295
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
“NINA, we have to talk.” Zahrain datang menyapa mengejutkan semua yang ada di situ.
Nina mengerling rakan-rakannya. Perbincangan yang baru berlangsung setengah jam yang lalu itu dihentikan buat sementara.
“Pergilah, Nina. Kami semua okey,” ujar Zira sebaik melihat Nina masih membeku di tempat duduknya.
“Betul ni?” Nina masih tidak berpuas hati.
“Yes, we’re waiting you,” kata Zira lagi. Mira hanya mengangguk sahaja.
“Okeylah, kalau macam tu,” kata Nina sebelum berlalu.
Atas permintaan Nina, Zahrain hanya memilih sebuah tempat redup tidak jauh dari rakan-rakan kolej Nina. Cukup mendamaikan suasana hari itu. Namun, kocak air tasik yang tenang, tidak mampu menenangkan perasaan Zahrain.
“Ada apa Zahrain?” tanya Nina.
“Mereka tidak beritahu apa-apa pada kau?” pertanyaan Nina di jawab dengan pertanyaan juga.
“Beritahu apa?” tanya Nina lagi.
“Family kau sudah aturkan untuk kau kahwin dengan Amar,” ujar Zahrain sambil mengerling wajah gadis manis di sisinya.
“Mana kau tahu?” Nina bertanya hairan.
“Dari mana aku tahu tidak penting,” jawab Zahrain sekali lafaz. Dia melarikan pandangan ke arah rakan-rakan Nina yang sesekali melepaskan pandang ke arah mereka.
“Akhirnya ibu aku dapat apa yang dia mahu. Money,” tutur Nina jujur.
“Amar akan dapat apa yang dia mahukan. Kau.” Zahrain pandang wajah Nina.
“Apa kita nak buat?” tanya Nina.
“Kau hendak mengahwini dia?” Nina membulatkan matanya. Tidak percaya dengan kata-kata yang terbit dari seulas bibir milik Zahrain.
“Kau tahu kan, aku tak mahu,” ujar Nina pula.
“Buktikannya!”
Deringan telefon bimbit dari tas tangan Nina, menenggelamkan suasana sepi yang mendatangi mereka. Melihat sebaris nama yang amat dikenali di skrin telefon, dia terus menjawab panggilan.
“Hello, mama. Ada apa?”
“...”
“Apa, ma? Okey, Nina datang sana sekarang.” Kelam kabut Nina bangun dari tempat duduknya. Dia berlari anak mendapatkan rakan-rakannya. Zahrain yang terpinga-pinga dengan tindakan Nina itu, turut bangun mengekori.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.