Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
6 - 2

HILMAN melabuhkan duduk di hadapan papadan mama yang sedang berbual-bual di ruang rehat itu. Datin Zaryn hendak banguntetapi Hilman lekas menghalang. Wanita itu duduk semula di sebelah suaminyasambil merenung tajam segenap wajah Hilman. Fadli yang baru sahaja pulangsegera menyembunyikan diri di sebalik dinding. Mahu mencuri dengar perbualan mereka.

Hilman menarik nafaspanjang terlebih dahulu sebelum memulakan kata.

“Papa, mama, Hilman dahjumpa calon isteri Hilman. Cuma kami masih dalam proses mengenali hati budimasing-masing. Hilman minta mama dan papa berdoa agar pilihan Hilman ni tepat, agardia terbuka hati untuk menerima Hilman,” beritahu Hilman dengan nada serius.

Datuk Halim melafazkansyukur.

“Papa mahu yang terbaikuntuk kamu, Hilman. Bila melihat kamu bahagia sudah cukup buat papa gembira,”balas Datuk Halim.

Hilman menghela nafas lega.

“Terima kasih, papa.Hilman amat berharap agar papa dan mama merestui pilihan Hilman,” pinta Hilman.

“Siapa saja pilihan kamu,papa restuinya, nak,” balas Datuk Halim.

Hilman toleh ke arahmama.

“Mama, Hilman…”

Datin Zaryn mencemik.

“Gadis yang bakalkamunikahi tu memang malang!” ejek Datin Zaryn.

Hilman terkedu.Dititipkan kesabaran di dalam hati meskipun sebak dengan cemuhan itu.

“Zaryn, jaga percakapantu!” tegur Datuk Halim keras.

 “Tak apa, papa,” celah Hilman. Kelihatantenang bila berhadapan dengan hinaan mama.

Datuk Halim mengeluh.Hilman terlalu berlembut hati melayani kerenah Datin Zaryn. Dia amat mengkagumiakan ketabahan yang dimiliki oleh anak bongsunya itu. Mengapa Datin Zarynterlalu benci pada Hilman? Adakah peristiwa lampau yang pernah berlaku suatuketika dahulu memberikan hak kepada Datin Zaryn untuk terus menghukum Hilman?

Datin Zaryn memekakkantelinganya.

Hilman berdehem.

“Papa, mama, bakal isteriHilman ialah…”

“Siapa?” tanya DatukHalim sudah tidak sabar lagi.

Datin Zaryn buat takdengar.

Fadli pula tekun memasangtelinganya untuk mengetahui siapakah wanita yang bakal bergelar isteri kepadaadiknya itu.

“Dia yang Hilmanmaksudkan ialah Asha Hasna,” sambung Hilman.

Datin Zaryn terkesima.

“Apa?”

Lain pula respon DatukHalim yang bangun lalu memeluk tubuh Hilman. Ucapan tahniah kedengaran bergemadi cuping telinga Hilman.

Fadli serta-merta meluruke arah ruang rehat

“Hilman tak boleh kahwindengan Asha!” jerkah Fadli.

Previous: 6 - 1
Next: 6 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.