Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
Prolog

Prolog



“Subhanallah… subhanallah… subhanallah” bergema zikir puji-pujian kepada Allah SWT di bumi bunian ini. Semakin padu dan meresap ke jiwa Azmir. Lidah Azmir turut larut menuturkan zikir bersama-sama perwira yang lainnya. Kini dia berada di bumi bunian… sedang dalam barisan bersama-sama masyarakat bunian untuk memerangi bangsa Qarin. Bangsa Qarin yang telah membunuh cinta hatinya Aishah. Sudah 3 hari perang berlangsung. Hampir separuh pejuang suci bunian telahpun syahid. Daripada 3000 pejuang kini hanya tinggal 1400 sahaja untuk memerangi Qarin laknatullah yang berjumlah 10,000 pada mulanya.

Selepas solat subuh dan hajat para pejuang mula disusun barisannya mengikut arahan panglima perang Yazid. Ayah tua telah gugur pada hari kedua perang dan Jeneral Yazid selaku jeneral perang kaum bunian telah mengambilalih sementara tampuk pemerintahan. Setelah angkatan perang disusun, seorang imam tua mengetuai zikir sementara menanti angkatan Qarin menyerang sempadan. Ianya dimulai dengan bacaan ayat-ayat rukyah diikuti dengan zikir puji-pujian kepada Allah.

“Tinggggggggg!!!” bunyi hentakan kedengaran. Azmir yang larut berzikir di atas Unikornnya segera tersedar dari keasyikan memuji Allah. Dia melihat Yazid yang turut duduk di atas tunganggangnya selaku jeneral perang yang telah menghentakkan pedangnya di perisai untuk menyedarkan kami.

“Assalaimualaikum,” jeneral Yazid yang berada di barisan hadapan menghadap kami memberi salam. Bergema jawapan waalaikumussalam kedengaran.

“Sebentar lagi saudaraku sekelian. Saya yakin kaum Qarin laknatullah akan menyerang kita. Tekadkan iman… ingatlah kamu kepada Allah! Kita berjuang di jalan Allah! Kita memerangi bangsa Qarin yang cuba memerangi Islam! Yang cuba dari dulu sampai sekarang menyesat kita! Kita mesti tentang mereka! Ingat Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar!!! Allahuakbar!!!” Jeneral Yazid meneriakkan kata-kata semangat.

“Allahuakbar!!!” bergema sorakan memuji kebesaran Allah. Terasa meremang tatkala kalimah suci itu dilaungkan. Tiba-tiba… bunyi tiupan sangkakala Qarin kedengaran. Bunyinya sangat menakutkan seolah-olah beriramakan kematian. Ini menandakan tentera Qarin sudah mula bergerak ke sempadan untuk berhadapan dengan pasukan tentera Islam. Jeneral mengangkat pedangnya dan mengarahkan unikornnya ke kiri dan kanan barisan perang untuk memberi kata-kata semangat. Azmir memandang Ustaz Fauzi yang berada di sebelah kanannya… tiada riak ketakutan. Cuma mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Azmir mengusap-ngusap leher unikornya. Seolah-olah sedang memberi semangat kepada Unikornnya. Unikornnya adalah seperti Kuda Putih yang juga berdarah putih yang menjadi kuda perang bangsa Bunian. Tegap dan mampu terbang tinggi. 3 kali ganda lebih besar daripada kuda di dunia nyata. Tiba-tiba Azmir merasakan bahunya disentuh lembut. Azmir memandang ke sebelah kiri dan kelihatan Yusof telah merapatkan unikornnya kepada Azmir. Yusof adalah pemuda bunian yang bertanggungjawab untuk melatih dan menjaga Azmir sepanjang dia berada di dunia sebelah sini.

“Kamu takut Azmir?” tanyanya.

“Manusia telah dianugerahkan oleh Allah nafsu, perasaan dan jantung. Tentulah aku takut. Tetapi Insya Allah… Allah akan menolongku untuk mengatasi ketakutan ini,” jawab Azmir.

“Kamu jangan bimbang. Aku akan selalu mengawasimu. Itu amanah arwah ayah tua kepadaku” Azmir dan Yusof berpelukan. Derap kaki askar Qarin semakin jelas kedengaran. Azmir menarik nafas.

“Syahid adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah Azmir,” Ustaz Fauzi bersuara.

“Ustaz… jika sesuatu…” Azmir ingin menyampaikan pesan tetapi segera dipotong oleh Ustaz Fauzi.

“InsyaAllah Allah bersama dengan kita. Tawakallah kamu kepada Allah Azmir. Insya Allah Allah akan menolong kita. Lupakah kamu di dunia kita dahulu, tentera pimpinan Khalid Al Walid hanya berjumlah 30,000 orang manakala tentera Rom berjumlah 400,000 orang. Tetapi tentera Islam menang dengan izinNya. Jangan takut Azmir.. berserahlah kamu kepada Allah” Azmir mengangguk. Ustaz Fauzi dan Azmir berpelukan. Mungkin pelukan untuk kali terakhir. Tiba-tiba jeneral Yazid memberhentikan kudanya.

“Bersedialah kamu untuk syahid wahai askar-askar Allah!!!” Jeneral Yazid mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ini diikuti oleh askar yang lain termasuklah Azmir. Azmir mengeluarkan pedang pusaka Allahyarmah Aisyah. Pedang yang telah dikuasainya dengan pertolongan Yusof. Pedang yang selama 3 hari ini telah mengeluarkan azimatnya dengan izin Allah. Pedang yang mengeluarkan kuasa tanah, air serta angin yang banyak menumpaskan askar Qarin yang diperbuat daripada api. Azmir mengucup pedangnya…

"Bila sampai waktunya, kita akan bersama di sana," kata-kata Arwahyarmah Aisyah masih tergiang-giang.

"InsyaAllah Aisyah," bisik Azmir perlahan.

“Allahuakbar!!!” Jeneral bertakbir dan seterusnya memacu unikornnya laju ke hadapan medan perang. Ini diikuti oleh barisan askar yang lain.

“Allahuakbar!!!” Azmir memacu unikornnya ke medan perang. Semakin lama semakin laju dipacu unikornnya. Dendamnya dengan panglima Qarin bernama Balisam masih membara. Aisyah!!! Kematianmu InsyaAllah akanku tebus!!!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.