Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,546
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 18

Norlisudah pun memberitahu kepada atuk Doni tentang hal sebenarnya. Walaupun telahbersetuju, tetapi atuk Doni masih berasa risau dan takut.

            “Katanya di sana ada anjing,” Norliberasa geli hati apabila mendengar kata-kata atuk Doni. Sebenarnya Norli jugatakut kepada anjing, tetapi mujurlah jiran-jiran rumahnya tidak membela anjing.Kebanyakan jiran-jiran Norli ialah berbangsa Melayu.

            “Rumah saya tak adaanjing. Atuk jangan risau,” jawab Norli.

            Atuk Doni mengangguk perlahan-lahan.Sebenarnya di masih berasa sedih untuk meninggalkan tempatnya ini. Dia jugaberasa terhutang budi kepada Norli kerana sudi membantunya.

            Norli bersalaman dengan Kit, Donidan Gemuk. Norli berasa sedih kerana perlu meninggalkan rakan-rakannya di saatini. Norli fikir mereka dapat menentang Coreng bersama-sama. Namun nampaknyaNorli tidak dapat menyertainya. Walaubagaimana pun Norli gembira kerana dapatmemberikan idea dan mereka bersetuju untuk menggunakan idea Norli.

            “Doakan kami ye tuk,” kata Doni yangmemeluk atuknya.

            Atuk Doni berasa sungguh terharudengan semangat Doni dan juga rakan-rakannya yang lain walaupun bilangan merekasedikit. Apa yang amat dikagumi ialah mereka begitu bersemangat walaupun usiamereka masih lagi muda. Malah Coreng juga tidak terancam dengan mereka yangbaginya masih hingusan dan tidak mengetahui apa-apa.

            “Harap idea saya itu berkesan. Kit,gunakan kebolehan awak. Saya tahu awak ada kebolehan melastik dengan tepat.Doni, Gemuk, saya juga tahu kamu berdua boleh di harap. Jangan hampakan saya,”pesan Norli.

            Kit, Doni dan Gemuk tahu bahawaNorli memuji mereka dengan ikhlas.

            “Norli, terima kasih atas budiawak,” Kit, Doni dan Gemuk memegang tangan Norli.

            “Harap selepas ini awak akanbertukar menjadi Norli yang baru di dunia awak. Norli yang berani dan ramaikawan,” kata Kit.

            Norli dan atuk Doni memejam matarapat-rapat. Lama mereka memejam mata sehingga Norli berasa pening kepala.Norli tidak sedar apa-apa lagi selepas itu.

 

“Norli,bangun Norli,” Norli merasa bahunya ditepuk berkali-kali oleh tangan yangkecil.

            Norli cuba membuka mata tetapi Norliberasa amat mengantuk. Norli juga berasa badannya sejuk seperti terkena hujan.Norli cepat-cepar membuka mata. Alangkah terkejutnya Norli apabila melihatdirinya berada di luar rumah dan masih berpakaian tidur. Norli berasa masihbermimpi. Baru sahaja bermimpi bertemu dengan Kit dan rakan-rakannya. Adakahini mimpi? Tetapi siapa yang menggerakkannya tadi?

            Terkejut pula Norli apabila melihatseekor kucing berada di sebelahnya. Oh, atuk Doni. Norli hampir terlupa pula.Tapi, ini bermaksud, Norli tidak bermimpi.

            “Kenapa Norli?” tanya atuk Doniapabila melihat Norli masih dalam keadaan terpinga-pinga.

            “Aku tak bermimpi,” Norli mengulangkata-kata itu berulang kali.

            “Ya, memang kamu tak bermimpi,” kataatuk Doni. Norli segera berpaling kepada atuk Doni. Norli seakan baru tersedardari mimpi yang panjang. Norli mula berasa kasihan melihat atuk Doni yang masihlemah berada di luar rumah dalam keadaan sejuk begini.

            Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Norlimeletakkan atuk Doni di dalam biliknya. Selepas itu, Norli terus sahaja berlarimenuju ke bilik ibu dan ayahnya. Norli mengetuk pintu berkali-kali. Ibu danayah Norli bangun membuka pintu sambil menggosok mata.

            Belum sempat ibu dan ayah Norlibertanya apa-apa, Norli terus sahaja memeluk mereka. Mereka terpinga-pingamelihat kelakuan Norli.

            “Ibu, ayah, rindu sangat. Lamasangat tak jumpa,” Norli masih lagi memeluk keduanya. Ibu dan ayah Norliberpandangan sesama sendiri. Mereka dapat rasakan Norli dalam keadaan mengigaukerana adakalanya Norli mengigau semasa tidur.

            Mereka membawa Norli ke biliktidurnya. Atuk Doni menyorok di bawah katil Norli.

            “Norli tidur ye. Esok kitajalan-jalan boleh bawa anak kucing sekali,” kata Puan Liza cuba menggembirakanNorli. Norli diam apabila mendengar ibunya menyebut mengenai anak kucing. Apayang ingin dia katakan jika mereka lihat Kit sudah tiada di sangkar?

 

Esoknyapagi-pagi lagi Norli sudah bangun. Norli menuju ke ruang dapur. Norli terlihatsangkar Kit. Tiba-tiba Norli merasa sedih. Kit sudah tiada. Norli dudukbertinggung mengadap sangkar Kit yang sudah kosong.

            “Eh, awalnya Norli bangun,” PuanLiza terkejut melihat Norli sudah bangun kerana kebiasaannya Norli tidak bangunawal seperti ini. Puan Liza menjenguk sangkar anak kucing. Puan Liza terkejutmelihat anak kucing sudah tiada.

            “Norli, cepat bagitahu ayah yanganak kucing sudah tak ada!” wajah Puan Liza begitu cemas sekali. Norli pulaberasa serba salah. Adakah dia perlu memberitahu hal sebenar atau berdiam diri?

            “Cepat Norli. Apa yang Norli fikirni?” gesa Puan Liza apabila melihat Norli masih tercegat di situ.

            Mendengarkan arahan itu, Norlicepat-cepat naik ke tingkat atas dan memberitahu ayahnya. Encik Samsul jugaterkejut dengan hal itu. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk mencarianak kucing di sekitar rumah.

            “Norli tunggu di rumah. Jangan kemana-mana,” pesan ibu Norli. Norli hanya mengangguk. Norli teringat kepada atukDoni. Norli memberitahu hal ini kepada atuk Doni.

            “Baik kamu bagitahu hal sebenar.Kasihan ibu bapa kamu bersusah payah mencari Kit,” kata atuk Doni.

            “Macamana kalau mereka tidakpercaya?” Norli masih ragu-ragu.

            “Tak apa, yang penting kamu takmenipu,” tegas atuk Doni. Norli memikirkan kata-kata atuk Doni. Memang adakebenarannya. Tidak baik menipu lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa. Norlimenarik nafas dalam-dalam.

            Tidak lama kemudian, kedua ibu danayah Norli pulang ke rumah. Wajah mereka nampak kecewa. Norli mendukung atukDoni dan menuju ke muka pintu.

            “Nampaknya kita tak jumpa anakkucing tu. Mungkin anak kucing tu sudah jumpa ibunya,” kata Encik Samsul.

            “Kalau macam tu tak apa lah. Asalkanjangan terjadi apa-apa padanya,” jawab Puan Liza.

            Norli terdengar mereka berbual-bualsebelum mereka masuk ke dalam rumah.

            “Eh, ini kucing mana pulak yangNorli pegang ni?” tanya Encik Samsul dan Puan Liza serentak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.