“Syyyy”
Dalam
beberapa saat, dewan kuliah yang dipenuhi mahasiswa seramai seratus lima puluh
orang terus senyap. Mata masing – masing terarah ke pintu masuk sebelah kanan
di hadapan dewan. Melangkah gagah seorang pemuda di awal usia 30an. Inilah
pensyarah yang mereka tunggu-tunggu sejak sebulan lepas. Sebelum ini pensyarah
lain yang mengajar mereka memandangkan pensyarah yang baru melangkah masuk ini
menyambung cuti lagi kerana masalah keluarga. Maklumat tersebut mereka perolehi
daripada pensyarah yang menggantikan tempatnya.
Pensyarah
tersebut mengambil tempat di depan dewan. Para pelajar di dalam dewan ini mula
berbisik-bisik. Entah apa yang mereka
bisikkan. Mengumpat ataupun memuji. Aini yang turut sama memandang pensyarah
baru mereka hanya mampu mengerdipkan matanya beberapa kali. Tidak mempercayai
apa yang sedang dilihatnya. Wajahnya jelas tampak terkejut dan pucat. Dia mula
mengingati kata-kata kak longnya.
‘Zaman sekarang ni sekejap je kita
akan dapat balasan di atas setiap apa yang kita lakukan. Buat baik dapatlah
balasan baik. Buat jahat dapatlah balasan jahat. Jangan fikir kita boleh
terlepas dari setiap perbuatan kita. Jangan sesekali pandang hina kerana
penampilan atau rupa paras seseorang itu. Ingat kita pun bukannya sempurna
sangat, bukan kaya raya. Jangan kerana dia pakai selekeh terus kita
memperlekehkannya tanpa mahu mengenalinya”
‘Bukan nak pandang hinalah kak
long. tapi tengoklah dia tu. Orang busuk macam tu nak dijodohkan dengan adik?
Tak naklah. Bukan sebab orang nak yang sempurna atau yang kaya raya. Tapi kalau
boleh biarlah yang senonoh sikit. Yang ada kerja tetap. Ini tak, orang kampung
yang tanam padi jugak ayah pilih. Macamlah budi yang ditaburkan besar sangat sehingga adik yang kena balas jadi
bini dia’
Kelihatan kak long menggelengkan
kepalanya. Anak manja. Cakapnya tak pernah berlapik. Yang dia tahu kepuasan
hatinya. Yang dia tahu mengeluarkan pendapat tanpa memikirkan perasaan orang
lain. Yang dia tahu hanyalah apa yang dia inginkan.
‘Fikir dulu sebelum berkata-kata.
Tak rasa ke selepas ni adik kena tarik balik kata-kata adik tu. Jangan dihina
orang kampung sebab adik pun asal usulnya orang kampung jugak’ Suara kak long
semakin nyaring. Barangkali geram dengan kata-katanya.
Tapi dia peduli apa. Tak suka,
mestilah dia cakap tak suka. Takkanlah hendak berpura-pura suka pula. Padahal
ini soal masa depannya.
Mungkin dia mendengar apa yang
mereka perbualkan. Dia mencelah.
‘Tak apalah kak long. kalau dia tak
setuju, jangan dipaksa. Pertolongan yang saya hulurkan tak minta balasan.
Sekadar ucapan terima kasih pun dah memadainya’
‘mana boleh. Ini amanat arwah ayah
kak long’
‘tak apa. Tak ditunaikan pun tak
apa’
Pssst.... Nak tahu kisah selanjutkan kena dapatkan antologi cerpen yang bakal diterbitkan tak lama lagi... :)