Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
2 - 2

“KALAU Hilman… err… macam mana nak cakapya?” Hilman terasa gugup untuk menyatakan hasratnya.

            DatukHalim ketawa.

            “Sejakbila anak papa jadi gagap ni?” usik Datuk Halim.

            Hilmanmenyengih. Belakang kepalanya diusap berulang kali.

            “Kamusukakan Asha? Dan nak memperisterikan dia?” Datuk Halim menebak hati Hilman.

            PipiHilman merona merah. Tekaan Datuk Halim memang benar. Itulah yang mahudiperkatakan oleh Hilman. Cuma dia agak malu untuk memberitahu. Bukan apa.Setelah apa yang berlaku, Hilman tidak mahu sesiapa menuduhnya punca keretakanhubungan Fadli dan Asha. Dia tidak pernah berniat untuk memporak-perandakanhubungan mereka.

            “Betulke telahan papa ni?” tanya Datuk Halim.

            Hilmanangguk.

            “Sebenarnya,papa lagi suka kalau Hilman yang kahwin dengan Asha. Papa yakin Hilman mampumenjaga Asha sebaiknya,” luah Datuk Halim.

“Papa… Asha bekas tunangFadli. Nanti orang kata Hilman rampas dia pula,” balas Hilman.

Datuk Halim tertawa.

“Kamu bukan perampas,Hilman.”

Hilman gigit bibir.

“Dah sedia untuk galastanggungjawab sebagai suami Asha?” usik Datuk Halim.

“Papa!” Terjegil mataHilman.

“Oh! Jadi kamulah puncakeretakan hubungan Fadli dan Asha?”

Tiba-tiba sahaja DatinZaryn muncul lalu mula melemparkan tuduhan itu kepada Hilman. Datuk Halim danHilman terkedu. Hilman pula mengetap bibir menahan sebak di hati. Dia tidakmahu bertelagah dengan mama. Lebih baik berdiam daripada bersuara. Kelak dicopderhaka pula.

“Cakap! Kamu ke yanghasut Asha hah?” jerit Datin Zaryn keras.

“Hilman tak pernahbertindak begitu, mama,” tegas Hilman tenang.

Datin Zaryn tergelak.

“Janganlah nak bohongaku, Hilman!” tengking Datin Zaryn.

“Awak ada bukti yangboleh sabitkan Hilman dengan tuduhan awak tu ke, Zaryn?” celah Datuk Halim.Geram kerana Datin Zaryn tidak pernah berhenti menyakiti perasaan Hilman.

Datin Zaryn terkedu.

Datuk Halim menolehmemandang wajah Hilman.

“Hilman, papa rasa Hilmankena bertindak sekarang. Papa nak Hilman pikat hati Asha. Siapa tahu Hilman danAsha berjodoh suatu hari nanti? Dapatlah papa makan nasi minyak Hilman danAsha. Lagi sedap rasanya kot,” sambung Datuk Halim. Segaris senyuman sinisdilemparkan kepada Datin Zaryn. Dia berniat mahu menyindir isterinya itu.

Hilman tersenyum.

Datin Zaryn menjelinglalu bangun dan beredar meninggalkan dua beranak itu.

Hilman tersentak bilaterasa tangan Datuk Halim menyentuh permukaan tangannya.

“Papa serius dengankata-kata papa tadi, Hilman. Gadis yang baik haruslah dijodohkan dengan lelakiyang baik juga. ALLAH tu Maha Adil. DIA sudah menetapkan takdir yang terbaikuntuk Asha. Papa dapat rasa yang Hilman bakal imam Asha,” ucap Datuk Halim.

“Hilman mencintai Ashatetapi…”

“Hilman fikir perasaanmama ke?” potong Datuk Halim.

Hilmanmengangguk.

“Sesekali kita kenaketepikan orang di sekeliling dan mengutamakan hati kita, Hilman,” nasihatDatuk Halim.

Hilman terdiam.

Tangan Datuk Halimberalih ke bahu Hilman. Ditepuk bahu anak lelakinya itu.

“Kalau ditakdirkan kamumenjadi suami isteri, papa merestuinya, Hilman.”

Hilman terkedu.

Previous: 2 - 1
Next: 2 - 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.