Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
22,150
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
PROLOG


 

Lokasi : Tidakdapat ditentukan

Masa : Tidak dapatdinyatakan

 

     Lelaki itu mengikuti jejak Jade sebaik Jademeninggalkan hotel Sorell Seidenhof jam 3 pagi tadi. Dia memutuskan bahawa iniadalah masa yang paling sesuai untuknya berkonfrantasi, berdepan cara anakjantan. Persediaannya telah rapi. Dia mengintai dari sebalik tiang. Susuk Jade kelihatansedang leka membelek ipad, mencari maklumat barangkali.

     Dia memerhatikan lagi. Air dari mug di atasmeja masih meruap. Aroma kopi dapat dihidu dari hidungnya tanda terlaludekatnya jarak di antara mereka. Dia boleh saja melepaskan tembakan padabila-bila masa untuk memastikan lelaki yang bernama Jade di hadapannya lenyapsekejapan sahaja. Dan pastilah APG akan berterima kasih atas kejayaannyamenamatkan riwayat ejen terbaik mereka tanpa jejak, tanpa bukti.

     Namun ketika dia sedang berkhayal, diaterlupa, ejen sebaik Jade akan sentiasa bersedia di dalam lekanya.  Jade tiba-tiba mencapai pistol yang terletakdi atas meja lalu dengan tidak semena-mena melepaskan beberapa das tembakanmembuatkan dia terpaksa berselindung di sebalik dinding.

     Suasana sepi seketika. Tembakan Jade tadimensasarkan lampu siling menyebabkan ruang yang tadinya terang-benderang jadimalap. Hanya sebiji mentol yang tinggal menerangi gudang lama itu.

     “Kenapa kau tak percayakan aku?” Jadebertanya dari sebalik meja kayu. Ada nada kesal pada suaranya. Dia tahu lelakiitu mengekorinya. Sengaja dia membiarkan. Jika lelaki itu mencarinya sebagaisahabat, dia akan sambut dengan baik tetapi cara gaya lelaki itu yangmencurigakan menyebabkan Jade terpaksa mengucapkan selamat datang dengan carasebegitu tadi.

     “Kau memang tak pernah berubah!” Lebihkesal nada suaranya. Dalam keadaannya yang tertekan, dia masih cuba berbaiksangka dengan tindakan Jade. Dia cuba bersabar sekalipun dia memang sangattertekan dengan apa yang sedang dilaluinya. Dia memang berhak untuk berasasangat cemas.     Dia sendiri tak pasti apakahyang sebenarnya berlaku dan apakah motif hingga menjebakkan dia dalam kancahdrama ini. Sesungguhnya dia kabur dengan apa yang sedang dilaluinya. Yangpasti, semakin lambat dia bertindak, ada nyawa yang akan melayang.

     Ketika itu apa yang dia tahu, dia perlumencari Jade untuk menghuraikan segala kekusutan ini. Agak sukar juga menjejakiJade. Tidak satupun mesej yang dihantarnya dibalas Jade sejak kali terakhirmereka berhubung di talian telefon. Mujurlah dia masih boleh berhubungan denganMelvin yang memberitahunya lokasi terkini Jade. Dengan klu itulah membawanyabertentang mata dengan lelaki itu pada hari ini.

     Dia membaling bom asap kepada Jade. ‘Amekkaw! Sampai hati kau tembak aku!’ Sekalipun dia tahu Jade tak akan sampai hatimenembak tepat kepadanya, tapi tembakan tadi memang sipi kena di kakinya. Silappercaturan, memang wassalam!

     Jade terbatuk-batuk kecil tetapi sempatmelarikan diri. Dalam kelam dan berkabus itu dia berjaya menjauhkan dirinyadengan pergerakannya yang sangat pantas.

     Buk! Satu tendatangan padu berjayadisedekahkan tepat ke perut ‘musuhnya’ itu. Musuhnya terperosok ke penjurudinding. Huh! Main-main dengan Jade ye? Jade melepaskan amarahnya.

     Buk! Bak! Buk! Beberapa tumbukan lagisinggah di muka kiri dan kanan. Tetapi kali ini lelaki itu berjaya melawan.Jade pula yang sedang menahan asakan demi asakan. Mereka bergelut. Dalam samar,kelihatan darah pekat sudah mengalir di wajah masing-masing. Lagaknya bagaikanmereka berada di pentas latihan fizikal yang menjadi rutin kerjaya mereka saattiada tugasan di lapangan. Pukulan demi pukulan diberikan dan saling berbalasan.

     Meja telahpun patah. Kaca berserakan dilantai tetapi tiada tanda di antara mereka mahu mengalah sehinggalah tiba-tibadengan satu tendangan padu di udara, kedua-dua lelaki itu terperosok kedinding. Darah membuak-buak keluar dari mulut. Keduanya menyeringai, merangkakmencari perlindungan. Tubuh mereka telah lunyai.

     Jade mendiamkan diri beberapa ketika disebalik tong berisi gas mutana. Mengumpul sisa kekuatan yang ada. Nafasnyaturun naik. Pistol di tangan bersedia untuk dihamburkan pelurunya, namun diarasa berbelah bahagi. Betulkah tindakannya?

     “Jade! Sama ada kau atau aku yang akanmati!” Nekad kata-kata dihamburkan lelaki itu sambil menahan bisa-bisa ditubuhnya.

     Jade memejamkan matanya. Ya, sama ada diayang terkorban atau ‘dia’ yang sedang menyorok di sebalik tembok itu yangnyawanya akan melayang! Dia faham sangat tak perlu nak bagi peringatan. Diasudah menghadap pertempuran sebegini sudah acapkali. Ini bukanlah juga kaliyang pertama mereka di lapangan, di mana nyawa sudah tiada nilai dan dijadikanpertaruhan.

     “Jade! Kenapa?” Lirih suaranya membuatkan dada Jade jadi sesak. Bagaikan udaradi dadanya terhimpit lalu dicucuk jarum. Pedih. Sakit!

     “Demi ALLAH, aku tak ada jawapan!” Jade memberikanjawapan yang sama. Dia tak faham, mengapa itu bukan jawapan yang lawannyamahukan!

     “Aku bagi peluang terakhir untuk kau bagipenjelasan!”

     “Aku… Tak ada… Jawapan!” Jade menjerit sekuathatinya. Bergema suaranya memecah kesunyian di dalam gudang tinggalan itu.

     “Dari dulu kau memang tak pernah senangtengok aku bahagia! Kau! Kau! Agh!” Gilirannya pula menjerit sekuat-kuatnya,melepaskan sakit hati yang sekian lama kepada Jade.

     Bang!

     Lampu sebutir yang menyala menerangi ruangyang kelam tadi sekejapan jadi bangkai. Semerta ruang pertempuran menjadikelam! Dan diam!

     “Jade! Baik kau menyerah!  Aku tahu kau hanya ada satu peluru!” Tidaklama kemudian kedengaran suara dari jarak yang sangat dekat dengan kedudukanJade, tanda ‘musuh’ sedang menghampiri. Masih lagi bernada diplomasi kerana diatidak mahu Jade mati sebelum menjawab segala serabut di kepalanya!

     Jade akan pedulikah kalau hanya ada satupeluru yang ada di dalam pistolnya? Dia bergerak ke arah kiri dengan perlahan,menjauhkan dirinya daripada tong gas tadi. Langkahnya sangat kemas, tidak kedengaran derapnya. Perlahan-lahan dalamdiam dia menghampiri musuh yang sedang ‘merusuh’ hatinya.

     “Maafkan aku Zed. Bukan aku yang culikEisya!” Bisik Jade sambil mengunci kedua tangan Zed ke belakang, sebelummenggelapkan pandangan Zed dengan chloroform.Dengan pantas, Jade menarik tubuh Zed yang sudah terjelepuk ke lantai jauh.   

     Bang!

     Peluru terakhir daripada muncung pistolnyadilepaskan! Tepat mengenai tong gas.  

     Pom!

     Letupan meranapkan apa-apa yang tinggal!

 

Next: Bab 001

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.