Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 9

Joe cuba mendekati Nani tetapi selangkah dia mara, selangkah juga Nani berundur ke belakang manakala Lynn memerhatikan Zack yang duk terconggok di belakangnya ni. Huh!


"Sayang..." panggil Joe dengan senyuman miangnya itu.


Meluat pulak Nani dengan mamat slenge ni. Dah ler penampilan tu serabai sangat. Ada hati nak bersayang dengan aku. Menyampahnya...


Apabila ada peluang, Joe cuba memegang tangan Nani tetapi ditepis dengan kasar. Fuh! Ganas. I likeee...


Lynn memberikan renungan maut kepada Zack yang masih setia di belakangnya. Dia harus berjaga-jaga ketika ini.


"Blahlah weii..." suruh Nani, kasar.


Joe dan Zack menghamburkan tawa sinis.


Lynn dan Nani mulai merasa bengang.


Nani menoleh ke arah Lynn yang berada di belakangnya. Dia menghantarkan bahasa isyarat melalui mata. Lynn yang memahami akan isyarat tersebut segera menganggukan kepala.


Joe dan Zack masih menghamburkan tawanya yang menyakitkan hati tu manakala Lynn dan Nani pulak mulai mengambil kesempatan itu dengan melayangkan satu tendangan padu di bahagian perut mereka.


Mati terus gelak tawanya. Kan dah mendapat. Gelak banyak tak guna juga. Lain kali bertindak dulu sebelum nak gelakkan orang kan.


Kali ni, Joe dan Zack pulak yang bengang. Senak perut mereka dibuatnya. Tak guna punya perempuan. Harap muka jer comel tapi ganas yang amat. Huh! 


"Sakit perut ke bang?" Sindir Nani sambil tersenyum sinis manakala Lynn cuba menahan tawanya agar tidak meletus gara-gara melihat reaksi mereka yang tengah menahan sakit tu. PADAN MUKA!!!


"Tak guna kau." Marah Joe dengan riak bengis. Dia segera ingin menyerang. Nani pulak sudah bersiap sedia. Tumbukan padu ingin diberikan tepat di bahagian muka Nani tapi tangannya pantas di pegang oleh seseorang.


"Bro, takkan nak pukul perempuan kut." Kata lelaki yang baru muncul itu dengan suara penuh gentleman.


Joe terkejut. Begitu juga dengan Zack. 


Lynn dan Nani sudah tersenyum simpul. Alhamdulillah. Ada jugak insan yang sudi membantu mereka daripada terus di ganggu oleh mamat-mamat slenge ni.


"Kau jangan masuk campur. Ni urusan aku dengan dia." Jerkah Joe, kasar. Dirinya telah dikuasai amarah yang membara.


"Urusan dia urusan aku jugak, bro." Balas lelaki itu dengan raut wajah yang tenang. Tangan Joe yang dipegang sedari tadi segera dilepaskan.


Joe bengang.


"Pi mampuslah kau punya urusan." Marah Joe, kasar. Dia cuba melampiaskan amarahnya kepada lelaki tersebut. Penumbuknya dihayunkan kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu sungguh cekap mengelak.


"Aku tak ada masalah dengan kau. Jadi, lebih baik kau pergi dari sini." Arah lelaki itu, tegas.


Zack mendekati kawannya yang sedang bertegang urat dengan lelaki yang tidak dikenali ini.


Lynn dan Nani hanya menjadi sang pemerhati sahaja.


"Kasi habis dia, bro." Kata Zack sambil tersenyum sinis.


Lelaki itu berundur setapak dua tapak ke belakang. Dia semakin menghampiri Lynn dan Nani. Dia mendepakan tangannya untuk melindungi wanita tersebut daripada di ganggu oleh mamat-mamat slenge tu.


Joe dan Zack datang mendekati.


"Jangan kau berani sentuh mereka." Lelaki itu memberi amaran keras kepada budak-budak Rozy.


"Ada aku kesah?" Jawab mereka serentak dengan diiringi gelak sinis.


Lelaki itu merengus kecil. Nampak gayanya mereka ni jenis tak makan saman. Dia mulai bersiap siaga.


"Awak berdua berdiri belakang saya. Jangan pergi mana-mana." Ujar lelaki itu, perlahan. Matanya masih tertumpu ke arah mamat-mamat slenge tersebut.


Lynn dan Nani saling berpandangan.


"Hati-hati." Pesan Nani dan Lynn serentak.


Joe dan Zack berhenti melangkah tidak jauh daripada lelaki itu. Mereka saling bertatapan. Tanpa berlengah lagi, Joe berlari sambil menghayunkan penumbuknya. Lelaki itu tangkas mengelak. Lynn dan Nani yang berdiri di belakangnya turut berjaya mengelakkan dirinya. Mereka segera menjauhi gelanggang pertarungan.


Kali ini, Zack pulak datang menyerang dari sisi kiri. Dia cuba menendang di bahagian belikat kaki lelaki itu tetapi lelaki itu masih tangkas mengelak manakala Joe pulak cuba menyerang hendap.


Lynn dan Nani kaget melihatnya.


"Hoi!!!" Jerit Nani, kuat.


Joe, Zack dan lelaki itu terkejut lalu mereka serentak memandang ke arah mereka.


Dengan pantas Nani membalingkan sebiji tomato yang di belinya tadi tepat ke arah Joe.


"Aduh!" Joe mengaduh kerana tidak sempat nak mengelakkan diri.


Lelaki itu memandang ke arah Joe yang sedang memegang kepalanya yang terkena balingan tersebut. Dikesempatan itu dia segera menghayunkan penumbuk sulungnya tepat di bahagian perut Joe. Apa lagi? Meraunglah dia sebab tak dapat nak mengelak manakala Zack cuba membela nasib kawannya. Dia mulai menyerang lelaki itu dengan cuba melibaskan kayu yang entah dari mana diambilnya tu.


"Hati-hati." Jerit Lynn pulak.


"Aduh!" Lelaki itu menjerit kecil apabila libasan kayu itu terkena di bahagian belakang badannya.


Zack tak berhenti setakat itu. Dia cuba melibas lelaki itu sekali lagi tapi tidak berjaya apabila Nani dengan tiba-tiba datang menyerangnya. Tendangan padu diberikan tepat di bahagian tangan Zack yang sedang memegang kayu tu. Terus tercampak kayu tersebut. Zack mengaduh sakit sambil memegang tangannya.


Lelaki itu terkejut.


Terbeliak biji mata Lynn apabila melihat Joe cuba menyerang lelaki tu dari sisi lain. "Hati-hati..." jeritnya kepada lelaki itu sekali lagi. Dia berlari mendekati mereka. Kayu yang terjatuh tadi diambil lalu dengan bersemangatnya dia mencuba melibaskan kayu itu tepat ke arah Joe yang datang menyerang tetapi dapat di elak dengan jayanya.


Lynn dan Nani memandang tajam ke arah Joe dan Zack manakala lelaki tadi hanya berdiri kaku. Mungkin dia masih terkejut melihat tingkah mereka yang lincah di dalam gelanggang.


Joe dan Zack merengus kasar. Mereka tak boleh kalah dengan perempuan. Boleh jatuh martabat lelakinya kalau kalah dengan perempuan. Huh!


"Lebih baik kau orang pergi sebelum..."


"Aku takkan pergi selagi kau tak mampus, setan." Jerkah Joe sambil berlari ke arah Lynn dan Nani. Dia ingin menyerang lagi.


Tetiba....


"Polisssssssss..." jerit seseorang dengan lantang.


Terbeliak biji mata Joe dan Zack mendengarnya. Mereka mulai mengelabah apabila mendengar jeritan tersebut. Polis? Habislah...


Lynn dan Nani saling berpandangan. Mereka menganggukan kepala secara serentak lalu dengan pergerakkan yang pantas mereka membuat serangan balas. Lynn melepaskan tumbukan padunya tepat ke perut Zack manakala Nani pulak melepaskan tendangannya tepat ke bahagian belikat kaki Joe.


"Arghhh!" Jerit mereka serentak.


Lynn dan Nani tak melepaskan peluang, dia menyerang bertalu-talu sehingga lembik mamat-mamat slenge tu. Hah! Main-main lagi dengan kita orang. Siapa suruh serah diri kan? Tak pasal-pasal lembik kena kerjakan. Ha ha ha...


Lelaki yang menolongnya tadi sudah melopong melihat tingkah lincah mereka. Jangan ingat perempuan ni lemah sangat, ya. Jangan fikir perempuan ni tahu berperang di dapur sahaja. Sekali dia fight, habislah... Pasti ada yang ternganga mulut duk menengok aksinya.


Joe dan Zack tak dapat mengelakkan diri kerana mereka di serang tanpa henti. Kurang ajar punya perempuan. Muka comel tapi gangster. Tak guna betullah. Itu yang dirungutkan di dalam hati.


"Lain kali jangan berani kacau sarang tebuan. Kan dah kena. Sekarang, kau orang dah boleh pergi berambus." Kata Nani, separuh berbisik tapi masih boleh didengari oleh mamat-mamat slenge tu kecuali lelaki yang menolongnya tadi.


Huh! Joe dan Zack merengus kasar. Sakit hati bila dikalahkan dengan perempuan. Ada ubi ada batas, ada hari aku akan balas balik. Kau orang tunggu aja lah...

Mereka bergegas meninggalkan gelanggang. Niat di hati nak habiskan budak-budak Yana ni tapi tak sangka mereka pulak yang habis dikerjakan oleh mereka berdua. Tak guna betullah.


Lynn dan Nani sudah tersenyum puas. Itulah. Cari pasal lagi. Tak pasal-pasal dapat sakit badan. Kesian, kesian, kesian...


"Wei, kau orang OK tak?" Tegur seseorang dari arah belakang.


Lynn dan Nani segera menoleh.


"Mona?" Serentak mereka menyebut nama tersebut dengan riak wajah yang terkejut.


"Wei, tak payah nak terkejut sangatlah." Kata Mona bersahaja. "Kau orang OK tak ni?" Ulangnya.


"OK jer." Balas Lynn.


"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" tanya Nani, ingin tahu.


"Aku saja nak lawat kawasan tadi. Tu yang ternampak kau orang." Jawab Mona. "Wei, aku tak boleh blah tengok mamat tadi der. Kalut semacam jer bila aku jerit polis, polis tadi." Sambungnya lagi sambil tergelak kecil.


"Kau yang duk jerit tadi. Bikin kita orang terkejut der. Kemain nyaring suara kau bila menjerit. Bingit telinga aku dengarnya, weiii." Kata Lynn sekadar ingin mengusik.


Nani sudah tergelak kecil.


"Itu baru sikit, weiii. Kat rumah, aku dah serupa tarzan duk jeritkan anak aku tu. Nakal yang amat." Balas Mona turut tergelak kecil.


Lynn hanya mampu tersenyum dan mengelengkan kepala sahaja.


Sakan mereka berborak sehingga terlupakan sesuatu.


"Ehem... Ehem..." Lelaki itu berdehem untuk menarik perhatian wanita-wanita hebat di hadapannya ini.


Lynn, Nani dan Mona terkejut. Serentak mereka menoleh ke arah empunya suara.


Alamak? Macam mana boleh terlupa pulak ni? Lynn dan Nani menggaru kepala yang tidak gatal. Mereka berdua sudah pun kantoiii... Baru nak tunjuk ayu tadi. Haish!


Mereka segera mendekati lelaki itu dengan diikuti oleh Mona dari arah belakang.


"Awak OK?" Tanya Nani memulakan bicara.


Lelaki itu hanya mampu menganggukan kepala. Segan pulak rasanya... Sepatutnya, dia yang bertanya dan bukannya wanita di hadapannya ni.


"Alhamdulillah, kalau awak OK." Kata Nani sambil tersenyum nipis.


"Errr... Thanks sebab sudi tolong kami tadi." ucap Lynn pulak.


"Welcome. Thanks sebab awak dah tolong saya juga." Ucap lelaki itu sambil menundukkan kepalanya. Dia sangat merasa segan dengan wanita-wanita di hadapannya ni.


"Sama-sama." Balas Nani dan Lynn serentak.


"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Lelaki itu minta pamit.


"Hati-hati. Thanks again." Kata Nani lagi.


Lelaki itu sekadar menganggukan kepala. Senyuman manis terukir di bibirnya sebelum dia beransur pergi. Nani, Lynn dan Mona hanya memerhati sehingga bayangan lelaki itu hilang daripada radar mata mereka.


"Boleh tahan hensem juga mamat tu. Nasib baik aku ni dah berlaki. Kalau tak, dah lama aku ngorat mamat tu tau. Haish! Melepas sudaa..." kata Mona sekadar bergurau.


Nani hanya mampu tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.


"Kan? Tiba-tiba jer aku rasa berdebar bila tengok dia senyum tadi. Adakah ini yang dinamakan cinta?" Kata Lynn sambil menyengih.


Tepuk dahi Nani dibuatnya.


"Amboi, kau orang. Kemain lagi kan. Kalau laki kau orang tahu, habislah. Ada yang kena perintah berkurung nanti." Ujar Nani sambil tergelak kecil.


Lynn dan Mona turut tergelak kecil mendengarnya. Nasib baik laki mereka tak ada dekat sini. Kalau ada, mahu mereka kena perintah berkurung nanti. Dah ler laki mereka jenis kuat cemburu pulak tu. Huhuhu...


"Kau tak berkenan ke dengan mamat tadi, cik puan Nani oii? Aku rasa kau dengan dia sesuai jugalah. Bagai pinang dibelah sepuluh, weii..." usik Mona sambil terangkat keningnya.


Lynn sudah menganggukan kepala tanda setuju.


"Wei, aku balik dululah. Nak masak. Lagipun, aku takut anak aku terjaga jer. Kang puaslah makcik dia nak dodoikan dia tidur balik." Nani cuba mengelat.


"Nak mengelat ler tu..." sakat Lynn pulak.


"Mana ada lah. Ish, kau orang ni..." kata Nani dengan muka yang sudah merah menyala. Malu ler tu...


Lynn dan Mona serentak menghamburkan tawanya. Berdekah-dekah mereka gelak. Suka benar menyakat kawannya yang seorang ni. Tapi, memang Nani sesuai sangat berdamping dengan lelaki tadi. Sama-sama padan. Bagai pinang dibelah dualah katakan. Lagipun, sampai bilalah kawannya ni nak bersendirikan. Anak pun makin hari makin membesar. Mesti anak tu nakkan seorang ayah juga. Haish! Tak apalah. Nanti mereka carikan calon suami yang terbaik buat kawannya yang seorang ni. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Mereka tahu kawannya yang seorang ni masih belum bersedia untuk bersuami lagi. Tapi, sampai bila? Haish!


"Okaylah, kau orang. Aku balik dulu. Apa-apa hal, kau orang roger jer aku tau." Kata Nani lagi. Dia sudah bersiap sedia untuk beransur pulang.


"Iyalah. Jomlah kita balik. Hati-hati." Pesan Lynn.


Mereka pun beransur pulang dengan menjinjing bag plastik. Reaksi wajah mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi. Seakan pertarungan tadi tidak wujud bagi mereka. Budak-budak Yana terlalu bijak mengawal reaksi.


Akhirnya, bahan-bahan yang dikehendaki sudah pun berada di tangannya. Semuanya berada di dalam bag plastik yang dibawanya ni. Tak sabar pulak rasa di hati nak buat kek kegemaran mereka sekeluarga. Anak-anaknya suka makan kek. Macam-macam jenis kek telah dibuatnya. Kadang menjadi kadang tak menjadi juga keknya. Resepinya hanyalah melalui youtube. Zaman sekarang ni, semua benda dihujung jari jer. Kita hanya perlu taip dan search... Hehehe


Dengan penuh semangat, dia mendekati keretanya yang tidak jauh di parking. Bahan-bahan yang dibeli segera diletakkan di seat belakang. Kemudian, dia melangkah ke bahagian pemandu. Punggungnya dilabuhkan di situ. Tali pinggang keselamatan di pakai selepas enjin kereta dihidupkan. Apabila dia sudah bersedia, dia mulai memandu dengan hati yang tidak sabar nak sampai rumah. Tak sabar nak buat kek sebagai pemanis mulut mereka nanti. Apa-apapun, pandu cermat jiwa selamat...


Pesanan ringkas daripada ku buat semua.


Ekk? Sempat... Hahaha


"Aku tak puas hati betul dengan budak-budak Yana tu. Huh!" Joe merengus kasar sambil menghentak stereng kereta yang dipanduinya ni.


"Malu gila bila kita boleh kalah dengan perempuan. Huh!" Tambah Zack lagi.


Semakin panas hati Joe mendengarnya. Itu dah semestinya. Malu sebab kalah dengan perempuan. Tak boleh jadi ni...


"Kalau aku jumpa dia lagi, memang aku habiskan. Tak guna." Marah Joe lagi.


Mereka bertekad untuk bertarung sekali lagi dengan budak-budak Yana. Mereka tak boleh terima kekalahan. Itu yang mereka ingin bertarung kembali. Selagi mereka tak menang selagi itulah mereka akan beradu domba dengan musuh-musuhnya.


Mereka takkan biarkan musuh mereka terlepas dengan begitu sahaja. 


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.