripada laki aku ke? Memang nak mati minah ni tau. Huh! "Baca jer lah. Dia nak apa?" Gesanya dengan reaksi bersahaja walaupun hatinya sudah panas mendidih.


Imran menoleh ke arah si isteri. Apabila melihat anggukkan si isteri, barulah dia membuka pesanan tersebut.


Cik Katy

I ada benda nak bagitahu you ni. Pasal your wife. You kena tahu apa yang wife you dah buat dekat I pada malam tu. Jumpa I sekarang jugak. Kalau tak, I akan report polis dan wife you akan dikenakan tindakan. Ini Katylah. Apa yang I cakap, I akan buat tau. Jangan nak main-main dengan I. I dah hantar location dekat you. So, datang sini cepat. I tunggu...


Berkerut dahi Imran membacanya. Dia menyerahkan telefon bimbitnya tu kepada si isteri yang duk tertinjau-tinjau nak baca pesanan yang dihantar tu.


Terbeliak biji mata Yana dibuatnya. Tak guna punya perempuan. Kau carik pasal dengan aku yea. Tunggu nasib kau nanti. Huh! Marahnya sekadar di dalam hati sahaja. Telefon bimbit encik suami dikembalikan. "Jom. Kita jumpa dia sekarang jugak." Ajaknya dengan raut wajah serius.


"Sayang..." panggil Imran, lembut.


"Dont worry. Sayang okay jer cuma nak jugak tahu apa yang si gedik tu nak bagitahu abang kan." Kata Yana dengan sedaya upaya mengawal emosinya.


"Serius?" Tanya Imran, inginkan kepastian.


Yana menganggukan kepalanya.


"Tapi, adik macam mana? Dah pukul berapa ni? Siapa nak ambil adik nanti?" Tanya Imran lagi.


Ha'ah! Siapa pulak nak ambil anak bongsunya tu nanti? Otaknya ligat mencari jalan penyelesaian. Si gedik tu nak jumpa tak mengagak. Jauh pulak location yang dia duk share tu. Huh! Akhirnya, dia terpaksa meminta tolong dengan budak-budaknya. Tak berlengah lagi, dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor telefon Nani di dailnya.


"Assalamualaikum, kak." Sapa Nani di hujung talian.


Yana menyahut salam yang diberikan. Tanpa banyak bicara, dia segera meminta tolong kepada Nani agar mengambil anak bongsunya di tadika kerana dia ada emergancy case yang tak dapat dielakkan.


Nani menurut perintah. Talian segera diputuskan dan Nani menunggu whatsApp daripada bosnya tu.


Tuttt Tuttt

WhatsApp masuk.


Nani buka whatsApp tersebut dan gambar anak bongsu bosnya tu dilihat dengan senyuman manis terukir di bibir. "Comelnya..." puji mereka yang turut berada di situ.


"Aku gerak dulu. Kak Yana suruh aku ambil anaknya ni kat sekolah. Kau orang sambung berlatih dulu yea." Nani terus beredar pergi. Dia kena cepat sebab dah tiba masa budak-budak balik sekolah ni.


Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.