Home Cerpen Kisah Hidup Peduli Insan: Kisah 4
Peduli Insan: Kisah 4
nzamwhid
15/10/2018 08:21:01
1,779
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

PEDULIINSAN

Denyut nadi gelandangan: Adam dan Fiona IV

 

 

“Sul, kau ada kerja kosong tak?”

“Aku ada satu asnaf perlukan kerja. Kalau dia jadi rider kau macamana?”  Aku menghubungi sahabat aku, menanti jawapandarinya. Shamsul adalah sahabat aku sewaktu bersekolah di SM Damansara Utama(SMDU) dulu. Dia seorang usahawan. Apa saja kerja selagi boleh mendatangkanduit semua dia buat. Dari MLM, Catering,entah apa lagi bisnes semua dia ambil. Kebetulan dia baru saja memulakan bisnesfood delivery. Maka, ayah Adam diambilbekerja di bawah syarikatnya itu. Lebar senyuman ayah Adam apabila menerima gajiyang pertama. Syukur pada Tuhan kerana kurniakan aku dengan kawan-kawan yangbanyak menyokong aktiviti HUMANITY.

 

Tahun ini Adam akan mendaftar untuk pra sekolah. Nakdijadikan cerita, sekolah yang aku hubungi untuk kemasukan Adam telah penuh.Puas aku pujuk Guru Besar sekolah itu agar menerima Adam. Aku ceritakan kisahkeluarga mereka bagi meraih simpati, namun hampa. Pra sekolah memang telahditetapkan oleh pihak kementerian maksimum satu kelas hanya 25 orang. Tidakboleh lebih kerana semua peruntukan dan bajet makanan mengikut bilanganpelajar. Dia menyuruh aku mencuba di sekolah lain yang berdekatan. Katanya mungkinada kosong lagi.

 

Aku menghubungi nombor yang diberi. Alhamdulillah. Sekalilagi Tuhan mudahkan urusan aku. Kebetulan masih ada satu lagi kekosongan disekolah itu. Pesan Guru Besar, datang saja ke sekolah dahulu. Bab duit janganfikir, biar sekolah uruskan. Sekali lagi syukur kepada Tuhan dikenalkan dengan GuruBesar yang baik hati.

 

Dari kehidupan jalanan hingga mempunyai tempat tinggalyang selesa. Dari tidak mempunyai sumber pendapatan, kini sudah bekerja. Satusahaja lagi yang keluarga ini perlukan: Istiqamah! Tanpa perkara ini, buatlahapa pun, semua pasti ke laut!

 

 

Tahun 2017.

 

Sudah dua tahun aku bersama HUMANITY. Kumpulan yangaku asaskan untuk membantu mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur danSelangor. Hubungan aku dengan ayah Adam masih berjalan lagi. Adam kini sudahbersekolah darjah 1. Ayahnya pula sudah tidak bekerja dengan sahabat akuShamsul, tetapi dia memilih untuk mengikut syarikat food delivery lain yang lebih kukuh. Gajinya mencecah lebih RM2ribu sebulan. Aku tidak kisah, asalkan itu yang terbaik buat mereka sekeluarga,aku tumpang gembira.

 

Beberapa hari lepas, aku terjumpa mereka sekeluarga diparkir kereta, tempat di mana pertama kali aku menjumpai Adam. Mereka kinisudah berkereta, Proton Wira terpakai yang dibeli daripada atuk Adam. Ayah Adamkini umpama mata dan telinga aku dalam komuniti gelandangan. Sekiranya akuingin mendapatkan info sahih tentang individu dari dunia gelandangan, dialahsumber aku. Memandangkan dia sendiri sudah lama bercampur dan hidup bersamakomuniti itu, banyak maklumat sebenar aku berjaya korek bagi tujuan semakansebelum sebarang bantuan dihulurkan. Sebahagian daripada golongan ini sukamengubah dan menokok tambah cerita demi meraih simpati masyarakat. Keranaitulah tabayyun perlu sebelum sesuatu itu disebarkan. Hentikan fitnah di mediasosial, khususnya fitnah terhadap agama.

 

Kadang-kala terlintas juga di hati betapa teruknyasikap segelintir gelandangan ini. Tetapi pesan sahabat sukarelawan yang lainsentiasa terpateri di sanubari. Apabila kita menceburi bidang ini, lawan semuaperasaan negatif dan syak wasangka. Itu semua penyebab kualiti sedekah ataubantuan kita diragui. Fokus hanya pada bantuan dan cuba menyelesaikan masalah. Kitabukan Tuhan!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.