Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
19 - 1

Jangan merintih kerana dilanda ujian.

Sambutlah dengan rasa aman,

Dan syukur kepada ALLAH.

 

“GOOD MORNING, my dearest wife!” Hilman sempat mengucuprambut Asha sebelum melabuhkan duduk di sebelah isterinya itu.

            Ashatersipu malu. Wajahnya terasa bahang.

            “Err…abang nak makan apa?” Gugup rasanya berhadapan dengan suaminya itu.

            Hilmanmengukirkan senyuman manis.

            “Apa-apasaja. Abang tak kisah sangat,” balas Hilman.

            Ashamencedukkan nasi goreng cina ke dalam pinggan Hilman. Teh tarik dituangkan kecawan.

            “Jemputmakan, abang.”

            Hilmanmenyudu nasi goreng itu. Disuapkan ke dalam mulut. Kemudian dikunyah perlahan.

            “Hmm…sedap. Sayang yang masak ke?” tanya Hilman.

            PuanFariha berdehem.

            “Isterikamulah yang masak nasi tu, Hilman. Khas untuk suami tercinta,” usik PuanFariha.

            “Mama!”Asha sudah merah padam.

            Suamidan isteri ketawa. Mereka berasa geli hati dengan respon Asha.

            Hilmanikut ketawa.

            “Sayangtidak perlulah berasa malu dengan abang. Kita sudah sah bergelar husband and wife tau,” sakat Hilmanpula.

            “Abangpun sama macam mana,” bentak Asha lalu tertunduk malu.

            Hilmantersenyum. Dia memandang semula ke arah ibu dan bapa mentuanya itu.

            “Mama,papa, Hilman memohon keizinan untuk bawa Asha pulang ke rumah keluarga Hilman.Papa Hilman ajak kami berdua makan tengah hari di sana. Hilman agak keberatanuntuk menolak permintaan dia.”

            Padamulanya, Hilman menyatakan alasan mereka berdua sibuk. Sebenarnya dia inginmengelak daripada Asha bertembung dengan Fadli. Dia bimbang jika Fadli cubauntuk mencederakan isterinya itu. Mama juga pasti akan melemparkan kata-katakesat kepada Asha. Dia tidak mahu Asha berasa tersinggung dengan perbuatanmereka. Tetapi dia tidak sampai hati hendak menghampakan papa. Maka terpaksadipenuhi undangan itu.

            EncikAzman dan Puan Fariha mengangguk.

            “Pergilah,nak. Kamu tidak perlu meminta kebenaran kami. Asha sudah jadi isteri kamu. Kamubebas membawa dia ke mana-mana saja,” balas Encik Azman.

            “Betultu, nak,” sokong Puan Fariha.

            Ashamati selera.

            “Abang,Asha takut berdepan dengan Abang Fad.” Asha menyuarakan keresahan di hatinya.

            Hilmanmengukirkan senyuman. Ditautkan tangannya ke atas telapak tangan Asha, laludigenggam erat.

            “Asha,jangan risau ya. Asha ada abang. Abang tidak akan biarkan Fad mengambilkesempatan pada Asha.” Hilman menyimpul janji.

            Ashamengusap tengkuk.

            “BolehkahAsha tinggal di rumah? Abang saja yang pergi?” pinta Asha.

            “Apapula kata papa jika abang seorang diri ke sana tanpa Asha?” balas Hilman.

            “Tapi…”

            “Asha?”tegur Puan Fariha.

            Ashamemandang mama.

            “Ya,mama?” balas Asha.

            “DatukHalim adalah bapa mentua kamu. Datin Zaryn pula ialah ibu mentua kamu. Mamamahu kamu menganggap mereka berdua seperti ibu bapa kandung kamu sendiri, Asha.Janganlah disebabkan Fadli, kamu tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah itu. Usahpedulikan dia. Andai kata dia mengganggu kamu, beritahu kepada Hilman. Hilmanakan melindungi kamu,” nasihat Puan Fariha.

Puan Fariha tahu, Ashaberasa fobia dengan Fadli selepas peristiwa yang dialaminya dahulu. Jika diaberada di tempat Asha, dia juga akan merasakan perkara yang sama. Tetapi itubukanlah cara yang sesuai untuk mengelak daripada berhadapan dengan realiti.Suatu masa nanti, mereka berdua terpaksa bertemu muka juga memandangkan Ashasudah menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

“Ya, nak. Pulanglah kerumah mentua kamu, Asha. Walaupun Datin Zaryn masih belum boleh menerima kamusebagai seorang menantu, tetapi kamu masih ada Datuk Halim. Dia amat berbesarhati untuk menyambut kedatangan kamu. Dia seorang yang sangat baik hati, bahkanamat berbeza dengan perilaku isterinya. Kamu cuma perlu butakan mata daripadamemandang Datin Zaryn dan Fadli,” sambung Encik Azman.

            Ashamenggaru dahi.

            “Asha…”

            “Ashatidak perlu menyendiri semasa di sana nanti. Asha ikut abang,” celah Hilman.

            Ashatersenyum.

            “Baiklah,abang,” balas Asha. Terpaksa mengalah. Kasihan pula pada Datuk Halim jika diatidak memenuhi jemputan. Bimbang bapa mentuanya itu akan berkecil hatidengannya kelak.

            “Good girl.” Hilman mencuit manja hidungisterinya.

            Ashatersengih dengan tindakan suaminya.

            “Jomkita sambung makan. Papa dah lapar ni.” Encik Azman berjenaka.

            “Jom!”Seisi ruang makan itu ketawa lantas menyambung menikmati hidangan sarapan pagimereka.

Previous: 18 - 2
Next: 19 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.