Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
11 - 3

“ZARYN!”

            DatukHalim menerpa ke arah Datin Zaryn. Wajah isterinya itu dicerlung dengan matayang berapi.

            LangkahDatin Zaryn mati. Renungan tajam menikam suaminya itu dibalas dengan riak takbersalah.

            “Mengapahati you terlalu busuk sangat? Benci sangatkah you pada anak kandung you?Zaryn, Hilman tu anak yang you kandung selama sembilan bulan. You bersusahpayah melahirkan dia ke dunia ni. Kita sama-sama membesarkan dia. Hinakah diadi mata you? Mana hati you sebagai seorang ibu?”

            Hibajiwa seorang ayah. Datin Zaryn seorang wanita yang mementingkan diri dankemewahan. Di matanya hanya ada wang ringgit sahaja. Kasih sayang yangsepatutnya dicurahkan sepenuh rapi diabaikan begitu sahaja. Dia seperti tidakmengenali dosa dan pahala. Tergamak menyalahkan orang lain di atas peristiwayang pernah berlaku suatu ketika dahulu.

            DatinZaryn tertawa sinis.

            “Apayang you merepek ni, Halim? You tanya soalan yang you sendiri sudah tahujawapannya. Hilman bukan anak I! Dia anak you! I tiada anak yang bernama HilmanAdrian Datuk Halim! Dia tu anak yang tak berguna! I tanggung kerugian dari segiwang ringgit disebabkan dia! Jika bukan kerana dia, I tidak akan jadi papakedana begini!” tengking Datin Zaryn. Bak orang hilang pegangan hidup.

            DatukHalim beristighfar panjang. Bilakah isterinya itu akan mengubah tingkah laku? Adakahperasaan hitam itu akan bertukar kepada kasih sayang suatu masa nanti?  

            “Zaryn,you kena sedar sesuatu. ALLAH berikan ujian kepada kita. Sebab apa? Sebab dianak sampaikan berita gembira kepada kita. Bisnes you lingkup bukan salahHilman. Bukan pinta dia untuk sakit. You sepatutnya redha dengan ujian ALLAH.Usahlah meletakkan kesalahan di bahu orang lain,” nasihat Datuk Halim.

            “Youtak perlu nak ajar I la, Halim! I tahu apa yang I buat! You tak tahu perasaan Isemasa perniagaan I hangus dimamah api! Hati I menderita! Semua sebab anakkesayangan you tu! Dan sekarang you nak I sayangi dia? I tak boleh tengok mukadia! I rasa meluat yang amat!” bidas Datin Zaryn dengan nada keras.

            “You…”

            “Cukup!I tidak mahu dengar sepatah kata daripada mulut you, Halim! Jika you nak Iterima dia sebagai seorang anak, you hanya bermimpi di siang hari sahaja! SekaliI dah tak suka, sehingga bila-bila I akan rasa begitu!” potong Datin Zaryn.

            DatukHalim menggeleng. Dipicit dahinya. Kepalanya kusut dengan sikap Datin Zaryn.

            “Zaryn,jangan sampai you jatuh terduduk dengan keegoan you yang tinggi menggunung ni.Hilman Adrian adalah seorang anak yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.Esok lusa, anak yang you benci itulah yang akan menjaga you semasa sakit dantidak berdaya untuk bergerak. Entah-entah, you akan duduk di kerusi roda. Anakyang you tak pernah anggap anak itulah yang akan menolak you ke sana sinikelak!”

            Beberapabaris ayat dilemparkan kepada Datin Zaryn. Agar isterinya itu buka mata danberupaya menilai ketulusan hati si anak.

            DatinZaryn mencemikkan wajah.

            “Itidak memerlukan Hilman! Fadli boleh jaga I!” Begitu angkuh wajah Datin Zarynketika menuturkan kata.

            DatukHalim menjongketkan sebelah keningnya ke atas.

            “Oh?Okey, we will see it. I sudah masakdengan perangai Fadli. Dia sedikit pun tidak pernah mempedulikan you, Zaryn.Dia hanya mempergunakan you demi kepentingan peribadinya sendiri. I tak sangka,you tidak mampu membezakan antara kaca dan juga permata.  Openyour eyes now! Lihatlah keperibadian yang dimiliki oleh Hilman dan sikapterpuji anak kesayangan you tu!” sindir Datuk Halim. Dia bangun lalu beredarmeninggalkan Datin Zaryn. 

Previous: 11 - 2
Next: 12 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.