Home Cerpen Kisah Hidup Peduli Insan kisah 3
Peduli Insan kisah 3
nzamwhid
14/10/2018 23:14:06
1,943
Kategori: Cerpen
Genre: Kisah Hidup

PEDULI INSAN

Denyut nadi gelandangan: Adam dan Fiona III

 

 

Beberapa kali aku menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui nombor yang aku Google. Ya Subhanallah! Benar-benar menguji tahap kesabaran. Entah apa aku maki staff JPN yang menjawab panggilan, aku sendiri tidak ingat, terlalu banyak! Kalau tidak tahu, cakap saja tidak tahu. Sambung saja panggilan kepada unit yang bertanggungjawab. Mengapa pula nak jadi hero bagai, apabila ditanya langsung tiada jawapan. Hasil daripada peristiwa amukan aku dalam telefon tempohari, aku dibuka ruang oleh Tuhan dapat berkenalan dengan seorang staff JPN dari Putrajaya. 

 

Lega rasanya, Puan Azura sangat membantu. Aku tidak perlu beratur untuk uruskan permohonan surat beranak Adam. Sampai saja di JPN, aku terus hubunginya. Dia akan lakukan A-Z. Terima kasih puan Azura. Dunia akhirat aku tidak lupa jasa baik puan. Banyak perkara aku belajar bagaimana untuk menguruskan kes lambat daftar kelahiran ini. 

 

Aku masih ingat jawapan daripada ayah Adam apabila ditanya olehku pada suatu petang. “Kenapa eh abang tak buat surat beranak Adam? Dokumen dia lengkap semua, tak ada masalah.”

 

“Bukan abang tak mahu buat Zam, tapi tak sanggup asyik kena marah je.”

 

“Kena marah pasal apa? Siapa marah?” 

 

“Tiap kali abang nak register, orang di kaunter tu akan sindir, marah pasal kenapa abang tak kahwin dulu. Kau tau kan Adam anak tu anak luar nikah…” Perlahan suaranya. Dia menghela nafas menahan sebak, lalu dilepas panjang bagai melepas semua duka yang kian lama terpendam. Mungkin menyesali apa yang telah terjadi, entah aku sendiri tidak pasti. Aku biarkan saja dia tunduk nmembisu sambil mengacau kopi o panas dalam gelas di depannya. 

 

“Tak apalah bang benda dah lepas. Sekarang semua dah selesai. Fikir akan datang, ok?” Pujukku sambil menepuk bahu ayah Adam. Dia mengangkat muka, memandangku. Getaran suaranya perlahan, “Terima kasih Zam ...” Aku hanya tersenyum. Nescaffe tarik yang aku hirup terasa begitu manis sekali. Puas rasanya!

 

Sebelum itu, aku telah panjangkan kes Adam ini kepada pihak Baitulmal. Alhamdulillah, pihak Baitulmal setuju untuk memberi bantuan sara hidup bulanan dan bantuan sewa rumah setiap bulan. Baitulmal menyuruh pasangan itu mencari rumah sekitar Kuala Lumpur (KL). Maksimum sewa yang boleh dibantu ialah RM500 sebulan. 

 

Kalau kau nak tahu, ini adalah kes pertama aku berurusan dengan Baitulmal. Waktu itu dalam fikiranku, semuanya adalah negatif tentang Baitulmal, pemalas, tidak buat kerja, makan duit dan entah apa lagi. Terlalu banyak cerita yang sering dibaca dalam Facebook. Akibat terpengaruh dengan fitnah, kehadiran aku ke institusi yang bertanggungjawab membuat agihan zakat di KL itu dengan cara yang agak aggresif. Kalau diingat semula, malu aku pada semua ustaz di Baitulmal. Sungguh, memang malu. Banyak dosa aku terhadap mereka.

 

Dipendekkan cerita, Tuhan perkenankan doaku. Google demi Google, terjumpa iklan rumah untuk disewa, lokasi Alam Damai. Harga sewa yang diminta RM500 sebulan. Tanpa membuang masa aku terus menghubungi owner rumah lalu menerangkan panjang lebar kepadanya tentang asnaf dan bantuan sewa rumah daripada Baitulmal. Dia bersetuju untuk mengadakan pertemuan melibatkan keluarga Adam dan pihak Baitulmal. 

 

Petang itu aku hadir ke Baitulmal bersama owner rumah sewa dan keluarga Adam. Ada beberapa borang yang perlu dilengkapkan sebelum dihantar. Memandangkan mind set aku waktu itu masih negatif terhadap institusi zakat, maka berlakulah adegan tinggi suara antara aku dan staff perempuan Baitulmal. Mujur semuanya dapat diselesaikan oleh staff yang lain. Syukur Tuhan, semuanya berjalan lancar. Beberapa minggu selepas itu, keluarga Adam boleh berpindah masuk. Semuanya berlaku dengan agak mudah dan pantas walaupun ia adalah kes pertama bagiku.

                           

Beberapa hari kemudian.

 

Petang itu, aku membawa anakku Adam untuk turut serta membantu kami mengangkat barangan keluarga Adam dan Fiona berpindah rumah. Tiga orang teman HUMANITY telah lama menunggu aku di sana. Berseri wajah ibu dan ayah Adam apabila dapat berpindah ke rumah baharu. Sesuatu yang mereka langsung tidak terfikir akan berlaku. 

 

“Abang betul-betul ucap terima kasih pada kau zam ...” Ayah Adam memegang tanganku.

“Tak sangka dapat rumah sendiri, dapat bantuan bulanan lagi. Terima kasih zam, terima kasih ...” Ujarnya lagi. Riak mukanya nampak gembira, teruja dengan apa yang berlaku. Aku hanya tersenyum, puas dengan apa yang telah kami, HUMANITY semua usahakan. Ini adalah tugasan pertama HUMANITY, namun kami berjaya lakukannya hingga selesai. Fasa berikutnya adalah cuba mendapatkan kerja untuk ayah Adam. 

 

“Abang, lepas ni abang jangan bawa Adam dan Fiona lepak kaki lima di KL,” pesan aku pada ayah Adam. “Abang dah ada rumah. Kalau nak pergi ambil nasi, biar abang sorang saja.” 

“Kalau abang masih buat lagi saya akan panggil JKM datang ambik anak abang!” Ugut aku padanya. Walhal ketika itu aku belum ada sebarang pengalaman berhubung dengan JKM lagi.  

 

“Abang kena ingat eh, kisah abang dah dua kali masuk surat khabar.”  Pesanku pada ayah Adam. “Semua orang dah tahu abang ada rumah yang Baitulmal tolong bayarkan. Jadinya tidak perlu lepak kaki lima bawak anak isteri,” tegasku lagi.

 

 “Nanti orang ingat Baitulmal tak tolong, jadi fitnah!”

 

“Ok Zam, abang tak buat, janji.” Dia menjawab. 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.