Home Novel Cinta Jangan Berhenti Mencintaiku
Jangan Berhenti Mencintaiku
Ai Syahindah
19/6/2019 00:16:35
2,221
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Manchester, United Kingdom.

NATALIA tersenyum girang sambil mengorak langkah turun ketingkat bawah rumahnya. Siap bernyanyi-nyanyi dan menari dengan gaya berpusing-pusing lagi.

Every day… in my life…

Kegembiraannya hari ini lain dari kegembiraannya yang biasa. Maklumlah dalam dua hari lagi,dia akan pulang ke Malaysia.

“Amboiii. Ceria semacam.”

Natalia menarik kerusi di sebelah Encik Zarif. Senyuman masih tidak lekang dari bibrinya. “Mestilah,” ujar Natalia sambil menolak rambut panjangnya di sebelah kiri, ke belakang.

Encik Zarif menggelengkan kepalanya. Bukan dia tidak tahu apa yang melebarkan senyuman anak daranya yang seorang ini. Dia yakin, anaknya ini sedang gembira dek teruja untuk balik ke Malaysia dua hari lagi!

Dengan menggunakan hujung mata tuanya, Encik Zarif memandang perilaku si anak yang sedang mengambil sosej untuk sarapan pagi mereka hari ini.

“Dah bagitahu abang?”

Natalia kerut dahi. Tangannya menggerakkan garfu yang mempunyai sosej kecil di atas, ke mulut. Kepalanya ligat berfikir maksud kata-kata papanya mengenai si abang.

Sudah hampir empat tahun dia tidak berjumpa dengan Reza. Selama itu, mereka hanya berhubung melalui video call, emel atau telefon sahaja.

Tamat sahaja pembelajaran Reza dalam Sarjana Muda di bumi United Kingdom, jejaka itu terus membuat keputusan untuk pulang dan menetap terus di Malaysia. Katanya ingin menguruskan perniagaan Tengku Seri dan Puan Aqila di Malaysia. Dia ingin turut pulang ke tanah air, tetapi ditegah oleh Encik Zarif. Dia tidak tahu kenapa.

“Lupa la tu. Mesti tak bagitahu abang lagi, kan?” tembak Encik Zarif. Melihat reaksi si anak dara pun dia sudah tahu.

“Tak bagitahu apa ye, pa?” Natalia menayang muka keliru.

“ALLAH… anak seorang ni. Muda-muda dah jadi pelupa. Musyhkil betul papa, kalau bab Syafiq Hamsyari, tak jadi pelupa pulak ye,” sempat Encik Zarif memerli anak daranya.

Natalia sudah mengeluarkan muncung itik sambil melarikan pandangannya dari Encik Zarif. Sengaja menunjuk protes yang dirinya tidak gemar diperli sebegitu.

“Bagitahu abang yang Lia akan balik Malaysia la. Dah bagitahu ke belum?”

Natalia menyengih sebagai tanda jawapan untuk soalan yang dilontarkan oleh papanya sebentar tadi.

“Kejap lagi bagitahu abang, senang abang nak susun jadual kerja dia. Dari minggu lepas lagi papa dah ingatkan. Asyik lupaaa je budak ni. Dalam kepala tu dah penuh dengan maklumat pasal Syafiq Hamsyari agaknya sampai dah tak muat nak masuk maklumat lain.” Encik Zarif sudah mula membebel-bebel.

Natalia mengangguk berulang kali. Memang salah dirinya sendiri. Terpaksalah dia hadap bebelan dari seorang pensyarah yang merupakan papanya sendiri di meja makan. Dia menyatukan jari telunjuk kiri dengan ibu jari kirinya ke arah Encik Zarif untuk memberi isyarat jari - ‘okey’.

“Nanti Lia jangan lupa untuk tolong abang uruskan perniagaan arwah bonda dan mama dekat sana.”

Terbatuk-batuk Natalia mendengarnya. Tangannya mengapai gelas berisi air putih lalu diteguknya dengan rakus.

“Dah kenapa pulak Lia ni?”

Natalia memandang wajah Encik Zarif. “Lia bantu abang urus perniagaan arwah bonda dan mama?”

“Ye la, habis siapa lagi?”

“Lia tolong abang urus hal kain, kedai makan, resort, tanah dan ladang semua tu?”

“Ye! Takkan nak bagi abang Lia buat seorang diri? Tak menang tangan dia nak urus semua benda.”

“Pa… you’re kidding me, right?”

No!”

“Papa...” Natalia sudah mengeluarkan gaya gediknya.

“Ada adik BBA holder, takkan tak boleh tolong abang sendiri urus perniagaan arwah bonda dan mama? Lia jangan melampau.”

Natalia meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. “Pa, Lia nak balik Malaysia sebab rindu tanah air bukan sebab nak kerja atau bantu abang urus semua perniagaan dekat sana. Oh, please! Lia tak berkawan baik dengan namanya ‘kerja’. Susah-susah sangat, suruh je abang jual tanah, ladang, kebun atau mana-manalah. Senang! Habis cerita!”

“Senang betul anak papa ni buat keputusan ye? Lia... tanah, ladang, kebun dan syarikat-syarikat tu... milik bonda Lia tahu? Tak sayang ke jual?”

“Jual je la. Lia bukan suka kerja. Kalau jual, dapat duit. Senang juga pada abang nak fokus perniagaan apa yang abang nak urus.”

“Belajar tinggi, tak nak kerja?”

Natalia mengangguk laju. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk bekerja apatahlagi membantu Reza dalam mengguruskan perniagaan milik arwah Tengku Seri dan Puan Aqila di Malaysia. Tidak pernah sama sekali!

“Habis belajar tinggi-tinggi ni untuk apa?”

“Saja. Buat tambah koleksi sijil-sijil akademik. Sekali harung boleh buat hobi mengumpul segala jenis sijil pelajaran tertinggi yang ada di dunia ni. Nanti orang mesti akan kagum dengan Lia sebab Lia belajar tinggi. Papa pun mesti bangga sekaki kan?” Natalia menjongketkan keningnya ke atas berulang kali.

Encik Zarif mengecilkan kedua-dua mata tuanya merenung si anak. Mata tuanya bukan tidak nampak asbab utama anaknya belajar tinggi. “Tambah koleksi sijil akademik ke, atau belajar tinggi sebab Syafiq?”

Natalia malu-malu. Sebut pasal Syafiq sahaja wajahnya sudah naik merah dek malu.

Meskipun dia dan Syafiq berjauhan beribu-ribu batu, tetapi semua aktiviti Syafiq dia dapat jejak menggunakan media sosial. Apa yang Syafiq buat, di mana Syafiq bekerja, bercuti dan melepak semua ada di dalam poketnya.

Dipendekkan cerita, dia ingin mengikuti segala jejak langkah Syafiq lebih-lebih lagi dalam pelajaran. Tidak kisah seandainya dia perlu belajar bidang yang dia tidak minat sekali pun, asalkan dia mempunyai sijil, transcriptscroll yang sama seperti lelaki pujaannya itu.

“Aum!”

Terkejut Encik Zarif dengan Natalia. Tiba-tiba mengeluarkan kata ‘aum’.

“Hey! Berangan ye!”

Natalia tersentak mendengar suara Encik Zarif yang sudah menyinga.

“Berangan!”

“Mana ada.” Natalia mengambil mentega di atas meja untuk disapukan di atas roti.

“Kerja berangan je. Ni mesti berangan pasal Syafiq!”

Natalia malu-malu kucing.

“Tak habis-habis la anak seorang ni. Syaaafiqqq je memanjang.”

Natalia hanya buat endah tak endah dengan bebelan papanya. Mulutnya mengajuk setiap butir bicara papanya yang mempunyai dialog yang sama apabila dia ditangkap sedang berangankan Syafiq.

“ALLAH anak seorang ni la.” Encik Zarif memukul lembut lengan si anak dara dengan surat khabar di tangan.

“Apa? Apatak kena dengan Lia?” Natalia menggosok lengannya yang dipukul oleh EncikZarif. Tidak kuat mana pukulan tersebut tetapi dia sengaja bersikap sebegitu. Mahu menunjuk sisi manjanya.

“Mengajuk papa cakap ye.” Encik Zarif pura-pura marah.

Natalia menyengih. Dia tersenyum sambil menayang barisan gigi putih miliknya. “Macam la papa tak tahu perangai Lia, kan?” Natalia mengerlip kedua-dua matanya berulang kali.

Encik Zarif menggelengkan kepala. “Kalau tak nak kerja, Lia nak buat apa dekat Malaysia nanti?” Encik Zarif menukar topik perbualan.

“Mengempiskan dompet serta mengosongkan akaun bank papa dan abang.”

“Bertuah punya anak.”

“‘Lia memang anak papa yang bertuah pun.” Natalia mengerlipkan matanya berulang-kali.

“Kalau dah malas tahap dinosaur ni, apa kata sambung je belajar? Kata nak kumpul koleksi sijil-sijil pelajaran tertinggi yang ada dalam dunia ni, kan?”

“Bosan la belajar. Penat tahu? Nak perah otak buat assignment semua tu, ingat senang ke? Dengan tak cukup tidur lagi. OMG! Tak sanggup Lia nak hadap lagi. Lagi-lagi kalau dapat pensyarah macam papa.” Sempat lagi Natalia memerli kerjaya papanya.

“Setahu papa la kan, Syafiq tu ada MBA, kan? Lia baru ada BBA. Tak setanding, tak setanding.” Encik Zarif menggelengkan kepalanya berulang kali. Dia yakin,umpannya akan mengena.

“Okey, Lia sambung belajar! Tapi Lia nak sambung belajar dekat Malaysia tau. Bukan sini.”

Encik Zarif menarik senyum. Umpan sudah mengena! Bukan susah mahu pujuk si anak. Gunakan sahaja nama ‘Syafiq Hamsyari’, pasti berjaya.

“Terserah kamu la anak oi. Pening kepala papa nak melayan karenah Lia ni.”

“Papa…janganlah marah.” Natalia membuat muka comel.

Encik Zarif mencubit pipi kiri Natalia dengan manja.

“Sakit lapa.” Natalia mengusap pipi yang dicubit sambil memberi reaksi muka yang comel. Mahu bergurau dengan Encik Zarif sebelum papanya sibuk mengajar di salah sebuah universiti berhampiran dengan kawasan rumah mereka.

Encik Zarif ketawa.

Natalia mencicip air panas yang dihidangkan untuknya sebelum dia merenung papanya yang kembali membaca surat khabar. “Pa… Agak-agakkan, macam mana life abang sekarang?”

“Maksud Lia?”

“Abang tu dah ada pengganti ex-wife dia, ke?”

Setahun selepas Reza pulang ke Malaysia, Reza telah mendirikan rumah tangga bersama seorang model baru. Ingat-ingat lupa dia dengan nama bekas kakak iparnya itu. Yang dia ingat, bekas isteri Reza seorang model. Itu sahaja. Mungkin sekarang sudah menjadi model terkenal agaknya. Entah. Dia tidak ambil tahu hal itu. Apa yang dia ambil tahu hal di Malaysia hanya hal Tengku Muhammad Syafiq Kaisar bin Dato’ Tengku Hamsyari sahaja.

Pernah sekali, abangnya membawa model itu berjumpa dengannya dan Encik Zarif di sini. Dahulu. Memohon restu untuk berkahwin. Sejujurnya mereka kurang berkenan dengan wanita itu tetapi disebabkan Reza sudah jatuh hati, dia dan Encik Zarif bersetuju sahaja dengan pilihan Reza tanpa banyak soal. Kata papanya, biarlah Reza menentukan hala tuju hidupnya dengan bijaksana.

Rumah tangga Reza tidak kekal lama. Hanya mampu bertahan sebelas bulan 29 hari sahaja.

Kesian Reza, apabila Natalia ingat kembali bagaimana kecewanya abangnya itu. Penat-penat sediakan kejutan untuk ulang tahun perkahwinan pertama, alih-alih mereka bercerai pula kerana abangnya menangkap jandanya berdua-duaan dengan seorang lelaki tua di dalam rumah abangnya sendiri. Kalau tidak salah lelaki itu berpangkat Dato’.

Macam mana abangnya tidak kecewa?

Kecewa abangnya itu sampai membawa diri ke Kota London lalu meneruskan pengajian dalam peringkat master! Sama seperti Syafiq, abangnya juga salah seorang pemegang MBA. Dia sahaja sekadar BBA.

Encik Zarif terdiam mendengar soalan dari si anak dara.

“Abang tak cakap apa-apa ke dengan papa? Dia dah jumpa kakak baru untuk Lia ke?”

 “Tak ada pulak lah abang bertuah Lia tu cakap apa-apa. Last, pasal abang nak ambil PhD rasanya. Itu pun dua minggu lepas. Lepas tu senyap.”

Natalia mengangguk-angguk.

“Lia nanti jangan buka soalan macam tu dekat abang. Kesian dia. Susah payah dia nak lupakan janda dia tu.” Encik Zarif menitip pesan. Bukan boleh percaya dengan anak daranya ini. Ada nanti berita anak lelakinya itu bawa diri ke mana-mana pula. Puncanya, anak daranya bertanyakan soalan yang sensitif untuk ditanya kepada lelaki bernama Muhammad Reza!

“Dah dekat dua tahun dah pa, takkan abang tak boleh move on lagi.”

“Abang Lia tu susah nak jatuh cinta. Jadi, faham-fahamlah sendiri.”

“Sebab tu papa bagi je dia kahwin dengan model tu dulu, kan?”

Encik Zarif mengangguk. Tiada gunanya dia menghalang kehendak Reza. Reza sama seperti dirinya di zaman muda dahulu. Tidak boleh dipaksa dan dibangkang. Teringat dia akan kisah lalu dirinya dengan arwah Tengku Seri.

“Zarif setuju untuk kahwin dengan Seri tapi dengan syarat, Zarif nak daddy bagi Zarif satu juta sebagai upah jadi pak sanggup dia ni! Boleh?!”

“Macam mana kalau abang dah kahwin tapi tak bagitahu kita, pa?” Natalia cuba menduga hati tua Encik Zarif.

Encik Zarif tersentak dengan soalan Natalia.

“Lia bukan apa pa, abang nampak pelik bila call Lia sejak akhir-akhir ni. Dia tak nak gurau atau pandang mata Lia lagi. Asyik nak jadi Mat Singa dan Mat Harimau je. Macam ada sesuatu je yang abang sorokkan dari Lia.”

“Pandai-pandailah abang Lia nak uruskan hal dia. Jangan sibuk urusan orang tua.”

“Ala papa ni...”

“Lia, biarlah abang nak berahsia ke apa ke asal dia tak kacau orang. Lia jangan nak jaga tepi kain abang. Lia tahu kan, abang tak suka Lia masuk campur urusan dia.”

“Lia cuma nak tahu je. Papa tak kisah ke kalau abang betul-betul ada sorok isteri dari kita?”

“Anak-anak papa dah besar dah, kan? Pandai-pandailah aturkan hidup sendiri.” Kata-kata yang sebenarnya lebih kepada ingin menyenangkan hati tuanya sendiri. Mengingati masalah dan kes yang telah menimpa anak lelaki tunggalnya itu, membuatkan dia tidak senang duduk sebenarnya. Tetapi dia sudah berjanji dengan Reza -merahsiakan hal itu dari Natalia. Bimbang Natalia buat kecoh.

Mendengar apa yang dikatan oleh Encik Zarif, Natalia menarik senyum sampai ke telinga. “Pa…” Natalia memanggil Encik Zarif dengan suara yang meleret-leret.

Encik Zarif mengangkat kening.

“Boleh tak papa tolong Lia?”

“Apa dia? Jangan minta yang bukan-bukan sudah.”

“Jodohkan Lia dengan Abang Fiq.”

Encik Zarif memandang tepat anak mata anak daranya.

“Boleh tak?”

“Lia bab ni jangan nak ajak bergurau la.”

“Lia serius.”

“Nak ke Syafiq dekat Lia?”

“Papa tolong la. Pleaseee…” Natalia mencantumkan tapak tangan kanan dan kirinya. Mimik muka kesian menjadi penghias wajahnya. Biar cukup pakej untuk meraih simpati Encik Zarif bagi memenuhi impiannya yang satu itu.

“Nanti papa bincang dengan Aunty Aira dulu.”

Thank you, papa. Love you.” Natalia membuat bentuk hati dengan jari kanan dan kirinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ai Syahindah