Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Bab 4 ; gangguan demi gangguan

Bab 4

Sudah 3 hari pertandingan teater itu berlalu… tetapi pelbagai peristiwa yang pelik berlaku sejak akhir-akhir ini merunsingkan fikiran Azmir. Sejak 3 hari yang lalu Azmir diganggu oleh pelbagai gangguan. Hari pertama di sebelah malamnya, computer riba Azmir yang sedang memainkan lagu “When You Were Young” secara tiba-tiba berhenti dan memainkan lagu Puteri Bunian yang memang ada disimpan di dalam computer riba Azmir untuk tujuan untuk berlatih. Apa lagi,Azmir yang semasa itu sedang ralit membuat toturial kelam kabut meninggalkan bilik dan berlari menuju bilik sebelah iaitu bilik Amran. Azmir mengajak Amran ke dalam biliknya untuk melihat apa yang terjadi.

“Apa yang pelik sangat? Tu komputer kau main lagu The Killer? Halusinasi ker?” kata Amran sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Azmir. Azmir hairan siapa pula yang menukarkan dari lagu Puteri Bunian kepada lagu The Killer semula.

“Betul Amran. Buat apa aku hendak tipu kau. Tadi laptop ini mainkan lagu Puteri Bunian. Tengah aku syok buat toturial Dr Hamzah bagi, tiba-tiba komputer apabila aku dan Amran berada di dalam bilik, komputer aku memainkan semula lagu The Killer yang terhenti itu tadi,” Azmir mempertahankan apa yang di alami tadi.

“Aku rasa mungkin kau terlalu obses dengan teater. Aku dok bilik sebelah kau pun selalu dengar kau nyanyi lagu-lagu teater kita. Takde bendalah… lama-lama hilanglah tu,”

“Mungkin jugak,” Azmir bersetuju dengan pandangan Amran.

“Aku nasihatkan kau padamkan aja,” cadang Amran. Amran mengangguk dan segera memadamkan kesemua fail lagu teater.

Malam kedua pula, sedang Azmir khusyuk menelaah pelajaran di meja belajar. Secara tiba-tiba Azmir mendengar suara seorang perempuan mengalunkan rentak lagu puteri bunian. Arghhh! Sudah! Adakah puteri bunian menganggunya? Atau makhluk lain yang sengaja menganggunya? Walaupun gemersik dan merdu suaranya mengalunkan rentak tersebut, tapi bagi Azmir yang tinggal seorang diri dalam bilik di waktu malam pada pukul 2 pagi. Mahu tak terkucil kau? Azmir membuka surah Ayatul Kursi yang memang ada di dalam komputer. Azmir bukannya seorang yang kuat beragama malah tidak menghafal Ayatul Kursi. Malah solatpun Azmir kadang-kadang tuang terutama solat subuh. Alhamdulillah, tiada lagi nyanyian rentak puteri bunian. Tetapi secara tiba-tiba Azmir mendengar ketawa sopan seorang perempuan.

“Hihihi,” Aik! Aku buka bacaan ayatul kursi kau ketawa mambang? Tak tebako ker?

Malam ketiga… Azmir mengalami gangguan yang paling teruk. Bermula dengan tuala mandi Azmir yang hilang semasa diletakkan di pintu bilik mandi pada waktu Maghrib sehingga Azmir terpaksa ke bilik dengan keadaan basah dengan hanya memakai boxer. Yang bertambah pelik apabila tuala mandinya ada di dalam bilik sedangkan Azmir sangat pasti dia sudah membawa sekali semasa pergi ke bilik air.

Malam itu selepas balik daripada makan malam dengan Amran di kedai mamak pada pukul 1 pagi. Komputer sengaja dalam mood sleep sebelum keluar tadi kerana mahu menyiapkan toturial yang perlu dihantar besok. Azmir duduk di hadapan komputer dan mula mengklik tetikus untuk menghidup komputer yang dalam keadaan ‘sleep’. Selepas dihidupkan, Azmir membuka word toturial yang dibuat sekerat jalan tadi. Azmir terkejut apabila lirik lagu puteri bunian memenuhi hampir 3 muka surat word toturialnya. Malah siap bagi salam lagi. Jantung Azmir berdegup kencang. Siapa punya kerja ini? Takkan syaitan bagi salam? Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Azmir membuka fail audio ayat-ayat suci Al-Quran. Peluh memercik di dahi. Ya Allah! Siapakah menganggu aku ini? Aku perlu meminta bantuan seorang untuk merungkai masalah ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.