Pagi yang indah. Seindah rasa segar
dijiwanya. Walaupun semalam dia tidur lewat dari kebiasaannya, namun dirinya
tetap bersemangat. Senyuman meniti di bibirnya. Mulakan hari di tahun baru
dengan ceria...yeah...
Nak buat apa hari ni ek...jalan-jalan? Tengok
tv? Atau sambung tidur lagi?
Dia berfikir sejenak. Atiah yang kuat
berfikir. Kononnya. Haa.. itulah dia namanya. Punyalah lama bercerita baru nak
kenalkan diri sendiri.
“Yaang... ohh yang..” tetiba ada suara yang
memanggilnya. Tanpa sempat berpaling sepasang tangan terus melingkari
pinggangnya. Dia tersenyum bahagia.
“Awal bangun?”bisiknya.
“Semangat tahun baru bang...” balasnya
bersahaja.
“Teringat kisah dulu ke?”
“Bukan main lagi orang tu jual mahal ya” ejek
si suami. Atiah tersengih.
“Habis tu takkan nak jual murah pulak macam
dia jual minyak tu” sindir –sindir sayang.
“Sebab jual minyak murahlah dapat tegur
sayang. Kalau tak jangan harap orang tu nak tegur”
“dah gadis melayu terakhir.. mana boleh nak
jual murah lak.. malulah..”
“Hari-hari abang berdoa tau agar ditemukan
dengan sayang semula. Dah orang tu jual mahal. Belum habis pertunjukkan bunga
api terus blah. Tak sempat nak risik nama dan nombor telefon lagi.. dah cabut”
“hahhahahaa.. mana boleh senang-senang
kasi... kena usaha skit dan orang pun tak de yakin sangat akan jumpa abang
lagi. tak de dok fikir-fikir atau doa-doa nak jumpa. Rupa pun samar samar je
ingat. Malam pulak tu” terangnya.
“tulaa. Cian kat abangkan.. rupanya abang je
yang beriya-iya”
“eh iya laa sangat. Kalau sayang tak sambut
iya-iya abang tu mana jadi macam sekarang ni” ejek Atiah lagi. mereka sama-sama
ketawa. Terkenang kisah dua tahun yang lalu.
Memang mereka berdua tidak menyangka,
keesokkan harinya pertemuan kali kedua terjadi. Kali ini lelaki yang ditemui di
puncak bukit itu sedang menemani ibunya membeli barang dapur di Giant Batu
Caves. Dia pula tetap keseorangan membeli barang keperluan hariannya.
Ketika itu dia leka memilih syampu. Hasrat di
hati ingin menukar syampu lain setelah syampu yang digunakannya tidak berapa
sesuai dengan kulit kepalanya. Tanpa disedari ada sepasang mata sedang
ralit memerhati dalam diam.
Sebaik sahaja dia berpaling, hampir sahaja
terlanggar orang disebelahnya. Tanpa melihat wajah dia terus meminta maaf dan
ingin berlalu dari situ. Tapi orang di hadapannya bagaikan sengaja mengacau.
Geram pun ada.
“Encik... boleh tepi skit” pintanya sopan.
Masih lagi belum melihat wajah lelaki itu. Malaslah.. lelaki miang. Makin di
layan, makin menjadi pula. Wajahnya terus beku. Malas mahu melayan dia
berpaling ke belakang dan ingin beredar dari situ.
“Asal kacau anak dara orang ni” bebel seorang
wanita.
“bukan kacau orang lainlah bu.. bakal menantu
ibu gak. tapi dia tu jual mahal. Pura-pura tak kenal pulak”
Aik.. siapa pulak ni. Bila masa pula dia jadi
calon menantu orang ni. Hairan di hati, hairan lagi dirinya. pantas dia
berpaling kembali. Dan tentunya dia terkejut.
“Hai...” Lelaki itu tersengih-sengih.
“Saya Adib.. ni ibu saya. Adibah” pantas dia
memperkenalkan dirinya.
Dia lagilah... tak pasal-pasal merah muka.
Tak pasal-pasal kena malukan di hadapan orang.
Lalu terus dia menghulur tangan ingin
bersalam.
“Alhamdulillah sampai gak hasrat ibu nak
tengok adib kahwin” terus ditarik dirinya ke dalam pelukan biarpun mereka
berada di tengah-tengah pasaraya giant. Lelaki bernama adib ni memang tak tahu
malu. Tak sampai 24 jam jumpa terus diangkat jadi calon. Padahal namanya pun
dia tak tahu lagi.
“Namanya siapa?” Soal Ibu Adibah.
“Nurul Atiah. Panggil je Atiah mak cik”
“Apa pulak mak ciknya. Ibulah yang” terus
mulut lelaki ini berbunyi.
Atiah menjeling.. tak pasal-pasal hari ni
berjumpa bakal mertua. Bila masa aku cakap nak kawin dengan dia tak tahulah.
“beli apa Atiah”
“Hajatnya nak cari syampu dan barang dapur
sikit”
“oooo.... sorang-sorang ke? Kenapa tak
telefon Adib boleh saing dengan ibu”
“errk?” Atiah terus memandang wajah Adib.
Awaklah yang jawab, bisik hatinya.
“semalam kami tak sempat nk bertukar nombor
telefonlah bu.. kan Adib ada cerita pagi tadi”
“Lupa pulak itu. Kalau Atiah nak tahu sebab
itulah Adib rajin nak teman ibu shopping barang dapur ni. Dia cakap kalau ada
jodoh dia dengan Atiah, pagi ni pasti jumpa dengan Atiah. Dan ibu terus boleh
kenal bakal menantu ibu” terang Ibu Adibah lagi.
“yakinnya!” Atiah terkejut. Masih lagi rasa
bermimpi. Betul ke tak betul ni. Lagipun dia langsung tak terlintas difikiran
tentang pertemuan ini, malah langsung dia tidak mengharapkan pertemuan kedua
dan seterusnya.
“Sebab saya memang dah yakin.. awaklah bakal
isteri saya.” Tegas suaranya. Ibu Adibah tersenyum.
“Adib memang macam tu Atiah. Selalu yakin
dengan apa yang dia lakukan. Dia percaya setiap apa yang berlaku pasti ada
cerita di sebaliknya” terang Ibu Adibah lagi.
“Sebab apa awak yakin bahawa sayalah jodoh
awak?” Soal Atiah lagi. tak puas hati ni. Tup tup.. pagi ni terus azam tahun
barunya tercapai.
“Lepas kahwin baru boleh tahu. No more
question” tegas dia bersuara lagi.
Atiah terus buat muka.. Oppsss spontan ya..
bukan sengaja. Pagi ini dia terus menghabiskan masa menemani Ibu Adib. Adib
pula ikut samalah. Amik kesempatan. Kalaulah tak ada ibu, takkan beraninya
Atiah ni.
Dan selepas itu.. masa bagaikan berlari-lari
buat Atiah. ....Sebab pejam celik, pejam celik, tak sampai tiga bulan selepas
itu mereka selamat diijabkabulkan.
@@@@@@@@@
Lagilah dia tidak menyangka.. rumah banglo di atas bukit, yang paling hampir
dengan tempat yang selalu dia pergi itu milik mertuanya. Maka terungkailah
rahsia Adib, suaminya.
Tapi bukan malam pertama tau.. malam pertama
tahun baru diraikan sebagai suami isteri. Dengan bersandar di bahu tegap milik
Adib, membuatkan Atiah terasa disayangi dan dilindungi. Indahnya perasaan cinta
selepas akad ini. Tiada batasan lagi. dan dia bebas untuk bermanja. Memang jadi
manja sungguh.
“Abang janji nak cerita...cepatlah.. dah lama
abang tangguh tau...” rajuk Atiah.
“Bukan abang sengaja Cuma abang nak tunggu
malam tahun baru...”
“Sengaja nak dera orang....”
“Lagi lama abang dera hati abang sendiri
tau.. semata-mata kerana Atiah sayang...”
“tak fahamlah... macam mana boleh dera diri
sendiri padahal kita tak pernah jumpa sebelum ni kan”
“Pernah.. termasuk malam tahun baru abang
tegur tu..dah tiga kali tau”
“Eh.... mana ada.. tak de langsung..”
“Adalah sayang...”
“tak ada.. kalau ada mesti orang ingat...”
“Mananya nak ingat atau kenal kalau tak
peduli orang sekeliling....”
Atiah masam muka. Sukalah dok sindir-sindir
orang.
“Kan mak pesan.. jangan dok layan orang tak
kenal”
Hahahaha... ok.. ok.. betullah tu. Cupp..
sebuah ciuman hinggap di ubun-ubunnya.
“Cepatlah cerita... orang nak tahu ni”
“Kali pertama... Abang juga yang duduk di
sebelah sayang. Memang setiap tahun abang tak pernah miss ke puncak bukit tu.
Jalan kaki je dari rumah, lima minit dah pun sampai. Sayang tetap dengan diari
kecil sayang.. tulis Azam tahun baru..”
“Abang ingat lagi azam sayang tahun tu...
Paling Utama : Tukar kerja lain.. gaji lebih
tinggi...
Kedua : bagi duit kat mak ayah.
Ketiga : support adik belajar.
Keempat : jimat cermat agar dapat saving
lebih dari tahun lepas...
“tu Azam tahun 2009... mana abang tahu? Abang
curi baca diari orang ek” tanya Atiah tak puas hati.
“Kan abang dah cakap tadi.. abang ada sebelah
sayang masa tu. Abang nampak sepatah demi patah apa yang sayang tulis. Lepas tu
abang balik tulis dalam diari ni” tunjuk Adib pada sebuah diari hitam yang
dipegangnya.
Dibuka halaman pertama.
Azam tahun baru gadis misteri.... dan apa
yang terkandung didalamnya memang sama dengan apa yang ditulisnya. Atiah
terharu.
“Kali kedua pertemuan kita.. tahun
2010...Azam sayang pada tahun tu pula adalah
Yang utama : beli kereta baru utk Ayah.
Yang kedua : bawak mak ayah pergi bercuti ke
langkawi.
Ke tiga : saving lebih dari tahun lepas.
Yang ke empat : pergi holiday ke korea..
“Macam tahun lepas jugak.. balik je terus
abang tulis dalam diari ni sehinggalah tahun ni 2011... bila tengok azam tahun
baru sayang tu.. terus abang tegur.. dah sampai masa dah abang perkenalkan
diri.. tapi tulah dia jual mahal sangat”
“Nasib baik abang bertindak cepatkan sebelum
sayang guna talian hayat tu”
Tiada kata yang mampu Atiah lafazkan. Sayang
kian sendat di hati buat suami tersayang. Kasih seluas lautan. Setiap kali
selepas solat, doanya agar jodoh ini sampai ke syurga.
Atiah tersenyum.. dan dia terus memeluk
suaminya.
“Sayang Abang...”
“Abang pun sayang isteri abang ni” sambil
membalas pelukan si isteri.
Kenangan itu amat indah untuk dikenang. Tahun
baru.. harapan baru..