Home Novel Fantasi Pengembaraan ke Dunia Watika
Pengembaraan ke Dunia Watika
15/9/2013 20:35:16
13,653
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Keajaipan Merentasi Dunia Watika

BAB 4

“Aaargh!” mereka bertiga terus-terusan menjerit. Hakim dah hampir-hampir nak terkencing dalam seluar manakala Danial pula sudah hampir nak hilang suaranya kerana menjerit begitu lama. Amani menangis sambil mulutnya juga menjerit sehinggakan terasa tekaknya perit. Akhirnya tubuh Amani terjatuh terjelepuk di atas sesuatu setelah satu jam lebih dia terjatuh dari atas semenjak di sedut oleh buku itu.  Manakala Hakim dan Danial langsung tidak kelihatan. Amani pengsan seketika akibat dari impak dari kejatuhan itu. Tak tahu sudah berapa lama dia tidak sedarkan dirinya. Amani membuka matanya dengan penuh kepayahan. Kepalanya terasa pening dan seluruh badannya sakit-sakit bagai dipalu. Amani cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku. Tangannya menyentuh kepalanya yang sedang pening. Sayup-sayup dia dapat mendengar suara orang sedang bercakap-cakap namun dia tak faham apa bunyi butir percakapan mereka.

Amani cuba bangun dengan perlahan-lahan. Dia melihat sekelilingnya. Dia seperti berada di dalam sebuah bilik stor yang dipenuhi dengan skrol-skrol kertas lama disusun bertingkat-tingkat. Amani mengamati semula suara yang sedang bercakap-cakap itu. Kedengarannya seperti suara perempuan sedang berbual dengan lelaki. Amani berjalan menuju ke arah suara tersebut. Amani membuka sedikit daun pintu itu. Kelihatan seorang perempuan atau lebih tepat lagi seorang gadis muda yang sangat comel berpakaian seperti gaun panjang kembang berwarna krim dan pink sedang duduk di atas lantai kayu dan di hadapannya seorang lelaki yang kacak. Rambutnya yang panjang itu diikat ke belakang dengan tali berwarna merah. Mereka sedang berbualkan sesuatu. Amani langsung tidak faham apa yang mereka bualkan itu. Lalu Amani melangkah keluar dari bilik stor itu.

“Eeerr... Maaf, boleh saya tumpang tanya? Saya berada di mana sekarang ni ye?” Amani memandang kepada gadis comel itu yang sekarang ini kelihatan terkejut dengan kemunculan Amani yang secara tiba-tiba itu. Lelaki tadi cepat-cepat bangun dan berdiri dalam keadaan bersedia. Di pinggang lelaki itu tersisip sebilah pedang panjang, sebelah tangannya memegang hulu pedang itu dalam keadaan bersiap sedia. Amani juga dalam keadaan berwaspada. Bersiap sedia untuk melarikan diri jika keadaan mula merbahaya.

“Siapa awak? Dari mana awak datang? Macamana awak boleh masuk ke dalam istana ini tanpa pengetahuan pengawal?” Banyak sungguh soalan lelaki tersebut. Amani terkedu. Dia tak dapat nak menjawab semua soalan itu. Dia sendiripun tak tahu macamana dia boleh sampai ke situ. Amani menjadi takut bila terlihatkan pedang dan lelaki itu yang berbadan tegap dan tinggi. Walaupun wajahnya kacak, muda dan seperti baik hati namun Amani tetap ketakutan. Hampir-hampir dia nak menangis! Melihatkan Amani seperti hampir-hampir hendak menangis, naluri belas kasihan lelaki itu menjalar di dalam hatinya. Dengan suara yang lembut memujuk lelaki kacak itu memperkenalkan dirinya, “ Saya Guren, pahlawan utama bagi negara Watika. Jangan takut, awak ni dari mana?” tak sempat Amani nak menjawab, tiba-tiba beberapa orang pengawal yang berpakaian seragam serba biru telah membawa masuk dua orang tahanan. Lantas Amani menoleh ke arah mereka.

“Hakim! Danial!..” Amani sedikit terjerit kerana kegembiraan. Akhirnya dia dapat juga melihat wajah-wajah yang dia kenali.

“Awak kenal mereka berdua ini?” tanya Guren. Amani menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Guren memandang kepada Amani lama sedikit seperti meminta lebih penjelasan. Tetapi Amani hanya diam.

“Lepaskan mereka,” Guren memerintahkan pengawal dengan nada suara tegas, lain nadanya semasa dia bercakap dengan Amani tadi. Tampak jelas bahawa Guren adalah seorang pahlawan dan ketua yang sangat berkuasa dan disegani. Amani hanya mampu memandang. Dia berlarian menuju kepada kawan-kawannya.

“Sebenarnya kami berada di mana?” tanya Amani lagi menyambung perbualan yang tergendala tadi, “Apa nama negara ini?”

Gadis comel yang sedari tadi hanya membisu akhirnya bersuara, “Kamu sekarang sedang berada di dunia Watika, jauh dari dunia kamu yang asal Dan negara ini bernama Watika,” Hakim, Danial dan Amani terlopong, “Apa? Dunia Watika!?” jerit mereka serentak.

Pemergian Amani untuk mencari Hakim dan Danial telah menjadi tanda tanya kepada Hazim. Dia mula rasa tak sedap hati, mungkin kawan-kawannya tersesat di dalam perpustakaan ini kut? teka Hazim sendirian. Dia memandang kepada Shin dan Monika yang sedang leka membaca. Memang tidak dinafikan perpustakaan tersebut tidaklah terlalu besar seperti Perpustakaan Negara. Hazim mencuit tangan Shin, mata mereka berpandangan.

“Shin mana Amani, Hakim dan Danial, hah? Dari tadi tak nampak batang hidung dia orang ni...” Hazim mula bimbangkan kawan-kawannya. Shin mula memandang sekeliling mana tahu kalau-kalau boleh ternampak mereka dari situ. Monika juga melakukan perkara yang sama. Matanya yang bulat itu tercari-cari kelibat kawan-kawannya terutama sekali Amani.

Tetapi usaha mereka itu hampa. Tak sedap hati, mereka bertiga telah bangun dari tempat duduk masing-masing dan mula mencari kawan-kawan mereka melalui barisan-barisan rak-rak buku itu. Tiba-tiba Hazim ternampakkan sebuah buku yang telah terbuka di atas lantai. Dia juga dapat mendengarkan bunyi angin yang datang dari buku tersebut! Tidak disedari sejak bila pula Shin dan Monika sudah berada disampingnya. Mereka bertiga memberikan tumpuan kepada buku di atas lantai itu. Mata masing-masing tidak berkedip memandang buku itu. Lebih menghairankan lagi apabila kedengaran bunyi angin yang datang dari buku tersebut!

Dengan penuh berhati-hati mereka bertiga menuju ke arah buku tersebut. Shin mendahului mereka bertiga, Hazim memegang lengan Shin manakala Monika pula memegang belakang baju Hazim. Sungguh lucu gelagat mereka itu. Degupan jantung masing-masing berdegup kencang. Perasaan cemas menyelubungi hati mereka, namun kerana perasaan ingin tahu yang sangat kuat mereka teruskan juga. Apabila Shin tersentuh sahaja buku tersebut, tak semena-mena tubuh mereka telah disedut masuk ke dalam buku itu seperti mana yang telah terjadi kepada Hakim, Amani dan Danial sebelum itu. Tubuh mereka melayang-layang di udara. Agak lama mereka dalam situasi begitu. Akhirnya mereka terjatuh terjelepuk di tengah sebuah padang yang berumput tebal. Jadi badan mereka kurang sakit.

“Aduh!” Hazim mengaduh. Dia terjatuh betul-betul di atas badan Shin dan Monika pula terjatuh jauh sedikit dari mereka berdua. Perlahan-lahan Monika bangun dan melihat keadaan sekelilingnya. Mereka sekarang ini sedang berada di tengah padang yang berumput berwarna ganjil. Ungu tua! Mata Hazim tak berkelip-kelip memandang kerana kehairanan dengan suasana sekelilingnya. Sampaikan dia tidak sedar yang dia telah menghempap Shin.

“Hoi Hazim, best ke kau dudukkan aku ni? Empuk ke kau rasa sampai tak ingat nak bangun-bangun dari badan aku ni...” perli Shin sedikit meradang.

“Bangunlah cepat! Kalau awak tu ringan macam anak kucing tak palah jugak. Ini dahlah besar, berat pulak tu macam bapak gajah.” Ungkap Shin.

“Alamak! Shin ke? Aku ingatkan tilam dunlop aku yang di rumah tu... hehehehee... maaflah aku tak sengaja terjatuh atas kau. Kejatuhan yang tidak dapat dikawal-kawallah Shin...” Hazim bingkas bangun dari Shin sambil menguntum senyum manisnya.

“Hei! Kawan-kawan, kita di mana ni ye?” Monika memintas perselisihan kecil antara Shin dan Hazim. Sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu Shin mula melihat sekelilingnya. Hah? Dia mula pelik. Rumput berwarna ungu? Kita kat mana ni, desis hati Shin. Seperti juga Hazim, matanya juga tak berkedip bila memandangkan warna rumput yang ungu di padang itu...

“Kita dah sampai kat planet mana ni hah?” Hazim mula bertanya. Wajahnya penuh dengan perasaan kehairanan.

“Entahlah..tak kanlah planet Zuhal kot?” Shin pula mula menambah sedap cerita untuk mengurangkan rasa panik yang mula menerjah hatinya. Monika yang sudah mula panik merapatkan badannya kepada Shin dan memegang lengan Shin. Monila berasa gementar. Sementara mereka bertiga sedang berkira-kira untuk menuju arah ke mana tiba-tiba datang sekumpulan orang yang beruniform serba biru mengelilingi mereka.

“Jangan bergerak! Kamu semua telah di kepung!” Kedengaran satu suara yang garau dari salah seorang dari kumpulan beruniform itu. Hazim, Shin dan Monika membatukan diri. Mereka juga tak berani hendak membuat yang tidak patut di tempat yang ganjil begini.

“Mari ikut kami ke istana Puteri Suki,”mereka di arahkan supaya berjalan dengan segera. Mereka bertiga di bawa berjalan memasuki sebuah kenderaan seperti sebuah kapal yang terapung di atas tanah. Seakan kenderaan ‘hovercraft’ tetapi bukan. Kenderaan ini kelihatannya lebih canggih lagi dan laju dengan bunyi enjin yang senyap. Monika masih lagi menempel di sisi Shin. Seluruh anggota badannya gementar dan dia rasa bagai tak mampu untuk berdiri lagi. Lemah segala otot-otot kakinya. Hazim masih lagi tersenyum, seakan-akan memberikan sokongan dan keberanian untuk Monika. Hazim menyentuh lengan Monika.

“Janganlah bimbang. Mereka ni nampaknya macam spesis yang tak makan orang,” bisik Hazim sambil matanya memandang kepada salah seorang pengawal terbabit. Monika membeliakkan matanya. Perasaan bimbang mula menerpa hatinya, “Makan orang?” Monika mula rasa takut.

“Hazim! Janganlah buat Monika takut! Kita tak tahu lagi situasi kita macam mana. Lagi pun kita di mana pun masih belum diketahui lagi tau. Janganlah menambahkan lagi panik yang dah ada sekarang ni. Kalau Monika menangis awak nak pujuk ke?” Shin mula naik radang dengan Hazim yang ingin bergurau tu, tetapi tidak bertempat.

“Maaf, maaf. Saya tak bermaksud nak menakutkan Monika. Cuma berharap agar dia lebih positif dan berani lagi” jelas Hazim sambil mengangkat kedua-dua tangannya meminta maaf. “Monika cuba awak fikir ye, awakkan sukakan sains. Inilah masanya untuk awak mengkaji kenapa rumput di sini warnanya ungu...” sambung Hazim lagi memberikan galakan. Hazim terus memandang ke hadapan. Di hadapan mereka tersergam sebuah bangunan yang sangat indah bagaikan disaluti dengan batu-batu permata di mana cahayanya sungguh berkilauan. Mereka di bawa masuk dan sampai di satu bilik yang besar dan berbau harum, Hazim melihat-lihat sekeliling dan dia ternampak kawan-kawannya yang lain. Hakim, Danial dan Amani. Rupa-rupanya mereka sudah berada di sini lebih dulu dari mereka!

“Di sini rupanya kamu semua ye!” Laung Hazim lega kerana dapat berjumpa semula dengan kawan-kawannya yang lain-lain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.