Home Novelet Thriller/Aksi CINTA TOP SECRET 3
CINTA TOP SECRET 3
Laila Kamilia
6/7/2017 19:58:19
22,159
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 002

 

 

 

 

 

 

002

 

 

 

Tigahari kemudian...

 

Kampung Permai, Tanjung Malim

Jam 0845

 

 

Jade mengelap peluh yang sedang menitik di dahinyadengan tangan yang diselaputi tanah. Langsung dia tak kisah wajahnya yang sudahdicemari hitam tanda dia sudah biasa sangat dengan kerja-kerja ‘kotor’ sepertiitu. Dia meneruskan lagi kerja-kerja menggembur dan mengalih pokok-pokok yangsudah besar di dalam pasu ke tanah. Kerja-kerja yang hanya dilakukan apabilapulang ke kampung lima enam bulan sekali.

Ambil hati? Hehe… Ini memang kerja rutinnya. Emakyang sudah tua mana larat lagi hendak menjaga halamannya. Hendak harapkan anakyang lain memang dia seorang aje anak yang emak dia ada, dan belum boleh nakbagi menantu pula. Jadi sebelum rajuk emak yang sudah tiga hari tak surutberkenaan hal yang sama, lebih baik dia menunjuk rajin mengambil hati emak yangsudah merajuk. Kali ini entah berapa lama pula baru hendak sejuk.

Jade geleng kepala. Perang dingin emak dengan tidakmahu berlawan cakap dengannya sudah buat dia pening kepala. Emaknya memang takberubah dari zaman dia baru nak akhil baligh sampai sudah terlebih baligh. Isunyatak sudah-sudah berkaitan dengan perempuan.

Masa dia sekolah, emak risaukan dia yang gigihberkawan dengan perempuan. Marah sebab kawan perempuannya keliling pinggang.Tak suka kalau dia main-main mata dan melayan anak dara masa kenduri-kendaraatau hari raya. Katanya menyampah nak menyampaikan salam anak dara yang takmalu nak memberitahu isi hati kepada ‘bakal emak mertua’.

Sekarang ceritanya lain pula. Tatkala dia dah malasnak melayan, emak pula yang meroyan. Risaukan anaknya yang seorang ini masihbujangan. Sampai sanggup buka agensi mencari jodoh hingga hampir-hampir diaberkerat rotan dengan rakan setugasnya Zed kerana berebutkan perempuan.     

Natijahnya sekarang ni emaknya merajuk pula biladia awal-awal ‘mereject’ mentah-mentah cadangan gila emak mahu menjodohkan diadengan adik kepada bakal isteri tak jadinya, Eisya. Ate ke gile deme? Ajenye iye?

Maria Eiffa. Orangnya bukanlah tak cantik. Kalausudah ibunya jelita, kakaknya cun gila takkanlah adiknya berwajah biasa-biasa… atausekadar ala… bolehla… Dah kompem-kompem wajah Eiffa tak kurangpun cantiknyakalau ketiga-tiga anak-beranak tu dibariskan.

Tapi bukanlah kritiria isterinya mesti berwajahcantik saja. Dia sudah menggariskan bakal isterinya mestilah cantik, cantik dancantik… hehe acah-acah best aje.Agak-agakla..

Dia bukanlah lelaki yang hanya pandang muka sajanak dibuat bini. Yang nombor satu mestilah beragama… Sebab itu awal-awal lagidia tahan dirinya daripada menerima cinta Olga.

Rasulullah SAW dalam hadisnyabermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkauakan selamat."

Ya, dia juga mahu selamat duniaakhirat! Kerana bukanlah mudah menjadi imam kepada wanita yang sesat! Jadi diamemilih buat masa ini untuk menjadi anak yang taat! Huhu… yang itupun dia macamtak berapa nak taat. Ni dah masuk 3 hari emak mogok macam Mahatma Gandhi! Lagimau cakap nak masuk syurga Firdausi!

Jade kena cari jalan buat emaknyasenyum semula. Sebab itu pagi-pagi lagi dia dah tunjuk bakat memasak kat dapur.Nasi lemak sambal tumis ikan pari kegemaran emak! Tak cukup nasi lemak, diatambah pula dengan ayam goreng berempah edisi mamak. Dalam muncung panjang tu,dua pinggan jugalah ditambah emak.

Jadi lepas basuh pinggan, anak emakterus hayun cangkul kat kebun belakang. Angkut tanah hitam nak suburkan pokokbunga emak yang sedang berkembang di laman tapi tak berseri sebab bukan disiramorang perempuan hehe sejak seminggu dua ni konon-konon nak beli hati. Hmm… tapimacam tak menjadi…

Jade duduk di tangga, melepas lelahsekejap. Dia masih belum dapat tugasan terbaharu. APG masih belummenghubunginya lagi bermakna dia masih dalam cuti. Cuti itulah sejak 2 minggudia habiskan di rumah emak.

Dia memandang ke arah pintu rumahseketika. Tiada pun tanda-tanda emak hendak bawa bendera putih selepaspercubaan memujuk dengan nasi lemak powernyatadi. Hmm… Jade harus mengaku kadang-kadang memujuk emak lagi susah daripadamemujuk awek. Tambah-tambah bila ketiadaan Makcik Marsita yang sudah berpindahke Bali mengikut suaminya, pastilah emaknya itu sunyi dan cepat sentap hati.

Otak Jade ligat berfikir-fikir. Diasudah tiada bantuan talian hayat Makcik Marsita lagi. Dia yang harus kreatifsendiri. Kalau nasi lemak tak terlayan, mungkin cara yang ada di kepalanya iniboleh jalan. Dia mengibas tanah yang masih berbaki di jemarinya. Semerta diamengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat satu panggilan.

“Hello! Moon!”

Previous: Bab 001
Next: Bab 003

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.