Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
BAB 1

"Apa pasal lu kacau tempat gua?" Soal Yana, tegas.


"Wa punya sukalah." Balas lelaki botak yang berlagak sado tu tetapi yang hado.


"Hey, brader. Ini tempat, gua yang punya. Jadi lu sama lu punya kawan, pergi berambuslah. Jangan buat kacau sama gua punya tempat." Kata Yana, dengan kasarnya.


Lelaki botak itu ketawa sinis.


"Tempat lu ka? Apa ka? Wa peduli apa..." balasnya, kasar.


Yana merengus kasar.


"Hey, perempuan. Lebih baik lu yang berambus dari sini sebelum wa dengan kawan-kawan wa kasi habis sama lu." Getak lelaki botak itu.


Senyuman sinis terukir di bibir, Yana. Dia malas nak bersuara lagi. Orang macam ni memang jenis tak makan saman. Cakap banyak kali pun, memang tak gunalah. "Girls..." panggil Yana dengan lantangnya.


Budak-budak Yana segera keluar dari tempat persembunyian mereka dengan membawa pelbagai jenis senjata seperti kayu baseball, batang paip besi dan lain-lain lagi. Mereka taklah ramai mana pun. Dalam sepuluh orang jer. Setiap seorang ada tugasnya. Kalau ada orang yang berani buat taik kat tempatnya, mereka akan melaporkan kepadanya dahulu sebelum memulakan serangan.


Lelaki botak tu terkejut. Dia ingatkan perempuan di hadapannya ini datang seorang diri tapi rupa-rupanya dia bawak geng daa... Dia dan juga kawan-kawannya sudah bersiap sedia untuk menghadapi mereka. Tiada istilah takut dan gentar. Lagipun, mereka semua adalah perempuan. Apalah sangat kekuatan perempuan berbanding lelaki macam mereka ni. Walaupun mereka hanya berlima sahaja. Mereka takkan gentar. Masing-masing sudah bersiap siaga.


"Lebih baik lu berambus dari sini sebelum lu mati." Kata Yana lagi.


"Wa takkan berambus selagi lu orang tak mati." Jawab lelaki botak itu dengan angkuhnya.


Huh! Yana merengus kasar.


"Serangggg..." jerit Yana, lantang.


Budak-budak Yana pantas bertindak. Mereka memulakan serangan dahulu. Kayu baseball yang berada di dalam genggamannya, dihayunkan ke arah lawan tetapi dengan cepat mereka mengelak. Mereka berbalas serangan.


Ang ang ang to ta ma da re su ki

Do ra e mon...


Yana terkejut. Lagu doremon berulang kali berbunyi berserta getaran di telefon bimbitnya. Ish! Ni mesti anak aku punya kerja ni. Bantai dia tukar ringtone telefon bimbit ku ni. Bertuah punya budak. Pantas Yana mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek seluar jeansnya. Nama 'Hubby' tertera di skrin. Gulp! Dia menjauhkan dirinya dari kawasan tersebut sebelum butang hijau ditekan.


"Assalamualaikum, abang." Sapa Yana, lembut.


"Waalaikumusalam. Sayang ada dekat mana ni? Dah petang ni. Baliklah. Abang rindu..." rengek Imran, manja.


Yana tersenyum senang. Manjanya Encik Suamiku ni...


"Sekejap lagi Yana balik ya, bang. Yana pun rindu sangat dengan abang." Balas Yana, lembut dan manja.


Budak-budak Yana bertungkus lumus berperang dengan lelaki botak dan kawan-kawannya. Nasib tidak menyebelahi budak-budak Yana. Habis mereka dibelasah oleh lelaki botak dan kawan-kawannya itu.


"Arghhhh..." jerit salah seorang budak Yana apabila lelaki botak itu melepaskan tendangan di perutnya.


Yana terkejut lalu menoleh ke arah budak-budaknya. Terbeliak biji matanya melihat mereka yang sudah lembik dikerjakan.


"Sayang, kenapa tu?" Tanya Imran ingin tahu.


Gulp! Telan air liur Yana dibuatnya.


"Tak ada apa-apalah, bang." Jawab Yana bersahaja.


Imran pelik.


"Kalau tak ada apa-apa, kenapa abang dengar suara orang menjerit? Lepas tu, abang dengar bunyi macam orang tengah baling barang. Lebih kurang macam tu lah. Sayang dekat mana ni?" Tanya Imran, ingin tahu. Hatinya mulai dilanda kerisauan.


Yana garu kepala yang tidak gatal. Dia memandang budak-budaknya. Bunyi-bunyi yang suaminya dengar itu semuanya datang daripada budak-budaknya yang dah lunyai dikerjakan. Dia tak boleh biarkan lagi. Dia harus campur tangan. Kurang ajar betul dia orang ni. Dah ler buat kacau kat tempat aku. Lepas tu, habis budak-budak aku dikerjakan. Memang carik nahas betullah. Huh! Yana merengus di dalam hati.


"Sayang..." panggil suaminya.


"Iya abang. Tak ada apa-apa cuma ada laki bini ni ah duk bergaduh. Semua barang nak dihumbannya. Haish!" Bebel Yana.


Imran tergelak kecil mendengarnya. Hilang terus rasa gundah di hati. Ingatkan apa lah tadi.


Yana menghembus nafas lega apabila mendengar Encik Suaminya sudah tergelak kecil dihujung talian.


"Okaylah, bang. Kita sambung borak dekat rumah nanti, ya. Love you, abang." Ucap Yana, manja.


"Iyalah. Hati-hati kat luar tu. Love you too, sayang." Balas Imran sebelum mematikan talian.


Telefon bimbitnya diletakkan kembali ke dalam kocek seluar jeansnya ni. Dengan riak wajah yang bengis dia mendekati mereka. Dia mengambil kayu baseball yang tercampak di situ lalu dia berlari ke arah lelaki botak yang sakan duk hentam budak-budaknya tanpa belas kesian tu. Kayu baseball yang berada di dalam genggamannya segera dihayunkan tepat di kepala lelaki tersebut.


"Arghhhh..." jerit lelaki botak itu yang telah tersungkur di atas jalan sambil memegang kepalanya yang sakit.


Itu baru sikit. Yana tak duduk diam. Dia bertalu-talu melepaskan tendangan di perut lelaki botak itu sehingga menyembur darah keluar daripada mulutnya. Yana tak bagi can langsung dekat lelaki botak tu untuk membalas serangannya. Dia ingin memberikan tendangan yang padu di perut lelaki botak tersebut tetapi kawan lelaki botak yang berbadan kurus dan tinggi itu datang menyerangnya dari sudut tepi. Dengan gerakkan yang pantas, dia dapat mengelak daripada terkena serangan tersebut tetapi malang bagi lelaki itu kerana Yana sempat menghayunkan kayu baseballnya ke bahagian tulang belakang milik lelaki yang cuba menyerangnya tu.


Lelaki yang berbadan kurus dan tinggi itu merengus kasar. Dia merasa geram apabila badannya sakit di pukul dengan kayu baseball. Dengan bengisnya, dia berlari ke arah Yana. Tendangan padunya ingin dihadiahkan ke kaki pihak lawannya tetapi dengan mudah dapat dielakkan.


Yana hanya tersenyum sinis. Dia hanya menanti serangan yang seterusnya manakala budak-budaknya sedang menguruskan tiga orang lagi kawan lelaki botak tu.


Langkah kekudanya di buka dan dia bersiap siaga. Matanya hanya memandang pergerakan lawannya. Matanya tiada tanda-tanda ingin berkalih. Selagi lawannya tidak tumpas, selagi itu dia tidak akan berputus asa. Mereka ingat perempuan ni lemah sangat ke? Silap besarlah.


Lelaki berbadan kurus dan tinggi itu memulakan serangan kembali. Dia ingin melepaskan tumbukannya di bahagian muka lawannya tetapi Yana dapat mengelakan diri dengan jayanya lalu kayu baseball pantas dihayunkan di belakang kepala lelaki itu.


"Arghhhh..." jerit lelaki berbadan kurus dan tinggi itu sambil memegang kepalanya.


Yana tak melepaskan peluang lalu dengan bersemangatnya dia melepaskan tendangan padu di bahagian rusuk lawannya. Lelaki berbadan kurus dan tinggi itu terus terduduk sambil memegang rusuknya yang telah di tendang dengan padunya. Tanpa di duga, Yana terus melibas kepala lelaki itu sehinggakan lelaki berbadan kurus dan tinggi itu pengsan tidak sedarkan diri.


Kemudian, matanya beralih arah kepada budak-budaknya yang telah menumpaskan tiga orang kawan lelaki botak itu. Lunyai mereka dikerjakan. Jangan main-main dengan budak-budak aku. Mula-mula jer nampak lemah tapi last-last mereka menang juga.


Yana menghampiri lelaki botak yang angkuh pada mulanya tadi.


"Amacam, brader?" Tanya Yana, sambil tersenyum sinis.


Tiada balasan daripada lelaki botak itu.


"Lu tengok sekarang. Siapa yang habis? Lu atau gua?" Tanya Yana lagi. Senyuman sinis sentiasa terukir di bibirnya. "Lepas ni, gua tak nak tengok muka lu orang dekat sini. Kalau gua nampak lu orang buat taik dekat sini lagi, nahas lu orang. Jangan main-main dengan gua. Puih!" Ugut Yana sambil meludah ke tepi.


Lelaki botak itu merengus kasar. Tak guna punya perempuan. Macam manalah aku boleh kalah dengan dia ni? Tak guna betullah, rungut hati kecilnya.


"Lets go girls..." ajak Yana dengan lagak bersahaja. Dia segera mengatur langkah untuk beredar dari situ. Tinggallah mereka berlima di belakang bangunan lama ni.


Budak-budak Yana membuntuti langkahnya dari arah belakang. Ada diantara mereka nampak lemah sekali, gara-gara lunyai dikerjakan oleh lelaki botak dan kawan-kawannya itu. Riak wajah mereka nampak keruh walaupun sudah menang kerana mereka tahu bahawa mereka akan dimarahi oleh ketuanya ini.


"Mereka lima orang pun tak boleh nak handle..." marah Yana sambil memandang muka budak-budaknya yang lebam itu silih berganti.


"Maaf kak. Kami cuai dalam buat serangan." Kata Mona penuh kesal.


"Sebab cuailah, kau orang mendapat lebam ni. Nasib baik tak ada yang patah riuk." Omel Yana lagi.


"Maaf kak. Kami akan lebih berhati-hati." Jawab Mona lagi.


"Jangan ulanginya lagi. Ingat tu?" Kata Yana dengan riak wajah yang serius.


"Ingat kak." Balas mereka serentak.


"Esok kita jumpa kat pot biasa. Akak nak tengok kau orang berlatih ilmu mempertahankan diri. Faham?" Kata Yana, tegas.


Mereka hanya menganggukan kepala tanda mengerti. Tak ada seorang yang berani bersuara lagi. Mereka hanya patuh pada arahan.


Tanpa membuang masa, Yana segera meminta diri. Dia ingin bergegas pulang ke kediamannya. Keluarga tersayang sedang menanti kepulangannya. Tak sabarnya nak jumpa mereka. Rindu...


Mereka bersurai.


Masing-masing buat haluan sendiri. Balik jer rumah nanti, mereka nak tuam lebam-lebam di muka dan tangannya ni. Harap-harap keluarga mereka tak bisinglah.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.