Home Novel Cinta Jangan Berhenti Mencintaiku
Jangan Berhenti Mencintaiku
Ai Syahindah
19/6/2019 00:16:35
18,996
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Perak, Malaysia.

REZA memusingkan kerusi yang didudukinya ke kiri. Diambil telefon bimbit yang bergegar di atas meja pejabatnya sebelum dia pusingkan semula kerusinya menghadap komputer yang berada di sebelah kanan. Disentuh bahagian hijau pada skreen telefon bimbit lalu menekapkannya ditelinga kiri.

“Assalamualaikum, pa.”

“Waa’alaikumussalam. Ada Lia call Reza?”

“Ada, dia bagitahu pasal dia dah nak balik Malaysia.” Reza menggerakkan tetikus pada icon‘save’. Sebelum bergerak ke satu sudut untuk mengambil fail kewangan Resort Kasih Mentari.

“Kamu dekat mana sekarang?”

Reza melabuhkan punggung ke kerusinya semula. “Resort Kasih Mentari. Kenapa pa?”

“Kamu dekat Perak la ni?”

“Ye.”

“Perniagaan mama dan bonda dekat KL tu, okey?”

“Okey. Alhamdulillah, banyak sales. Papa jangan risau, setiap bulan Reza akan turun KL tengok keadaan dekat sana. Lagipun ada Aunty Aira ada dekat sana untuk tolong Reza tengokkan semua tu.”

“Nanti Lia tinggal dengan kamu dekat Perak?”

Reza menyandarkan tubuh belakangnya ke kerusi. “Tak tahu lagi pa. Tapi Lia ada cakap nak stay KL.”

“Baguslah kalau macam tu. Nanti senang kamu nak kenalkan Lia dengan Hana. Adik kamu ni, dah mula hidu sesuatu pasal kamu. Dia ada cakap dengan papa kalau kamu kahwin lagi.”

“Papa ada bagitahu Lia ke pasal perkahwinan Reza ni?”

“Tak.”

“Baguslah. Reza kalau boleh tak nak Lia tahu pasal perkahwinan Reza ni. Lia tak boleh jumpa apatah lagi kenal dengan Hana.”

“Kenapa nak sorok? Lia kan adik kamu.”

“Papa tahukan perangai Lia macam mana? Nanti kecoh la, papa. Lagipun perkahwinan ni perkahwinan yang tak tahu akan kekal atau tak. Papa tahukan kami kahwin sebab kena tangkap basah? Reza tak kenal Hana tu macam mana orangnya. Buatnya dia berkomplot dengan musuh-musuh arwah bonda dan mama nak hancurkan kita macam mana? Papa nak Lia jadi mangsa?”

Reza kembali teringat bagaimana dia boleh ditangkap basah dengan Hana tiga bulan lepas. Saat itu dia berada di Kuala Lumpur ingin melihat dan meninjau keadaan perniagaan milik Tengku Seri dan Puan Aqila. Entah macam mana, dia boleh terperangkap berdua-duaan dengan Hana di restaurant milik arwah mamanya saat dia ingin menolong gadis itu.

Dek kerana insiden itu, papanya mahu dia bertanggungjawabdengan menikahi Hana yang berusia 21 tahun itu. Jadi dia terpaksa turut kata Encik Zarif untuk berkahwin dengan Hana.

Menurut kata Encik Zarif, Hana kelihatan seperti gadis yang baik melalui gambar yang dia kirimkan. Rugi tidak berkahwin dengan Hana.

Usai akad nikah, dia membawa Hana untuk tinggal diapartment yang dia sewa khas untuk isterinya itu sebelum dia pulang ke Perak.  Lega hatinya apabila mendapat tahu yang isterinya itu pelajar tahun akhir Diplomain Accounting di kolej tempatan sekitar Kuala Lumpur. Jadi adalah alasan yang kuat untuk dia dan Hana tidak tinggal sekali.

“Kamu syak wasangka pada Hana?”

Reza mengeluh berat. Salahkah kalau dia menyimpan syak wasangka terhadap isterinya lebih-lebih lagi apabila dia dapat tahu isterinya ada berhubung dengan musuhnya? Musuh abadi selamanya pula tu. Mentang-mentang mereka PJJ (Perkahwinan jarak jauh).

“Tak baik, Reza. Hana bukan Julia.” Encik Zarif menitip nasihat.

“Hana mungkin akan jadi macam Julia, pa.” Tegas Reza bertutur sedemikian. Pengalaman dalam perkahwinan yang lalu membuatkan Reza takut untuk mempercayai perempuan lain selain adiknya sendiri. Lagi-lagi apabila perempuan itu ada hubung kait dengan musuh abadinya!

“Maksud kamu?”

“Reza dapat tahu dia ada hubungan dengan lelaki tua tak guna tu!” Reza sudah mula beremosi.

“Lelaki tua… yang pernah…” Encik Zarif sengaja menggantungkan kata-katanya.

“Ye! Lelaki tua tak sedar diri tu!”

“Hubungan yang macam mana?”

“Tak pasti la macam mana tapi Reza dapat bill telefon dia, ada nombor orang tua tu. Banyak kali. Lama pulak tu! Mesti ada hubungan nak jatuhkan kita.”

“Siasat dulu sebelum jatuhkan hukuman.”

“Reza tak jatuhkan apa-apa hukuman lagi, pa. Jangan risau. Tapi kalau Reza dapat tahu dia orang suruhan lelaki tua tu, siap sedia la!”

“Jangan terburu-buru buat keputusan. Ingat pesan papa.”

“Tengoklah nanti.”

“Reza, Hana dan Julia bukan orang yang sama. Mungkin ada sebab kenapa dia berhubung dengan Dato’ Hamsyari. Lagi satu, cubalah kamu rajinkan diri untuk jenguk dia dekat KL tu. Tak baik tinggalkan isteri seorang diri.”

“Papa ni tak habis-habis nak bela budak tu.”

“Lupakan soal Hana. Sekarang papa nak tahu planning kamu untuk Lia ni. Kalau boleh papa tak nak dia lama-lama dekat KL tu. Bukan apa, kamu tahukan tahap gatal adik kamu tu macam mana? Dia balik Malaysia pun sebab si Syafiq tu. Risau papa.”

“Reza fikir nak duduk KL dalam seminggu. Lepas tu bawa dia ke sini nak ajar dia urus resort ni. Tapi… papa kenalkan anak dara papa tu? Dia tak suka kerja. Nanti ada la tu muslihat dia nak duduk KL terus.” Reza memandang gambar dia, Encik Zarif dan Natalia yang berlatarbelakangkan Kota London di tepi meja pejabatnya.

Natalia, satu-satunya adik yang dia ada. Ada masa, dia marah dengan sikap Natalia yang tidak suka dengan komitmen untuk berkerja itu. Almaklumlah, banyak perniagaan arwah Tengku Seri yang perlu Natalia uruskan. Tetapi adiknya suka mengambil sikap sambil lewa dan sering menjadikan alasan dia boleh uruskan semua perniagaan itu tanpa Natalia.

Masalahnya, sampai bila dia mahu uruskan perniagaan arwah bonda tirinya? Dia tidak kisah untuk membantu Natalia menguruskan semua perniagaan Tengku Seri, tetapi dia kisah akan saudara-mara Natalia yang cuba mengambil hak adiknya. Sudah tiba masanya untuk Natalia ambil tugas itu dari bahunya.

“Papa tak kisah kamu dan Lia tinggal di mana asalkan kamu jangan sesekali tinggalkan Lia seorang diri. Papa risau dengan keselamatan dia.”

“Reza faham.”

“Papa nak sambung buat kerja, kamu jaga diri. Jangan prejudis sangat dekat Hana.”

“Hm.”

Reza meletakkan telefon bimbitnya ke tepi sebelum tangan kanannya memicit kepala yang sudah mula berdenyut-denyut.

‘Balik-balik Hana. Bosan!’

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ai Syahindah