Home Cerpen Cinta Cinta ini.
Cinta ini.
Norhashimah Awang
27/11/2012 17:07:48
3,031
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Hai...”

“Hai.. apa cerita hari ni”

“tak ada apa.. macam biasa je” Ada senyuman terukir di bibir. Berbicara dengannya bagaikan dapat melepas rindu. Hairankan? Aku tak pernah kenal dia tapi kami selalu berkongsi cerita. Pada dia, aku luahkan rasa sedih dan tekanan yang aku hadapi ini. Dia pula tidak pernah mengeluh. Pandai menjadi pendengar setia dan sesekali menasihati dan juga memberikan pendapat.

“Awak tahu tak?”

“Dah tentu saya tak tahu, tapi kalau awak cerita pasti saya akan tahu”

“Dia dah kembali”

“Dia? Siapa dia?”

“Orang yang saya lukakan hatinya dulu”

“Hmmmm... Awak suka dia kembali?” Aku bertanya lagi.

“Entahlah. Ada rasa bersalah di dalam hati. Saya yang salah bukan dia. Dan saya tengok dia masih seperti dulu.”

“Awak masih rindu dan mengingatinya?”

Sepi, yang kedengaran suara latar di sana. Bunyi radio yang mengalunkan lagu mungkin. Ataupun CD yang dipasang. Aku menghayati lagu yang kedengaran itu. Niat hati tak nak berpisah..

Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Inginku bertemu denganmu
Biarpun hati ini
Menyatakan benci
Namun hakikat
Kau masihku sayang

Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakan daya jodoh tiada

Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih

Sungguh tidakku sangka
Akhirnya begini
Sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang
Yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali

Aku pula yang terasa sendunya. Walau tak pernah berjumpa, kami selalu bercerita. Rahsianya menjadi rahsiaku, Rahsiaku menjadi rahsianya. Cuma satu rahsia hatiku yang takkan kubongkarkan, aku suka padanya.

Lama kami membiarkan talian sepi walaupun masing-masing mendakap telefon di telinga.

“Kenapa? Apa yang awak fikirkan?”

“Kenapa dia kembali? Kenapa dia muncul di saat hati saya telah mula melupainya”

“Mungkin kerana di hatinya telah tiada nama awak, mungkin juga dia kembali kerana ingin membuktikan tanpa awak pun dia masih boleh hidup bahagia”

“Mungkin betul cakap awak, dia kembali sebab hendak membuktikan bahawa dia telah bahagia. Kalau awak nak tahu dia telah pun bertunang. Tapi...”

Aku ketawa. Cuba untuk mengikhlaskan ketawa itu. Cuma aku yang tahu makna tawa itu.

“Tapi lagi... kenapa awak rasa di matanya masih ada sinar cinta untuk awak? Masih lagi terpancar kasihnya seperti dulu”

“Haaa.. betul pun. Pandai awak meneka. Apa yang saya rasa, awak boleh tahu ek”

“Sesiapa pun boleh tahu kalau ayat yang awak guna tu ayat skema. Dalam novel cinta berlambak sama dengan ayat-ayat yang awak katakan itu”

Aku tahu dia tersengih panjang.

“Jadi awak rasa apa yang perlu saya buat?” Dia bertanya. Ingin buah fikiranku.

“Lah.. mana yang saya tahu. Hidup awak, biar awak sendiri yang tentukan.”

Dia terdiam. Aku pun turut terdiam.

“Awak marah?” Dia bertanya pula.

Aku mengerutkan kening. Untuk apa harus ada rasa marah itu. Kenapa pula aku harus marah sedang antara aku dan dia tiada ikatan. Tiada rasa. Itulah yang aku rasa di sepanjang persahabatan ini. Hatinya tiada rasa untukku. Bukan seperti hatiku. Aku pura-pura ketawa.

“Kelakarlah awak ni. Apa motis saya nak marah pula?” Soalku kembali.

“cemburu mungkin?”

“Mengarut. Tak ada makna saya nak cemburu. Kita ni, pernah ke bertemu dan bertentang mata?”

“tak pernah”

“dan siapa yang tak mahu pertemuan itu?”

“saya” jawabnya.

“Haaa.. pandai pun. Jadi dari situ saya tahu di mana letak duduknya saya ni. Kita kawan. Teman tapi mesra melalui talian hayat ini.”

“Andai awak temui bahagia terlebih dahulu. Alhamdulillah.. saya ucapkan syukur pada-Nya”

“Mana awak tahu saya akan temui bahagia dulu?” tingkahnya.

“sebab dari suara awak. Saya dapat menilai. Walaupun dia telah bertunang, saya rasa awak masih punya harapankan?”

“Saya rasa dia mesti ada masalah dengan tunang dia tu, betul tak?”

Dia terdiam lagi. dan aku terus menunggu. Aku tidak mahu mendesaknya. Aku juga tahu impian yang aku bina sendirian telah mula retak. Namun hati ini masih lagi mampu tersenyum. Masih lagi ingin mendengar bicaranya.

“Awak amat memahami. Dia.. tak serasi dengan tunangnya. Tapi saya tahu bukan dari mulutnya sendiri. Dari teman saya yang juga temannya.”

“bagusnya.. awak tentu berpeluang untuk bersamanya lagi”

“tidak.. bukan cara saya melukakan hati lelaki lain”

“itu kata mulut awak. Hati awak lainkan?” Sama seperti diriku kini. Di mulut lain bicara, di hati lain bicaranya.

“Awak.. jarang orang dapat peluang ke dua tahu? Awak tentunya amat bertuah. Dapat peluang kedua itu mungkin nanti. Jadi jangan lepaskan dia. saya tahu selamanya hati awak tetap mengharapkan dia kembali ke sisi awakkan?”

Dia masih lagi terdiam. Mungkin berfikir tentang apa yang aku katakan ini.

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Aku terasa ingin menangis. Lagu Anuar Zain benar-benar menyentuh hatiku.

“Oklah awak. Malam kian larut. Mata saya pun hampir tertutup. Lain hari, kita bicara lagi ya”

“Assamualaikum” aku memberi salam dan tanpa menunggu balasan, talianku putuskan.

Dari balkoni bilikku, aku merenung dada langit. Bintang-bintang berkerlipan. Bulan mengambang penuh. Oooh malam ini tentunya malam 15 haribulan. Pertengahan bulan tentunya bulan akan mengambang. Cantik. Taburan bintang-bintang amat indah. Yang terang yang jelas tetap memberikan kerlipan yang cemerlang. Hatiku ingin jadi seperti bintang dan bulan itu, menghiasi malam tanpa lelah. Menghiasi malam agar menjadi indah. Aku ingin menjadi seperti bintang-bintang, ikhlas menemani bulan yang sendirian. Aku ingin menjadi seperti bulan, yang tersenyum dan bersinar terang mengiringi bintang-bintang yang beribu. Saling iring- mengiringi tanpa lelah. Tanpa rasa bersalah. Bersama dan selamanya bersama.

Bibirku mengukir senyum. Namun aku insan biasa. Dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai khalifah di bumi ini. Punyai naluri yang pelbagai. Punyai cabaran yang berliku-liku. Hati yang disinggahi rasa ini, cepat benar kelatnya. Adakah kerana aku meletakkannya di tempat yang salah?

Seminggu berlalu.

Telefonku kian sepi. Sesepinya hatiku. Ada keinginan untuk bersms, ada keinginan untuk mendengar suaranya. Namun egoku tetap melarang. Jiwanya dilanda ribut asmara. Biarlah dia sendirian dulu. Biarlah dia menentukan apa yang hatinya inginkan. Aku tetap ditemani malam yang kian sepi.

Sehinggalah lewat malam itu, deringan telefonku memecah kesunyian malam. Aku menoleh. Ada rasa masam bermukim di hati. Aku tahu dia yang menghubungiku kerana tiada lagi orang lain yang punya masa untuk menggangguku di lewat malam ini. Ada rindu, ada gembira dan juga duka. Perlahan-lahan aku mengangkat telefon tersebut.

“Hai...” suaranya menyapa dahulu.

“Hai..” Aku pula menyapa.

“kenapa lama tak call dan sms?” terus aku dihujani pertanyaan.

“Sibuk. Balik lewat. Sampai rumah dah letih”

“jangan selalu balik lewat. Awak tu dah lah perempuan. Jalan pula sorang-sorang. Jaga diri tu. Sekarang ni macam-macam perkara tak elok berlaku” dia membebel. Begitulah dia selalu. Terlalu mengambil berat. Kerana sikapnyalah aku jatuh kasih.

“Dah biasa. Bukan jauh mana pun. Insyaallah takkan ada apa-apa.”

“So macam mana?” Aku menyoal tanpa berbasa basi lagi kerana aku tahu dari nada suaranya ada cerita gembira yang dia ingin kongsikan bersamaku

“Dia dah putus tunang. Dan dia datang mencari saya. Sedih dengar ceritanya. Rupa-rupanya dia juga menderita di atas perpisahan ini. Dia hampir gagal pengajiannya. Dia hampir kena diberhentikan. Mujurlah pihak universiti meluluskan cutinya selama satu semester. Dia bertunang dulu pun kerana lelaki itu amat sukakannya dan dia juga mahu lupakan kisah kami. tapi puas dia cuba menyukai lelaki itu, namun tak berjaya. Lalu dia mengambil keputusan mengakhiri semuanya sebelum tunangnya itu terluka dari teruk”

“Jadi awak dan dia dah kembali bersama?” Aku bertanya dalam senada. Hati ini telah mula menangis. Janganlah terkesan pula oleh dia dicorong sana.

“Kami mulakan semula sebagai kawan. Saya merasa kekok. Ada segan dan juga bersalah. Perpisahan dulu kerana saya. Silap saya tapi dia tetap memaafkan saya. Jadi salahkah saya memberikan peluang kepada hati kami untuk kembali menjalin rasa, menyambut rindu dulu, membaja kasih dulu agar menjadi bunga-bunga cinta yang lagi indah dari semalam?”

“tak salah. Tindakan awak betul. Dan dia seorang yang bertuah kerana menjadi pilihan awak dulu dan kini” balasku. Ada sebak di dalam suara ini.

“Eh.. bateri dah nak habis. Oklah.. lainkali kita bicara lagi” terus talian ku matikan. Manik-manik jernih tanpa menunggu lagi turun membasahi pipi ini. Ketawa dalam tangisan. Gembira dalam duka. Dan bulan dan bintang tetap juga menyinari malam.

Masa kian berlalu. Aku dan dia kian terpisah dek masa. Sengaja aku memencilkan diri. Sms yang diterimaku jawab seadanya. Telefon yang berderingku pandang sepi. Ah hati.. jangan lagi cuba menyakiti. Biarkanlah ia berlalu tanpa disedari. Sedarlah wahai hati... cinta tak semestinya bersatu. Cinta tak semestinya mengundang bahagia. Cinta tak semestinya diulit cerita yang indah-indah.

Aku masih lagi tersenyum. Menyusuri hari demi hari. Minggu demi minggu

+Kenapa awak tidak angkat telefon?”

-Maaf saya sibuk skit. Kena oustation”

+takkan tengah malam pun kerja?”

-mlm2 sy tido awal”

+tipu. Awk sengaja mengelakkan diri”

-apa ke halnya sy nk mengelak diri. Sy letih. Lupa nk beritahu awk, sy dah tukar keje’

+sampai hati. Sy dah tak penting ke bagi awk’

-dari dulu pun mmg bkn org penting. So mcm mana skrg awk n dia’

+haa itulah yg sy nk beritahu, hujung bulan depan kami akan kawin. Bg alamat awk. Sy nk antar kad’

-oooowh.. tahniah. Akhirnya awk bersama dengan dia jugak. Sy tumpang bahagia sekali :D’

Lalu aku terus menyepi.

**************

Dia cantik. Dia yang menjadi igauan dan pujaanku dulu. Pagi tadi dengan sekali lafaz dia telah menjadi milikku. Namun kenapa di hati ini ada ruang kosong. Bukankah selama ini aku cintakan isteriku yang cantik ini. Kekasihku sejak dulu. Tapi kenapa? Aku sendiri tidak memahami apa kehendak hati ini sebenarnya.

Kenapa aku merasakan aku merindui seseorang. Sebelum kahwin, bila rindu aku akan bersms dengan ratu hatiku ini. Sesekali aku akan sms juga si dia. dan rindu itu akan hilang. Tapi malam ini, walaupun kekasih hatiku telah berada di hadapanku dengan senyuman manisnya, tidak dapat memenuhi ruang kosong itu. Tangan ini begitu pantas memberi sms demi sms. Namun sepi. Tiada lagi balasan. Tiada lagi teman bicara.

Adakah aku silap menilai hatiku sendiri. Cinta itu sebenarnya untuk si dia bukan dia yang telah bergelar isteriku. Aku meraup wajah. Ada sesalan yang tak mampu ku ungkap. Akhirnya dari berpuluh-puluh sms yang ku hantar, terjawablah satu.

+slm. Selamat pengantin baru. Malam pertama patutnya bercanda dgn isteri sendiri tp awk tak habis2 ganggu sy. Cukuplah sampai di sn. Antara kita Cuma tinggal kenangan. Ikatan yang terpatri antara awak dan isteri adalah tembok yang menghalang persahabatan ini. Jgn ptgkan hati sendiri, jagalah hatinya. Kisah persahabatn kita telah tamat. Kisah awk dan dia baru bermula. Hargailah apa yang awk ada. Ttg sy. Jgn ditanya lagi. dari jauh iringi doa sy hulurkan agar rumahtangga awk bahagia hingga akhir hayat. Pandanglah wajahnya, di situ awk akan temui kasih sucinya khas utk awk”

-knp? Bknkah kita ttp shbt selamanya? Knp awk sampai hati putuskannya?”

+sebab hati ini tak pernah anggap awk sebagai sahabat. Hrp awk mengerti”

-knp awk tak beritahu sebelum ini!!

+molekkah perigi mencari timba?Sudahlah kisah kita telah tamat”

-sy br sedar sy sukakan awk. Rindukan awk lebih dr sahabat’

+J tq perasaan awk itu amat sy hargai. Tp segalanya telah terlambat. Sy redha. Cinta tak semestinya bersatu. Jodoh awk bkm dgn sy tapi dia. terimalah dia seadanya. Sayangi dia spt awk menyayangi dilewat musim cinta remaja awk dulu.’

Apa yang telah aku lakukan. Kenapa aku tidak menyedarinya selama ini. Kenapa?

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Baru ku tahu yang selama ini awaklah di hati saya. Menyesal kemudian tak ada gunanya. Langkah yang ku ambil tak mampu kuundurkan lagi. Perginya cinta itu, barulah ku tahu ia lebih berharga dari cinta dulu. Namun sayang cinta dulu juga yang kukejari.

“Abang... jom tidur” sapaan isteriku menyedarkan ku dari hanyut dalam arus perasaan.

Dalam kelat, aku tersenyum. Huluran tangannya ku sambut. Perjalanan hidup perlu diteruskan. Lagi sedetik lebih terus berdendang di dalam hati.

Nun.. jauh di sana, dia tetap ditemani malam yang sepi. Temannya tetaplah bulan dan bintang di atas sana. Menghiburkan hati. Terus hati dan bibirnya mengalun zikir pada-Nya. Selama ini dia alpa. Pabila hati dilanda kecewa barulah dia sedar dan kembali mencari cinta-Nya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.