Home Novelet Keluarga Veteran superstar
Veteran superstar
ummu bilal
23/11/2017 16:32:39
70,922
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Bab 8

“Pea, oo Pea!” jerit Maznah yang semakin lantang lantunan suaranya apabila jeritan pertamanya masih tidak didengari oleh Sofea.

            “Ya mak!” sayup-sayup kedengaran suara Sofea disertai dengan derapan tapak kaki Sofea yang semakin hampir dengan tempat Maznah berada.

            “Kenapa mak?” Sofea sudah menjengulkan kepala di dalam ruangan bilik Maznah yang sederhana luasnya tetapi cukup kemas. Pandai ibunya itu mengemas sehingga keadaan bilik kelihatan sentiasa teratur dan bersih.

            Maznah duduk di bucu katil dan pandangannya dihalakan kepada Sofea yang masih tertanya-tanya. Sofea sedikit pelik dengan penampilan ibunya ketika ini yang berhias seperti ingin keluar ke mana-mana pula sedangkan tidak pula ibunya memberitahu hal itu kepadanya. Kebiasaannya apabila di rumah, ibunya mengenakan pakaian yang biasa-biasa sahaja dan jarang berhias.

            “Mak nak ke mana ni mak?’ tanya Sofea lantas terus duduk di sebelah ibunya yang kelihatannya seperti memikirkan sesuatu perkara.

            “Kau dah mandi?” tanya Maznah kembali dan tidak menjawab soalan Sofea sebentar tadi. Sofea mengangguk-angguk.Masakan dia belum mandi sedangkan ketika itu sudah pun jam 11 pagi.

            “Jom.” Maznah terus sahaja mengajak Sofea sedangkan Sofea masih lagi tertanya-tanya.

            “Mak, kita nak ke mana sebenarnya ni? Nak ke pasar ke? Ikan kan banyak lagi.”

            Maznah mengetap bibir.Adakalanya anaknya yang seorang ini menguji kesabarannya dengan bertanyakan soalan sambil menunjukkan muka seposen.

            “Kan kita dah janji nak buat operasi. Lupa la tu.” Maznah mengutil lengan anaknya yang memang hampir benar dengannya saat ini. Mengaduh kecil Sofea apabila terkena penangan sepit ketam daripada ibunya.

            “Mak, ayah baru je keluar. Tak kan la kita nak buat operasi CSI tu sekarang.” Sofea nampaknya tidak berpuas hati dengan saranan ibunya ini. Nampaknya ibunya ini tidak sabar-sabar untuk membuat operasi penuh rahsia ini.

            “Habis kalau tak buat sekarang bila lagi?” Dengus Maznah seperti tidak berpuas hati dengan kata-kata anaknya itu.

            “Ala mak ni..Risau sangat ayah tu lari kan mak..” Sofea mengekek ketawa sambil sesekali menggeleng kepala.

            Maznah menjeling Sofeayang sudah pun keluar dari biliknya untuk bersiap-siap. Nampaknya Maznah memang bersungguh-sungguh untuk

menyiasat perihal suaminya yang baginya seperti ingin mencari pucuk muda itu. Maznah memang agak runsing dengan hal itu. Kata-kata gurauan anaknya Sofea tentang suaminya yang ingin menikah satu lagi itu cukup membuatnya gelisah. Jika benar la apa yang Sofea katakan, memang Zaki sengaja menempah perang.

 

“Oh buah pisang..masak ranum boleh dimakan..digoreng sedap di makan mentah pun sedap.”Zaki menyorong beberapa tandan pisang dan juga cempedak didalam kereta sorong sambil melagukan mengikut irama dan lirik sendiri. Sesekali dia bersiul kecil menandakan tiada kegusaran pada ketika ini. Apabila memikirkan impiannya yang kian hampir membuatkan hatinya semakin berbunga riang.

            “Oh, riangnya hatiku..Impianku bakal menjadi nyata.. Tidak sabar untukku menunggu hari esok..hari yang pasti gilang gemilang..” Zaki tidak menghiraukan ketidakseragaman irama dan lagu yang didendangkan kini. Yang pasti hatinya yang melonjak gembira.

            Zaki memperlahankan langkahnya apabila sudah hampir benar tiba di hadapan pagar rumahnya. Serta merta Zaki mengecilkan mata memandang ke hadapan apabila kelihatan kelibat Maznah dan Sofea yang berada di hadapan pintu.

            “Kamu berdua ni nak kemana pulak ni? Melaram lawa-lawa tengahari buta ni?”

            Terkejut Maznah dan Sofea yang baru sahaja berkira-kira untuk keluar dari rumah ketika itu. Maznah sudah pun menyarung selipar dan tinggal Sofea yang masih membontoti Maznah dari belakang. Sofea tersengih-sengih dan sempat memandang Maznah yang juga tiada jawapan untuk dibalas ketika ini.

            “Lawa ke saya ni bang?”Maznah tersipu-sipu malu. Bukan senang suaminya itu ingin memuji seperti itu.

            “Eh eh..perasan pulak tu..” Zaki lantas menanggalkan kasut butnya yang berwarna hitam dan terus duduk di kerusi beranda mengadap Maznah dan Sofea yang ketika ini juga mula berkira-kira samaada ingin terus keluar atau membatalkan niat mereka. Zaki mengibas-ngibas bajunya untuk menghilangkan panas.

            “Abang dari mana ni?”tanya Maznah cuba menukar tajuk perbualan. Maznah cuba bertenang dan bersikap seperti biasa walaupun ada juga sedikit geram dengan jawapan suaminya sebentar tadi.Nak puji isteri sendiri pun susah.

            “La, tadi kan dah bagitahu nak tengok pokok kat belakang tu. Tu la, saya bercakap awak pulak duk termenung. Entah apa agaknya awak fikir masa tu.” Zaki cuba mengingatkan semula waktu ketika dia bercerita tentang pokok-pokok di belakang rumahnya ini ketika masing-masing sedang menjamu selera pagi tadi.

            Maznah terdiam dan agak malu pula. Mungkin memang dia sendiri tidak mengambil kisah tentang perbualan suaminya kerana terlalu melayan perasaan tentang sikap suami dan anak sulungnyayang seperti merahsiakan sesuatu daripadanya.

            “Tu ada pisang yang dah masak tu. Cempedak pun ada tu. Boleh la anak kesayangan awak tu buat apa-apayang patut.” Zaki memuncungkan mulut menunjukkan ke satu arah. Kelihatan beberapa tandan pisang pelbagai saiz dilonggokkan di satu tempat.

            Maznah sekadar mengangguk sedangkan hatinya ketika ini mula gelisah. Alasan apa yang perlu diberi kepada suaminya apabila ditanya mahu ke mana? Sofea pula apabila mendengarkan sahaja kata-kata ayahnya itu terus meleret senyumannya. Hmm…bagus ni..macam-macam boleh buat dengan buah-buahan yang ada di depan matanya ini.Sofea terus terbayangkan resepi-resepi yang bakal dibuat tidak lama lagi.

            “Haa, yang kamu berdua ni pulak nak ke mana pulak ni? Dari tadi soalan saya tak berjawab.” Zaki nampaknya masih lagi menunggu jawapan samaada dari mulut Maznah ataupun Sofea tetapi nampaknya Sofea sudah mula tidak menghiraukan ayahnya itu kerana sedang asyik menilik buah pisang yang baru masak itu.

            Maznah mengetap bibirmelihat Sofea yang membiarkan dirinya terkontang kanting seorang diri ini.

            “Dah la, tak jadi la saya nak keluar.” Maznah terus sahaja masuk ke dalam rumah kerana sememangnya dia tiada jawapan untuk dijawab ketika ini dan hatinya bertambah geram denganreaksi Sofea.

            Zaki menggeleng. Hai,makin tua makin menjadi-jadi pulak perangainya. Desis Zaki di dalam hati.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.