Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
22,156
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab00 7

 

 

 

007

 

 

APG, HQ Putrajaya

Jam 0911

 

            Seorang gadistinggi lampai sesekali membetulkan kedudukan cermin matanya. Kelihatan resah.Sesekali melihat ke jam tangan. Lagak seperti dia mahu meninggalkan ruang tamupejabat itu tetapi masih mahu menunggu sesuatu. Ragu-ragu.

     Tanpa diasedari, kehadirannya sedang diperhatikan dengan mata helang Moon. Masuk hariini hari kedua selepas tarikh temujanji yang dimungkiri si gadis. Sudahbeberapa hari dia memendam ingin untuk melihat dengan mata kepala sendiri gadisini.

     Two tubs up! Dia memegang dagu masihmenilai. Kalau dia yang perempuan boleh memberi markah tinggi, apatah jikalelaki yang memandang. Dengan kulit putih gebu, hidung mancungnya terletak, takpayah cerita hal bibirnya pula. Wanita urban pakej dengan fesyen terkini.Rasanya cermin mata itu jika tak dipakai juga tidak mencacatkan penampilannya.Cermin mata itu bukan untuk mata yang rabun, sekadar untuk menambah elegen sipemakai. Sekadar fesyen.

     Begitulah penilaian pertama Moon terhadapwanita bernama Ivy Dahlia. Namanya saja gabungan klasik dan moden. Jadi itulahdia, wanita yang berdiri pada jarak beberapa meter darinya itu diberi markaholeh hatinya. Terus saja dia mahu menarik diri jika wanita di hadapannya hendakdiajak bertanding merebut hati lelaki Jade. Di awal garisan permulaan lagi diasudah kalah. Melihatkan senyuman apatah bila mendengar lunak suara dankelembutan tangannya ketika bersalam tadi. Surrender!Moon terus angkat bendera putih!

     “Lia!” Gadis itu berpaling bila namanyadipanggil. Kelihatan dia baru saja mahu melangkah balik.

     “Pakcik. Maaflah Lia terus datang kepejabat.” Dahlia mendapatkan KP dan bersalam dengannya.

     “Tak apa… Jom ke pejabat pakcik kat sebelahsana aje.” KP menunjukkan jalan. Sudah 2 hari dia menanti dan baru hari ini anaksaudaranya itu menunjukkan diri. Mujur dia ada di pejabat ketika itu.

     Melihat dari gaya anak saudaranya itu diCCTV, seperti serba-salah sahaja. Mungkin jika dia tak turun awal tadi, sigadis akan berlalu dan mungkin mereka tak akan bertemu lagi.

     “Maaf, Lia ada urusan tak dapat nakelakkan. Itu yang bertangguh jumpa pakcik.” Dahlia berkata sebaik duduk disofa.

     “Dani ke?” KP sekadar meneka. Jika adaurusan yang paling diberi keutamaan oleh gadis ini ketika ini tentulah keranaadiknya yang seorang itu.

     “Begitulah dia pakcik. Ini Lia tak bolehlama. Takut Dani mengamuk pula. Baru 2 hari lepas mujur tak jadi apa-apa.”Dahlia kemudiannya menceritakan kepada pakciknya tentang peristiwa Dani hampirdilanggar kereta. Mujurlah adiknya tak apa-apa, terkejut sedikit saja. Yangmenjadi mangsa kelalaiannya adalah seorang pelajar Arab yang melanggar pokoksemata-mata mahu mengelakkan diri dari melanggar Dani.

     Sekarang ini keutamaannya adalah Dani. Diadatang ke sini pun kerana Dani. Dirinya sudah tak difikirkan hal sendiri lagi.Semuanya telah dia korbankan untuk adik kesayangannya itu.

     “Sekarang dia tinggal dengan siapa?”Sekadar mahu tahu, KP bertanya. Dia menghulurkan kopi kepada Dahlia yang dibawamasuk Moon sekejap tadi.

     “Terima kasih pakcik. Ni Dani dengan Fina,kawan Lia. Buat masa ni, Fina aje yang boleh Dani kompromi selain Lia dancikgunya. Tapi tulah, tak boleh lama ni,” Dahlia menerangkan.

     “Berapa lama dah Lia kenal dengan Fina tu?”KP mengorek lagi. Dia tak mahu persahabatan akan menyebabkan misi ini tidaksulit lagi.

     “Adalah beberapa tahun. Kenal dia sejaksama-sama ambil lesen jadi zin zumba tiga tahun lepas.” Penerangan Dahliamembuatkan KP terangguk-angguk. Tepat hasil risikan pegawainya.

     “Makcik sihat?” Dahlia bertanya untukmelegakan pertanyaan hatinya mengapa dia dipanggil berjumpa bapa saudaranya dipejabat dan bukan di rumah.

     “Alhamdulillah. Dia kirim salam. Pakcik adaberitahu nak bagi Lia kerja. Senang-senang datanglah ke rumah. Makcik tentuseronok masakkan Lia dan Dani.” KP berbasa-basi sedangkan dia tahu Dahlia tidakakan bawa Dani mudah-mudah ke rumahnya. Gadis itu tentu tak mahu Dani tentarumdan buat pasal terutama persekitaran baharu.

     “InsyaaALLAH pakcik, suatu hari bila Danidah sihat, saya bawa ke sana.” Perlahan nada suara Dahlia. Bagaikan harapanyang tak mungkin akan dapat dicapai. Mustahil.

     “Autismhas cure. Marilah kita berusaha.” KP memberi perangsang tetapi Dahliatersenyum sinis. Harapan palsu.

     “Berat mata memandang tapi pakcik tahuberat lagi bahu yang memikul. Dulu Lia sendiri hadapi semua ini tapi sekarangLia kan ada kami?” KP menanam jarum.

     “Ya, tapi ada harga yang perlu dibayarpakcik. Lia hargai bantuan pakcik tapi Lia tak nak bantuan percuma. Pakcikjelaskan apa pekerjaan yang perlu Lia lakukan untuk kos rawatan Dani. Asalkantidak menyalahi undang-undang, Lia akan cuba usahakan selagi terdaya.” Dahliamenyatakan kesungguhannya. Dia sudah memikirkan semasak-masaknya. Orang bolehkata apa saja tapi dia yang sendiri menanggungnya.

     “Semua yang Lia kena tahu tentang tugas Liaada dalam fail ni. Lia ambil masa hadam semua. Fail ni akan diminitkan dansalinan asal dimusnahkan sebaik Lia tandatangan persetujuan. Paling penting,semua ini adalah rahsia. Tak ada sesiapa boleh tahu termasuklah Fina.” KPmenekan nama Fina. Dia tahu buat masa ini, hanya itulah satu-satunya makhlukyang rapat dengan Dahlia.

     Muka Dahlia pucat. Fail yang dihulurkan KPdipandangnya ragu-ragu. Dia tahu tiada jalan keluar sebaik tandatangan telahdiberi. 

Previous: Bab 006
Next: Bab 008

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.