Home Novelet Keluarga Veteran superstar
Veteran superstar
ummu bilal
23/11/2017 16:32:39
70,758
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 18

“Mak bukannya larang kamu suka muzik, tapi jangan sampai terus tolak rezeki yang memang dah ada depan mata. ”Beberapa kali Maznah mengingatkan Nazrul mengenai hal itu walaupun Nazrul berkeras mengatakan bahawa hobinya itu tetap mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya.

            “Betul la cakap mak kau tu. Aku pun setuju.Kau pun satu, jangan la terus nak berhenti macam tu je. Fikir dulu sebelum nak buat apa-apa. Aku pun dah banyak kali pesan benda sama kat kau, tapi kau dengil. ”Mat Yie yang dianggap abang itu terus sahaja memberi ceramah kepada  Nazrul apabila Nazrul menceritakan hal itu ketika mereka sama-sama menonton perlawanan bola di kedai makan.

            “Kalau tu la cita-cita kau kan, kau jangan la sorok-sorok lagi nanti lagi la dia curiga tak tentu pasal. Senang cerita kan, kau rekod je suara kau tu depan dia." usul Mat Yie dan disambut dengan gelakan oleh Nazrul dan Saiful.

    "Tengok macam ayah kau tu, terus-terang dia tunjukkan bakat dia tu walaupun macam-macam halangan.”

             "Betul betul dan betul." Saiful mengangguk-angguk tanda setuju dengan abangnya sambil menunjukkan tanda bagus.

        Nazrul tersengih-sengih mendengarkan kata-kata Mat Yie. Ada sedikit kelucuan di sebalik kata-kata Mat Yie. Nazrul teringat tentang baju baru idaman ayahnya yang tidak kesampaian. Walaupun begitu Nazrul lihat ayahnya itu tidak lagi membicarakan tentang baju itu. Mungkin sudah pasrah agaknya. Nazrul ketawa di dalam hati. Hmm, memang Nazrul tahu ayahnya itu sejak dulu suka menyanyi.Ibunya juga yang membuka cerita bahawa dahulu ayahnya itu pernah menyanyi di majlis-majlis kahwin. Pernah menyertai juara karaoke peringkat kampung juga. Itu cerita dulu. Ketika ayahnya itu masih lagi muda. Menurut ibunya lagi ayahnya itu memang pernah menyatakan hasrat untuk menjadi superstar tetapi sampai sekarang impiannya itu masih tertunggak.

***

Sofea akhirnya bersetuju untuk menerima tawaran pengajian walaupun ia bertentangan dengan kesukaannya. Sofea tidak keseorangan untuk meminta pandangan kerana walaupun dia dan rakan-rakannya sudah mengikut haluan masing-masing tetapi mereka tetap berhubung melalui alam maya. Menurut rakan-rakannya, Sofea perlu  merebut peluang yang ada kerana peluang tidak datang bergolek ditambah pula ketika ini persaingan sangat ramai untuk merebut pekerjaan.


      Maznah hairan apabila melihat Zaki asyik tersenyum-senyum sedangkanhatinya pula merasa sayu kerana perlu berpisah dengan anak perempuan yang banyak menemaninya selama ini. Maznah juga hairan melihat Zak mengisi beberapa pakaian di dalam beg seperti dia pula yang ingin meninggalkan rumah.

            “Abang ada nak ke mana-mana ke lepas hantar Sofea ni?” tanya Maznah penuh curiga apabila melihat Zaki siap bersiul-siul sambil mengisi beberapa peralatan lain di dalam beg pakaian.

            “Ada. Tapi awak kata tak nak ikutkan.” Zaki tersengih-sengih lagi dan semakin membuat Maznah berasa curiga.

            “Bukan saya tak nak ikut, tapi tiba-tiba dapat tempahan menjahit pula. Rezeki saya, padahal saya baru je cadang-cadang nak aktif menjahit lepas Sofea berangkat ke sana.” Jawab Maznah jujur.

            “Oh, kalau macam tu baguslah.”

            “Apa yang bagus?” tanyaMaznah yang semakin pelik dengan jawapan suaminya itu.



Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.