Home Cerpen Cinta Secebis kisah cinta
Secebis kisah cinta
Norhashimah Awang
31/3/2013 15:53:45
6,359
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Pagi yang indah. Seindah rasa segar dijiwanya. Walaupun semalam dia tidur lewat dari kebiasaannya, namun dirinya tetap bersemangat. Senyuman meniti di bibirnya. Mulakan hari di tahun baru dengan ceria...yeah...

Nak buat apa hari ni ek...jalan-jalan? Tengok tv? Atau sambung tidur lagi?

Dia berfikir sejenak. Atiah yang kuat berfikir. Kononnya. Haa.. itulah dia namanya. Punyalah lama bercerita baru nak kenalkan diri sendiri.

“Yaang... ohh yang..” tetiba ada suara yang memanggilnya. Tanpa sempat berpaling sepasang tangan terus melingkari pinggangnya. Dia tersenyum bahagia.

“Awal bangun?”bisiknya.

“Semangat tahun baru bang...” balasnya bersahaja.

“Teringat kisah dulu ke?”

“Bukan main lagi orang tu jual mahal ya” ejek si suami. Atiah tersengih.

“Habis tu takkan nak jual murah pulak macam dia jual minyak tu” sindir –sindir sayang.

“Sebab jual minyak murahlah dapat tegur sayang. Kalau tak jangan harap orang tu nak tegur”

“dah gadis melayu terakhir.. mana boleh nak jual murah lak.. malulah..”

“Hari-hari abang berdoa tau agar ditemukan dengan sayang semula. Dah orang tu jual mahal. Belum habis pertunjukkan bunga api terus blah. Tak sempat nak risik nama dan nombor telefon lagi.. dah cabut”

“hahhahahaa.. mana boleh senang-senang kasi... kena usaha skit dan orang pun tak de yakin sangat akan jumpa abang lagi. tak de dok fikir-fikir atau doa-doa nak jumpa. Rupa pun samar samar je ingat. Malam pulak tu” terangnya.

“tulaa. Cian kat abangkan.. rupanya abang je yang beriya-iya”

“eh iya laa sangat. Kalau sayang tak sambut iya-iya abang tu mana jadi macam sekarang ni” ejek Atiah lagi. mereka sama-sama ketawa. Terkenang kisah dua tahun yang lalu.

Memang mereka berdua tidak menyangka, keesokkan harinya pertemuan kali kedua terjadi. Kali ini lelaki yang ditemui di puncak bukit itu sedang menemani ibunya membeli barang dapur di Giant Batu Caves. Dia pula tetap keseorangan membeli barang keperluan hariannya.

Ketika itu dia leka memilih syampu. Hasrat di hati ingin menukar syampu lain setelah syampu yang digunakannya tidak berapa sesuai dengan kulit kepalanya. Tanpa disedari ada sepasang mata sedang ralit memerhati dalam diam.

Sebaik sahaja dia berpaling, hampir sahaja terlanggar orang disebelahnya. Tanpa melihat wajah dia terus meminta maaf dan ingin berlalu dari situ. Tapi orang di hadapannya bagaikan sengaja mengacau. Geram pun ada.

“Encik... boleh tepi skit” pintanya sopan. Masih lagi belum melihat wajah lelaki itu. Malaslah.. lelaki miang. Makin di layan, makin menjadi pula. Wajahnya terus beku. Malas mahu melayan dia berpaling ke belakang dan ingin beredar dari situ.

“Asal kacau anak dara orang ni” bebel seorang wanita.

“bukan kacau orang lainlah bu.. bakal menantu ibu gak. tapi dia tu jual mahal. Pura-pura tak kenal pulak”

Aik.. siapa pulak ni. Bila masa pula dia jadi calon menantu orang ni. Hairan di hati, hairan lagi dirinya. pantas dia berpaling kembali. Dan tentunya dia terkejut.

“Hai...” Lelaki itu tersengih-sengih.

“Saya Adib.. ni ibu saya. Adibah” pantas dia memperkenalkan dirinya.

Dia lagilah... tak pasal-pasal merah muka. Tak pasal-pasal kena malukan di hadapan orang.

Lalu terus dia menghulur tangan ingin bersalam.

“Alhamdulillah sampai gak hasrat ibu nak tengok adib kahwin” terus ditarik dirinya ke dalam pelukan biarpun mereka berada di tengah-tengah pasaraya giant. Lelaki bernama adib ni memang tak tahu malu. Tak sampai 24 jam jumpa terus diangkat jadi calon. Padahal namanya pun dia tak tahu lagi.

“Namanya siapa?” Soal Ibu Adibah.

“Nurul Atiah. Panggil je Atiah mak cik”

“Apa pulak mak ciknya. Ibulah yang” terus mulut lelaki ini berbunyi.

Atiah menjeling.. tak pasal-pasal hari ni berjumpa bakal mertua. Bila masa aku cakap nak kawin dengan dia tak tahulah.

“beli apa Atiah”

“Hajatnya nak cari syampu dan barang dapur sikit”

“oooo.... sorang-sorang ke? Kenapa tak telefon Adib boleh saing dengan ibu”

“errk?” Atiah terus memandang wajah Adib. Awaklah yang jawab, bisik hatinya.

“semalam kami tak sempat nk bertukar nombor telefonlah bu.. kan Adib ada cerita pagi tadi”

“Lupa pulak itu. Kalau Atiah nak tahu sebab itulah Adib rajin nak teman ibu shopping barang dapur ni. Dia cakap kalau ada jodoh dia dengan Atiah, pagi ni pasti jumpa dengan Atiah. Dan ibu terus boleh kenal bakal menantu ibu” terang Ibu Adibah lagi.

“yakinnya!” Atiah terkejut. Masih lagi rasa bermimpi. Betul ke tak betul ni. Lagipun dia langsung tak terlintas difikiran tentang pertemuan ini, malah langsung dia tidak mengharapkan pertemuan kedua dan seterusnya.

“Sebab saya memang dah yakin.. awaklah bakal isteri saya.” Tegas suaranya. Ibu Adibah tersenyum.

“Adib memang macam tu Atiah. Selalu yakin dengan apa yang dia lakukan. Dia percaya setiap apa yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya” terang Ibu Adibah lagi.

“Sebab apa awak yakin bahawa sayalah jodoh awak?” Soal Atiah lagi. tak puas hati ni. Tup tup.. pagi ni terus azam tahun barunya tercapai.

“Lepas kahwin baru boleh tahu. No more question” tegas dia bersuara lagi.

Atiah terus buat muka.. Oppsss spontan ya.. bukan sengaja. Pagi ini dia terus menghabiskan masa menemani Ibu Adib. Adib pula ikut samalah. Amik kesempatan. Kalaulah tak ada ibu, takkan beraninya Atiah ni.

Dan selepas itu.. masa bagaikan berlari-lari buat Atiah. ....Sebab pejam celik, pejam celik, tak sampai tiga bulan selepas itu mereka selamat diijabkabulkan.

@@@@@@@@@


Lagilah dia tidak menyangka.. rumah banglo di atas bukit, yang paling hampir dengan tempat yang selalu dia pergi itu milik mertuanya. Maka terungkailah rahsia Adib, suaminya.

Tapi bukan malam pertama tau.. malam pertama tahun baru diraikan sebagai suami isteri. Dengan bersandar di bahu tegap milik Adib, membuatkan Atiah terasa disayangi dan dilindungi. Indahnya perasaan cinta selepas akad ini. Tiada batasan lagi. dan dia bebas untuk bermanja. Memang jadi manja sungguh.

“Abang janji nak cerita...cepatlah.. dah lama abang tangguh tau...” rajuk Atiah.

“Bukan abang sengaja Cuma abang nak tunggu malam tahun baru...”

“Sengaja nak dera orang....”

“Lagi lama abang dera hati abang sendiri tau.. semata-mata kerana Atiah sayang...”

“tak fahamlah... macam mana boleh dera diri sendiri padahal kita tak pernah jumpa sebelum ni kan”

“Pernah.. termasuk malam tahun baru abang tegur tu..dah tiga kali tau”

“Eh.... mana ada.. tak de langsung..”

“Adalah sayang...”

“tak ada.. kalau ada mesti orang ingat...”

“Mananya nak ingat atau kenal kalau tak peduli orang sekeliling....”

Atiah masam muka. Sukalah dok sindir-sindir orang.

“Kan mak pesan.. jangan dok layan orang tak kenal”

Hahahaha... ok.. ok.. betullah tu. Cupp.. sebuah ciuman hinggap di ubun-ubunnya.

“Cepatlah cerita... orang nak tahu ni”

“Kali pertama... Abang juga yang duduk di sebelah sayang. Memang setiap tahun abang tak pernah miss ke puncak bukit tu. Jalan kaki je dari rumah, lima minit dah pun sampai. Sayang tetap dengan diari kecil sayang.. tulis Azam tahun baru..”

“Abang ingat lagi azam sayang tahun tu...

Paling Utama : Tukar kerja lain.. gaji lebih tinggi...

Kedua : bagi duit kat mak ayah.

Ketiga : support adik belajar.

Keempat : jimat cermat agar dapat saving lebih dari tahun lepas...

“tu Azam tahun 2009... mana abang tahu? Abang curi baca diari orang ek” tanya Atiah tak puas hati.

“Kan abang dah cakap tadi.. abang ada sebelah sayang masa tu. Abang nampak sepatah demi patah apa yang sayang tulis. Lepas tu abang balik tulis dalam diari ni” tunjuk Adib pada sebuah diari hitam yang dipegangnya.

Dibuka halaman pertama.

Azam tahun baru gadis misteri.... dan apa yang terkandung didalamnya memang sama dengan apa yang ditulisnya. Atiah terharu.

“Kali kedua pertemuan kita.. tahun 2010...Azam sayang pada tahun tu pula adalah

Yang utama : beli kereta baru utk Ayah.

Yang kedua : bawak mak ayah pergi bercuti ke langkawi.

Ke tiga : saving lebih dari tahun lepas.

Yang ke empat : pergi holiday ke korea..

“Macam tahun lepas jugak.. balik je terus abang tulis dalam diari ni sehinggalah tahun ni 2011... bila tengok azam tahun baru sayang tu.. terus abang tegur.. dah sampai masa dah abang perkenalkan diri.. tapi tulah dia jual mahal sangat”

“Nasib baik abang bertindak cepatkan sebelum sayang guna talian hayat tu”

Tiada kata yang mampu Atiah lafazkan. Sayang kian sendat di hati buat suami tersayang. Kasih seluas lautan. Setiap kali selepas solat, doanya agar jodoh ini sampai ke syurga.

Atiah tersenyum.. dan dia terus memeluk suaminya.

“Sayang Abang...”

“Abang pun sayang isteri abang ni” sambil membalas pelukan si isteri.

Kenangan itu amat indah untuk dikenang. Tahun baru.. harapan baru..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.