Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 18

"Ah ah ay, corazón espinado

Cómo duele, me duele no amar

Ah ah ay, cómo me duele el amor..."


Amboi!

Sakannya dia menyanyi sambil berzumba. Lagu Corazon Espinado menjadi pilihan. Matanya tidak lekang dari terus melihat ke arah skrin TV yang sedang memaparkan senaman yang mudah diikuti daripada team zumba fitness yang berasal dari Spain tu. Tak sia-sia dia download senaman ni daripada youtube tau. Senang dan mudah gerakkan yang ditunjukkannya. Esok-esok dia akan carik lagi zumba fitness yang lain dan akan disimpankan ke dalam USBnya. Memandangkan dia tak ada masa nak berjoging, jadi dia berzumba sahaja di rumah. Itu sudah cukup buatnya. Dia bukan mintak nak kurus tapi cukuplah sekadar dirinya sihat dan cergas. Itu jer...


Setelah dia puas berzumba dan badannya pun sudah berkeringatan, dia pun terus berhenti daripada bersenam. Televisyennya itu segera di tutup dan USBnya dicabutkan dari tempatnya lalu diletakkan di atas kabinet TV.


Kemudiannya, dia melepaskan lelahnya di sofa yang empuk lagi enak untuk di duduki. Peluhnya yang sedang melimpah ruah segera di sapu dengan tuala yang tersangkut di lehernya. "Penatnya..." desisnya, sendirian.


Bibik Riyanti datang sambil membawa segelas air sejuk dan dihulurkan kepadanya.


"Wow! Thank you, bik. Saya memang tengah haus ni." Katanya sambil menyambut huluran tersebut lalu dengan rakusnya dia meneguk air sejuk tu. 'Huh! Leganya...'


Bibik Riyanti sekadar tersenyum sahaja. Setelah gelas dikembalikan kepadanya, dia segera beredar pergi untuk menyambung tugasnya yang tergendala tadi.


Yana bersandar di sofa so good. Kepalanya dilentokkan di tempat menyandar. Baru jer nak berehat, dah ada yang menganggu. Telefon bimbitnya berbunyi dengan nyaring sekali. Huh! Rengusnya sambil mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja coffee. Matanya melirik ke arah skrin. 'Unknown number...' Lama dia tenung skrin tu. Nak jawab ke tak nak? Nak jawab ke tak nak? Dia berbelah bagi dan akhirnya dia merengus kecil. Mungkin ada hal penting? Jawab kan aje lah... Butang hijau segera ditekan dan telefon bimbitnya itu segera dilekapkan ke cuping telinganya. "Hello!" Sapanya tanpa sebarang nada.


"Maaa..." panggilnya sambil teresak-esak.


Yana terkejut. "Kakak?"


"Maaa, akak nak balik."


"Hah? Kan masih sekolah ni. Whats happen, darling?" Tanyanya, ingin tahu.


"Akak nak balikkk..." rengeknya sambil teresak.


Yana mengeluh. "Kenapa ni sayang? Cuba bagitahu mama. Akak guna telefon office ke ni?" Tanyanya, lagi.


"Ha'ah. Maa datang sini ya. Ambil akak. Akak nak balik maa..." rayunya lagi.


Yana mengeluh kecil. Hatinya dilanda kerisauan. Kenapalah dengan anak sulung aku ni? "Iyalah. Mama datang sana, ya sayang."


"Akak tunggu maa kat pejabat tau." Katanya sebelum menamatkan panggilan.


Tak berlengah lagi, Yana segera berlari, meniti anak tangga menuju ke kamar beradunya tu. Dia harus segera ke sekolah.


Sampai sahaja di kamar, tuala yang tersangkut segera di capai dan dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.


10 minit kemudian...


Semua benda kena buat dengan pantas dan laju. Hatinya takkan tenang selagi tak berjumpa dengan anaknya, face to face. Risaunya bukan biasa-biasa tau. Anak sulungnya tu tak pernah-pernah buat perangai macam ni. Telefonnya sambil menangis-nangis. Haish! Apalah yang tak kena tu? Enjin kereta segera dihidupkan. Dia memanaskan enjin keretanya dahulu.


"Puannnn..." teriak bibik Riyanti sambil berlari anak menuju ke arahnya.


Yana menurunkan cermin kereta. "Ada apa bik?"


"Puan lupa ambil telefonnya." Katanya sambil menghulurkan telefon bimbitnya.


"Oh! Saya lupalah, bik. Terima kasih. Okaylah, saya pergi dulu."


"Hati-hati, puan." Pesan bibik Riyanti.


Yana tersenyum manis. Pedal minyak segera ditekan dan segera meninggalkan kawasan halaman rumahnya itu. Destinasi pertamanya di pagi hari adalah... SEKOLAH? Haish! Anak-anak... Buat mama susah hati jer tau. Apalah yang tak kena tu? Semakin dia berfikir, semakin dia risau dan semakin dia memecut pergi. Drift tak drift, janji cepat sampai.


Tengah dia asyik memandu, telefon bimbitnya berdering lagi.


"Ish! Siapa pulak yang call ni?" Dengusnya. Earphone segera dipasangkan di telinga dan butang hijau ditekan.


"Hello, kak." Sapa Ema.


Dengar jer suara, Yana sudah pun tahu siapa di hujung talian tu. "Hello! Nanti call akak balik. Akak ada hal ni. Okay! Bye." Terus talian dimatikan.


Ema tercengang.


"Amacam?" Tanya Lisa, ingin tahu.


"Tak sempat nak cakap, akak dah letak fon. Ada hal penting agaknya. So, kau suruh dia orang tunggu jer lah." Kata Ema bersahaja.


Lisa mengangguk tanda mengerti.


"Suhaila?" Panggil Cikgu Dania.


"Iya, cikgu." Sahut Suhaila, sambil menundukkan kepala, tanda hormat.


"Kamu buat apa dekat sini?" Tanya Cikgu Dania sambil memandang wajah anak muridnya tu.


"Saya... Err... Saya..."


"Kenapa ni?" Tanya Cikgu Dania lagi. Dia sudah mendekati anak muridnya tu.


"Tak ada apa cikgu. Saya tengah tunggu mama saya datang." Jawabnya, jujur.


Cikgu Dania menganggukkan kepalanya. "Iyalah. Cikgu pergi dululah ya."


Suhaila mengangguk sambil tersenyum manis. Dia kembali menunggu kehadiran mamanya di situ. 'Maa, cepatlah. Akak nak balik. Huhuhu...' desis hati kecilnya. Apa yang terjadi tadi, kini berulang kembali di ruang fikirannya.


"Suhaila!" Panggil Niza.


Suhaila terkejut. Dia buat endah tak endah jer. Tanpa mempedulikannya, dia terus melangkah masuk ke dalam toilet.


Niza merengus kasar. 'Tak guna punya budak.' Desis hatinya. Dia mengajak dua orang kawannya itu ke tandas. Dia nak bagi pelajaran sikit kat budak yang bernama Suhaila tu.


Matanya ligat memandang sekeliling. Tiada sesiapa di dalam tandas itu melainkan mereka berempat. 'Ini sudah bagus...' desis hati kecilnya lagi.


Suhaila yang baru sahaja keluar daripada bilik air, terus terkejut dengan kehadiran Niza and the geng.


"Hoi!" Sergah Niza.


Suhaila buat muka bersahaja walaupun hatinya sudah tak tentu arah.


"Hey! Aku tak nak cakap banyak. Sekarang aku nak kau bagi duit aku." Kata Niza sambil menadahkan tangannya. 


"Duit apa?" Tanya Suhaila, buat tak tahu.


Niza merengus kasar.


"Kau jangan nak buat bodohlah. Lebih baik kau bagi duit kat kita orang sebelum kita orang belasah kau." Ugut Nemah, pulak.


Suhaila buat muka pelik. "Aku rasa aku tak ada berhutang dengan kau orang pun kan. Jadi, buat apa aku nak bagi duit aku kat kau orang pulak."


"Ish! Kau ni... Cakap banyaklah pulak." Noni terus tolak Suhaila dengan kuatnya.


Ergh!

Suhaila sudah jatuh terduduk di lantai. Sakit punggungnya disebabkan jatuh terhentak gitu. Huh!


"Cepat bagi dompet kau tu." Minta Niza tanpa rasa malu.


Suhaila mengelengkan kepalanya.


Itu membuatkan Niza semakin berang. Dia terus mencengkam dagu Suhaila.


"Auwww..." jerit Suhaila.


Nemah yang mendengar terus menutup mulut Suhaila dengan telapak tangannya.


"Aku kata bagi tu, kau bagi jer lah. Yang banyak bunyi sangat dah kenapa?" Katanya sambil menyeluk tangannya ke dalam kocek baju kurung milik Suhaila tu.


Dompet Suhaila segera di ambil.


Suhaila cuba berdiri tetapi Noni sudah menghalangnya. Ditekan bahunya sekuat hati agar tidak bisa berdiri.


"Aku ambil semua duit kau tau. Kau halalkan ya." Katanya dengan diiringi gelak tawa kawan-kawannya. Dompet itu segera di balingkan tepat ke muka Suhaila. "Esok, aku nak duit lagi banyak daripada yang ni. Faham?"


Suhaila tidak bersuara. Dia sudah tak tahan dengan mereka ni. Airmatanya mengalir membasahi pipi.


"Hey! Kau dengar sini baik-baik. Kalau kau report kat cikgu, nahas kau nanti. Aku akan buat lebih daripada yang ni. Faham tak?" Ugut Niza sambil mencengkam kembali dagu Suhaila tu.


Suhaila mengangguk dengan payah sekali.


"Bagus." Niza terus melepaskannya dan segera mengajak kawan-kawannya beredar daripada situ.


Itulah puncanya kenapa Suhaila ingin pulang. Dia sudah takut nak sekolah di situ lagi dan ini sudah cukup membuatkannya mimpi ngeri.


"Kakak." Panggil Yana yang baru muncul.


Suhaila yang mendengar terus mengangkat kepalanya. "Mamaaa..." jeritnya sambil berlari anak ke arah mamanya itu. Tubuh kecil milik mamanya itu segera dipeluk erat sambil menangis teresak-esak.


Yana terkejut. Belakang badan anaknya diusap dengan penuh kelembutan. Dia cuba menyalurkan kekuatan buat anaknya itu. "Shhh... Tak nak nangis-nangis macam ni, sayang." Pujuknya.


Pelukkan semakin dieratkan. Suhaila masih menghamburkan tangisnya di dalam dakapan mamanya itu.


"Sayanggg..." panggil Yana sambil meleraikan pelukkan tersebut. Sayu hatinya apabila melihat airmata yang mengalir di pipi anak sulungnya tu. "Cuba bagitahu mama, kenapa ni?" Tanyanya sambil memegang kedua belah pipi anaknya. Airmata yang masih mengalir di sapu dengan ibu jarinya.


Suhaila masih teresak-esak. Dia masih belum mahu bercerita. Dia takut yang mereka akan belasahnya nanti.


Yana dapat rasakan sesuatu yang tak kena di situ. Inilah kali pertama dia tengok anaknya menangis sampai macam ni sekali. Mesti ada sesuatu yang sudah terjadi kepada anak daranya yang seorang ni. Hmm... "Jom ikut mama..." Dia segera menarik pergelangan tangan anaknya itu dan dibawanya jauh daripada pejabat. "Mama rasa kat sini lebih aman. Jadi, kita duduk kat sini dan mama nak tahu semuanya." Yana sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang yang berada di bawah pokok besar tu.


Suhaila meramas jari jemarinya. Dia jadi tak tentu arah pulak. Nak tak nak, dia melabuhkan punggungnya di sebelah mamanya itu. Hatinya jadi berbelah bagi. Nak cerita ke tak nak? Kalau dia cerita, mahu dia kena belasah nanti. Macam mana ni? Otaknya ligat berfikir...


"Kakak..." panggil Yana, lembut.


Suhaila telan air liur. Kelat rasanya.


Yana mengeluh kecil.


"Kakak, mama tunggu ni. Cuba bagitahu mama apa yang dah terjadi sebenarnya?" Tanya Yana, tegas.


Suhaila masih berdiam diri. Dia langsung tak menoleh ke arah mamanya itu.


"Kakak..." panggil Yana, sedikit keras.


"Akak nak balik, maa..." renggeknya.


Yana mengeluh, lemah.


"Nak balik? Sebab?" Tanyanya lagi.


"Sebab... Err..."


"Mama tak suka anak mama menipu tau. So, mama nak kakak berterus terang dengan mama. Kenapa kakak nak balik? Kakak sakit ke?" Bertalu-talu yang ditanyanya.


"Akak tak sakit pun maa..."


"Kalau tak sakit, kenapa nak balik?" Tanya Yana, ingin tahu.


"Errr... Akak..."


Lama Yana menunggunya. Akhirnya, Yana membuat keputusan untuk.... "Okay! Fine. Akak tak nak bagitahu kan. Jadi, mama balik aje lah." Terus dia bangun dan cepat-cepat ingin beredar.


Suhaila terkejut lalu dia terus bangun dan cepat-cepat berlari mendapatkan mamanya itu. Tubuh kecil mamanya itu segera dipeluk dari belakang. Tanpa dapat di tahan lagi, dia terus menangis teresak-esak.


"Kakak tak nak bagitahu mama kan. Jadi, biarlah mama balik." Yana cuba melepaskan rangkulan anaknya itu.


Suhaila mengeleng. "Okay-okay, akak bagitahu..."


Yana sudah tersenyum sumbing. Berjaya juga dia. "Mama nak tahu dari A sampai Z. Cepat." Desaknya.


Akhirnya Suhaila akur jua. Dia mulai bercerita dari A sampai Z. Tiada satu cerita pun yang tertinggal. Sambil bercerita sambil dia menangis teresak-esak.


"WHAT???" Yana terkejut. Hatinya mulai berbahang, panas. Pelukkan anak daranya itu segera dileraikan. Kemudian, dia berpusing menghadap anaknya. Airmata yang mengalir deras itu di sapu dengan ibu jarinya. Sayu hatinya melihat kondisi anaknya itu. Tak berlengah lagi, dia terus memeluk tubuh anak daranya tu dengan penuh erat. Kepala anaknya di cium dengan penuh kasih sayang. Dia betul-betul tak sangka yang anaknya akan lalui perkara macam ni. 'Memang nak kena budak-budak ni tau. Berani kau orang buli anak aku. Siap kau!' Marahnya.


"Jom!" Ajak Yana setelah pelukkan terlerai.


Suhaila terkejut tapi apakan dayanya hendak menolak. Dia terus mengekori langkah mamanya itu. 'Alamak? Pejabat? Habislah..." desis hati kecilnya. Sisa-sisa airmata segera di sapu dengan hujung lengan baju kurungnya itu. Degupan jantungnya semakin kencang dan hatinya dilanda kerisauan. 


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.