Home Cerpen Cinta Hukuman cinta
Hukuman cinta
Norhashimah Awang
28/12/2012 12:08:53
10,819
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Syyyy”

Dalam beberapa saat, dewan kuliah yang dipenuhi mahasiswa seramai seratus lima puluh orang terus senyap. Mata masing – masing terarah ke pintu masuk sebelah kanan di hadapan dewan. Melangkah gagah seorang pemuda di awal usia 30an. Inilah pensyarah yang mereka tunggu-tunggu sejak sebulan lepas. Sebelum ini pensyarah lain yang mengajar mereka memandangkan pensyarah yang baru melangkah masuk ini menyambung cuti lagi kerana masalah keluarga. Maklumat tersebut mereka perolehi daripada pensyarah yang menggantikan tempatnya.

Pensyarah tersebut mengambil tempat di depan dewan. Para pelajar di dalam dewan ini mula berbisik-bisik. Entah apa yang mereka bisikkan. Mengumpat ataupun memuji. Aini yang turut sama memandang pensyarah baru mereka hanya mampu mengerdipkan matanya beberapa kali. Tidak mempercayai apa yang sedang dilihatnya. Wajahnya jelas tampak terkejut dan pucat. Dia mula mengingati kata-kata kak longnya.

‘Zaman sekarang ni sekejap je kita akan dapat balasan di atas setiap apa yang kita lakukan. Buat baik dapatlah balasan baik. Buat jahat dapatlah balasan jahat. Jangan fikir kita boleh terlepas dari setiap perbuatan kita. Jangan sesekali pandang hina kerana penampilan atau rupa paras seseorang itu. Ingat kita pun bukannya sempurna sangat, bukan kaya raya. Jangan kerana dia pakai selekeh terus kita memperlekehkannya tanpa mahu mengenalinya”

‘Bukan nak pandang hinalah kak long. tapi tengoklah dia tu. Orang busuk macam tu nak dijodohkan dengan adik? Tak naklah. Bukan sebab orang nak yang sempurna atau yang kaya raya. Tapi kalau boleh biarlah yang senonoh sikit. Yang ada kerja tetap. Ini tak, orang kampung yang tanam padi jugak ayah pilih. Macamlah budi yang ditaburkan besar sangat sehingga adik yang kena balas jadi bini dia’

Kelihatan kak long menggelengkan kepalanya. Anak manja. Cakapnya tak pernah berlapik. Yang dia tahu kepuasan hatinya. Yang dia tahu mengeluarkan pendapat tanpa memikirkan perasaan orang lain. Yang dia tahu hanyalah apa yang dia inginkan.

‘Fikir dulu sebelum berkata-kata. Tak rasa ke selepas ni adik kena tarik balik kata-kata adik tu. Jangan dihina orang kampung sebab adik pun asal usulnya orang kampung jugak’ Suara kak long semakin nyaring. Barangkali geram dengan kata-katanya.

Tapi dia peduli apa. Tak suka, mestilah dia cakap tak suka. Takkanlah hendak berpura-pura suka pula. Padahal ini soal masa depannya.

Mungkin dia mendengar apa yang mereka perbualkan. Dia mencelah.

‘Tak apalah kak long. kalau dia tak setuju, jangan dipaksa. Pertolongan yang saya hulurkan tak minta balasan. Sekadar ucapan terima kasih pun dah memadainya’

‘mana boleh. Ini amanat arwah ayah kak long’

‘tak apa. Tak ditunaikan pun tak apa’

Pssst.... Nak tahu kisah selanjutkan kena dapatkan antologi cerpen yang bakal diterbitkan tak lama lagi... :)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.