Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 5

Masing-masing diam membisu. Tak seorang pun yang berani bersuara. Inilah yang mereka harus hadapi apabila kalah dalam pertarungan. Apa boleh buat? Nasib badan...


"Bodoh. Harap badan jer besar. Dengan budak Yana yang kecik tu pun boleh kalah. Huh!" Rozy merengus kasar. Mukanya merah padam menahan amarah.


"Mereka kuat, bos..." jawab Ram, perlahan.


Terbeliak mata Rozy memandang Ram yang berani menjawab tu.


Gulp! Telan air liur Ram ketika itu. Dia kembali menundukan kepalanya. Tak berani nak bertentang mata dengan bosnya itu.


"Kau orang ni memang bodohlah..." marah Rozy sambil tangannya laju menempeleng kepala budak-budaknya itu.


Adib, Bad, Fad dan Ram terpaksa menerimanya. Sakit tak sakit, belakang kira. Nak melawan, mereka tak berani. Kang tak pasal-pasal ada yang mati katak nanti. Maka, terimalah tempeleng itu seadanya.


"Dahlah. Aku malas nak tengok muka kau orang lagi. Pergi. Berambus kau orang dari sini." Rozy menghalau budak-budaknya.


"Bos, janganlah halau kami." Adib merayu.


Rozy merenung tajam budak-budaknya itu.


"Kalau aku tak halau, kau orang nak berkampung kat rumah aku ni sampai ke pagi ke apa? Banyak cantik. Dah-dah. Aku malas nak layan orang bodoh macam kau orang ni. Dengan budak kecik pun boleh kalah. Memalukan." Herdik Rozy lagi.


Terkebil-kebil mereka dibuatnya.


"Apa tunggu lagi? Berambuslah. Ke nak kena pelangkung dulu baru nak berambus." Marah Rozy sambil mengangkat tangan kanannya.


Budak-budaknya kalut melarikan diri. "Bodoh." Rozy merasa geram sangat. Tak guna betullah. Ada budak badan sebesar alam pun tak berguna juga. Tetap kalah dengan budak-budak Yana yang kecik tu. Huh! Dia merengus kasar. Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa sambil tangan mendongkat dagu. Otaknya ligat berfikir. Macam mana nak kalahkan budak-budak Yana ni?


"Geramnya aku..." Sakit hati Fad apabila kena tempeleng dengan bos tadi.


"Tu lah. Aku pun geram juga ni. Tak pasal-pasal kita kena marah dengan bos. Ini semua gara-gara budak Yana tu. Huh!" Marah Bad sambil mengepal penumbuknya.


Salah sendiri, orang lain jadi mangsa. Kalau rasa diri tu tak kuat, tak payahlah berangan nak jadi budak gangster. Bawak badan pun tak larat. Ni kan pulak nak berlawan. Ish ish ish...


Mereka berempat menemukan kata sepakat iaitu mereka akan lawan budak-budak Yana tu balik. Dan mereka akan pastikan kemenangan itu akan menjadi milik mereka juga nanti. Kau orang tunggu aja lah...


Mereka berempat segera beredar pergi meninggalkan kawasan halaman rumah bos mereka ni. Masing-masing pulang dengan perasaan amarah yang teramat mendalam terhadap budak-budak Yana tu.


"Assalamualaikum." Salam diberikan.


"Waalaikumusalam." Sahut tuan rumah.


Daun pintu di buka dari dalam. Raut wajah emaknya kelihatan di sebalik pintu.


"Hah! Baru ingat nak balik rumah ke? Ingatkan dah lupa jalan balik ke sini tadi." Sindir Mak Leha, sambil mencekak pinggang.


Thia melangkah masuk. Tangan emaknya di cium penuh hormat. Kemudian, pipi gebu emaknya dikucup pula sebelum dia beredar ke kamar tidurnya. Badannya dah tak larat. Kedua belah matanya ni hanya nampak tilam aja. Nak rehat. Nak tidur. Itu jer lah yang dia tahu. Sindiran emaknya itu bagaikan angin lalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


"Bertuah punya budak. Dia buat tak endah jer dengan kita ni. Ish!" Bebel Mak Leha sambil menutup kembali pintu.


Sampai sahaja di kamar, dia terus menghempaskan tubuh kecilnya itu ke atas tilamnya yang empuk. Ha... bestnya. Hilang segala penat badannya ni. Dah dapat tilam, apa lagi kan... Jomlah tidur.


Baru dia nak memejamkan mata, emak tersayang dah muncul di sebalik pintu kamarnya.


"Baguslah tu. Balik-balik jer terus nak tidur. Ish, kamu ni Thia. Badan tu dah berlengus. Bau pun dah masam. Pergilah mandi dulu. Bersihkan badan tu. Lepas tu, pergi makan. Emak tengok badan kamu tu dah makin kering. Macam tak cukup makan aja." Mak Leha membebel lagi.


Thia duduk bersila di atas katil. Dia memandang emaknya sambil tersenyum.


"Yang kamu duk tersenyum tu dah kenapa?" Tanya Mak Leha dengan dahi yang berkerut.


"Makin mak membebel, makin comel pulak Thia tengoknya..." puji Thia sambil tersenyum manis.


"Mak memang comel pun. Baru tahu ke?"


Terhambur tawa Thia apabila mendengarnya. Hilang terus segala rasa lelahnya itu. Inilah pengobat jantung hatinya.


"Dah-dah. Tak elok gelak banyak sangat. Nanti orang cop anak mak ni penghuni hospital tanjung rambutan pulak." Usik Mak Leha sambil tersenyum simpul.


Makin galak Thia ketawa. Dia mendekati emaknya lalu tubuh gebu emaknya itu dirangkul dengan erat. Rindunya...


"Ish, budak ni... Kalau nak peluk, buat-buatlah pergi mandi dulu. Ini tidak. Tak pasal-pasal melekat bau masamnya dekat kita ni, hah." Bebelnya lagi sekadar nak mengusik.


"Iyalah-iyalah. Thia nak pergi mandilah ni." Akhirnya, dia akur juga. Tuala yang tersangkut di ambil lalu dia keluar dari biliknya menuju ke dapur kerana bilik air berdekatan di situ.


Mak Leha mengelengkan kepala melihat ragam anak daranya itu, sebelum dia beredar ke kamarnya untuk beradu.


Tukk Tukkk...

Tukk Tukkk...


"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."


Pintu di buka.


Lisa tersenyum sambil membuat PEACE.


"Comel sangatlah buat macam tu, tu?" Omel kakaknya.


"Ofcauselah comel kak. Adik akaklah katakan." Balas Lisa bersahaja. Dia sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah.


Pintu yang terbuka kembali ditutup oleh Dahlia iaitu kakaknya. Mereka hanya tinggal berdua selepas emak dan ayahnya pergi menghadap Illahi.


"Lisa dari mana ni? Baru sekarang nak balik?" Soal Dahlia, ingin tahu.


"Dari sana terus ke sini, kak. Jumpa kawan tadi." Jawabnya sambil tersenyum walaupun badannya masih sakit-sakit.


"Hari-hari jumpa kawan. Tak muak ke kawan tu asyik jumpa Lisa jer. Macam tak ada kawan lain pulak." Sindir Dahlia sengaja nak mengusik.


"Dia orang tak muak pun tengok Lisa ni. Akak tu jer yang muak tengok Lisa kan?" Balasnya, bersahaja. Ingin menguji kakaknya itu.


Dahlia terkedu.


"Kalau akak muak tengok Lisa, dah lama akak muntah hijau tau..."


"Ceh!"


Mereka sama-sama menghamburkan gelak tawanya. 


"Okaylah, kak. Lisa nak mandi dulu."


"Pergilah mandi. Bau masam tu dah menyucuk-nyucuk hidung akak ni tau. Lepas dah mandi, pergi makan sana. Akak ada masakkan lauk kegemaran Lisa tu."


"Wah! Yeke?" Lisa mulai teruja.


Dahlia mengangguk tanda mengiyakan.


Lisa gembira sangat. Dia pantas memeluk tubuh kecil kakaknya itu. Kemudian, pipi kanan kakaknya itu dikucup bertalu-talu. Naik rimas Dahlia dibuatnya.


"Hoi! Akak ni bukan teddy bearlah." Omel Dahlia sambil cuba melepaskan diri.


Lisa ketawa kecil.


"Akaklah teddy bear Lisa yang tersayang. MUAH." ucapnya sambil memberikan kucupan yang terakhir kat pipi kakaknya itu sebelum dia beredar pergi ke kamar.


Lidah Dahlia kelu tak terkata. Kepalanya digelengkan perlahan. Bertuah punya budak. Ada ke patut kita ni dikatanya teddy bear. Ish! Dia kembali ke ruang tamu. Televisyen yang masih menyala itu di tonton penuh minat. Sekejap lagi drama kesukaannya akan bermula.


Kunci pendua miliknya di ambil balik apabila pintu sudah pun terbuka. Rita melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Kemudiannya, dia kembali menutup pintu dengan perlahan agar tiada sebarang bunyi yang bisa menganggu ibu dan ayahnya yang sedang lena di ulit mimpi tu.


Apabila pintu sudah di tutup dan di kunci, Rita mulai mengatur langkah menuju ke kamarnya. Dengan suasana gelap gelita itu, amat menyukarkan pergerakkannya. Silap sikit kang, mahu dia jatuh terlentang nanti. Ish! Kenapalah kamar tidurku terletak kat tingkat atas? Kan dah susah. Kena naik tangga lagi. Huh! Omelnya sendirian dengan nada yang perlahan.


Berhati-hati dia berjalan. Apabila kakinya ingin memijak anak tangga yang pertama, lampu terus menyala dan menyinari rumahnya. Hah! Sudah... Air liur di teguk dengan payahnya.


"Baru balik?" Tegur Encik Mustafa dari arah belakang.


Lemah semangat Rita dibuatnya. Dengan perlahan dia menoleh ke belakang. Riak muka ayahnya yang serius itu terpamer di ruangan mata. Untuk sekian kalinya dia menelan air liur.


"Ayah tanya ni, baru balik ke?" Encik Mustafa mengulangi soalannya.


Rita hanya menganggukan kepala tanda mengiyakan. Nak bersuara tapi suaranya macam tak mahu keluar pulak. Sebab takut punya pasal. Dia menunduk memandang lantai. Tak berani nak bertentang mata dengan ayahnya itu.


"Rita pergi mana? Dah malam baru nak balik." Tanya Encik Mustafa lagi.


Rita hanya diam membisu tetapi otaknya ligat mencari alasan yang sesuai.


Encik Mustafa sabar menunggu. Matanya tajam merenung anak daranya itu.


Setapak. Dua tapak. Dia cuba mendekati ayahnya. Hatinya dilanda resah dan gelisah. Jari-jemarinya menguis satu sama lain. Tiba-tiba matanya terpandangkan kesan lebam di pergelangan tangan kirinya itu, akibat pergelutan dengan budak-budak Yana tadi. Erk? Yeke? Bukan semalam aku terlanggar bucu meja solek ke? Ish! Lantaklah... Di situ, akalnya mulai menemukan alasan yang sesuai.


"Rita..." panggil Encik Mustafa perlahan tapi penuh dengan nada tegas.


"Yah, sebenarnya Rita axcident tadi? Orang langgar." Bohong Rita.


Encik Mustafa terkejut.


"Jangan tipu ayah, Rita." Encik Mustafa tidak mahu mempercayai bulat-bulat akan apa yang diperkatakan oleh anak daranya itu.


"Benda macam ni, takkan Rita nak tipu, yah. Kalau ayah tak caya, ayah tengok ni..." Kesan lebam di pergelangan tangan kirinya ditunjukkan kepada ayahnya itu.


Encik Mustafa menilik kesan lebam tersebut. Dia mulai mempercayai akan kata-kata anaknya itu.


"Nasib baik kawan Rita ada time tu, yah. Dia yang papah Rita ke tepi sebab Rita dah menggigil sangat. Nak berjalan pun dah tak larat. Tu yang Rita duduk rileks dulu. Tenangkan diri. Dah OK, baru Rita balik." Bersungguh-sungguh dia bercerita.


"Kenapa Rita tak telefon ayah? Boleh ayah ambil Rita kat sana. Orang yang langgar Rita tu, macam mana pula?" Tanya Encik Mustafa, ingin tahu.


"Orang tu dah lari, yah. Biarlah dia. Lagipun, Rita OK jer. Tak adalah teruk mana pun, cuma lebam sikit jer." Katanya, bersahaja.


Encik Mustafa merengus kecil. Nasib baik lebam sikit. Kalau teruk tadi, dia sendiri yang akan cari perlakunya sampai jumpa. Huh! Kesiannya anak dara aku seorang ni... "Rita pergilah naik atas. Bawa-bawa berehat..." suruh Encik Mustafa.


Yes! Selamat juga aku. Maaflah, yah. Rita terpaksa berbohong. Rita tak nak ayah tahu yang anak ayah ni... Hmm! Rita tak buat benda jahat tapi Rita hanya tolong orang, yah. Rita... Rita... Rita... Hmm!


"Apa tunggu lagi ni? Pergilah naik atas. Rehat." Suruh Encik Mustafa, lagi.


Kaget. Boleh pula dia duk termenung sekejap.


"Rita naik dulu. Selamat malam, yah." Ucap Rita, perlahan.


Encik Mustafa mengangguk. Dia kembali menutup lampu apabila bayangan anaknya sudah tiada di hadapan mata. Dia meniti anak tangga dengan perlahan untuk menuju ke kamarnya yang berada di tingkat atas.


Tukk Tukkk...

Tukk Tukkk...


"Assalamualaikum. Mak ooh Mak." Tiaknya sambil tangannya ligat mengetuk pintu.


"Waalaikumusalam. Sekejap..." jerit Mak Jah sambil berlari anak menuju ke arah pintu. Kain batik di pegang erat, gara-gara takut terlucut pulak nanti. Bertuah betullah anak aku ni. Macam nak pecah pintu tu diketuknya bagai tak mahu. Ish!


Apabila pintu sudah pun terbuka, Sherry bergegas meloloskan diri ke dalam rumah.


"Hah! Baru nak balik..." sergah Mak Jah.


Sherry hanya diam membisu.


"Okaylah, mak. Saya nak masuk bilik dulu. Nak tidur. Penat sangat." Kata Sherry sambil berlalu pergi.


Mak Jah hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja. Anaknya yang sulung ni memang begitu peelnya. Kalau dah penat sangat, memang macam tu. Sabar aja lah...

Pintu yang sudah di tutup, dikuncikan supaya tiada kecurian berlaku. Mak Jah mengatur langkah ke kamarnya dengan perlahan. Matanya sudah ngantuk. Tak larat nak berjaga lagi daa...


Yana terkebil-kebil memandang kipas yang sedang berpusing tu. Suaminya yang berada di sisi, sudah lena di ulit mimpi yang indah. Mungkin suaminya terlalu penat dengan kerjanya yang berlambak dekat office tadi. Wajah tulus suaminya di pandang sayang. Tengok suaminya tidur, macam tengok anaknya yang bongsu pulak. Mana taknya,wajah anak bongsunya itu lebih banyak ikut wajah suaminya. Tiada langsung iras-irasnya.


"I love you, abang..." ucap Yana, separuh berbisik. Pipi mulus suaminya diusap.


Imran mengeliat sedikit apabila terasa ada sesuatu yang merayap di pipinya. Yana pula sudah tersenyum manis. Apabila bayangan Rozy terlayar di minda, berubah terus wajah Yana. Hilang terus senyuman yang terukir di bibirnya itu.


Dia tersangat yakin bahawa Rozy akan datang mencarinya untuk membalas dendam. Dendam yang tak pernah habis... Yana tak tahu nak kata apa. Dia tak kacau pun hidup Rozy tu tapi si Rozy tu yang tak makan saman. Asyik nak mengacau hidupnya aja. Sikit-sikit duk hantar budak-budaknya buat kacau kat tempatnya. Tak senanglah nak tengok ku senangkan. Huh! Merengus kecil Yana dibuatnya.


Tutt Tuttt...

Bunyi whatsapp masuk.


Telefon bimbitnya yang berada di atas meja sisinya di ambil. Ish! Siapalah yang hantar whatsaap tengah-tengah malam ni? Kacau betullah...


Butang aplikasi whatsapp di tekan.


Dahinya berkerut melihat skrin yang memaparkan nombor telefon yang tidak dikenalinya itu. Jari-jemarinya ligat menekan nombor tersebut untuk membaca pesanan yang telah dihantarkan kepadanya ni.


Nombor tak dikenali

Hey, perempuan. Kau tak payah nak berlagak sangatlah. Boleh blah der..


Amboi, bahasa...

Yana dah tayang muka bengang. Siapa dia ni? Tetiba jer whatsapp aku, apa hal? Jari-jemarinya ligat bermenari di atas lantai keypad.


Mrs Yana

Hey! Siapa kau?


Send. Handphone itu masih di tangannya. Dia menunggu orang di sana balas whatsappnya.


Nombor tak dikenali is typing...


Yana menanti penuh sabar.


Tutt Tuttt...


Cepat-cepat Yana membuka whatsappnya. Nombor tersebut di tekan sekali lagi.


Nombor tak dikenali

Aku adalah aku. Ha ha ha...


Huh! Yana merengus kasar. Tak guna betullah. Otaknya ligat berfikir sambil matanya merenung tajam ke arah skrin telefon bimbitnya. Cara tenungannya tu macam dapat menembusi skrin tersebut dan dengan mudahnya dapat tahu siapakah insan yang berada disebalik nombor itu.


Tutt Tuttt...

Yana tersentak sekejap. Dia baca whatsapp yang seterusnya.


Nombor tak dikenali

Bodoh. Takkan kau tak kenal aku. Ha ha ha... Dasar perempuan bodoh.


Bingkas Yana bangun daripada pembaringannya. Tak guna betul kau ni. Kau main kasar dengan aku, kan. Kau ingat aku takut. Siap kau...

Jari-jemarinya ligat menekan nombor tersebut lalu telefon bimbitnya dilekapkan ke cuping telinganya.


Hah! Berdering sudaa...

Lama juga dia tunggu panggilannya berjawab. Aik? Takkan takut. Jawablah...


"Nombor yang anda dial..."


Ceh! Tak nak jawab pulak. Takut ler tu...


Tutt Tuttt...


Pantas dia buka whatsappnya. Yana tersenyum sinis. Aku call, kau tak nak jawab. Lepas tu, terhegeh-hegeh duk whatsapp aku. Ini macam pun ada ka? Dasar pengecut...


Nombor tak dikenali

Kenapa? Marah? Takutnya...

Ha ha ha...


Fuh! Mendidih darah Yana ketika itu. Jari-jemarinya bermenari di lantai keypad.


Mrs Yana

Cakap banyak tak gunalah, bodoh. Kalau berani, jumpa aku esok. Tak mainlah whatsapp-whatsapp ni. Macam budak-budak baru nak UP jer der... Hahaha

Esok pukul 9.00 pagi, dekat pot biasa. Aku yakin kau tahu dekat mana. Jangan lambat kalau tak nak kena cop PENGECUT. Ok! Bye.


Send.

Baru puas hati Yana. Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Rozy..." Nama tu terpacul keluar daripada mulutnya. Nama tu juga yang bermain di fikirannya. Aku nak tengok kau berani ke tak datang esok. Aku yakin itu kau Rozy. Kau nak main-main dengan aku, ya. Tunggu dan lihat aja nanti...


Tutt Tuttt...


Yana buka whatsapp.


Nombor tak dikenali

Ok. Jumpa esok.

Aku tak takut dengan kaulah, perempuan.

Jangan ingat kau tu hebat sangat.

Aku akan pastikan kau melutut depan aku. Ha ha ha


Yana mengelengkan kepala. Telefon bimbitnya diletakkan kembali ke tempat asal. Malas dia nak layan orang macam ni. Budak-budak kau dah kalah, sudahlah. Tak payah nak panjangkan cerita. Ini tak, sibuk duk whatsapp kita tengah-tengah malam semata-mata nak lepaskan rasa tak puas hatinya tu. Ish! Hampeh... Dia kembali baring di sisi suami yang tercinta. Tidur lagi bagus daripada kalut fikirkan orang lain. Tunggu jer lah esok. Siap sedialah, Rozy oii...


Dalam sekelip mata, dia sudah pun terlena di ulit mimpi.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.