Home Cerpen Kisah Hidup Peduli Insan: Pisahkan Adam (Kisah 2)
Peduli Insan: Pisahkan Adam (Kisah 2)
nzamwhid
17/10/2018 16:51:10
1,919
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

PEDULIINSAN

Denyut nadi gelandangan: Pisahkan Adam II

 

Aku tidak ingat sudah berapa lama aku tidak berjumpa denganIta dan Adam. Mereka pun jarang berada di SEGI kolej. Kawasan mereka sekitarBangkok bank, Pasar Seni dan dataran bank. Sebelum ini aku memang rajin bertemumereka dua beranak, Ada saja makanan atau mainan yang aku bawa untuk Adam.

 

HUMANITY banyak membuat agihan makanan sekitar JalanSilang dan SEGI kolej sahaja. Bangkok bank dan dataran bank memang jarang kamipergi. Jumlah makanan yang kami bawa pun tak banyak, lingkungan 250-400 bungkusnasi lemak. SEGI kolej sahaja kadang-kala tidak cukup dengan 200 bungkus.

 

Malam itu usai mengagihkan makanan, aku bergerak keBangkok bank. Dengan ditemani sahabat HUMANITY, aku perlu berjumpa dan memujuk Itasupaya menerima cadanganku. Aku berjaya menghubungi seorang ustaz dari rumahperlindungan Saffiyah. Dia bersetuju untuk menerima Adam dengan syarat si ibuperlu turut sama dan menjadi pembantu rumah perlindungan itu. Makan, minum dan tempattinggal semua disediakan. Adam sebenarnya tidak layak untuk memasuki rumahperlindungan itu kerana faktor umur. Atas budi bicara, dia diterima masuksekiranya si ibu turut serta. Suka aku dengar tawaran dari ustaz. Aku harapkandengan perkhabaran gembira ini, Ita dan Adam akan turut gembira mendengarnya.Tetapi lain pula respon yang aku terima.

 

“Tak apalah bang, saya nak kahwin dah …”

 

“Aaaah? Kahwin dengan siapa?” Aku sedikit terkejut. Susahpayah aku berusaha dapatkan tempat tinggal untuknya, tiba-tiba dia bercakap tentangkahwin.

 

“Ni haa bakal suami saya,” dia menarik lelaki disebelah lalu menolak ke arahku. Aku menghulur tangan sebagai salam perkenalan.

 

“Betul ke nak kahwin? Dah sedia? Kursus dah ambik?” Bertalu-talusoalan aku beri kepada lelaki itu.

“Saya dah fikir masak-masak bang. Semua dah dalam plansaya. Lepas kahwin kami akan balik Kg Kubu Baru. Duduk dengan nenek saya. Lagipun keluarga saya di Damansara Damai memang tidak mahu saya lagi.” Tenang diamenjawab semua, satu persatu.

 

Lama aku merenung pasangan ini. Pelbagai nasihat danteladan telah aku kongsikan, mengharap Ita berubah hati, mendengar pujukan daripadaaku dan rakan. Lelaki tadi pula hanya diam membersihkan badan Adam dengan tisubasah, bersiap untuk menidurkannya. Gaya lelaki itu seperti berpengalamanmenjaga anak kecil. Aku memandang rakan di sebelah, memberi isyarat. Kami bergerakmenjauhi pasangan itu, berbincang sebentar. Akhirnya kami mengambil keputusanuntuk mengalah. Beri mereka peluang. Mungkin mereka bersungguh untuk mengubahnasib hidup, siapa tahu. Tuhan penentu segala. Malam itu aku dan kawanmelangkah pulang dengan seribu satu perasaan.

 

Aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasa. Adakahperlu bergembira dengan keputusan mereka atau merasa sedih tidak dapatmenyelamatkan Adam? Berbulan lamanya bersama mereka, cuba memasuki dunia ‘keluarga’mereka untuk meraih kepercayaan. Tapi apa yang aku rancang tidak menjadi kenyataan.

 

“Doa sajalah pada Tuhan. Moga-moga Tuhan pelihara,lindung mereka sekeluarga,” pujuk teman sambil menepuk bahuku. ‘Moga kauselamat Adam.’ Doaku dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.