Home Novelet Thriller/Aksi Untukmu Sang Puteri
bab 5 ; minta pertolongan dariNya

Bab Lima

Keesokan harinya, Azmir berjumpa dengan Amran selepas kuliah. Azmir dan Amran berada belajar di fakulti yang sama iaitu Fakulti Kejuruteraan, Azmir mengambil Kejuruteraan Kimia manakala Amran mengambil jurusan Kejuruteraan Awam. Azmir mengajak Amran ke kafe Fakulti untuk berbincang sesuatu. Amran merupakan kawan baik Azmir sejak dari Matrik lagi… dan selalu berkongsi masalah. Belajar bersama-sama malah kadang-kadang berkongsi wang. Amran ini agak kuat beragama dan tidak tinggal solat. Jadi Azmir rasa dialah yang boleh membantunya merungkai permasalahan yang dialami semenjak mengenai gangguan-gangguan yang diterima sejak 3 hari ini. Setelah mengambil makanan dan membayarnya, Azmir memilih tempat yang agak tersorok ;

“Aku ada hal hendak bincang dengan kau ni,” Azmir memulakan bicara.

“Apa dia? Pasal toturial ker? Bukan kau lagi power ke buat toturial,” Amran menyuap mi goreng ke mulutnya.

“Kau pernah kena ganggu tak?”

“Ganggu? Ada awek ganggu kau ker? Ke si dua alam Mar ganggu kau? Kau kan kacak? Hensem. Biasalah ada yang suka dengan engkau.” Eih Amran ni… ke situ pula dia.

“Apa pula. Bukan kena ganggu dengan perempuanlah. Maksud aku kena ganggu dengan makhluk halus. Aku rasa aku kena ganggu dengan orang bunian.” Amran berhenti menyuap makanan dan memandang Azmir.

“Apa?” ulangnya.

“Aku kena kacau dengan orang bunian,” Amran memandang Azmir dengan pandangan yang tidak percaya.

“Kau biar betul? Macamana dia ganggu kau? Ada orang bunian ke kawasan universiti kita ni?” tanya Amran bertalu-talu.

“La. Demi Allah. Aku rasa aku diganggu oleh orang bunian. Kan 3 hari lepas aku ada datang bilik kau minta tengok kenapa komputer aku tiba-tiba tukar lagu Puteri Buniankan? Sejak dua menjak ini, macam-macam gangguan aku dapat,” Azmir menghirup kopi panas.

“Ke disebabkan engakau terlalu obses dengan teater kau. Terlalu menjiwai watak sehingga engkau menjadi seperti ini?”

“Tak mungkin. Aku sudah terlalu kerap berteater. Selalunya watak yang aku bawa tidak mungkin terbawa-bawa sehingga sudah habis pementasan Amran. Tapi kali ini lain macam.” Azmir menceritakan gangguan-gangguan lain yang aku hadapi sejak dua tiga hari ini.

“Kau pasti bunian?”

“Kalau hantu syaitan tidak akan memberi salam. Tidak mungkin tergelak apabila aku membuka ayat-ayat Al-Quran,” jelas Azmir cuba menguatkan fakta.

“Tapi syaitan juga kadang-kadang menggunakan ayat-ayat suci untuk menyesatkan manusia” Azmir mengangguk. Betul juga kata Amran.

“Jadi macamana?”

“Minta bantuan daripada Allah. Itu sahaja. Baca ayat-ayat Al-Quran sentiasa. Insya Allah dengan izinNYa, semua gangguan itu akan hilang. Jika benarlah dia itu bunian dan Islam pula. Dia akan berhenti menganggu engkau,” cadang Amran.

“Baiklah. aku cuba,” tiba-tiba Amran mengambil beg sandangnya. Amran membuka dan mengambil sesuatu dari dihulurkan kepada Azmir.

“Kebetulan. Baru aku teringat. Semalam baru sahaja aku membeli satu buku mengenai misteri alam” Amran menghulurkan sebuah buku kepada Azmir. Azmir membaca tajuknya ‘Misteri dunia; rahsia di sebalik rahsia’. Penulisnya Nasron Sira Rahim… Azmir membuka helaian dan membeleknya;

“Dalam buku tersebut ada artikel mengenai makhluk bunian. Bacalah.” Wah! Menarik ni. Azmir melihat isi kandungan. Memang! Ada artikel tentang makhluk bunian di mukasurat 95. Azmir membacanya ;

Teori ketiga pula mengatakan bahawa bunian termasuk di dalam kategori makhluk halus. Hadis Nabi Muhammad SAW turut menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia. Golongan bunian ini disebut oleh Nabi sebagai ‘Amir atau ummar’.

Menurut pengkaji dan beberapa pihak yang pernah menemui bunian, bahawa rupa orang bunian sama seperti manusia. Malah corak kehidupan sama seperti manusia… tetapi mereka duduk menjauh daripada manusia.

Masyarakat bunian juga mempunyai budaya yang hampir sama dengan manusia seperti berzanji, bermain kompang dan turut hidup bermasyarakat. Malah mereka mengerjakan Haji sama seperti manusia. Apabila aku habis membaca perenggan tersebut, aku memandang Amran yang sudah habis makan.

“Bunian seperti manusia?” tanya Azmir kepada Amran.

“Iya. Makhluk Allah yang beriman daripada golongan Jin,” jelas Amran.

“Universiti kita ada perkampungan bunian?”

“Mungkin. Dahulukan universiti kita hutan belantara. Mungkin satu ketika dahulu ada perkampungan bunian di sini.”

“Jadi, yang menyanyi itu puteri bunian?”

“Wallahualam. Semua itu kuasa Allah.”

“Aku hendak buat macam mana ni?”

“Minta kepada Allah.” Azmir mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.