Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
22,158
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 006

 

 

006

 

 

 

Apartmen DeCentrum, Kajang

Jam 1125

 

     Dahliatermenung di lobi mengenang nasib diri. Orang yang lalu-lalang di lobi langsungtidak dihiraukannya. Sepertinya mereka tidak wujud dalam dunianya. Dia kemudianmemandang jam di tangan. Alhamdulillah hari ini berakhir dengan baik. Tidakberapa detik lagi, van Dani akan sampai. Bermaksud Dani tak buat hal lagi disekolah.

     Sabanhari begitulah dia. Risau menanti ketibaan van Dani balik dari sekolah. Danibukan budak kecil lagi. Umurnya nak masuk 9 tahun bulan hadapan. Apa akan jadidengan masa hadapan Dani? Dia memang patut risau kerana sejak mengambil amanahmenjaga Dani sepenuhnya, setiap hari inilah yang dia rasakan saban ketikamenanti Dani pulang dari sekolah.

     Pon!Pon!Lamunannya dikejutkan oleh pemandu van sekolah bernama Anjang. Cepat-cepat diaberlari ke pintu lobi menyambut Dani. Sebaik Dani turun dari van, dia memegangtangan Dani erat.

     “Terimakasih Anjang!” Cepat-cepat saja dia mahu menarik Dani masuk. Kalau lama sikitnanti, mesti ada pesanan daripada guru Dani tentang adiknya yang ‘bertuah’ itu.

     “Cikgupesan, bila-bila Lia free, datangsekolah. Ada hal nak bincang.” Anjang menyampaikan amanah guru Dani tanpamemberi peluang Dahlia untuk berlalu segera. Ya, itu bukan salah Anjang.Sekalipun dia ada rasa hendak marah kepada Anjang dengan perkhabaran itu,tetapi itulah satu-satunya pemandu van yang sudi membawa adiknya ini pergi danbalik sekolah dengan sabar.

     “Ya,insyaaALLAH. Terima kasih Anjang. Er… Duit bulan ni, nanti saya bank in ye.” Cepat-cepat Dahliamemberitahu untuk memotong cakap Anjang tentang pesanan guru Dani. Sebenarnya sudahbeberapa kali guru Dani menelefon malah menghantar pesanan kepadanya untukberjumpa tetapi dia sendiri yang mengelaknya. Dia melajukan langkahnya untuk masukke lobi apartmennya sebelum dia terlupa sesuatu.

     “Bye bye Anjang, Dani!” Suruhnya kepadaadiknya yang masih erat memegang tangannya sedang tangan yang lagi sebelahmasih setia memegang kiub Rubix.

     “Bye Anjang! Assalamualaikum!” Danimelambai-lambai dengan tangannya yang sebelah bersama Rubix kesayangannya. Kalauterlupa melambai Anjang, mahu Dani mengamuk separuh hari. Hendak naik ke rumahpun dia tak mahu. Sudahnya dia kena telefon, minta Anjang berpatah balik kepintu lobi. Habis melambai, okeylah dia. Dani dan rutinnya tidak boleh dibuatmain-main dan dipandang endah tak endah. Boleh mengundang padah!

Sebaik van Anjang membelok keluar ke jalan utamabulatan De Centrum, Dahlia melepas nafas. Perlukah dia berpindah sekali lagi?Dia tak ingat ini kali ke berapa dia berpindah. Dia tahu lambat-laun dia kenamenghadapi semua ini dengan berani.     

Tambah pula adiknya Dani susah untuk mengadaptasidengan persekitaran baharu. Tapi… dia yang salah kerana tidak kuat menghadapitekanan sekeliling, Ingatnya dengan melarikan diri, kehidupannya menjaditenang. Ingatkan dengan tinggal di kawasan dihuni kebanyakan warga asing, diaakan lebih bahagia. Jauh daripada skeptikal makcik-makcik kepoh yang sibukhendak ambil tahu hal orang.

Tapi dia sedar, itu ketenangan sementara. Dia takjumpa pun makna bahagia itu di sini. Lari tidak akan menyelesaikan masalahnya.Dia hanyalah seorang kakak yang pentingkan dirinya sendiri. Titik. Hakikat yangmenyakitkan hati sendiri.

“Dani!” Dahlia menjerit kuat. Tanpa dia sedar,adiknya sudah lari jauh darinya. Dia mengejar memanggil nama Dani berkali-kalitetapi adiknya semakin jauh lari. Mengah dia tapi adiknya langsung tidak pedulimalah ketawa kerana mungkin berasa seronok dikejar sang kakak. Main lari-lari! Semakinjauh sehinggalah…

“Daniiiiiiiii!

Screeettttt! Pom!

Previous: Bab 005
Next: Bab00 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.