Bab satu“kita putus.. I dah boring dengan u, nak pergi tengok wayang berdua tak boleh, keluar
malam-malam berdua tak boleh. Nak sentuh-sentuh sikit tak boleh. Bukannya luak
sangat pun. malah tak terjejas apa pun”
“Lisa lebih baik dari u. I nak pegang sikit pun
tak kisah. Malam-malam boleh keluar enjoy…
pergi kelab. Pergi menari… dengan u semua tak boleh. Memang dasar perempuan
kampung” hafiz mencemuh. Dia sudah boring
dengan gadis ini. bercinta hampir enam bulan, hidupnya macam tak hidup..
mendatar je, tidak ada hiburan langsung. Yang dia tahu pergi kuliah,balik
kuliah, makan dan study kat library.
Petang-petang main bola dengan kawan-kawan. Hujung minggu pula semua
kawan-kawan keluar berdating bersama
awek mereka. Awek dia pula lebih senang berdating
di library je. Tetapi sejak berkenalan dengan Lisa, dunianya terasa berseri dan
berwarna warni. Lisa seorang yang menghiburkan dan tidak lokek untuk disentuh
dan dipegang-pegang. Bukan macam Ami tu, jalan berjarak sedepa, pulak tu tidak
boleh bertentang mata lama-lama. Hmmm heran juga ye.. macam mana dia boleh
terpikat dulu. mungkin kerana kelembutan wajah dan suaranya yang merdu kot.
Ami terpaku.
Tidak di sangka perkara ini yang penting sangat Hafiz mahu berjumpa dengannya.
Teruk sangatkah kelakuannya selama ini. bukan dia yang memikat lelaki itu.
bukan dia yang mahu mereka bercinta dulu. lelaki di hadapannya ini yang
memulakan dahulu. mengekori sepanjang masa. Sentiasa mengambil tempat di
sebelahnya di dalam kuliah. sentiasa mencari peluang untuk mendekati dirinya.
namun kini setelah namanya kian terukir di dalam hati, semakin subur cinta ini
untuknya, dia memberikan kata putus. Alasannya bersama dengannya dia merasa
boring. Tidak ada life langsung. Bukankah dari awal-awal lagi dia telah
tegaskan dia bukan seperti gadis lain yang senang-senang dibawa ke sana ke
sini. Dia tidak sukakan semua itu, matlamat di sini adalah untuk belajar dan
menghadiahkan ibu dan ayah segulung ijazah yang cemerlang. Bukan sekadar pujian
sahaja. Jadi di manakah salahnya?
“terpulang
pada awaklah. Kalau itu yang membahagiakan awak. Membuatkan awak tidak boring dengan hidup awak. Pergilah pada
dia. Saya tak kisah” tegas Ami berkata walaupun di dalam hati, darah kian
membuak-buak dari luka yang dihiris tajam oleh kata-kata Hafiz tadi. Dia tidak
ingin kelihatan lemah di hadapan lelaki ini. dia akan membuktikan tanpa cinta
lelaki ini pun dia boleh hidup biasa-biasa. Boleh menjalani kehidupannya dengan
sempurna tanpa cinta seorang lelaki.
“ok.. fine..
mulai hari ini kita putus” ucap lelaki itu dan terus meninggalkan Ami tanpa
berpaling lagi.
Lama Ami
berada di situ setelah pemergian Hafiz. Ditenung tasik di hadapannya. Air mata
mengalir tanpa dia sedari. Laju membasahi pipinya sehingga mengaburi
pandangannya. Sakitnya hati ini tidak dapat digambarkan. Dulu.. bermati-matian
dia menolak huluran kasih lelaki itu, tetapi bermati-matian juga lelaki itu
cuba dan terus mencuba. Sehinggalah hatinya sedikit demi sedikit terbuka
untuknya. Dan mengapa setelah bunga mekar di hati, dia melangkah pergi. Kasih dan
cintanya selama ini tidak cukupkah untuk mengikat hatinya setia pada dirinya?
Begitu mudah
kasih seorang lelaki beralih arah setelah berjumpa dengan gadis yang cantik dan
sexy. Murah sangatkah nilai cintanya sehingga begitu mudah dia memutuskan
pertalian kasih ini? Ami menarik nafas panjang. Dia tidak menyangka, saat hati
mula menyayangi lelaki itu, dia ditinggalkan. Sikapnya, nama saja baik, rupanya
hanya topeng semata-mata untuk mengelabui mata hatinya supaya tunduk dengan
godaan hati untuk berkasih sayang.
Baba dua
Seminggu yang
berlalu belum dapat menyembuhkan luka di hati Ami. Apatah lagi dengan kelakuan
Hafiz dan Lisa yang sengaja menunjukkan kemesraan mereka. Kononnya mereka
sedang berbahagia. Suara mengada-ngada Lisa bagaikan terngiang-ngiang di
telinga Ami, senyuman mesra Hafiz bagaikan terlekat di kornea matanya.
Menjadikan hatinya semakin berdarah. Apa salahnya? mereka tidak habis-habis
mahu menyakiti dirinya. bukankah dia telah melepaskan Hafiz, setuju sahaja
dengan permintaannya. Tetapi lain pula jadinya, mereka kian hari, kian
melampau.
Ami terasa
amat tension. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dalam melayani
perasaan lukanya, kedengaran pintu dibuka, Kirana dan Syida, teman sebiliknya
telah pulang dari kuliah. mereka berbual-bual dan ketawa-ketawa. Entah apa yang
mereka bualkan.
“kau nak ikut
kitaorang pergi enjoy tak?” tanya Kirana sekadar ajak-ajak ayam sahaja. Lagipun
dia tahu tak mungkin Ami mahu keluar bersama mereka malam-malam begini.
“ke mana?”
“bukit
bintang.. kami nak pergi kelab malam” beritahu Syida bersahaja.
“ok… aku
ikut” akan dia buktikan dia pun pandai berhibur juga. Bukan pandai study dan
study je.
Kirana dan
Syida saling berpandangan. Terkejut mendengar jawapan Ami itu. mereka pelik,
selama ini tidak pernah sekali pun dia mahu mengikut mereka, lagi menasihati
adalah. Malam ini terbalik, ajak-ajak ayam mereka diterima.
“tapi kau tak
boleh pakai tudung.. pakai baju kurung yang sentiasa kau pakai tu” beritahu
Kirana lagi. Manalah tau Ami akan bertukar fikiran. Yelaa selama ini pakaian
hariannya adalah baju kurung, tak pun blaus longgar bersama seluar slack.
“aku pinjam
baju kau boleh? Aku tak ada baju-baju yang macam korang ada” pinta Ami. Kirana
dan Syida saling berpandangan. Ini terlalu pelik ini.
“Ami… kau ni
ok ke tak ni?” Soal Kirana sambil mendekati Ami yang sedang bersila di atas
katilnya.
“oklaa..
mengapa tak ok pulak?” soal Ami pula.
“yelaa selama
ni mana kau mahu ikut kitorang keluar malam-malam. Dan pakai baju yang macam
kami pakai ni, bukan tastekau tau?
Kau ada masalah ke?” tanya Kirana prihatian. Syida pula mengambil tempat di
atas katilnya bertentangan dengan katil Ami.
Ami terdiam…
dia ingin tahu apa seronok sangat keluar malam dan berhibur-hibur di kelab
malam yang diwar-warkan oleh hafiz sehingga meminta hubungan mereka diputuskan?
Dia ingin alami apa rasanya keseronokan itu. dia ingin tahu macam mana rupa di
dalam kelab malam itu.
Ami
menundukkan kepalanya. cuba untuk menahan sebak di dalam dada. Ah. Buat apa dia
bersedih-sedih lagi sedangkan Hafiz orang yang melukakan hatinya sedang
bergembira dan berpesta. Dia pun boleh juga bersukaria dan berpesta dari
menangis hati yang luka ini.
“Aku dan
Hafiz telah putus. Sebabnya dia bosan bercinta dengan aku yang tiada lifeini. yang semuanya tak boleh. Dia mahukan
seorang kekasih yang boleh di bawa ke sana ke mari, boleh keluar enjoy
malam-malam minggu di kelab-kelab malam.”
“aku pun
boleh juga. Jadi aku nak ikut korang malam ni. Nak tahu best sangat ke pergi
kelab malam ni” tegas Ami.
“Kau pasti ke
Ami. Aku tak rasa suasana di dalam kelab malam ni sesuai untuk kau. Aku takut
kau sampai je kat situ, kau menyesal dan nak balik. Kami takkan hantar kau
balik dah. pagi esok baru balik tau” Kirana bertanya untuk kepastian, dia tidak
mahu sampai di sana, Ami ingin pulang. Siapa yang nak hantar dia balik nanti.
“tak!!”
“betul ni?”
“ye betul..
aku nak ikut korang” tegas Ami. Kirana memandang Syida yang mengangkat bahunya.
Bab tiga
“wow perfect… beautiful…damn sexy” Puji
Kirana setelah selesai memekapkan Ami.
“kau memang
cantik dan ayu Ami. Kecantikan kau terlindung dek pemakaian kau selama ini.
Hafiz tu memang rambang matalah. Orang yang cantik macam ni dia lepaskan, pilih
pula cantik plastik seperti Lisa tu” Dalam memuji Syida mencaci Hafiz.
Memang betul
apa yang dicakapkan. Dengan susuk tubuh yang sederhana tinggi, dikenakan pula
jeans ketat dan blaus ungu yang mendedahkan sebahagian bahunya, Ami kelihatan
cantik sekali. Mungkin juga dia tidak pernah memakai baju seperti ini
menjadikan dia kelihatan amat cantik.
“betul ke?”
Soal Ami. Sedikit menyesal. Dia merasa tidak selesa lebih-lebih lagi dengan
pandangan mata Kirana yang jatuh pada leher dan dadanya yang terdedah. Ini baru
perempuan yang memandang. Kalaulah lelaki? Tak tahu apa tingkahnya pula.
“Aku rasa
pasti kau akan menjadi perhatian kat kelab nanti” ujar Kirana.
“Jom… kita
pergi sekarang. Zack pun dah ada kat
bawah” beritahu Syida.
Lalu mereka
pun bergerak keluar dari bilik. Agar tidak terlalu ketara, sengaja Ami
mengambil selendang dan berselendang menutup bahagian atas yang terdedah.
Malam-malam minggu ini tidak ramai orang berada di kolej. Cuma dia perlu
berhati-hati. Untuk apa hati-hati itu? bukankah ini yang dia mahukan?
*********
Suasana malam
minggu di jalan bukit bintang dan Pavilion amat meriah. Pertama kali Ami keluar
malam, dia merasa teruja. Sepanjang setahun belajar di KL, inilah kali pertama
dia berjalan di sini. Bagaikan siang hari, ramai orang berjalan-jalan di sini
terutamanya pelancong asing. Lampu-lampu berwarna warni menghiasi jalan-jalan
ini menjadikan sepanjang jalan terang benderang. Sungguh happening.
Patutlah
Hafiz meninggalkan dia yang hanya tahu kolej dan dewan kuliah sahaja.
Tempat-tempat seperti ini tidak pernah dijejakinya. Ah terasa mundurnya dia
berbanding Lisa dan juga temannya yang dua orang ini. dia tidak pernah tahu
malah tidak terdetik pun untuk keluar ke sini malam hari. Cuma apabila
ditinggalkan barulah dia mengambil langkah drastik untuk keluar dari kepompong
kebiasaannya mala mini.
Tidak lama
kemudian kereta yang dinaiki oleh mereka berhenti di tempat letak kereta di
belakang sebuah kelab malam. Keluar dari kereta Ami mengikuti Kirana dan Syida
memasuki the beach club. Ami merasa
takut-takut. Di dalam hati, penyesalan mula timbul. Bagaikan baru tersedar dari
mimpi… Ya Allah apa yang aku sedang buat nih. Kenapa aku tidak terfikir sebelum
ini. Ami memandang pakaian yang tersarung di tubuhnya itu, cukup membuatkan dia
menjadi perhatian mata-mata keranjang di dalam kelab ini. hatinya mula
menggigil takut. Dia jauh ditinggalkan di belakang, terpaksa pula
menyelit-nyelit di celah orang ramai yang berada di dalam kelab itu.
Sesekali
berpapasan, mata-mata miang tidak lepas memerhati tubuhnya bagaikan ingin
menelanjanginya di situ. Ami semakin takut. Hanya beberapa minit sahaja dia
berada di dalam ini sudah membuatkan dia merasa sesak nafas. Bingitan muzik
yang dipasangkan terdengar amat kuat di telinganya sehinggakan mereka terpaksa
menjerit-jerit untuk bercakap.
Ami mengambil
tempat di sisi Syida. Dia memesan jus oren.
Manakala Syida dan Kirana tidak segan silu memesan tiger dan carlberg.
Bagaikan mereka telah biasa minum minuman itu. di meja itu juga terdapat empat
orang lelaki termasuk Zack yang membawa mereka ke mari. Ami memandang sekali
imbas ketiga mereka yang mana dua orang dari mereka tersenyum-senyum
memandangnya dengan pandangan yang amat menjengkelkan. Seperti mahu memakannya.
Manakala seorang lagi kelihatan berada di dalam dunianya sendiri. hanya menegur
bir di hadapannya segelas demi segelas.
“siapa dia ni?”
tanya salah seorang lelaki yang berada bersama mereka yang Kirana kenalkan
sebagai Ali dan Khairi, yang pendiam itu pula, Amrul Hafiz.
“roommates aku, dia tengah frust ni. Sebab itulah ikut korang ke
mari”
“samalah
dengan Amru tu, baru clash dengan awek
ni. Boleh adjust diorang ni” balas
Ali.
“Khairi kau..
ada bawa pil tak?” tanya Ali. Di dalam kepalanya ada perancangan untuk
menghiburkan hati lara mereka berdua malam ini. Biarkan mereka enjoy malam ini sehingga melupakan
segala-galanya.
“Ada” lalu
diseluk poket seluar dan diberikan kepada Ali. Kemudian Ali memberikan satu
biji kepada Kirana.
“kau gila ke?
Tak nak aku. aku takkan khianati kawan aku”
“khianat apa?
Kau Cuma menghiburkan hati dia yang tengah frust
je. Biarkan mereka enjoy malam ni
key…”desak Ali.
“tapi…..”
Kirana masih lagi teragak-agak.
“tapi apa
lagi… masukkan ke dalam jus dia je” arah Ali lagi.
Penangan
sebiji pil menjadikan Ami hilang pertimbangan. Dia merasakan dunianya semakin
indah. Sakit di dalam hatinya bagaikan sembuh di dalam sekelip mata. Dia kini
terawang-awangan ditemani putera yang kacak sekali. Ami hanyut di dalam pelukan
putera yang menemaninya.
Begitu juga
Amru… kecewanya bagaikan hilang dan kini dia telah menemui seorang bidadari
yang cantik. Yang sedang menghiburkan dirinya dan menemanibnya. lalu keduanya
bagaikan hanyut di dalam dunia khayalan masing-masing. Ali tersenyum puas.
Tidak salah rasanya menolong kawan melupakan seketika derita di hatikan?
Ah...Fatamorgana
duniawi telah membuatkan mereka tersesat mencari jalan keluar. Keindahan yang
dirasakan ini terlalu sayang untuk dilepaskan. Mereka kian hilang di dalam dunia indah yang tiba-tiba
muncul. Baru tadi dirasakan kepedihan dek kelukaan yang dilakukan oleh
seseorang yang tidak pernah tahu menghargai cinta. Kini di dalam dunia yang
hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja, cukup indah, cukup mempersonakan.
Mereka kian lupa diri, siapa mereka, dengan siapa mereka bersama dan di mana.
Mereka terus ketawa dan ketawa.. indahnya dunia ini.
Baba empat
Pagi tu Ami
bangun dengan kepala yang berat. Ahhhh sakitnya kepala ini. dipicit-picit
perlahan cuba untuk mengurangkan rasa sakit ini. dia cuba bangun dan selimut
yang menutupi badannya terjatuh membuatkan kulitnya di gigit suhu dingin
penghawa dingin. Serta merta mata Ami terbuka luas. Di mana aku ni. Di pandang
tubuhnya yang terdedah dan di angkat selimut yang menutupinya, tiada Seurat
benang pun di badannya. terasa gerakan di sebelah kirinya, Ami terkejut dan
ingin menjerit.
Tetapi
cepat-cepat dia menutup mulutnya. Dia tidak ingin mengejutkan lelaki itu biar
sesiapa pun dia. Biar apapun yang berlaku semalam. Dia tidak ingin tahu. Malah
tidak ingin mengingati langsung peristiwa semalam. Semalam dia out of mine. Tidak berfikir secara
waras, tidak berfikir secara lojik. Hanya menurut kat hari yang kecewa.
Cepat-cepat dia mengutip satu persatu bajunya yang berteraburan di atas lantai.
Cepat-cepat dia menyusup masuk ke dalam tandas untuk menyucikan dirinya.
Di bawah
pancuran air, Ami menangis semahu-mahunya. Apa yang telah dilakukan ini. serta
merta dia teringat wajah ibu dan ayah di kampung. Yang mengharapkan kejayaannya
bukan kehancurannya. Hanya kerana putus cinta dia hilang pertimbangan. Hanya
dalam satu malam dia hilang segala-galanya. Kesakitan di bahagian kemaluannya
tidak dihiraukan. Memang padan mukanya. Apa yang telah berlaku salah dirinya.
bukan orang lain. Dia yang bodoh. Dia yang akhirnya mengikut bisikan syaitan.
Tentu sekali mereka meraikan kemenangan mereka semalam.
Tanpa Ami sedari Amru telah sedar dari
lenanya ketika Ami berada di dalam bilik air. Mulanya dia tidak mengingati apa
yang berlaku dan di mana dia berada, tetapi lama kelamaan dia mula mengingati
dalam samar-samar apa yang berlaku semalam. Apatah lagi, dia mendengar orang
sedang mandi di dalam bilik air. Dia bersama dengan seseorang semalam.
seseorang yang baru dikenali semalam. Tidak berapa lama kemudian, dia mendengar
pintu bilik air dibuka, terus dia cepat-cepat memejamkan matanya kembali. Ingat
perempuan itu akan mengejutkannya dan meminta bayaran di atas khidmatnya
semalam. Tentu sekali ini adalah rancangan Ali dan Khairi untuk menghiburkan
hatinya. Fikir Amrul Hafiz
Tetapi sangkaannya meleset. Perempuan
itu dalam keadaan senyap tanpa ingin mengganggunya telah pun keluar dari bilik
ini meninggalkan dia seorang diri. Setelah pintu ditutup rapat, barulah Amru
membuka matanya dan merenung pintu yang tertutup. dia menarik nafas panjang.
Siapa perempuan itu. kenapa matanya bengkak dan kelihatan sedikit canggung pada
pandangan matanya. walaupun dia berpura-pura menutup mata tetapi tetap dibuka
sedikit untuk mengintip tingkah laku perempuan itu. Manalah tahu kot-kot dia
mengambil dompet atau telefonnya ke sebagai pampasan. Tetapi tidak, dia
seakan-akan ingin cepat-cepat keluar dari sini.
Entah berapa lama dia termenung di
atas katil ini. Setelah hilang sakit kepala, barulah dia bangkit dari katil.
Bilik ini berselerak dengan pakaiannya. terus dia melangkah menuju ke bilik air
tetapi terhenti seketika, Amru kembali ke katil yang ditidurinya, ditarik kain
selimut daripada katil, setompok warna merah jelas kelihatan di atas cadar.
Amru Hafiz terduduk di situ. Apa yang telah aku lakukan semalam? Siapa yang aku
tiduri semalam. Kenapa ada darah di atas cadar ini? bertalu-talu soalan
menerjah benaknya. terselit perasaan bersalah di hatinya.
Hanya Ali dan Khairi yang dapat
memberikan jawapan itu. Dia harus mencari mereka berdua. lalu cepat-cepat dia
memasuki bilik air untuk membersihkan diri dan keluar dari situ. Dia harus
mencari mereka berdua terlebih dahulu.
Amru memecutkan keretanya menuju ke
kondo Ali dan Khairi. Mereka berdua tinggal bersama di sebuah kondo di Pandan
Indah. Sampai di sana, bertalu-talu dia menekan loceng pintu. Lima belas minit
menunggu barulah pintu dibuka. terus Amru menerjah masuk ke dalam rumah. Ali
masih lagi dalam keadaan mamai, terpinga-pinga melihat Amru yang terburu-buru
masuk ke dalam kondonya.
“Apa yang kau bubuh dalam minuman aku
semalam hah?”
“Siapa perempuan tu?”
“Apa yang kau cuba lakukan hah?”
Bertalu-talu soalan dihamburkan kepada
Ali yang masih lagi terpinga-pinga itu. Matanya masih lagi terasa kelat,
mengantuk.
“Relax
arrr... bro.. Aku cuma nak tolong kau lupakan masalah hati kau. Sebab
itulah aku masukkan pil khayal di dalam minuman kau” bersahaja Ali
berkata-kata. dia baru sahaja merebahkan badannya ke sofa di ruang tamu itu.
Khairi mungkin masih lagi diulit lena bersama Syida. dan Kirana masih lagi
tertidur di dalam biliknya.
“Bullshit.
itu bukan nak tolong tetapi perangkap aku dalam masalah. bengong..” hampir-hampir Amru ingin menumbuk Ali. Hatinya terasa
amat geram.
“Hei... relax arrr bro... itu pun kau nak marah ke. bukan ke kau happy semalam?”
“Happy
kepala hotak kau.. kalau dah telan benda tu, dunia kiamat pun tetap happy jugak” Amru menjawab geram. Geram
dengan sikap selamba Ali itu dan juga geram dengan apa yang dia lakukan
semalam. Bukan boleh diulang kembali. Kalaulah tahu begini jadinya, tak mungkin
dia akan mengikuti mereka ke kelab semalam.
Amru cuba bertenang. cuba mencari
kesabarannya yang kian menghilang. Ali hanya memandangnya dengan wajah selamba
tanpa riak rasa bersalah.
“She
virgin...” Amru berkata perlahan.
“I
know... memang dia gadis baik” Ah selamba lagi Ali menjawab.
“Habis tu kenapa kau sabotaj kami
berdua, perangkap sehingga aku menidurinya?” Tanya Amru sambil merenung tajam.
dia menggepalkan tangannya, menahan diri dari menumbuk wajah di sebelahnya itu.
“Sebab kau pun lelaki baik. dan tak
guna kau terus menangis cinta tak kesampaian kau tu. tak guna kau terus
mengharapkan perempuan materialistik itu menerima kau kembali. Come Onlah. Jadilah seorang lelaki yang
bertanggungjawab. Kau sudah pun dapat daranya, dan kau patut bertanggungjawab
atas apa yang kau lakukan” Selesai berkata-kata Ali tersenyum memandang Amru.
“Gila.. entah perempuan macam mana dia
tu. kalau dia baik, tentu dia tidak datang ke kelab itu. tentu dia tidak
menggoda aku dan tidur dengan aku malam tadi” Amru cuba untuk menutupi
kesalahannya.
“Dia tak salah... Semalam pun dia
macam kau jugak... Jadi mangsa aku. Aku cuma nak tolong korang lupakan
kesakitan yang korang tanggung untuk seketika” terang Ali. Memang caranya salah
dan semalam dia tidak terfikirkan itu semua. Saja dia ingin perdajalkan Amru
tetapi setelah mendengar cerita Kirana semalam, rasa bersalah tiba-tiba muncul
di dalam hati, tinggi menggunung. tidak patut dia jadikan Ami sebagai mangsanya
permainannya. Pasti gadis itu semakin down
setelah kejadian semalam menimpanya.
Lalu tanpa ditanya dia menceritakan
segala-galanya yang diketahui daripada Kirana kepada Amru. Kekasihnya itu,
walaupun sosial seperti gadis-gadis bandar yang lain, tetapi dia tidak sanggup
mengkhianati kawannya. Apatah lagi sejak mereka satu bilik, Ami amat baik
dengannya, tidak memandang serong dengan tingkah lakunya. Sesekali dia akan
menasihati dengan kata-kata yang baik. Patutnya dia menjaga gadis itu dari
dicemari tetapi entah mengapa dia mengikut sahaja kata Ali untuk memasukkan pil
khayal ke dalam minuman Ami.
“Semalam setelah kami tinggalkan kamu
berdua di dalam bilik tu, tiba-tiba Kirana menyesal. Puas kami ketuk pintu
bilik hotel tu tetapi korang tidak bukak. Semalaman Kirana dan Syida tidak
tidur, hanya pagi tadi baru mereka lelapkan mata” terang Khairi yang baru
keluar dari biliknya.
“Dia gadis yang baik. lagipun kau dah
ragut kesuciannya. Jadi patutnya kau bertanggungjawab”
“Mana dia? Kau tinggalkan dia begitu
saja kat hotel tu?” Soal Ali setelah menyedari Amru datang ke kondonya seorang
diri.
“Entah dia dah pergi... aku bangun dia
dah tak ada...” Amru menghela nafas berat. Apa yang dia lakukan ini. Memang dia
seorang yang sosial tetapi tidak pernah lagi meniduri mana-mana perempuan
walaupun dengan kekasihnya dulu. Sekadar ringan-ringan selalu sangat.
BAB LIMA
“Ami tak ada kat dalam bilik. Aku
tanya member bilik sebelah pun, dia cakap dia tak nampak lagi Ami hari ni.
Macam mana ni Ali?” Soal Kirana risau. Setelah sampai ke kolej, dia cepat-cepat
mendaki tangga menuju ke biliknya ingin menemui Ami, ingin meminta maaf
darinya. Tetapi hampa, Ami tidak ada di dalam bilik, ditanya member sebelah
pun, mereka tidak nampak Ami pada hari ini.
Kirana resah. begitu juga dengan
Syida. mereka menyesal dengan apa yang mereka lakukan terhadap kawan mereka
itu. Apabila melihat bilik ini, kosong terus sahaja dia menelefon Ali yang
mungkin masih lagi berada di dalam perkarangan kolej mereka.
“Aku pusing semula, sekejap lagi aku
sampai” beritahu Ali sebelum memutuskan talian. kemudian dia terus mencari nama
Amru dan terus menekan untuk menelefon lelaki itu. Amru harus tahu, Ami kini
hilang. tidak balik ke kolej.
“Hello.. apa dia?” Jawab Amru. mulanya
dia malas mengangkat mengenangkan perbuatan membernya itu. Tetapi takut pula
dia kalau-kalau ada apa-apa berita yang tidak baik tentang gadis itu.
“Ami hilang... dia tidak balik kolej.
Kau datang sini. Kita kena cari dia”
“Aku datang sekarang...”Amru
terkocoh-kocoh mahu keluar sehingga hampir dia terlanggar ibunya.
“haaa nak ke mana pulak tu? baru je
balik dah nak keluar semula. Apa nak jadilah dengan kamu ni” bebel Umi.
“Sekejap je mi, bakal menantu umi hilang...
tak balik kolej. Amru kena pergi cari dia” beritahu Amru cepat-cepat.
“Haaaa... apa yang kau cakapkan ni?”
Umi terkejut. Amru lagilah terkejut dengan kata-katanya sendiri.
“Nanti baliklah Amru terangkan umi.
nak cepat ni” beritahu Amru yang sedang melangkah laju-laju ke keretanya.
Mana dia ni pergi. Isyyykk kenapa nak
menyusahkan aku. bukan salah aku seorang. Dia pun salah jugak. Datang tempat
macam tu, kena tanggunglah risikonya. Tempat yang tak baik. Orang-orang yang
berada di dalam tu pun tak berapa baik juga. Macam aku ni nih. Aku pergi sana
nak lepaskan tension, bukan mencari
benda -benda lain yang membuatkan aku tension
lagi. Adoiiiii... Ini Ali punya kerja dengan otak yang tak berapa cerdiknya. Mengong.. aku pun makin tension. Manalah
minah ni pergi. takkan pergi bunuh diri kot. ngeri pulak apabila terfikirkan
pilihan orang yang tak ada akal. harap-harap dia tidak melakukan apa-apa yang
akan menyusahkan orang lain.
Setelah keluar dari hotel, Ami
berjalan tanpa arah. Dengan memakai pakaian sendat, sexy dan tidak bertudung
itu, dia menjadi perhatian mata-mata keranjang yang berselisih dengannya. Ami
merasa sangat malu. Kenapa begitu pendek akalnya ini. penangan cinta membuatkan
dia melanggar prinsip hidupnya sendiri. impian yang ingin digapai bagaikan
hilang disebalik kabus. Kakinya terus melangkah. Sesekali dia menundukkan
wajahnya apabila terselisih dengan orang ramai. Sesekali dia menyeka air mata
yang mengalir keluar. Dia tidak ubah seperti gadis-gadis yang lain yang hanyut
di alam arus keseronokan dunia. Dia yang bodoh kerana mengikut kata hati yang
luka. Kononnya ingin dibuktikan bahawa dia bukan gadis yang membosankan. Tapi
hendak membuktikan pada siapa? Lelaki yang melukai hatinya? Yang memandang kaca
itu bagaikan Kristal yang mahal. Padahal dia pun sudah setaraf dengan mereka
sekarang ini, kaca yang kelihatan cantik dari jauh. Rupa-rupanya mudah pecah
berderai apabila terjatuh.
Setelah sekian lama berjalan, Ami
terduduk di atas bangku berhampiran dengan Centrel Market. Orang kian ramai sementelah
matahari hampir tegak di atas kepala. Dia terasa bagaikan ditelanjangi oleh
mata-mata yang memandang. Dia hilang arah. Hilang tujuan. Dia tidak tahu ke
mana harus melangkah. Fikirannya kosong. Hatinya terus menangis.
“kenapa dik?” Tiba-tiba dia disapa
oleh seorang lelaki yang sedang membawa sebuah gitar. Mungkin penyanyi jalanan
di situ. Ami hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Hatinya kian sebak.
Lebih-lebih lagi apabila ada seseorang yang prihatin dengan keadaannya kini.
Lalu selamba sahaja lelaki itu
mengambil tempat di sisinya.
“menangis takkan akan menyelesaikan
sebarang masalah. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Dua rangkap ini
sudah cukup memberitahu kita hati dan apa yang kita rasa Cuma membawa kita ke
jalan buntu.”
“Abang rasa pernah ternampak adik ni.
Dulu pakai tudung kan? Kenapa hari ini lain. Kenapa pakai baju macam ni? Dari
mana ni?” bertalu-talu lelaki itu bertanyakan soalan kenapanya.
Dan kenyataan yang keluar dari mulut
lelaki itu membuatkan dia bertambah malu. Rupanya kewujudan dia pernah
diperasan oleh orang lain. Yang dia tidak pernah kenal tetapi dia suka
mendengar alunan suara lelaki ini menyanyi di kaki lima central market ini. dan
mana tahu dia yang singgah seminggu sekali itu dikenali oleh lelaki ini.
Ami terus mendiamkan diri.
“tunggu kat sini. Jangan pergi ke
mana-mana ye” pesan lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam sebuah kedai
pakaian.
Tidak berapa lama kemudian dia keluar
dengan satu plastik.
“nah pakai selendang ini, tutup yang
mana tidak tertutup. Kecantikan seorang wanita ini bukan terletak pada rupa
parasnya yang ayu atau susuk badannya yang seksi tetapi terletak pada sifat
malu yang ada pada dirinya. Abang tahu kau seorang yang pandai menjaga
kecantikan diri. Abang juga tahu ada benda yang membuatkan kau jadi macam ni”
“Pergi balik… ambil wuduk dan kau
membaca AL-Quran dapat menenang jiwa yang sedang resah dan sedih. Jangan diikut
sangat rasa hati itu. Kau jangan terlalu ikut hati kau yang terluka. Semua yang
berlaku ada sebab dan akibatnya. Kau kena fikir semua itu dengan fikiran yang
tenang bukan dengan hati yang luka” panjang lebar lelaki yang membahasakan abang ini memberikan
ceramah. Macam dia tahu-tahu je, penyebab mengapa dia menjadi seperti ini.
“Pergi balik” arahnya lagi. Ami
menangis dan menangis… kata-kata abang ini memang betul-betul memukul hatinya.
Betul dia melihat apa yang terjadi dengan hati yang luka sebab itulah dia
khilaf.
‘Abang’ itu tidak menunggu lama di
situ. Dengan gitar di tangannya, dia mengambil tempat di tengah-tengah laluan
pejalan kaki di tepi Centre Market. Beberapa saat kemudia terdengar irama dari
gitar yang dimainkannya...
Sepanjang
perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui
Ku
menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh
Dulu
aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap…
Dihati kecil ku menaruh harapan…
Selagi
hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu…
Ami terus teresak dan termenung
sendirian. Mendalam maksud lagu menaruh harapan yang dimainkan oleh Abang itu.
Ami sedar sesekali mata abang yang sedang memetik gitar itu menyapa dirinya
yang masih lagi terus kaku di situ.
Tak lama kemudian, Ami mengangkat muka
dan bertembung pandang dengan mata Abang itu yang seolah-olah menyalurkan
semangat untuknya. Dalam kepayahan dia mengukir senyum sebelum melangkah pergi
dari itu. Apa yang berlaku tetap telah berlaku. Dia perlu melangkah ke hadapan.
Langkah pincang ini harus dibetulkan segera. Sesal sekarang tiada gunanya jika
dia terus pasif dengan musibah demi musibah yang melanda dirinya ini. Dia perlu
bangkit. Semalam itu merupakan kesilapan yang terbesar dalam hidupnya.
Moga-moga selepas ini, dia akan menggunakan akal terlebih dahulu sebelum
mendengar kata hatinya.
BAB ENAM
Pintu bilik di buka dari luar. Terus Syida dan
Kirana menerpa ke arahnya.
“Kau pergi mana Ami. Kau buatkan kami risau”
bertalu-talu Kirana menyoal Ami yang melangkah lemah memasuki bilik mereka.
Terus dia menuju ke almarinya dan menarik keluar tuala. Kemudian dia mengambil
bekas berisi barang mandian dan melangkah keluar menuju ke bilik air.
Pertanyaan Kirana dan Syida dibiarkan berlalu. Dia
tiada rasa untuk menjawab soalan-demi soalan itu. di dalam fikirannya dia mahu
membersihkan diri dan sujud kepada Allah memohon keampunan di atas
kekhilafannya yang terjadi dalam hanya satu malam. Satu malam di mana dia
hilang kewarasan dan hilang segala-galanya.
Selesai mandi dia terus menunaikan solat dan solat
taubat. Kemudian dia membaca Al-Quran. Suaranya tersangkut-sangkut menahan
sebak yang bertandang. Menyesali apa yang terjadi. Kenapa dia boleh menjadi
begitu lemah kerana seorang lelaki dan kenapa dia terlalu mengikut kata
hatinya.
Kirana dan Syida saling berpandangan dan memerhati
tingkah laku Ami. Dihati mereka diburu rasa yang bersalah yang amat sangat.
Kalaulah bukan kerana mereka tentu Ami tidak akan menjadi seperti ini. Kalaulah
dia tidak mengikut kata Ali itu, tentu Ami masih lagi seperti semalam.
Tersenyum dan menegurnya. Bukan seperti sekarang ini yang langsung tidak
memandang mereka.
Setelah melihat Ami selesai membaca Al-Quran,
cepat-cepat Kirana bersimpuh di sisinya. Begitu juga dengan Syida.
“Aku mintak maaf Ami. Aku tak ada niat nak
khianati kau. Aku betul-betul mintak maaf” bersungguh-sunguh Kirana meminta
maaf sambil menggenggam tangan Ami. Matanya berkaca.
“ Aku juga. Kalau aku larang Kirana letakkan pil
khayal dalam minuman kau, tentu kau takkan jadi macam ni. Kami silap. Kami
ingatkan dengan cara itu kami boleh tolong kau lupakan si Hafiz tu. kami silap.
Maafkan kami Ami”
Air mata kian laju membasahi pipi Ami. Bukan silap
mereka sepenuhnya. Silap dia juga. Jika dia tidak mengikut mereka berdua, tentu
takkan jadi begini. Tentu dia masih lagi Ami yang dulu. tetapi terlajak
perbuatan mana boleh diundur. Mana boleh diulang kembali masa itu untuk
diperbetulkan.
“Aku maafkan. Lagipun ini semua berpunca dari aku
juga. Kalau aku tidak mengikut. Kalau aku tidak memulakannya. Tentu tak jadi
macam ni. Tak apalah. Bukan salah sesiapa. Salah aku” Dalam sebak Ami berkata
untuk mengurangkan rasa bersalah di hatinya sahabatnya itu.
“Kau pergi mana? Puas kami cari. Amru pun mencari
kau juga.”Soal Kirana.
“Entah aku tak tahu.. sedar-sedar aku telah berada
di hadapan CM. dan mujurlah ada seorang abang ni yang baik hati”
“dia membuatkan aku tersedar. Dia membuatkan aku
insaf kerana ikutkan hati yang merana ini” perlahan sahaja suara Ami
menceritakannya. Ya …dia bersyukur.. teguran seorang lelaki yang membahasakan
dirinya abang membuatkan dia tersedar. Mujurlah dia hanya hanyut seketika bukan
terus hanyut dibawa arus.
Kirana dan Syida insaf. Ami hanya mengikuti mereka
semalaman sahaja. Tetapi penyesalannya seolah-olah dia telah melakukan
kesalahan yang amat besar. Sedangkan mereka bertahun-tahun mengikut arus dunia
ini. seolah-olah telah sebati dengan diri mereka. Mereka tidak pernah merasakan
apa yang mereka lakukan itu satu dosa besar. Arus kemodenan ini telah menenggelamkan
ilmu agama yang mereka pelajari dahulu. terkambus di dalam telaga buta di dalam
hati. Yang membutakan akal fikiran mereka dan ditutupi pula oleh keseronokan
demi keseronokan dunia.
Melihat keadaan Ami terbit penyesalan di atas kelakuan
mereka selama ini. Ami tidak menyalahkan diri mereka sebaliknya menyatakan itu
semua berpunca dari kekhilafan dirinya sahaja. Ah… betapa baik hatinya.
Kalaulah orang lain tentu putus persahabatan ini.
Bermula saat itu, Kirana dan Syida mulai insaf.
Mereka tidak lagi seperti dulu. tidak lagi keluar di malam minggu dan mulai
mendalami agama. Mulai menutup aurat.
Ternyata ada hikmat di sebalik peristawa yang
berlaku. Betul kata abang tu, setiap perkara yang berlaku ada sebab dan
akibatnya. Cuma kita tidak tahu sebab kita malas mengambil tahu. Tapi kalau
kita fikirkan betul-betul dan mengimbas kembali kita akan tahu ada hikmat yang
tersembunyi.
BAB TUJUH
“Ami ada orang nak jumpa kau” beritahu Kirana.
“Siapa?”
“entahlah… aku Cuma sampaikan pesanan saja. Kalau
kau nak tahu pergilah turun ke bawah” Jawab Kirana acuh tak acuh. Dia kini
semakin ayu bertudung. Dengar kata tak lama lagi akan berkahwin dengan Ali.
Baguslah.
Melihat Ami melangkah keluar dari bilik dengan
ekor matanya, Kirana tersenyum nipis. Diharapkan pertemuan itu akan
mengurangkan rasa bersalah yang menebal di hatinya. Ami seorang yang baik dan
patut mendapat seseorang yang baik juga. Oleh itu dia berharap pertemuan ini
memberikan makna kepada sahabatnya itu.
Sampai di lobi kolej, mata Ami melingas mencari
wajah seseorang yang dikenali. Matanya tertangkap wajah Hafiz yang sedang
tersenyum ke arahnya. takkanlah mamat ini. lalu dipalingkan wajah ke tempat
lain. Di cari lagi kot-kot bukan Hafiz yang ingin ditemuinya.
“Assamualaikum…” serentak salam diberikan oleh dua
orang berlainan di sebelah kanan dan kirinya.
Ami mendongok dan memandang seorang lelaki yang
tinggi lebih kurang tujuh kaki itu. tinggi sangat dibandingkan dengan dirinya
yang Cuma lima kaki sahaja.
“Siapa kau” cepat Hafiz bertanya pada lelaki itu.
Ami terdiam. Cuba untuk mengingati siapakah lelaki ini. dan…. Serta merta
wajahnya memerah apabila teringat peristiwa lebih kurang sebulan yang lalu.
“Kau pula siapa?” Soal lelaki itu yang namanya
Amrul Hafiz kalau tak silap Ami.
“Aku teman lelakinya” bangga hafiz memperkenalkan
diri. Bukankah mereka sudah putus. Dari mana pula datangnya frasa ‘teman
lelakinya’.
Ami tidak menghiraukan kenyataan yang langsung
tidak masuk akal itu.
“Waalaikumussalam. Kenapa awak datang ke mari?” soal
Ami kepada Amru.
“banyak benda lagi yang kita tak settlekan .tergantung begitu sahaja.
Saya datang nak bincangkan hal dulu” jelas Amru maksud kedatangannya hari ini.
“oooh… rasanya semuanya sudah selesai. Tak ada
apa-apa lagi. Semalam biarlah menjadi sejarah semalam yang tidak perlu
diingati. Awak tak usah risau. Saya tak apa-apa. Awak tidak perlu
bertanggungjawab di atas apa yang berlaku” terang Ami.
“Hmmm saya rasa tak macam tu. Umi saya hendak
berjumpa dengan awak. Saya cakap kat dia hari ini saya akan bawa bakal isteri
saya ke rumah untuk berkenalan” Amru Hafiz menjelaskan maksud sebenarnya.
“tapi…..”
“tak ada tapi-tapi… sejak peristiwa itu awak telah
menjadi tanggungjawab saya” tegas Amrul
Hafiz.
Ami masih lagi ingin berkata sesuatu..tapi...
“sekarang.. pergi ambil beg awak dan kita ke rumah
saya” Amru terus mengarahnya.
“hey… kau ni siapa nak arah-arahkan dia. Kau tak
faham ke dia ni girlfriend aku” celah Hafiz yang sedari tadi dia mendengar
perbualan mereka.
Ami memandang Hafiz yang sedang menahan perasaan
marahnya.
“awak dah lupa agaknya yang kita telah putus
hubungan hampir dua bulan yang lalu. Awak yang putuskan. Kenapa hari ini
mengaku saya masih lagi teman wanita awak. Mana perginya Lisa, girlfriend baru
awak tu?” soal Ami tenang.
“dia Cuma kawan aku ju, bukan girlfriend aku. Ami
maafkan aku. aku baru sedar yang aku memang sayangkan kau. Cintakan kau” luah
Hafiz.
“hmmmm… rasa itu bukan cinta. Itu Cuma perasaan
kau je. Baliklah. Kita dah tak ada apa-apa. Dulu memang ya tapi sekarang tidak.
Aku pun dah tak ada rasa apa-apa lagi dah kat kau” balas Ami.
“Bagi aku peluang Ami”
“aku dah bagi tapi kau yang tolak peluang tu. Hati
aku Cuma satu dan bila ia disakiti, ia takkan sesekali mengulangi kesakitan
yang sama”
“tapi takkanlah kau nak menerima lelaki ini”
“Amru.. dia telah terima pun. cuti semester nanti
kami akan berkahwin” Amru mencelah. Ami terkejut dengan apa yang dikatakan oleh
Amru. Bila masa dia menerima. Dia memandang wajah Amru untuk kepastian.
“Sebulan yang lepas. remember sayang?”soal Amru. Segera Ami teringat kisah pada malam
itu. Perlahan Ami mengangguk-angguk. Dia takut kalau-kalau Amru menceritakan
apakah peristiwa itu kepada Hafiz andai dia menyatakan tidak mengingatinya.
Selepas itu Hafiz berlalu pergi biarpun di dalam tergambar di riak wajahnya dia
tidak puashati dengan kenyataan itu.
Di dalam kereta hanya kedengaran suara DJ hotfm
yang sedang berceloteh. Keduanya mendiamkan diri sambil melayan radio sahaja.
Amru Hafiz tenang memandu. Ami pula walaupun nampak tenang tetapi hatinya resah.
“Awak…”
“Ya….”
“tentang peristiwa malam itu. Awak tidak perlu
merasa bertanggungjawab. Bukan salah awak. Bukan salah kita. Kita Cuma mangsa
keadaan” Ami memulakan kata.
“Awak tak rasa apa-apa?” Soal Amru pelik. Kalau
diikutkan cerita tenang Ami yang didengari dari Kirana, dia tahu Ami bukan
seorang gadis yang social. Yang tak kisah tentang hal dara ke tak ni. Tapi
kenapa dia kelihatan tenang sahaja.
“rasa apa? Menyesal?” soal Ami. Amru mengangguk.
Angguk.
“Memang ada. Siapa yang tak menyesal hilang sesuatu
yang berharga pada seseorang yang tidak dikenali dan juga dalam keadaan tidak
sedarkan diri”
“tetapi masa tetap akan berlalu dan kenyataan
tidak akan berubah. Saya muhasabah diri sendiri. cari kekhilafan diri sendiri
bukan tahu menyalahkan orang lain di atas kesalahan diri”
“Mujurlah… tiada benih yang bercambah. Walau
bagaimana pun diri saya bukan lagi yang dulu”
“taka pa… saya redha. Yang perlu saya lakukan menyesal
dan bertaubat kepada Allah. Berjanji takkan mengulanginya lagi. Bukan mencari
orang yang melakukannya untuk bertanggungjawab ke atas diri saya” panjang lebar
keterangan diberikan oleh Ami.
Amru terdiam. Dia mengagumi kematangan Ami dalam
menangani masalah yang menimpanya. Dan keputusan yang dia buat tidak salah.
“Sebab itulah saya ingin bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas awak. Jadi isteri saya dan saya takkan biarkan hati awak
disakiti lagi”
“Saya tahu saya ni bukan sempurna. Bukan lelaki
yang terbaik. Tetapi sebelum awak saya tidak pernah meniduri wanita lain. Awak
yang pertama dan saya juga berharap awak yang terakhir.”
“kita mulakan hidup baru. Kita jadikan apa yang
berlaku dulu sebagai pedoman hidup kita. Berkunjung ke kelab malam dan berhibur
bukan jalan menyelesaikan masalah tetapi memberikan masalah.”
“Sejak peristiwa itu banyak yang saya fikirkan.
Nilaikan semula hidup saya. Dan secara tidak langsung saya sudah jumpa orang
yang akan menemani saya sepanjang hidup ini”
“tetapi kita tidak pernah saling mengenali. Malah
memang tak kenal pun” tingkah Ami.
“Saya kenal awak melalui cerita Kirana dan Syida.
Itu sudah cukup untuk saya menilai diri awak yang sebenarnya. Yang lain-lain
biarlah saya ketahui selepas kita berkahwin.” Tegas Amru Hafiz. Dia tidak perlu
memikirkan berkali-kali. Hatinya memang telah lama yakin. Ami lah yang terbaik untuk
dirinya.
Tidak disangka, disebalik musibah yang berlaku,
tersembunyi seribu hikmat. Kirana dan Syida telah berubah. Dirinya semakin
mendekati Allah s.w.t. semakin mematangkan diri untuk menempuhi hidup ini. dan
hadirnya lelaki yang meragut kegadisannya untuk bertanggungjawab ke atas apa
yang berlaku.
Syukurlah… disebalik gerimis adanya pelangi yang
indah. Di sebalik tangisan semalam ada tawa yang menanti. Di sebalik derita
semalam ada bahagia yang menanti. Ami tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Focus terus ke hadapan.
Ami menganggukkan kepalanya perlahan dan
menghadiahkan senyuman manis kepada Amru di sebelah. Kereta meluncur laju
menuju ke destinasi.