Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
18 - 2

“SELAMAT PAGI, abah, mama,” ucap Warda.Mangkuk berisi nasi goreng kampung diletakkan di atas meja.

        Puan Aliya terkebil-kebil mata bila melihat Warda. Semalam anakangkatnya itu melemparkan pelbagai tuduhan kepadanya. Warda bagaikan dirasukoleh sesuatu. Pada hari ini pula, dia menyediakan sarapan pagi untuk mereka.Adakah makanan yang dimasak ini telah diletak racun? Bagaimana jika Wardaberniat hendak membunuh mereka berdua? Oh, tidak!

            CikguYusoff mengukirkan senyuman manis buat Warda. Dia tidak mahu mengingatiperistiwa yang telah berlaku semalam. Lebih baik Warda tidak tahu apa-apa.Warda tidak boleh berasa tertekan. Kelak akan berlaku pertukaran identiti lagi.

            “Selamatpagi, anak abah!” balas Cikgu Yusoff.

            Wardamenceduk nasi goreng ke dalam pinggan. Kemudian diletakkan di hadapan abah. Diamemandang mama.

            “Mamanak makan ke?” Berdebar-debar hati Warda ketika menyoal si ibu.

            PuanAliya jeling mangkuk. Cebikan terbentuk di bibir.

            “Akutahu niat sebenar kau, Warda. Kau nak bunuh aku dan Yusoff. Kau tidak pernahberasa puas hati dengan aku. Sebab apa? Sebab aku tiada sebarang perasaansayang kepada kau! Bila kau berjaya hapuskan kami berdua, kau akan merampassegala-gala kemewahan di rumah ini. Anak yatim tak berguna macam kau ni selalutak kenang budi. Ambil kesempatan di atas kebaikan orang lain!” Puan Aliyasemakin galak melakar kedukaan di benak Warda.

            Wardatergamam.

            “Mama,Warda…”

            “Awaksudah salah faham pada anak kita, Aliya! Warda adalah seorang anak yang baik.Dia amat menyayangi kita berdua. Saya berasa kecewa dengan awak. Awaksepatutnya lebih matang menilai ketulusan hati Warda.” Hati seorang CikguYusoff umpama disiat dengan pisau yang sangat tajam.

            PuanAliya ketawa sinis.

            “Kalaudia orang luar, maka statusnya itu tetap sama sehingga bila-bila. Saya tekankansekali lagi, bang. Dia anak awak, bukan anak saya! Saya tiada anak yang cacatseperti dia!” bidas Puan Aliya.

            Wardamengesat air mata.

            “Mama,Warda bukanlah orang jahat. Warda sayang pada mama. Warda tidak tergamam hendaklakukan sebegitu rupa. Warda amat berterima kasih kerana mama dan abah telahmembesarkan Warda. Warda tahu yang Warda tidak sempurna seperti orang lain.Terlalu banyak kekurangan yang ada dalam diri Warda. Tetapi mama tidak bolehmenghukum Warda. Warda…”

            “Kauapa? Hei, bapa kau yang memaksa aku membela kau tau! Aku memang takmenginginkan kau sebagai seorang anak. Aku tak pernah menerima kehadiran dirumah ini. Aku terlalu benci pada kau, Warda!” bidas Puan Aliya.

            “Aliya,apa perasaan awak kalau awak memiliki nasib seperti Warda? Awak menghukum Wardatanpa memikirkan isi hati dia. Kesalahan apakah yang dia telah lakukan kepadaawak?  Salahkah dia meraih secebis kasihsayang daripada awak? Dia adalah anak yang telah kehilangan ibu bapa sedarikecil lagi. Kitalah keluarga dia. Kitalah tempat untuk dia menumpang kasih,”celah Cikgu Yusoff yang sudah semakin hilang sabar dengan isterinya.

            PuanAliya ketawa mengilai. Ditenung wajah anak angkatnya itu. Jelik.

            “Kalaumak dan ayah dah tiada, tak perlulah nak meraih perhatian orang lain. Tinggalsajalah di rumah anak yatim. Di sana ada ramai orang yang setaraf dengan dia.Tempat dia hanya layak di situ saja, bukan di rumah dia,” tambah Puan Aliya.

            “YaALLAH, Aliya! Sehitam itukah hati awak? Tolonglah ubah persepsi awak terhadapWarda. Warda perlukan kita sebagai ibu bapa. Awak tidak takut berdosa kemenghina anak malang ni?” Cikgu Yusoff sudah tidak mampu mendengar cemuhan demicemuhan yang meniti di bibir Puan Aliya. Bagi Cikgu Yusoff, isterinya itu tidakpernah mensyukuri nikmat yang ALLAH telah berikan kepada mereka sekeluarga.Anak adalah amanah ALLAH dan seharusnya dijagai dengan sempurna.

            “Abah?”Warda menyentuh bahu Cikgu Yusoff. “Tidak mengapa. Warda redha,” celah Warda.

            “Sikapmama kama kamu terlalu keji, Warda! Dia…”

            CikguYusoff cuba membantah. Tetapi kata-katanya mati bila Warda mencelah sekalilagi.

            “Abah,mama, Warda pergi kerja dulu. Assalamualaikum,” potong Warda.

            Wardamenyalami dan menciumi tangan abah. Bila tiba giliran Puan Aliya, Wardatersentak bila ibu angkatnya itu lekas menyembunyikan tangannya di belakang.Warda tersenyum hambar. Dia tetap sabar meskipun berasa terkilan dengan sikapibunya itu. Warda berlalu dengan wajah yang muram.

            “Berhentilahmenyeksa jiwa dia, Aliya. Dimanakah terletak nilai kemanusiaan awak? Sekalipunawak terlalu benci pada dia, tetapi sekurang-kurangnya jagalah perasaan dia.Awak telah menjatuhkan air muka dia! Dia ada hati!” Cikgu Yusoff cubamenasihati Puan Aliya. Dia amat berharap agar isterinya itu melunturkankeegoaan dan membuka hati untuk mengakui kewujudan Warda sebagai seorang anak.

            PuanAliya berpura-pura tidak mendengar. Tanpa apa-apa perasaan, dia beredar kedapur.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.