Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
8 - 1

Suatu hari kasih pasti bertamu…

Lambat atau cepat…

Biarlah masa sahaja yang menentukan.

 

“CIKGUnak kamu semua pulang ke tempat duduk masing-masing. Siapkan lembaran kerjayang cikgu berikan kepada kamu. Cikgu ada hadiah untuk murid yang tulisannyakemas dan gambar butang itu diwarnai dengan cantik,” arah Hilman.

            Hilmansempat menitipkan ingatan kepada anak-anak muridnya yang berumur enam tahun ituseusai memberikan tugasan kepada mereka. Jika tidak diingatkan, mereka akanmembuat kerja secara ala kadar sahaja. Hendak cepat siap dan bermain dengankawan-kawan.

Hilman bangun lalumengambil beberapa kad suku kata di atas mejanya. Lantas mendekati sebuah mejayang diduduki oleh sekumpulan murid yang masih belum menguasai suku kata lagi.Seorang pelajar perempuan dipanggil. Murid itu bangun lalu melabuhkan duduk disebelah Hilman. Hilman meletakkan kad suku kata bang di hadapan murid itu.

            “Cikgunak Laili bunyikan suku kata ni,” arah Hilman.

            Lailitenung kad itu. Bibirnya dikemam. Wajahnya pula kelihatan seperti takut.Mungkin bimbang jika salah dan dimarahi Hilman.

            “Sebut,Laili. Kalau Laili tersilap, tidak mengapa. Kita akan cuba sampai Laili boleh,”pujuk Hilman dengan nada suara lembut.

            “B.A.N.Gbang.”

Perlahan-lahan Lailimembuka mulut lalu menyebut suku kata itu.

“Pandai!” balas Hilmanlalu mencuit hujung hidung mancung Laili.

Laili ketawa suka.

“Okey, cikgu nak test yang lain pula,” balas Hilman lalumenukar kad.

“C.A.N.G cang,” ejaLaili.

“Goodgirl!” puji Hilman.

“Hilman?” Kak Leen yangbaru sahaja muncul dari arah dapur segera menegur Hilman. Di tangan Kak Leenterdapat dua helai kertas. Kelihatan wanita itu menghampiri Hilman.

“Kak Leen nak submit Bantuan Makanan Prasekolah padahari ni, Hilman. Lambat claim, nantiGB dan CC bising pula,” beritahu Kak Leen lalu duduk di sebelah Hilman. Kertasnota minta dan pesanan sekolah di tangannya itu segera diserahkan kepadaHilman. GB merupakan kata singkatan kepada Guru Besar manakala CC pula ialahKetua Pembantu Tadbir.

Kertas itu bertukartangan. Hilman tekun membaca senarai barang basah dan barang kering yang terpamerdi nota minta itu. Seketika kemudian tandatangan diturunkan di ruang yangtertulis namanya. Kertas itu diberikan kepada Kak Leen semula.

“Terima kasih, adikkesayangan akak,” ucap Kak Leen.

“Sama-sama, Kak Leen,”balas Hilman. “Kak Leen, Hilman melamar Asha sebagai seorang isteri,” sambungHilman bersama segaris senyuman lebar di bibir. Terpamer sinar kegembiraan diwajah lelaki kacak itu.

“Apa keputusan Asha?”tanya Kak Leen ingin tahu.

“Hilman beri masa padaAsha, kak. Asha masih berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku kepadanya.Jadi dia perlukan ketenangan diri terlebih dahulu. Hilman meminang terlaludrastik. Dia baru saja putus tunang dengan Fadli. Tiba-tiba Hilman muncul dannyatakan niat untuk memperisterikan dia. Hilman tak kisah berapa lama yang diaperlukan,” balas Hilman.

Kak Leen mengukirsenyuman.

“Akak harap Asha terimalelaki sebaik Hilman. Gadis yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Akaksentiasa berdoa demi kebahagiaan adik akak yang seorang ni. Semoga Hilman temuikebahagiaan di samping Asha suatu hari nanti,” balas Kak Leen.

Hilman selalu didugadengan kesedihan hidup. Ibu kandung sendiri tidak pernah mahu menerimakewujudannya sebagai seorang anak. Mujurlah Hilman seorang lelaki yang tabahdan cekal menempuhi dugaan. Dia sentiasa sabar meskipun berhadapan denganhinaan demi hinaan si ibu saban hari.

“Terima kasih untuk doa,Kak Leen.” Hilman membalas dengan senyuman di bibir.

“Sama-sama, dik. BilaHilman nak kenalkan bakal adik ipar akak tu?” usik Kak Leen.

Hilman tergelak.

“Insya-ALLAH Hilman akankenalkan dalam masa yang terdekat setelah Asha buat keputusan untuk terimapinangan Hilman. Hilman juga mohon jasa baik akak untuk turut serta di dalamrombongan meminang Asha nanti. Papa mesti berlapang dada jika berjumpa denganAbang Munsif, teman berbual dia tu,” pinta Hilman bersungguh-sungguh.

“Mestilah! Adikkesayangan akak ni dah nak kahwin!” Selamba Kak Leen memicit pipi Hilman laluketawa mengekek.

“Sakitlah, kak!” Hilmanmenjeling sambil menggosok pipinya.

“So,are you ready to be someone’s husband? Ada teman bergurau sendadan bermanja, teman tidur, teman di rumah, serta teman sehidup dan semata.” KakLeen menjongket keningnya selama beberapa kali. Berniat untuk menyakat adikangkatnya itu.

“Kak Leen!” Merah padahwajah Hilman.

“Ala, kenapa nak maludengan Kak Leen pula? Bila dah bernikah nanti, barulah Hilman akan rasa nikmatberumah tangga tau. Entah-entah tak boleh berenggang dengan Asha kot. Dua puluhempat jam nak berkepit dengan bini.” Kak Leen ligat mengusik Hilman.

Hilman mengusap belakangtengkuknya.

“She’smy wife. Tak salah kalau berdua-duaan,” balas Hilman lalutersengih.

Kak Leen sama-samatersengih.

“Mama Hilman dan Fadlidah tahu tentang perkara ni ke? Mereka tak bantah ke? Fadli ialah bekas tunangAsha. Mungkin dia akan rasa terjejas jika bekas tunangnya itu menikahi oranglain, iaitu adik kandungnya sendiri. Kak Leen yakin yang Datin Zaryn pastimenentang keras perkahwinan Hilman dan Asha.”

Kak Leen bukan hendakmencampuri urusan Hilman. Dia cuma berasa simpati dengan nasib guru muda itu.

“Mama tak restuperkahwinan kami, Kak Leen. Fadli pula beranggapan yang Hilman merupakan puncaperpisahan mereka berdua. Tak apa, kak. Biarlah mereka terus lemparkan kata-katakesat kepada Hilman. Hilman redha menerimanya. Hilman tetap dengan hasratHilman meskipun mereka menghalang. Hilman yakin bahawa ALLAH sentiasa beradadengan orang yang benar,” balas Hilman, kedengaran tegas ketika mengungkapkankata-kata itu.

Kak Leen menepuk bahuHilman.

“Sabarlah, dik. Suatumasa kelak, mereka akan berupaya untuk menilai kebaikan Hilman,” balas Kak Leensebak.

“Itulah doa yang seringHilman panjangkan kepada ILLAHI, kak,” balas Hilman.

“Amin,” balas Kak Leen.

“Amin,” balas Hilman.

Kak Leen merenung wajahHilman bersama senyuman nakalnya. Tingkah Kak Leen itu membuatkan Hilmantercengang kehairanan. Ah, sudah!

“Kenapa akak pandangHilman begitu?” soal Hilman.

“Adik akak dah besar dah.Akak macam tak percaya yang Hilman akan mendirikan rumah tangga. Bakal menjadiimam kepada seorang makmum yang amat Hilman cintai,” sakat Kak Leen.

Hilman terjegil.

“Akak ni suka mengenakanHilmanlah,” bebel Hilman.

Kak Leen tertawa.

Previous: 7 - 3
Next: 8 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.